Cara Buat Plant Booster Organik DIY Untuk Tanaman Subur

Cara buat plant booster organik DIY

Semua petani atau orang yang berkebun dan bercucuk tanam pasti inginkan semua tanaman hidup subur berbunga serta berbuah lebat cukup baja dan ia semakin sihat jika ditambah dengan plant booster organik DIY boleh buat sendiri di rumah.

Apa itu plant booster organik? Organic Plant Booster (PBO) adalah penyubur tanaman yang dapat membantu mempercepatkan lagi semua pertumbuhan dan pendebungaan pokok atau tanaman lebih sihat dan tahan lama.

Ia juga merupakan gabungan bahan-bahan semulajadi berserta dengan mikroorganisma yang berfaedah memberi kesan ke atas setiap tumbuhan membaik pulih dan meningkatkan hasil setiap tanaman.

Malahan, ia juga bukan sekadar menjadi baja tanaman tetapi turut menjadi penggalak tumbesaran dengan cara yang semulajadi dengan melalui proses fermentasi yang teratur.

Mungkin ada yang masih belum tahu cara nak buat plant booster organik khas untuk kesuburan pokok dan sesuai untuk semua jenis tanaman dengan menggunakan bahan-bahan daripada rumah.

Selain baja organik, tanaman juga memerlukan makanan tambahan iaitu plant booster yang boleh digunakan dalam jangka masa panjang serta hasilnya pokok terus subur dan menghasilkan buah yang banyak.

Pembuatan booster organik seperti ini juga amat terkenal di Thailand yang mana ramai petani di sana banyak menggunakan bahan-bahan daripada belacan untuk suburkan tanaman buah, sayur-sayuran dan pokok bunga.

Cara Buat Plant Booster Organik DIY


Plant booster organik DIY

Sebenarnya, cara untuk membuat plant booster organik ini sangat mudah tanpa memerlukan peralatan dan bahan yang sukar untuk didapatkan serta semuanya boleh dicari di dapur rumah sahaja.

Berikut adalah cara-caranya yang dikongsikan langkah demi langkah dan anda wajib mengikut setiap kaedah yang diterangkan agar plant booster anda itu menjadi dan boleh digunakan.

Peralatan Yang Perlu Disediakan:

1. Sebilah pisau yang tajam

2. Bekas yang mempunyai penutup dengan kapasiti 20 liter bersamaan dengan dua unit. Sebaiknya bahagian atas dan bawah adalah bekas yang mempunyai saiz yang sama.

3. Peralatan penapis satu unit.

Bahan-Bahan Utama

Cara buat booster organik

1. Air bersih satu liter dan sebaiknya air hujan, air sungai atau perigi.
2. Pisang sebanyak sekilogram.
3. Buah nenas sekilogram.
4. Buah betik sekilogram.
5. Sayur kangkung 0.6 kg.
6. Sayur labu manis sekilogram.
7. Sedikit belacan 0.6 kg.
8. Telur ayam dua biji.
9. Gula merah 0.6 kg.
10. Sebiji ragi buat tapai.
11. Satu liter susu segar.

Baca : Cara Buat Penggalak Akar Guna Bawang Merah

Cara-Cara Membuat

Baja cecair buah

1. Anda perlu memotong pisang dengan saiz lebih kurang 2 hingga 3 CM.

2. Diikuti dengan buah betik dengan saiz yang sama, begitu juga dengan nenas, kangkung dan belacan.

3. Letakkan kesemua bahan-bahan yang telah siap dipotong ke dalam satu bekas dan boleh digaul jika mahu atau jika tidak mahu gaul tak mengapa.

4. Kemudian sila blender separa hancur untuk semua bahan di atas. Jika dikisar sehingga hancur, ketika proses menapis nanti ia akan menjadi sukar.

Sebaiknya dikisar dengan cara sedikit sahaja dan jika nak dicampur juga boleh atau one by one. Sebaiknya dicampurkan dengan sedikit air semasa blender.

Anda perlu memastikan belacan perlu dikisar bersama dengan bahan yang lain agar ia tidak terus melekat di dalam mesin blender.

Cara membuat organic plant booster fertilizer

5. Kemudian letakkan semua bahan yang telah siap dikisar ke dalam sebuah bekas dan bekas tersebut perlu dilabel sebagai Bekas A dengan tujuan supaya mudah faham.

6. Seterusnya pecahkan telur dan masukkan ke dalam Bekas A bersama dengan kulitnya sekali dan pastikan telur tersebut perlu dipecahkan terlebih dahulu.

7. Masukkan pula gula merah ke dalam Bekas A dan susu serta semua baki air yang masih ada ke dalam bekas yang sama.

8. Pastikan Bekas A yang telah siap dimasukkan semua bahan tersebut dengan mempunyai 1/3 ruang udara. Perkara ini sangat penting untuk proses pemeraman yang akan berlaku dengan lebih sempurna.

Sekiranya ruang udara tidak sampai 1/3, sila tukar bekas segera. Jika anda tidak menukarnya, risiko untuk plant booster yang kita buat itu tidak menjadi sangatlah tinggi.

Jabatan Pertanian Malaysia

9. Kacaukan semua campuran tersebut sehingga ia menjadi sekata dan sebati.

10. Kemudian hiris buah labu secara nipis melayang. Hirisan ini perlu diletakkan ke dalam Bekas A yang turut mempunyai semua campuran bahan-bahan itu tadi.

11. Anda perlu memastikan semua hirisan labu itu tadi dapat menutup semua permukaan campuran yang terdapat dalam Bekas A tersebut.

12. Hancurkan ragi dan taburkan di atas hirisan buah labu yang ada di dalam Bekas A.

13. Tutup Bekas A tersebut dan jangan terlalu ketatkan penutup. Ia memadai sekadar hanya dengan meletakkan penutup sahaja tanpa mengetatkannya untuk peram.

14. Ia perlu diperam secara partially anaerobic dalam jangka masa seminggu di tempat yang redup tanpa cahaya matahari.

Baja booster tanaman

15. Selepas seminggu telah berlalu, kebiasaannya plant booster telah jadi matang apabila ada miselium atau buih berwarna putih di permukaan larutan tersebut selepas diperam.

16. Tapiskan larutan berkenaan dan simpan juga di tempat redup dan sebaiknya di simpan di tempat yang gelap serta ia akan bertahan selama 6 hingga 8 bulan.

Cara Pengunaan PBO

Plant booster growth juice

Cara penggunaan plant booster organik ini harus digunakan dengan cara yang betul dan di sini dikongsikan cara guna mengikut sukatan dengan contoh seliter air yang digunakan untuk semburan.

Sekiranya anda ingin menggunakan dengan kuantiti air yang lebih banyak, anda perlu menambahkan kuantiti plant booster mengikut sukatan Mililiter.

1. Masukkan air seliter ke dalam bekas penyembur dan jika nak lebih baik gunakan air hujan atau air telaga. Jika tiada, anda boleh guna air paip sahaja.

2. Masukkan sukatan 5 - 25ML plant booster ke dalam seliter air yang mana ditunjukkan dalam langkah satu di atas. Kuantiti bahan ini perlu mengikut pada umur dan jenis tanaman agar tidak terlebih digunakan.

3. Kuantiti 5ML bersamaan dengan satu sudu besar makan dan anda perlu semburkan pada semua daun dan sebaiknya disemburkan pada awal pagi.

4. Semburan plant booster boleh dibuat bersama dengan Fish Amino Asid atau racun organik iaitu dicampurkan dengan bahan-bahan tersebut jika perlu dalam satu alat penyembur.

5. Anda boleh menyemburkan tanaman pada setiap seminggu atau dua minggu sekali bergantung kepada tahap kesuburan pokok yang ditanam.

Baca : Cara Buat Baja Organik Untuk Pokok Subur

Kebaikan Organic Plant Booster

Mungkin ada yang anggap bahawa plant booster ini adalah sejenis baja organik, sebenarnya tidak begitu kerana ia adalah sejenis bahan untuk menggalak tumbesaran secara semulajadi untuk tanaman melalui proses fermentasi.

Kebaikan booster organik ini untuk tanaman adalah dengan memberikan kesan yang menakjubkan terhadap tumbuhan, membaikpulih, menyuburkan serta turut dapat meningkatkan hasil tanaman dengan berlipat ganda.

Selain itu, bahan-bahan yang dicampurkan semuanya menjadikan organic plant booster ini sangat istimewa seperti fungsi labu sebagai contoh yang mengandungi air, natrium, karbohidrat, zink, kalsium dan lain-lain.

Kerana itulah semua bahan yang terdapat di dalam booster organic ini mempunyai peranan penting seperti adanya hormon semulajadi, nutrien NPK, Mg dan banyak lagi serta mikroorganisma yang berfaedah berikut:

  • Laktobasillus
  • Fotosintetik Bakteria
  • Yis
  • Actinomyceters

Video Tutorial Pembuatan POB

Berikut adalah video tutorial cara-cara membuat organic plant booster untuk tanaman dengan kaedah serta bahan yang hampir sama daripada Youtube Channel Projek Kebun yang berkongsi langkah demi langkah.


Info Tambahan

Plant booster organik sebenarnya boleh digunakan pada semua tanaman dan tidak terhad penggunaannya pada daun sahaja malahan ia boleh digunakan pada tanah juga.

Untuk pengetahuan anda, plant booster ini bukan sahaja seperti baja organik malahan ia turut digunakan dalam pembuatan Bokashi yang mana EM4 digantikan PBO untuk mempercepatkan proses fermentasi atau kompos.

Jika tiada masa untuk buat sendiri, anda boleh beli saja dengan harga yang sangat murah bawah atau lebih RM10 di laman Shopee dengan kualiti terbaik di pautan disediakan untuk rujukan dan pilihan anda.


Kesimpulan

Semoga perkongsian cara buat plant booster organik daripada Jabatan Pertanian Malaysia dan Sahabat Kebun ini dapat membantu anda untuk menyuburkan tanaman dan menghasilkan pulangan hasil yang menguntungkan. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog