Kegunaan Cuka Kayu Untuk Tanaman dan Cara Guna Ikut Sukatan

Cuka Kayu Organik

Apakah kegunaan cuka kayu organik untuk tanaman dalam sektor pertanian dan bagaimana cara penggunaan dan kebaikan bahan ini kepada ternakan, pokok serta semua tumbuh-tumbuhan?

Pasti ada yang masih baru dalam dunia penanaman dan tertanya tentang cuka kayu organik, adakah ia mempunyai keburukan atau bahaya kepada manusia serta tanaman jika digunakan tanpa sukatan.

Artikel ini akan membincangkan tentang perkara berkaitan dengan bahan yang dipanggil Wood Vinegar in English dengan lebih mendalam supaya ramai yang akan faham dan tahu tentangnya.

Cuka kayu sebenarnya terhasil daripada sampingan ketika pemprosesan pembuatan arang selepas menjalani proses pemeraman serta pengasingan tar dalam jangka masa selama 6 bulan.

Proses pembuatan cuka kayu dipanggil sebagai pirolisis iaitu sejenis rawatan yang digunakan untuk sebarang produk jenis organik iaitu berasaskan karbon.

Apabila ia didedahkan terhadap suhu yang amat tinggi dengan tidak mempunyai oksigen, pemisahan fizikal dan kimia akan berlaku di dalam molekul yang berlainan.

Seterusnya penguraian akan berlaku kerana kestabilan terma bahan kimia yang sangat terhad serta menjadikan ianya hancur hanya dengan menggunakan tenaga haba.

Walau bagaimanapun, kualiti cuka kayu adalah berpandukan kepada resepi yang dibuat oleh setiap pengeluar yang berkait dengan sistem pengawalan dan ketepatan penukaran haba yang betul.

Kebaikan dan Kegunaan Cuka Kayu Untuk Tanaman


Cara Guna Cuka Kayu Untuk Tanaman

Kebaikan menggunakan cuka kayu ini sememangnya terbukti sangat baik untuk semua tanaman yang meningkatkan penghasilan buah atau sayuran yang berkualiti dan sihat.

Antara kelebihan cuka kayu untuk digunakan kepada pokok tanaman dan binatang ternakan adalah seperti yang diterangkan di bawah:

  • Untuk merangsang pertumbuhan sayuran dan pokok
  • Bagi menguatkan lagi akar dan daun
  • Boleh suburkan tanah dengan cepat
  • Dapat halang pembiakan virus dan penyakit dalam tanah
  • Menghalau segala serangga perosak
  • Menambahkan kuantiti mikroorganisma yang baik
  • Mengelakkan penyakit yang berpunca dari bakteria
  • Membuatkan kualiti buah jadi terbaik
  • Menambahkan kandungan gula dalam buah
  • Dijadikan bahan tambahan kepada baja kompos
  • Mempercepatkan proses pembuatan kompos organik
  • Memanjangkan tempoh kesegaran sayur, buah dan bunga
  • Menjadi pemangkin tumbesaran biji benih
  • Membantu haiwan ternakan jadi sihat dihindari penyakit
  • Menjadikan daging haiwan dan susu yang berkualiti

Baca : Pembuatan Penggalak Akar Yang Paling Terbaik dan Betul

Cara Penggunaan Cuka Kayu


Penggunaan Wood Vinegar

Pati cuka kayu mempunyai fungsi sebagai pengawal makhluk perosak, menghindari lumut dan segala macam jenis rumput rumpai yang tumbuh melata tanpa diminta dan dapat menghilangkan bau busuk.

Ia juga menjadi baja organik asli untuk gembur tanah, meneutralkan keasidan yang terdapat dalam berbagai jenis-jenis tanah, membantu pertumbuhan pokok serta membunuh kuman.

Cara guna cuka kayu perlu digunakan mengikut sukatan yang telah ditetapkan sama ada menggunakan kaedah semburan atau siraman kepada tumbuhan dan tanaman.

Untuk kawalan makhluk perosak dan mikroorganisma pada lubang tanaman

Anda perlu bancuhkan sebanyak 20ML cuka kayu untuk sukatan air sebanyak 1 liter dan disiram pada media tanaman sebelum menanam dalam masa 10 hari dan tidak boleh terus ditanam.

Untuk elakkan hama dalam proses pembenihan

Sila bancuh sebanyak 1.5ML untuk satu liter air kemudian disemburkan pada biji benih di tapak semaian untuk setiap 10 hari.

Untuk mengawal makhluk perosak dan membunuh kulat merbahaya

Bancuhkan bahan ini dengan 5ML untuk seliter air dan sembur pada pucuk dan juga daun pokok untuk jangka masa seminggu sekali.

Untuk membasmi kuman dan meneutralkan pH tanah

3.5ML untuk satu liter air perlu dibancuhkan tanpa melebihi kadar sukatan ini yang kemudiannya disiramkan pada setiap akar pokok tanaman.

Untuk kurangkan buah gugur, menambah kualiti buah

2ML sukatan untuk cuka kayu bersama 1 liter air dan seterusnya disemburkan kepada putik buah.

Untuk kawalan serangga

Bancuhan 1ML untuk seliter air diperlukan serta boleh dicampurkan dengan sebarang racun serangga yang lain untuk menghalau serangga perosak.

Untuk kawalan rumput rumpai dan lumut

Sukatan perlu mengikut nisbah seperti berikut iaitu 200ML dengan seliter air dan disemburkan secara direct terhadap rumput rumpai dan semua jenis lumut.

Sekali lagi diingatkan, penggunaan cuka kayu untuk tanaman seharusnya mengikut sukatan yang tertera pada setiap label produk, biasanya pelekat yang terdapat di belakang botol.

Jangan sekali-kali menggunakannya secara berlebihan seperti dinasihatkan oleh Nusa Agro kerana akan mengakibatkan pokok yang telah anda tanam itu berpotensi untuk mati serta merta.

Baca : Cara Membuat Baja Organik Untuk Buah Lebat dan Subur

Cara Guna Wood Vinegar Dengan Betul



Bagi anda yang berminat untuk mencuba dan membeli pati cuka kayu organik ini, anda boleh menghubungi pihak Jom Do It Malaysia atau membeli secara online melalui laman Shopee atau Lazada.


Wood Vinegar Boleh Rawat Penyakit Kulit

Mungkin ada yang belum tahu tentang kebaikan cuka kayu untuk manusia yang dapat menyembuhkan beberapa masalah penyakit kulit seperti berikut yang dikongsikan di Facebook:

  • Penyakit gatal-gatal kulit
  • Kurap
  • Terkena gigitan binatang berbisa
  • Panau
  • Apa saja masalah kulit
  • Menyedut asid urik gout

Cara menggunakannya adalah dengan menyapu cuka kayu ke bahagian yang sakit seperti gout, kurap dan gatal dengan kuantiti yang sedikit, insya Allah masalah tersebut akan hilang.

Kesimpulan

Apa sekalipun, perkara pertama yang perlu anda beri perhatian adalah cara penggunaan dan tidak boleh digunakan dengan kuantiti yang banyak tanpa ikut sukatan yang disyorkan.

Ini kerana ia bahaya kepada tanaman dan memudaratkan kepada tumbuhan sekiranya diberikan cuka kayu ini dengan tidak mengikut kadar yang betul dan tumbuhan boleh mati tanpa disangka-sangka.

Oleh itu, berhati-hatilah sewaktu menggunakannya dan gunalah dengan baik tanpa merosakkan tanaman anda serta jangan lupa untuk mendapatkan wood vinegar yang amat baik untuk kesihatan pokok ini.

Semoga perkongsian tentang penggunaan dan kegunaan cuka kayu untuk tumbuhan ini akan bermanfaat buat anda yang sedang mencari maklumat berkaitan. Jom berkebun dengan bijak. - Bukit Besi Blog