Mungkin ada yang tak tahu cara masak resepi nasi beriani ayam masak merah atau daging kambing yang simple dan mudah tapi sedap terangkat menjilat jari.
Pasti ramai yang suka makan nasi beriani yang digandingkan dengan masakan lauk yang beraneka macam sama ada udang, ayam, daging dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, resepi nasi beriani agak berbeza mengikut negeri seperti contoh di utara, Kedah, Penang dan Johor. Ini termasuk cara masak juga ada perbezaan.
Zaman sekarang, tukang masak ramai yang kreatif dan mengolahkan resepi nasi beriani mengikut citarasa masing-masing dan ada yang suka tanpa susu, dicampur maggi dan lain-lain.
Begitu juga dengan beras untuk masakan nasi beriani ini yang mana ia berlainan. Namun, antara yang popular adalah beras Faiza dan beras Basmathi yang sangat sedap dan sesuai.
Resepi Nasi Beriani Ayam dan Kambing
Kami kongsikan dua jenis briyani iaitu resepi nasi beriani ayam masak merah simple, masala dan resepi nasi beriani kambing mudah yang mana kedua-duanya ringkas saja nak menyediakannya.
Resepi Nasi Beriani Ayam Simple
Perkongsian resepi nasi beriani ayam yang sedap ini dikongsikan oleh Puan Fatimah Saari yang menunjukkan cara-cara memasak masakan ini dari awal sehingga siap.
Resepi masakan nasi briyani yang dimasak di bawah adalah untuk dimakan oleh 4 sehingga 6 orang makan. Anda boleh menambah kuantiti setiap bahan mengikut jumlah yang dikehendaki.
Bahan-bahan
- 3 cawan beras Basmathi direndam 1/2 jam dan sejatkan
- Sesudu besar minyak sapi
- 2 sudu besar marjerin planta (jenis tak kisah)
- 1/2 tin susu cair
- Sebiji bawang besar dimayang halus
- 3 ulas bawang merah (dikisar halus)
- 5 ulas bawang putih (di blend halus)
- 2 inci halia (kisar sehingga halus)
- Sebatang kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 3 helai daun pandan disimpulkan
- Segenggam daun ketumbar (optional)
- Segenggam bawang goreng
- Sedikit kacang gajus
- Sedikit kismis
- Perwarna oren atau Saffron
- 1 kiub ayam Maggi
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar beriani (brand Gemini)
- Sedikit air
- 4 biji telur rebus
Untuk rempah beriani saya guna brand Gemini kemudian dibancuhkan dengan sedikit air mengikut sukatan beras Basmathi yang anda guna.
Kebiasaannya, air saya letakkan lebih sedikit apabila saya memasak nasi beriani dan sukatan air lebih kurang 1:1.5. Telur saya letakkan dalam nasi selepas nasi masak.
Cara-cara membuat
1. Panaskan Planta dan minyak sapi dalam kuali.
2. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Seterusnya daun pandan, bahan-bahan kisar bersama rempah beriani sehingga berbau wangi.
3. Masukkan biji gajus dan pastikan ia masak sehingga menjadi warna perang.
4. Masukkan kismis dan kemudian kacau sehingga rata sepenuhnya.
5. Tuangkan air mengikut sukatan beras dan susu cair. Masukkan kiub ayam bersama garam secukup rasa. Biarkan ia mendidih seketika.
6. Tuangkan ke dalam rice cooker dan masukkan beras. Kemudian masak seperti biasa yang mana tunggu sehingga nasi masak dan jadi kering.
7. Dengan guna batang susu, sila buat beberapa lubang pada nasi tadi dan masukkan Saffron atau pewarna kuning. Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng.
8. Tutup periuk dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
9. Apabila nasi sudah masak, gaulkan nasi secara perlahan sekadar untuk meratakan bahan-bahan yang ditabur itu tadi termasuk Safrron dan perwarna.
10. Pastikan tidak terlebih kacau atau gaul nasi, jika terlebih gaul nasi akan jadi patah. Sebaiknya guna chopstick atau garpu.
11. Setelah semua siap masak, masukkan telur rebus ke dalam nasi.
Resepi Ayam Masala
- 1/2 ekor ayam
- Sesudu garam Masala
- Sesudu serbuk ketumbar
- Sesudu serbuk kunyit
- Sesudu lada putih
- Sesudu serbuk cili
- 3 sudu rempah kari daging (Babas)
- Sedikit garam ikut citarasa anda
- Sesudu bawang putih yang ditumbuk
Semua bahan-bahan yang dinyatakan di atas perlu digaulkan sehingga sebati bersama ayam. Kemudian perap ayam yang telah siap digaul untuk 30 minit atau lebih.
Bahan Menumis
- Sebiji bawang besar (dadu)
- Sebiji tomato (dadu)
- 2 tangkai daun kari
- 1 sudu bawang putih blend
- 1/2 sudu kecil jintan manis
- Kulit kayu manis
- Bunga cengkih
- Bunga lawang
- Garam dan gula
- Kiub ayam
- 1/2 cawan susu cair
- Sedikit minyak
1. Tumis semua bahan-bahan di atas melainkan bawang besar dan tomato yang perlu dimasukkan selepas ditumis.
2. Masukkan ayam dan sedikit air seterus gaul sehingga sebati sebelum ditambah susu cair, garam dan gula.
3. Tutupkan periuk serta biarkan ayam empuk dan masak dalam jangka masa 15 hingga 20 minit.
4. Selepas itu pastikan dikacau sehingga sebati agar ia mempunyai sedikit kuah. Kemudian apabila siap, boleh ditaburkan daun ketumbar dan siap dimakan.
Untuk resepi ayam masak merah yang akan dimakan bersama nasi beriani, anda boleh rujuk cara memasak masakan ini melalui pautan di bawah.
Baca : Resepi Ayam Masak Merah Kenduri
Resepi Nasi Beriani Kambing Mudah
Resepi nasi beriani kambing ini agak simple dan ringkas yang dikongsikan oleh Puan Suisan Aliezsha. Katanya, anda patut cuba buat sendiri di rumah dan dapat makan puas hati.
Resepi simple ini juga boleh dicuba sama ada untuk dimakan bersama keluarga atau di rumah bakal mertua, pasti mereka akan suka sebab sangat sedap.
Pesan beliau, sebelum memasak pastikan anda berselawat terlebih dahulu dan insya Allah masakan nasi beriani kambing ini pasti menjadi.
Walau bagaimanapun, untuk resepi nasi beriani kambing yang dikongsikan, anda boleh olahkan mengikut selera anda sama ada guna ayam atau daging dan sebagainya.
Kebiasaannya, nasi beriani digandingkan dengan ayam masak merah dan kambing. Yang mana paling sedap, terpulang pada selera masing-masing.
Resepi Untuk Kambing
1. Daging kambing perlu direbus bersama daun pandan. Tujuan ia direbus supaya cepat empuk dan toskan. (Saya beli bahagian shank dan anda pula ikut suka yang mana baik.)
2. Sedikit jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Saya guna serbuk Babas yang dijual dalam paket. Semua bahan ini hanya agak-agak saja.
3. Gaulkan bahan di atas bersama daging kambing yang telah siap direbus. Kemudian perap untuk seketika. Lagi lama lagi bagus.
4. Bawang, besar, sedikit halia dan bawang putih perlu dipotong mengikut kreativiti anda.
5. Rempah beriani. Biasanya rempah Mak Siti atau Babas jadi pilihan orang ramai. Anda boleh pilih, kedua-duanya sedap.
6. Daun pandan berfungsi untuk mewangikan daging serta untuk hilangkan bau kambing.
7. Sebiji tomato yang dipotong dadu.
8. Minyak sapi. Saya hanya guna lebih kurang 5 hingga 6 sudu makan.
9. Sediakan susu cair setengah cawan.
10. Penumis
Cara Penyediaan Kambing Beriani
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi seterusnya bahan tumis seperti bawang, halia, bawang putih dan tomato termasuk sehelai daun pandan.
2. Biarkan seketika, kemudian masukkan rempah beriani, sesudu teh kunyit serbuk dan sedikit air.
3. Setelah ia mendidih, masukkan daging kambing dan pastikan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan susu cair kemudian dikacau sehingga ia masak dan kecilkan api. Sementara itu boleh siapkan beras untuk nasi beriani.
Resepi Masak Nasi Beriani
1. Tiga pot beras Basmathi yang harus dicuci dan ditoskan. Kuantiti pula mengikut berapa orang yang akan makan.
2. Pewarna kuning supaya nasi beriani kelihatan lebih cantik dan menarik.
3. Daun pandan untuk menjadikan nasi wangi dan ini adalah optional.
4. Biji gajus, sedikit kismis dan buah tomato yang dipotong dadu.
5. Sedikit daun ketumbar atau pun daun pudina mengikut selera anda.
Cara Menyediakan
1. Masukkan semua beras ke dalam rice cooker, masukkan kambing serta kuah beriani itu tadi.
2. Masukkan biji gajus bersama kismis, tomato dan daun pandan.
3. Tekan api pada rice cooker dan masak nasi beriani seperti masak nasi biasa tanpa mengacau nasi tersebut.
4. Biarkan sehingga nasi dan isi daging kambing itu betul-betul masak.
5. Setelah nasi sudah masak pada level warm, buka penutup periuk dan titiskan pewarna kuning sedikit dan tutup semula.
6. Apabila ia sudah masak sepenuhnya, barulah dikacau nasi itu menggunakan sudu garpu.
7. Akhirnya siap untuk dihidangkan. Jangan lupa taburkan daun ketumbar dan telur boleh direbus dan dimakan bersama nasi beriani ini.
Baca : Resepi Nasi Minyak Terengganu
Cara Masak Nasi Beriani Pakistan
Berikut adalah video tutorial daripada Begum Kitchen Cooking Channel dari YouTube yang menunjukkan cara untuk memasak nasi ini dari awal sehingga tamat.
Resepi Nasi Briyani Johor
Ini pula adalah video dari channel Amirul Firdaus Vlog yang berkongsi cara masak nasi beriani Johor yang mengajar penontonnya cara-cara memasak dengan betul.
Nasi Briyani Guna Rempah Adabi
Yang ini daripada channel Emiliailime TV yang berkongsi resepi nasi beriani guna rempah Adabi sangat ringkas dan senang.
Semoga perkongsian resepi nasi beriani ayam masak merah dan kambing daripada mereka yang hebat memasak ini akan dapat membantu anda untuk untuk menyediakan masakan ini untuk keluarga dan sebagainya. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog