Cara Buat Penggalak Akar Guna Bawang Merah Untuk Pertumbuhan

Cara membuat penggalak akar terbaik buatan sendiri

Jika anda sedang mencari cara nak buat penggalak akar sendiri di rumah, di sini kami kongsikan bagaimana ia dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di rumah sahaja.

Selain boleh dibuat penggalak akar, ia juga amat berguna untuk pertumbuhan tumbesaran daun, bunga, buah dan pokok secara keseluruhan selain memerlukan baja, racun dan tanah yang sesuai untuk subur dan sihat.

Sebenarnya, terlalu banyak resepi dan cara untuk membuat penggalak akar cepat tumbuh dan daun dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur rumah, walau bagaimanapun, apa yang kami kongsi adalah antara daripadanya yang terbaik.

Cara Buat Penggalak Akar Bawang Merah


Penggalak akar

Berikut adalah beberapa cara untuk anda buat hormon perangsang akar yang boleh anda buat sendiri di rumah nanti. Pastikan anda mempunyai kesemua bahan yang dikongsikan.

Bawang Merah

Bawang merah sangat baik untuk menggalak akar dan pertumbuhan biji benih sekiranya ia ditanam mengikut kaedah semaian seperti biasa dengan menggunakan tanah semaian.

Ia juga mempunyai kandungan vitamin C, kalium, kalsium, asid folat, zat besi dan serat yang tinggi. Zat perangsang untuk tumbuh yang terdapat dalam bawang merah berup hormon auksin dan giberelin.

Walau bagaimanapun, setiap tumbuhan sebenarnya mempunyai hormon pertumbuhan yang tersendiri, namun kuantitinya amat sedikit berbanding dengan hormon yang terdapat pada bawang merah.

Hormon Auksin mempunyai fungsi untuk merangsang pembesaran sel, sintesis DNA kromosom dan pertumbuhan aksis longitudinal tanaman. Kegunaannya adalah untuk merangsang akar misalnya untuk keratan batang.

Ia boleh juga digunakan untuk merangsang akar yang baru untuk dipindahkan daripada tapak semaian kepada tanah untuk menggalakkan pertumbuhan akar yang baru.

Auksin juga berfungsi untuk merangsang proses percambahan biji benih sementara giberelin berfungsi sebagai pengawal pertumbuhan pada seluruh bahagian tanaman termasuk juga merangsang proses percambahan.

Kandungan auksin dan giberelin yang terdapat pada setiap bawang merah boleh kita gunakan sebagai sumber hormon organik untuk pertumbuhan biji benih dan keratan batang yang akan kita tanam nanti.

Baca : Cara Tanam Lobak Merah Dengan Mudah di Rumah

Cara Membuat Hormon Perangsang Akar

Ambilkan 15 biji bawang merah lalu diblender sehingga ia menjadi halus. Tambahkan air yang bersih sebanyak 1 liter dan diadukkan sehingga ia menjadi sebati sepenuhnya.

Kemudian, tapiskan larutan tersebut dengan menggunakan kain dan perahkan untuk mendapatkan air atau pati hasil daripada bawang yang telah anda kisarkan itu tadi.

Selepas itu, anda akan dapati hampas yang banyak daripada perahan tersebut, sila jangan buang hampas sebaliknya letakkan ia di pangkal pokok yang anda telah tanam dan sekurangnya ia tidak terbuang.

Cara Penggunaan

Di bawah ini diterangkan pula bagaimana cara guna hormon penggalak akar yang telah kita buat sendiri dengan mengikut kadar yang betul untuk digunakan pada benih atau keratan batang dan pokok.

1. Untuk Semai Biji Benih

Rendamkan biji benih apa saja dengan menggunakan air suam lalu dicampurkan dengan 100ML larutan air bawang dengan 1 liter air suam. Pastikan anda rendam benih selama 3 atau 5 jam sekurang-kurangnya sebelum ia disemai.

2. Untuk Keratan Batang

Rendamkan bahagian keratan batang yang telah dipotong selama lebih kurang 3 atau 5 jam dengan menggunakan larutan air bawang merah 200ML yang dicampurkan dengan air suam sebanyak 1 liter.

3. Untuk Tut Pokok

Sapukan larutan air bawang pada bahagian batang pokok yang telah dikelar untuk dibuat tut. Setelah itu, dibungkus dengan media tanah dan plastik yang sesuai.

Larutan air bawang sebanyak 200ML dicampurkan dengan 1 liter air bersih.

4. Untuk Pemindahan Anak Pokok

Untuk pemindahan anak pokok yang telah dicabut tetapi mengalami kerosakan pada akar amat sesuai menggunakan perangsang akar dari air bawang merah kerana ia akan merawat sepenuhnya.

Pertumbuhan akar baru seperti ini amat memerlukan hormon yang banyak. Caranya dengan merendamkan anak pokok yang telah dicabut selama 10 minit sebelum ia ditanam.

Manakala, kadar campuran air yang sesuai adalah dengan mencampurkan 1 liter air yang amat bersih dengan dicampurkan dengan 100ML air larutan bawang merah tersebut.

Teknik guna bawang merah dijadikan pengalak akar sebenarnya banyak digunakan oleh ramai orang termasuk juga petani daripada negara Thailand yang amat terkenal dengan kesuburan pokok-pokok buah-buahannya.

Selain itu, banyak lagi bahan yang boleh dibuat untuk merangsangkan pertumbuhan akar secara organik seperti belacan, rebung buluh dan banyak lagi seperti di bawah:

  • Pati daun ketapang
  • Jagung muda
  • Pati daun Willow
  • Madu
  • Ekstrak taugeh
  • Cuka kayu
  • Rumput laut

Perangsang Akar Cara Thailand


Berikut adalah cara-cara untuk membuat penggalak akar seperti yang dibuat oleh petani di negara Thailand. Video YouTube ini dikongsikan oleh channle DGlove.


Berikut pula adalah antara bahan-bahan yang digunakan oleh DGlove untuk membuat Root Accelerator seperti yang ditunjukkan dalam video di atas.

  • 2 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar Ajinomoto
  • 1 sudu besar belacan
  • 5 sudu besar minuman RedBull

Beli Secara Online

Anda juga boleh dapatkan hormon penggalak akar, daun dan buah samada dalam bentuk gel, serbuk atau powder serta jenis cecair seperti baja yang banyak dijual di nursery dan kedai-kedai pertanian.

Ia juga mempunyai berbagai jenis-jenis Root Booster yang perlu anda pilih dengan betul sekiranya anda ingin membeli untuk digunakan pada tumbuhan yang anda nak tanam.

Dikatakan semakin mahal harga penggalak akar tersebut bermakna semakin baik serta kualitinya dijamin sangat terbaik. Namun, yang harganya murah tidak semestinya tidak bagus.

Jika anda ingin membuat pilihan serta pembelian, anda boleh dapatkan melalui link laman Shopee dan Lazada seperti yang disediakan di bawah bagi memudahkan anda untuk mendapatkannya.

Di bawah ini adalah satu jenis Root Booster yang paling terbaik bagi kami, selain jenis ini banyak lagi yang boleh anda dapatkan dengan harga murah melalui link di bawah.

Vitamin Penggalak Akar B1

Root Booster Vitamin B1

Vitamin B1 (100ML) penggalak akar ini dihasilkan daripada hormon semulajadi cytokinin vitamin B1 dengan tambahan asid amino. Berikut adalah kegunaan dan fungsi-fungsinya:

Vitamin Penggalak Akar B1 (100ml)Dihasilkan daripada hormon semulajadi cytokinin vitamin B1 dengan tambahan asid amino.

Fungsinya adalah untuk merangsang pertumbuhan, pengakaran dan daun, mengurangkan kejutan terhadap tanaman akibat proses pemindahan sama ada dari pasu kecil ke pasu besar, tapak semaian ke kebun atau tanah asal kepada tanah yang lain.

Sangat sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman termasuk pokok bunga, sayur-sayuran dan sebagainya. Baik untuk mempercepatkan tumbesaran ubi pokok adenium.

Cara untuk menggunakannya adalah dengan rendamkan tanaman ke dalam bancuhan Vitamin B1 ini. Manakala untuk kadar bancuhan adalah seperti berikut: 2ML atau 3ML B1 dicampurkan 1 liter air. Siap.


Baca : Cara Menanam Pokok Bendi Supaya Subur

Kesimpulan

Itu sahaja perkongsian cara membuat penggalak akar sendiri di rumah dengan menggunakan bawang merah yang dikongsikan oleh Facebook Norash Farm.

Semoga perkongsian ini akan bermanfaat serta dapat membantu anda semua yang meminati dunia pertanian atau anda yang ingin berkebun di rumah untuk menanam sebarang tanaman. Selamat mencuba. - Bukit Besi Blog