Zaman sekarang bisnes air balang semakin mendapat perhatian ramai daripada mereka yang ingin menambahkan pendapatan sampingan dan untuk serius berniaga.
Kebiasaannya, bisnes air balang banyak kita lihat di pasar malam, bazar Ramadhan, karnival, pesta dan tempat-tempat keramaian yang mempunyai ramai orang.
Ada peniaga air balang yang hidup mewah dengan hanya membuat bisnes seperti ini dan terbukti pendapatan dari bisnes ini sememangnya amat lumayan jika kena pada caranya.
Siapa sangka dengan hanya tiga atau empat balang yang ditempatkan di pasar malam anda mampu jana pendapatan berlipat ganda semalaman, susah nak percaya kan?
Tapi itulah hakikatnya yang dikongsikan oleh seorang peniaga air balang yang menjual berbagai jenis air seperti jus limau, durian belanda, tembikai dan sebagainya.
Menurut beliau, resepi air balang paling laris pada ketika ini adalah jus durian belanda dan ia laku kerana walaupun hanya jual air ini di tepi jalan.
Jika anda sedang mencari resepi air balang jus durian belanda, kami kongsikan di sini cara buat air gula termasuk jus buah ini sehingga boleh buat jual.
1001 Resepi Istimewa Air Balang Jus Durian Belanda
Anda ingin buat bisnes air balang menggunakan jus durian belanda asli dan original? Berikut adalah cara-caranya dan resepi tersebut.
Resepi jus durian belanda air balang ini bukan saja mengikut sukatan untuk berniaga tetapi ia boleh dibuat untuk hidangan di majlis besar seperti kenduri kahwin.
Selain itu untuk buat jual air balang durian belanda ini anda harus mengikut cara dan sukatan seperti yang ditunjukkan di bawah.
Bahan-Bahan Utama
- 1kg isi buah durian belanda yang fresh.
- Sukatan air sebanyak 18 liter
- Sukatan gula sebanyak 500 gram
- Setengah biji lemon atau sebiji limau nipis
Cara-Cara Menyediakannya
Masukkan semua isi buah durian belanda bersama gula termasuk sukatan air sedikit ke dalam mesin pengisar seperti blender dan ia harus dikisar sehingga menjadi halus.
Kemudian, masukkan isi durian belanda tersebut ke dalam balang khas atau bekas yang besar serta masukkan semua air yang telah disukat itu tadi.
Untuk mendapatkan rasa yang power dan lebih sedap, anda perlu perahkan lemon atau sebiji limau nipis.
Seterusnya, kacau jus durian belanda yang telah dimasukkan ke dalam balang sehingga ia sekata dan sebati.
Jangan lupa air batu atau ice cube, siap dan boleh jual terus.
Baca : Resepi Jus Durian Belanda
Untuk bahan utama isi durian belanda, selain yang segar, anda boleh gunakan yang frozen juga yang mana kini banyak di jual di kedai dan pasaraya di Malaysia.
Selain itu, isi durian belanda frozen juga boleh di beli secara online melalui laman Lazada dan Shopee, harga setiap satu tidak terlalu mahal.
Kami juga sediakan pautan penjual yang menjual isi durian belanda dan anda boleh memilih yang mana sesuai dan murah mengikut kemahuan sendiri dengan klik butang berikut.
Baca : Khasiat Buah dan Daun Durian Belanda
Rahsia Bisnes Air Balang
Satu perkara yang perlu anda tahu tentang bisnes air balang ini iaitu kos untuk memulakan perniagaan ini sangat rendah manakala keuntungannya sangat besar berlipatganda.
Antara rahsia yang wajib diketahui oleh mereka yang ingin menjana pendapatan dengan bisnes air balang ini, ada beberapa perkara iaitu seperti:
- Cara jimatkan kos bisnes
- Cara tarik pelanggan
- Rahsia sulit jus laris
- Bagaimana cara nak dapatkan RM7K
- Tips pilih lokasi berniaga
- Cara dapatkan tapak berniaga
- Cara persediaan dan menguruskan masa perniagaan
- Strategi untuk jual air balang di sekolah
- Cara nak sedapkan air yang anda jual
- Cara menggandakan keuntungan dengan 3 balang air
Malah bukan itu saja, anda akan didedahkan rahsia dan resepi air balang yang lain seperti air, epal, asam boi, limau kasturi dan bermacam lagi.
Cuba anda bayang, anda boleh mulakan bisnes seperti ini dengan guna modal sekitar RM1000 sahaja seterusnya selepas jual anda dapat untung melebihi dari modal permulaan.
Kos yang diperlukan itu selain mendapatkan isi buah durian belanda segar atau frozen, anda memerlukan juga beberapa balang air, meja, kanopi dan kerusi.
Untuk lebih tahu tentang panduan dan rahsia bisnes air balang dengan lebih mendalam serta cara dapatkan keuntungan besar termasuk tips yang tersembunyi, sila layari laman berikut:
Kesimpulan
Selain memulakan bisnes ini di pasar malam atau tempat yang sesuai, anda boleh juga membuat katering air balang yang kini mendapat permintaan yang tinggi di mana-mana saja.
Sambil berbisnes di tepi jalan, apa salahnya menerima tempahan untuk menyediakan katering air balang di majlis perkahwinan, rumah terbuka, kenduri dan lain-lain.
Pasti seronok sekiranya ramai orang suka minum resepi air balang kita seperti jus durian belanda dan sebagainya, semuanya hasil titik peluh kita.
Semoga perkongsian resepi air balang jus durian belanda ini dapat membantu anda yang ingin berniaga atau untuk menyediakan hidangan air ini dalam kuantiti yang banyak. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog