Bacaan Surah Al-Kafirun Rumi dan Jawi Terjemahan Maksud PDF & MP3

Surah Al-Kafirun rumi dan terjemahan maksud

Dikongsikan bacaan penuh Surah Al-Kafirun Rumi dan Jawi serta terjemahan maksud Bahasa Melayu melalui video YouTube serta untuk simpanan dalam file PDF dan audio MP3 yang boleh anda download percuma.

Surah Al-Kafiruun telah diturunkan di Mekah dan tergolong surah Makkiyah yang ke 109 dalam Al-Quran mengandungi keseluruhan 6 ayat serta terjemahan membawa maksud Orang-orang Kafir.

Sebutan Al-Kafirun jelas terdapat pada permulaan ayat pertama di dalam surah ini yang mengajarkan tentang permasalahan toleransi dan paling tepat adalah pengajaran berkaitan dengan Akidah.

Surah Al-Kafiruun turut mempunyai kebaikan dan kelebihan yang tersendiri serta amat ditakuti oleh iblis dan syaitan sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas tentang ini:

Kelebihan Surah Al-Kafirun

Surah Al-Kafirun Rumi dan Terjemahan


Al Kafirun Rumi

Isi kandungan Surat Al-Kafiruun latin ayat 1-6

Video Bacaan Al-Kafiruun


Berikut adalah bacaan Surah Al-Kafiruun dan artinya yang dikongsikan oleh channel Muhammad Faizal di laman YouTube. Video ini turut sertakan terjemahan maksudnya dan bacaan merdu.


Pengajaran dan Sejarah Surah Al-Kafiruun


Sejarah Surah Al-Kafirun bermula ketika Rasulullah SAW cuba untuk menyebarkan agama Islam pada ketika itu, tetapi Nabi berhadapan dengan pergolakan yang dicetuskan oleh kaum Quraisy.

Kaum Quraisy seringkali cuba dan mencari cara untuk membuat penentangan dan menghalang Nabi SAW untuk sebarkan ajaran Islam kepada semua penduduk pada masa itu.

Selain itu, kaum kafir laknatullah ini turut berusaha sedaya upaya untuk mempengaruhi Nabi SAW dengan berbagai cara dan antaranya adalah dengan menawarkan kekayaan supaya menjadi orang yang paling kaya di Kota Suci Mekah.

Serta Nabi juga boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja wanita cantik yang Baginda kehendakki dengan syarat Rasulullah SAW harus sembah berhala yang menjadi Tuhan mereka.

Pengajaran yang terdapat dalam Surah Al Kafirun jelas menunjukkan ia mengajak semua manusia melaksanakan ajaran agama serta kepercayaan dengan tidak mempunyai sikap saling menganggu antara satu sama lain.

Dalam surah ini juga Allah SWT turut menegaskan tentang amal ibadat secara Islan serta menolak sebarang cara penyembahan berserta amalan syirik yang sememangnya dilarang.

Sesungguhnya TIDAK ada sebarang tolak ansur serta kompromi untuk campuradukkan ajaran agama terutamanya dalam soal akidah dan ibadah dengan orang-orang kafir laknatullah.

Surah Al-Kafirun sebenarnya ditujukan kepada kaum Musyrikin kerana orang kafir tersebut tak mahu terima seruan dan petunjuk kebenaran yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW terhadap mereka.

Baca Juga : Surah An-Nas dan Kelebihan

Kelebihan Surah Al-Kafirun


Ternyata fadhilat dan kelebihan Surah Al-Kafirun juga mempunyai khasiat yang tersendiri serta banyak manfaat bagi sesiapa sahaja yang membaca dan mengamalkannya.

Berikut adalah beberapa kelebihan daripada surah ini yang sering dinyatakan oleh ramai pakar alim ulama serta mereka yang lebih arif berpandukan hadis sahih dan nas.

Surah ini dilihat menyamai 1/4 Al-Quran dan sekiranya dibaca sewaktu matahari naik dan ketika terbenam matahari, nescaya diri kita akan terpelihara daripada syirik.

Malahan sekiranya kita sentiasa membaca bacaan Surah Al-Kafirun serta mengamalkan menjadi rutin harian nescaya semua makhluk akan menyukai dan kasih kepada diri kita.

1. Sama Seperempat Al-Quran

Daripada Anas Bin Malik, Rasulullah bersabda bahawasanya:

"Bukankah kamu hafal (Al Kafirun).?” Orang itu menjawab, "Benar." Baginda menjawab, "(Ia senilai) seperempat Al-Quran." (HR. At-Tarmizi r.a.)

Sabda Nabi SAW:

"Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan." (HR. At Tirmizi)

2. Bebas Dari Kemusyrikan dan Kesyirikan

Kelebihan surah ini apabila dibaca sebelum tidur dapat membebaskan diri daripada kemusyrikan dan syirik seperti yang dikata oleh Farwah Bin Naufal dari ayahnya bahawa Nabi SAW bersabda:

"Bacalah surah Al Kafirun, kemudian tidurlah setelah itu, kerana sesungguhnya itu adalah pembebas (pembersih) dari syirik." (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban, dan Al Hakim).

3. Sunnah Jika Baca Bersama Surah Al-Ikhlas

Ia adalah sunnah Nabi sekiranya kita membaca surah ini ketika sulat sunat Qabliyyah Subuh berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah dalam Shahih Muslim. Abu Hurairah berkata :

"Rasulullah SAW telah membaca kedua surah ini (Qul ya ayyuhal kafiruun dan Qul huwallahu ahad) dalam solat sunat Fajar." (HR. Muslim)

Dari Ibnu Umar dikatakan pula:

"Rasulullah SAW membaca surah Al-Ikhlas dan Al-Kaafiruun dalam dua rakaat sebelum solat Subuh (solat sunat fajar), dan dua rakaat setelah Mahgrib (Ba’diyyah Maghrib) lebih dari 20 atau 10 kali." (HR. Ahmad)
Dari Ibnu Masud katanya lagi:

"Rasanya tidak dapat saya kira berapa kerapanya saya terdengar Rasulullah SAW dalam kedua rakaat solat sunat selepas solat Maghrib dan kedua rakaat sunat sebelum fajar, baginda SAW membaca surah Qul yaa ayyuhal kaafiruun dan Qul huwallaahu ahad." (HR. Ibnu Majah, Tirmidzi).

Rasulullah SAW juga pernah terdengar seorang sahabatnya baca surah pertama iaitu Al-Kafiruun ketika pada rakaat pertama, lalu Baginda bersabda:

"Orang ini adalah orang yang beriman kepada Tuhannya."

Seterusnya, ia membaca surah yang kedua (Al-Ikhlas) pada rakaat yang kedua, lalu sekali lagi Nabi bersabda:

"Orang ini benar-benar mengenal Tuhannya." (HR. Thahawi, Ibnu Hibban dalam Shahihnya di Hasankan oleh Hafizh dalam kitab Al-A’aliyaat).

Marilah kita semua bersama-sama membaca, beramal dengan bacaan, memahami serta menghayati Surah Al-Kafirun yang bernilai sama dengan seperempat Al-Quran ini, mengapa?

Kerana surah ini memiliki pokok akidah, segala perbuatan hati dan termasuk larangan menyembah Tuhan melainkan Allah SWT agar dapat kita menjaga akidah supaya tidak syirik kepada Allah SWT.

Baca : Surah Al-Ikhlas Rumi dan Terjemahan Maksudnya

Download Surah Al-Kafiruun Mp3 dan PDF


Jika anda perlukan bacaan Surah Al-Kafirun rumi dan jawi dalam bentuk file PDF untuk memudahkan pembacaan atau audio MP3 untuk diperdengarkan, anda boleh download secara percuma di bawah:

Anda boleh simpan dalam telefon atau komputer untuk dijadikan bahan rujukan dan sebagainya. Sila download tanpa perlu meminta kebenaran dengan klik butang berikut:


Kesimpulan

Semoga perkongsian bacaan Surah Al Kafirun rumi dan jawi berserta dengan terjemahan maksudnya dapat membantu anda atau adik-adik yang ingin terus belajar tentangnya. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog