Cara Buat Baja Organik Mudah Untuk Pokok Subur Berbuah Lebat

Cara membuat baja organik sendiri

Anda sedang cari cara buat baja organik cecair atau kompos untuk tanaman subur dan sihat serta bebas dari bahan kimia? Ya, kita boleh buat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan mudah dari dapur.

Ia bukan saja menyuburkan bunga dan daun tanaman malah pokok turut cepat berbuah dengan menggunakan baja organik yang sangat banyak kebaikan dan kelebihan yang digunakan dengan sisa dapur sahaja.

Selain baja kompos dan organik daripada tanah, ada juga dari jenis cecair yang kita guna tiga bahan sahaja tanpa perlu memasukkan bahan-bahan lain yang amat memeningkan kepala.

Cara suburkan pokok bunga

Anda boleh cuba sendiri kerana kos perbelanjaan sangat sedikit dan boleh dikatakan baja subur tanaman ini kos pembuatannya hampir percuma.

Lebih menarik lagi, resepi baja organik adalah dari Jadam Organic Fertilizer didatangkan khas daripada Korea yang sememangnya amat terkenal dengan kelebihan petani-petani Korea yang gunakan cara ini.

Hasil daripada menggunakan baja subur ini pasti akan memuaskan hati sesiapa sahaja yang mempunyai kebun atau tanaman kerana ia amat sesuai dengan semua jenis pokok dan tumbuhan.

Cara Buat Baja Organik Subur Sendiri


Cara-cara buat baja buah

Berikutnya adalah perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang telah mencubanya dengan berkongsi resepi dan cara-cara membuat baja subur dengan kos yang sangat sikit.

Anda memerlukan tiga bahan seperti berikut yang mana kos utama adalah sekadar membeli tong yang diperlukan manakala dua bahan lagi tidak memerlukan duit untuk membelinya.

1. Air Hujan

Anda perlukan air hujan atau jika tiada, boleh guna air paip yang perlu dibiarkan dalam 3 atau 4 hari sebelum digunakan untuk buat baja ini.

2. Leaf Mold

Dapatkan daun kering daripada pokok yang gugur, tidak kira apa jenis daun pokok sekalipun, lebih baik pokok yang lebih besar dan mempunyai banyak dedaun kering yang terkumpul di bawahnya.

Dapatkan satu space atau spot, tolakkan daun-daun kering tersebut ke tepi. Anda akan dapat melihat pada first layer ada tanah yang berwarna gelap dan kehitaman.

Ambilkan tanah tersebut dalam dua genggam dan itulah namanya Leaf Mold.

3. Rumput Liar

Dapatkan rumput-rumput liar di mana sahaja atau di rumah selepas anda memotong atau mesin rumput. Apa jenis rumput sekalipun masih boleh digunakan.

Cara-Cara Nak Buat

Cara guna baja organik

1. Ambilkan satu tong besar dan pastikan tong ini mempunyai penutup. Apa jenis tong pun boleh asalkan bersaiz besar atau tong cat. Sebaiknya jika nak guna lama, anda beli di kedai Hardware.

Saya menggunakan tong berwarna biru yang dibeli di kedai hardware dengan harga sebanyak RM45 setiap satu tong.

2. Penuhkan 2/3 dari tong tersebut dengan kandungan rumput-rumput liar dan padatkan kesemuanya ke dalam tong berkenaan.

3. Penuhkan tong itu dengan memasukkan air hujan itu tadi sehingga penuh sampai ke atas dan tutup semula dengan rumput liar.

4. Masukkan dua genggam Leaf Mold itu tadi ke dalam tong dan biarkan ia tenggelam sehingga ke dasarnya.

Contoh baja organik paling terbaik

5. Tutupkan tong dan biarkan ia di situ sekurang-kurangnya dalam jangka masa 2 minggu.

6. Setelah dua minggu, anda boleh guna seperti anda menggunakan baja organik atau tanah kompos yang anda beli tersebut.

Walau bagaimanapun. sekiranya anda peram lebih lama ia akan menjadi lebih baik dan sangat baik untuk kesuburan tanam-tanaman. Ia juga boleh diperam sehingga ke setahun lamanya.

