Rupanya cara masak ikan patin tempoyak durian sangat mudah dan tak sangka ia menjadi serta sedap macam resepi asli dari Temerloh Pahang. Anda boleh cuba buat sendiri.
Mungkin ramai yang tahu tentang masakan patin tempoyak, walau bagaimanapun pasti ada yang tak tahu rahsia resepi ikan patin tempoyak simple tapi sedap sampai bertambah nasi.
Masakan ikan patin tempoyak dikatakan berbeza bahan-bahannya mengikut negeri seperti Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak dan sebagainya yang mana rasanya berbeza.
Bahan utama masakan ini pastinya tempoyak durian dan ada yang tidak memasukkan santan dan juga bawang selain daun kesum dan bunga kantan mengikut citarasa masing-masing.
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh
Sememangnya masakan patin tempoyak adalah paling popular di Malaysia yang mempunyai rasa yang amat sedap dan original katanya.
Nak tahu rahsia nak bagi sedap ikan patin temponyak? Kami kongsikan resepi dari orang Pahang yang berkongsi cara-cara memasak masakan ini dari awal sehingga siap.
Apa yang istimewa dengan resepi ini adalah ia dimasak dengan menggunakan daun kunyit untuk lapisan di dasar periuk masak gulai ikan patin tempoyak, pelik tak?
Sebelum memasak, pastikan anda lapikkan beberapa helai duan kunyit dalam periuk sebelum memasukkan semua bahan-bahan masakan ini yang dinyatakan seperti berikut:
Bahan-Bahan Patin Tempoyak
- Ikan patin (kuantiti terpulang)
- Cili padi beberapa biji
- Kunyit hidup
- Bawang besar sebiji
- Tempoyak 3 sudu besar
- Daun kesum
- Daun kunyit
- Bunga kantan
Baca : Cara Buat Sambal Belacan Ala Kedai Siam
Cara-cara Memasak
Lapisan daun kunyit di permukaan periuk berfungsi untuk menyedapkan lagi masak patin tempoyak ini yang mana ia jadi lebi sedap dan asli.
Lagi lama anda mereneh, kuah pastinya akan jadi lebih pekat dan elakkan kerap mengacau kerana ia boleh menghancurkan isi ikan patin yang amat sensitif itu.
Mudah saja cara masak ikan patin tempoyak, caranya dengan mencampurkan kesemua bahan-bahannya ke dalam periuk dan letakkan di atas api, tunggukah sehingga ia masak.
Pastikan anda tidak lupa dengan daun kesum yang menjadikan masakan ini lebih power dan terangkat. Ini termasuk dengan tempoyak yang perlu dimasukkan mengikut kuantiti dikehendaki.
Ada sesetengah tukang masak lebih suka kisarkan tempoyak, cili hijau dan kunyit hidup sebelum ia dimasak bersama bahan-bahan yang lain. Jika tak blender pun tak salah.
Apabila semuanya dah mendidih dan bertukar warna serta mengeluarkan bau yang wangi satu rumah, boleh masukkan ikan dengan berhati-hati supaya ia tidak hancur.
Setelah ikan patin kelihatan sudah masak, boleh perasakan dengan garam dan gula termasuk ajinomoto jika perlu, terpulang pada kehendak anda sendiri.
Siap, mudah tak? Mungkin dah pandai buat sendiri pasti akan ketagih nak buat lagi dan hirup kuah berulang-ulang sebab sangat sedap. Lebih puas hati air tangan sendiri.
Baca : Resepi Ikan Percik Style Kelantan
Kesimpulan
Semua gambar dan resepi ikan patin masak tempoyak adalah perkongsian daripada ramai pengguna Facebook yang pandai memasak, mereka adalah seperti di bawah:
Semua resepi masak tempoyak ikan patin ini juga adalah daripada anak jati Pahang, orang Temerloh, Jerantut, dari Terengganu dan Kelantan. Mungkin cara mereka sama tapi rasa kesedapan pasti berbeza.
Semoga perkongsian resepi patin tempoyak Temerloh ini dapat membantu anda untuk menyediakan masakan ini ddengan cepat dan mudah. Lepas ni boleh masak lagi. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog