Bacaan Ayat Seribu Dinar Rumi dan terjemahan maksud dalam Bahasa Melayu serta khasiat kelebihan mengamalkan bacaan daripada Surah At-Talaq ini yang penuh kebaikan dan fadhilat.
Kelebihan ayat seribu dinar terbukti ada banyak manfaat untuk sesiapa yang membaca serta menjadikannya sebagai amalan harian dalam kehidupan dengan penuh keyakinan dan keikhlasan.
Ayat 1000 dinar rumi dan jawi termasuk tafsir maksud diterjemahkan dalam bentuk gambar PNG, file PDF dan MP3 yang boleh disimpan dijadikan rujukan dalam telefon atau PC.
Selain itu, disertakan kisah nyata yang menjadi panduan zaman berzaman di sebalik keistimewaan ayat ini yang berlaku pada satu masa dahulu.
Ayat 1000 Dinar Rumi & Seribu Kelebihan Amalan
Berikut adalah bacaan ayat seribu dinar rumi dan jawi berserta terjemahan yang boleh anda baca samada dalam Bahasa Malaysia atau tulisan Arab seperti yang dikongsikan di bawah:
Cara untuk mengamalkan ayat seribu dinar sangat mudah iaitu dengan hanya membaca menjadikan ayat ini sebagai amalan harian dengan penuh yakin, insya Allah pasti apa yang dihajati akan termakbul.
Di bawah ini adalah video bacaan ayat 1000 dinar yang dikongsikan oleh channel TheCavemantube daripada laman YouTube berserta terjemahan maksud dalam Bahasa Melayu.
Ia diterjemahkan dengan baik sekali bertujuan untuk memudahkan anda yang tidak tahu membaca dalam jawi untuk membacanya.
Apakah kebaikan dan kelebihan ayat seribu dinar? Apakah manfaat dan khasiat yang terdapat di dalamnya sekiranya kita amalkan dan membaca setiap hari?
Antara keistimewaan dan fadhilat ayat 1000 dinar seperti yang sering disampaikan oleh para ulama dan ustaz-ustaz di Malaysia jika kita amalkan:
- Dimurahkan rezeki tanpa disangka-sangka
- Dapat keluar daripada segala kesulitan dan kesusahan
- Mendapat perlindungan Allah SWT dari sebarang musibah
- Insya Allah akan diselamatkan jika berada dalam perang
- Dimakbulkan segala hajat
- Dipermudahkan sebarang urusan dan niat
- Bacalah ketika sedang bertawakal pasti dimudahkan
- Boleh dibaca ketika menaiki sebarang kenderaan
- Dapat hilangkan keresahan dan kegusaran
Ayat 1000 dinar ini jika dibacakan selepas solat sebanyak 3 kali, insya Allah anda akan memperolehi banyak faedah dan seribu kebaikan berkat pembacaan tersebut.
Ia juga mampu menyembuhkan penyakit dengan cara mengamalkan atau membaca ayat ini sebanyak tiga kali pada sejumlah air lalu diberikan minum pada pesakit.
Insya Allah, pesakit akan sembuh sepenuhnya berkat keajaiban dan kehebatan potongan ayat ini yang boleh kita jadikan senjata dalam kehidupan dengan bacaan tanpa henti.
Kisah & Sejarah
Kisah nyata yang menarik pada sebutan bacaan ayat 1000 dinar yang mana ia berlaku ketika zaman dahulu yang menceritakan tentang seorang lelaki yang juga saudagar atau pedagang orang Islam.
Beliau bermimpi dengan didatangi oleh Nabi Khidir yang memerintahkan lelaki tersebut agar bersedekah duit berjumlah sebanyak seribu dinar di dalam mimpi tersebut.
Selepas pedagang berkenaan telah mengalami mimpi yang sama berlarutan selama tiga kali, beliau berpendapat mimpi yang dialaminya itu adalah mimpi yang benar.
Lalu pedagang tersebut telah bersedekah dengan ikhlas sebanyak seribu dinar sepertimana yang telah diperintahkan dari dalam mimpi yang dialaminya itu.
Walau bagaimanapun, pedagang itu bermimpi sekali lagi berjumpa dengan Nabi Khidir yang mengajarkannya untuk mengamalkan dengan membaca ayat seribu dinar daripada Surah At Talaq dalam Al-Quran.
Kemudiannya, pedagang tersebut sentiasa membaca ayat 1000 dinar ini setiap hari serta menjadikan amalan hariannya dalam kehidupan sehari-hari dengan penuh yakin.
Namun, pada suatu hari lelaki berkenaan ingin terus berdagang sehingga ke satu lokasi lain dengan menaiki kapal dan terpaksa merempuh laluan di tengah-tengah lautan yang bergelora.
Ketika dalam pelayaran itu, kapal yang dinaikinya telah berhadapan dengan angin taufan yang amat kuat dan menakutkan. Lalu, beliau hanya bertawakal kepada Allah sambil terus membaca ayat seribu dinar.
Bacaan yang dibacakannya tanpa henti sehinggalah kapalnya telah pecah akibat dipukul ombak yang kuat dan semua penumpang yang berada di dalamnya mati kecuali lelaki tersebut sahaja masih hidup.
Setelah air laut dan angin menjadi reda, lelaki tersebut tersedar dan mendapati dirinya serta barang dagangannya tidak mengalami sebarang kerosakan terdampar di pantai di sebuah negeri.
Beliau kemudiannya menadah tangan dengan mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana menyelamatkan dirinya dalam tragedi kapal pecah dan air laut yang dahsyat itu.
Beliau akhirnya sedar serta insaf dengan kebesaran dan kehebatan ayat seribu dinar yang diamalkannya itu sehingga dia membuat keputusan untuk terus tinggal dan hidup di negeri tersebut.
Maka, tinggallah saudagar itu di sebuah negeri baru dan berniaga serta berdagang dengan semua penduduk-penduduk yang mendiami negeri tersebut bersama rezeki yang melimpah ruah tanpa disangka-sangka.
Baca : Doa Agar Dipermudahkan Segala Urusan dan Hajat
Pengajaran dan Teladan
Sebagainya pengajaran daripada kisah yang diceritakan tersebut, kita seharusnya sentiasa mengharapkan dan meminta pertolongan daripada Allah SWT ketika dalam kesulitan dan kesenangan.
Apabila sering mendekatkan diri kita dengan Allah, semestinya semua permintaan dan doa kita akan dimakbulkan oleh Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Sebenarnya dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dalam kehidupan seharian semestinya tidak merugikan sesiapa pun malah banyak kebaikan dan manfaatnya jika diamalkan.
Begitu juga dengan bacaan ayat seribu dinar yang telah terbukti akan mendatangkan keuntungan, rezeki kekayaan dan kejayaan yang sentiasa menjadi idaman orang ramai.
Apabila kita perhatikan setiap bacaan dan terjemahan ayat ini jelas menunjukkan makna yang sangat tepat ada kebenaran yang mana ia sangat penting untuk diamalkan oleh semua orang Islam.
Disebaliknya ayat ini juga mengandungi dua pengajaran iaitu agar kita sentiasa bertakwa dan bertawakkal kepada Allah SWT kebergantungan dan semua urusan rezeki.
Allah adalah segala-galanya yang maha berkuasa ke atas setiap sesuatu serta untuk menentukan rezeki seseorang dan memberi jalan keluar dari sebarang kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh hamba-Nya.
Oleh itu, setiap daripada kita haruslah sentiasa yakin dengan sepenuh hati serta fikiran kerana pastinya Allah adalah tempat untuk kita meminta iaitu penentu sebuah kesudahan.
Zaman sekarang ramai di antara kita yang selalu membaca dan hafal setiap ayat seribu dinar sewaktu menghadapi kesusahan dan kesukaran, malah ada yang menggantungkan ini di dalam kedai dan sebagainya.
Perbuatan tersebut digantungkan dengan penuh harapan agar perniagaan terus maju dan mendatangkan keuntungan. Walau bagaimanapun, ia dilakukan tanpa solat bermakna perbuatan ini sia-sia belaka.
Apa sekalipun tujuan menampalkan ayat 1000 dinar di premis perniagaan adalah berpandukan niat kita bukan untuk mengharapkan keajaiban ayat ini semata-mata.
Sebagai contoh, niat kita baik supaya sentiasa ingat untuk dibaca sekiranya ia diletakkan pada dinding kedai tetapi tidak perlu harapkan ayat tersebut sahaja jika kita tidak jujur dalam perniagaan.
Sebaiknya, bacalah ayat ini beribu atau berjuta kali selagi kita mampu untuk baca dengan bertakwa dan bertawakkal kepada Allah SWT berserta dengan ibadat dan ibadah yang disukai Allah.
Insya Allah, berkat dengan amalan ayat seribu dinar serta doa-doa penting yang lain untuk menghindari diri dari masalah serta memohon agar dipermudahkan rezeki dan urusan akan termakbul serta merta.
Download Percuma PDF & MP3
Jika anda perlukan ayat ini dalam bentuk file PDF untuk sebarang rujukan pembacaan dan audio Mp3 untuk anda dengar berserta dengan gambar PNG atau JPG bagi bacaan tersebut, anda boleh muat turun.
Anda boleh download kedua-duanya secara percuma melalui pautan yang disediakan di bawah tanpa perlu meminta kebenaran. Untuk gambar, jika guna telefon sila tekan gambar dua kali dan jika PC, klik kanan.
Kesimpulan
Sebenarnya, kelebihan membaca ayat Al-Quran terbukti sangat banyak serta bermacam-macam faedahnya, namun yang membezakan adalah keistimewaan ayat masing-masing.
Apa saja ayat yang kita bacakan dan ia daripada kitab suci Al-Quran diiringi dengan zikir dan solat pastinya kita akan selalu dekat dengan Allah yang memberikan kita rezeki dan kemudahan.
Jadi, bacalah ayat ini sebanyak tiga kali setiap hari ketika selepas selesai solat lima waktu serta ketika sebelum tidur dan sebelum anda ingin keluar dari rumah.
Sekarang anda sudah tahu akan kebaikannya dan hikmat ayat ini, jadi beramallah dengan yakin dan sebaiknya hafal dan fahami apakah maksud terjemahan, itu lebih afdal.
Semoga perkongsian bacaan ayat seribu dinar daripada surah At-Talaq ini berserta dengan kelebihan mengamalkan akan dapat membantu serta membuka pintu hati sesiapa saja untuk membaca. - Bukit Besi Blog