Namun, di awal proses peraman, anda akan dapati bau baja ini agak busuk dan seperti bau longkang atau air selepas banjir. Bau ini akan hilang sendiri apabila semakin lama diperam.

Cara Penggunaan Baja Buat Sendiri


Cara penggunaan dengan betul

Ratio untuk penggunaan baja organik ini adalah dengan sukatan 1:100 iaitu bermaksud setiap 1000 ML air, anda perlu masukkan 10 ML sahaja baja tersebut dan kacau sehingga sebati sepenuhnya.

Anda boleh siram cecair baja ini di mana-mana pokok yang ditanam dalam jangka masa seminggu sekali.

Jika nak spray secara foliar pun boleh iaitu disemburkan pada daun dengan syarat pekatkan lagi cecair tersebut sehingga menjadi 1:50 iaitu 1000 ML air dan 20 ML baja.

Walau bagaimanapun, anda disarankan menggunakan kadar 1:100 terlebih dahulu sebelum anda memperbanyakkan kuantiti baja sekiranya perli di masa depan.

Apabila kandungan baja semakin berkurang dan nak tambah, anda hanya perlu tambahkan lagi segenggam Leaf Mod ke dalam tong yang sama tersebut dan penuhkan semula rumput liar dan air hujan. Itu sahaja.

Terbukti kos untuk membuat baja ini hanya harga tong besar tersebut berjumlah RM45 sahaja dan perlukan air hujan dan Leaf Mold, macam zero cost kan?

Cuba anda bayangkan dengan baja yang sepenuh tong besar tersebut dan anda pakai hanya beberapa ML sahaja setiap kali guna dan pokok memang subur, memang tak keluarkan duit kan?

Lebih tepat lagi jimat kos dan semuanya organik tapi tanaman tetap subur menghijau sehingga membuahkan hasil yang amat lumayan tanpa guna baja bahan kimia yang mempunyai kesan jangka panjang.

Baca : Cara Membuat Penggalak Akar Guna Bawang Merah

Anda boleh dapatkan baja organik yang kualitinya sama saja dengan buat sendiri malahan ada yang lebih bagus untuk kesuburan pokok dengan pembelian melalui pautan disediakan daripada Shopee atau Lazada berikut:


Kaedah Pembuatan Baja Subur Untuk Pokok


Berikut adalah video cara membuat baja organik dari rumput untuk menyuburkan pokok dan tumbuhan yang ditanam dikongsikan oleh channel Dapur Kayu Rumah Kebun di YouTube.

Cara-cara untuk membuat baja guna rumput liar ini sangat mudah serta cepat dan yang paling penting adalah sangat efektif untuk kesuburan tanaman menggunakan bahan semulajadi.

Sila lihat paparan video tutorial ini sehingga tamat dengan langkah demi langkah agar anda tahu bagaimana dan kandungan resepi membuat baja organik ini dengan betul.


Baca : Penanaman Bendi Yang Betul Supaya Subur

Kesimpulan

Rahsia tanah dan pokok subur

Selain daripada baja organik seperti ini yang menggunakan rumput, air hujan dan Leaf Mold, banyak lagi bahan-bahan lain yang boleh dibuat baja untuk suburkan tanaman.

Antara yang popular adalah dengan menggunakan bahan atau sisa makanan dari dapur seperti kulit pisang, kulit telur, sayur-sayuran, Yakult, air beras, susu dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, cara membuat baja organik guna resepi ini adalah yang terbaik dan terbukti berkesan tanaman jadi subur dan pokok berbuah lebat dan baik sekali.

Semoga perkongsian Syafiq Baharin iaitu cara buat baja organik sendiri untuk tanaman subur ini akan bermanfaat buat semua petani atau kepada anda yang berkebun di rumah dengan mudah. Semoga bermanfaat- Bukit Besi Blog