Semakan Harga Insurans Motosikal Online (Renew & Perbaharui)

Harga insurans motosikal

Senarai harga insurans motosikal kebiasaannya akan berubah mengikut peredaran masa dari tahun ke tahun dan anda harus memperbaharuinya bila sampai masa.

Insurans motor dah expired dan road tax telah tamat tempoh, ia perlu diperbaharui walau apa pun alasan kerana setiap hari kita perlu menggunakan kenderaan.

Untuk mengelakkan sebarang saman atau denda dikenakan kepada pemilik motosikal yang mempunyai insurans dan road tax yang telah mati, sila perbaharui segera.

Zaman sekarang untuk renew insurans dan road tax telah menjadi mudah kerana ia boleh dibuat secara online tanpa perlu ke pejabat pos atau JPJ.

Anda hanya perlu ada salinan geran motosikal serta cover note untuk rujukan sebelum memperbaharuinya atas talian mengikut pilihan syarikat yang anda kehendaki.

Harga Insurance Motosikal dan Road Tax


Adalah penting untuk anda tahu buat perbandingan harga insurans motosikal sebelum ia diperbaharui kerana anda boleh membuat kiraan untuk sebarang bajet mengikut kemampuan.

Terdapat banyak syarikat insuran di Malaysia yang menawarkan insurans motor paling murah yang boleh anda pilih sebelum membuat keputusan.

Walau bagaimanapun, perlu diketahui harga cukai jalan untuk motosikal mempunyai perbezaan harga mengikut enam kategori motor iaitu:

  • Motor 150CC ke bawah = RM 2
  • 151CC sehingga 200CC = RM 30
  • 201CC sehingga 250CC = RM 50
  • 251CC sehingga 500CC = RM 100
  • 501CC sehingga 800CC = RM250
  • 801CC ke atas = RM350

Kebiasaannya, apabila insurans motor diperbaharui anda boleh juga renew road tax dalam masa yang sama tanpa perlu pergi ke mana-mana pejabat pos dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika anda perbaharui road tax motor di laman Bjak.my, anda akan ditanya sama ada ingin memperbaharui insurans motor secara serentak.

Berkaitan dengan harga insuran motosikal pula, ia berbeza mengikut harga yang ditawarkan oleh syarikat insurans terbabit.

Mengikut pengalaman sendiri, antara harga insurans motor yang termurah dan sesuai dengan kemampuan diri saya adalah Zurich Takaful melalui Bjak.my.

Anda tidak perlu rungsing memikirkan bagaimana untuk dapatkan cover note insurans motor dan cukai jalan selepas perbaharui secara online.

Kerana semuanya dibuat oleh syarikat berkenaan, apa yang perlu pemilik motosikal lakukan adalah dengan hanya masukkan maklumat motor dan buat bayaran.

Semudah ABC dan harga insurans pula sangat berpatutan dan tidak terlalu membebankan bagi mereka yang bergaji rendah bawah RM1500 sebulan.

Cara Semak Harga Insurans Motosikal

cara beli insurance motor online

Untuk buat semakan dan perbandingan harga insurans motor, anda boleh layari laman Compare dari MyeG yang mana anda boleh bandingkan insurance dengan harga yang terbaik.

Selain MyEG, terdapat banyak lagi laman-laman lain yang menawarkan servis yang sama termasuk perbezaan harga bagi sesebuah insurans dan takaful motor, kereta atau kenderaan lain.

Berikut kami kongsikan senarai laman yang boleh anda buat rujukan serta perbandingan harga berdasarkan bajet dan pendapatan anda serta mengikut kesesuaian.


Baca : Cara Renew Road Tax Motor Secara Online

Jenis-Jenis Insurans Motor

Ada beberapa jenis insuran motosikal yang perlu anda ketahui sebelum membuat pilihan begitu juga dengan jenis perlindungan insurance di Malaysia.

Apabila anda membeli sebarang kenderaan bermotor, anda harus juga beli insurans motor. Jenis-jenis polisi insuran yang biasa adalah seperti berikut:

1. Insurance Third Party (Pihak Ketiga)

Polisi perlindungan pihak ketiga ini berkaitan dengan tuntutan sebarang kerugian, kerosakan serta kecederaan tubuh badan termasuk berlaku kematian kepada orang lain iaitu pihak ketiga.

Ia juga memberi perlindungan insurans yang membabitkan sebarang kerosakan kenderaan yang dialami oleh mangsa kemalangan yang diakibatkan oleh kenderaan anda.

Namun, perlu anda tahu sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan anda sendiri dalam kemalangan, insurans jenis ini tidak menanggung kerugian tersebut.

2. Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Polisi insurans jenis ini mempunyai kelebihan berbanding yang pertama kerana ia menyediakan insurans terhadap tuntutan pihak ketiga dan kenderaan anda sendiri.

Ia termasuk dengan tuntutan untuk kecederaan, kerugian, kerosakan harta benda dan kematian pihak ketiga serta akibat kebakaran yang tidak disengajakan atau kecurian.

3. Insurance Komprehensif

Insuran komprehensif adalah insuran yang terbaik kerana perlindungan yang ditawarkan merangkumi pihak ketiga termasuk pemilik motor atau kenderaan.

Ini termasuk sebarang kerugian, kecederaan atau berlaku kematian pihak ketiga atau kerosakan harta benda, kecurian dan kebakaran yang tidak disengajakan.

Maksudnya, insurans komprehensif tidak hanya menanggung kerugian pada pihak ketiga sahaja malah ia melindungi kos baik pulih kenderaan pemilik.

Pengecualian dan Penambahan

Biasanya, insurans motor jenis standard ada yang tidak melindungi sesetengah jenis kerugian seperti kematian dan cedera diri sendiri akibat kemalangan motor.

Ia termasuk dengan liabiliti terhadap tuntutan daripada penumpang yang turut sama menaiki kenderaan anda terkecuali penumpang teksi, bas atau kenderaan sewa.

Malahan sesetengah insurans juga tiada perlindungan untuk sebarang kerosakan atau kerugian akibat bencana alam seperti banjir atau runtuh.

Tetapi, untuk mendapatkan perlindungan sedemikian anda boleh membuat penambah perlindungan bencana alam dengan membayar premium tambahan.

Penambahan polisi perlindungan insurans yang boleh dibuat adalah untuk diri sendiri dan juga semua penumpang-penumpang kenderaan anda

Baca : Cara Semak Nama Pemilik Kenderaan di Malaysia

Insurans Motosikal Yang Murah

Kami kongsikan juga video perkongsian daripada channel YouTube Itansha Rider yang berkongsi cara dapatkan insuran motor yang rendah dan murah.


Kesimpulan

Disebabkan itulah, adalah amat penting untuk buat semakan dengan teliti sebelum membeli sebarang jenis insurans motor atau kereta termasuk perbandingan harga yang mahal atau murah.

Semoga perkongsian tentang semakan harga insurance motor dan cukai jalan ini sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat keputusan tepat sebelum membuat pembelian. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog