Adakah Muntah Membatalkan Wuduk atau Air Sembahyang?

Adakah muntah membatalkan wuduk

Setiap daripada kita pasti pernah mengalami muntah apabila perut terasa loya atau mual sehingga menyebabkan pening kepala. Tetapi bagaimana sekiranya kita sedang berwuduk tetapi mengalami muntah, adakah ia membatalkan wuduk?

Persoalan ini pasti menjadi tanda tanya kepada mereka yang masih belum tahu. Walau bagaimanapun, ketika kita berpuasa dan muntah dengan sengaja, perbuatan ini membatalkan puasa serta merta.

Terkadang dalam solat kita merasa was-was apabila dalam situasi yang tidak tahu samada solat kita sah atau pun tidak, jadi jalan terbaik rujuklah pada mereka yang lebih arif tentang ini.

Apabila semua ibadah kita mengikut hukum yang betul serta mengamalkan sunnah-sunnah Nabi pastinya semua lengkap dan akan diberkati Allah SWT.

Berikut adalah jawapan berkaitan dengan muntah ketika sedang berwuduk apakah hukum dan adakah ia terbatal telah dijawab secara keseluruhan daripada Mufti Wilayah Persekutuan.

Hukum Adakah Muntah Batalkan Wuduk


Hukum muntah setelah wudhu

Muntah sebenarnya tidak membatalkan wuduk seperti yang dinyatakan oleh Imam Syafie dan pandangan ini adalah sahih sama sekali kerana tiada sebarang dalil yang memaparkan keadaan muntah batalkan air sembahyang.

Namun, ada pendapat yang menyatakan bahawa muntah membatalkan wuduk daripada beberapa imam iaitu Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad yang menyatakan muntah boleh batalkan wuduk.

Dalam keadaan ini menurut Imam Ahmad yang telah mensyaratkan sekiranya seseorang itu yang sedang berwuduk tetapi mengalami muntah-muntah dalam kuantiti yang banyak maka wuduk tersebut terbatal.

Pandangan daripada Imam Abu Hanifah pula mensyaratkan bahawa muntah tersebut berasal daripada perut, memenuhi mulut serta keluar sekaligus, ia juga membatalkan wuduk.

Namun, sememangnya ada beberapa hadis yang lain berpendapat dengan memberikan gambaran situasi yang mana Nabi Muhammad SAW telah muntah dan seterusnya mengambil wuduk semula.

Walau bagaimanapun, hadis-hadis tersebut diyakini lemah malahan dikatakan tidak boleh dijadikan sebagai hujah, antaranya adalah seperti yang dinyatakan sabda Rasulullah SAW:

Baca : 10 Kesilapan Dalam Solat Tanpa Kita Sedari

Hukum muntah ketika wuduk

Riwayat daripada Abu Dardaa pula seperti berikut:

Apakah wudhu terbatal jika muntah

Manakala pendapat daripada Ibnu Taimiyyah mengatakan perbuatan berkenaan adalah sunat bukannya ia bermaksud WAJIB kerana tiada dalil yang terang dan jelas menunjukkan ia sebuah perintah yang WAJIB.

Perbuatan Nabi Muhammad SAW mengambil wudhu semula selepas muntah tidak menunjukkan bahawa ia WAJIB malah tiada dalil daripada AL-Quran dan Al-Sunnah menyebut perkara tersebut.

Baca : Kelebihan Solat Berjemaah di Masjid & Rumah

Penerangan Dari Dr. Maza

Berikut pula adalah penjelasan daripada Dr Maza berkaitan dengan adakah batal wuduk jika seseorang itu yang sedang berwudhu mengalami muntah, luka atau hidung berdarah, insya Allah anda akan faham.


Kesimpulan

Jadi kesimpulannya daripada persoalan tentang adakah muntah membatalkan wuduk telah terjawab iaitu ternyata jawapannya tidak batal sepertimana yang ditekankan oleh Mazhab Syafie serta beberapa ulama lain.

Walau bagaimanapun, ia adalah sunat apabila seseorang itu muntah lalu mengambil wuduk semula kerana dengan cara ini tiada lagi keraguan akibat kekotoran yang terkeluar dari mulut terkena pada pakaian dan sebagainya.

Begitu juga dengan pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan adalah disunatkan berwuduk semula apabila mengalami muntah-muntah untuk memperbaharui wudhu.

Semoga perkongsian tentang hukum adakah muntah membatalkan wuduk yang telah dijelaskan oleh Mufti WP ini akan dapat membantu anda yang masih ada keraguan dan pertanyaan. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog