Cara Hilangkan Sakit Tekak Dengan Cepat Tanpa Ubat & Petua

Sakit Tekak

Pasti anda ada pengalaman ini iaitu gatal-gatal pada kerongkong dan batuk berpanjangan yang menyebabkan tak selesa terganggu segala aktiviti harian. Apakah cara dan petua hilangkan sakit tekak dengan berkesan dan cepat?

Apabila tekak mengalami kesakitan tentunya memerlukan rawatan dan ubat yang terbaik daripada farmasi atau menggunakan petua tradisional nenek moyang yang mujarab untuk menghilangkan sakit yang teramat sangat.

Walau bagaimanapun, kaedah yang manakah sesuai untuk sakit tekak, adakah perubatan moden dengan berjumpa doktor di klinik atau guna bahan semulajadi untuk menghindarinya dari terus melarat?

Semua itu sebenarnya terpulang kepada diri sendiri dan sebaiknya anda mencuba petua atau tips yang kami kongsikan terlebih dahulu sekiranya sakit tekak anda masih di tahap yang tidak kritikal.

Jika anda mengalami sakit tekak berpanjangan, dinasihatkan terus sahaja ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum penyakit ini menjadi lebih teruk atau serius.

Petua Hilangkan Sakit Tekak Cara Terbaik


Petua hilangkan sakit tekak dengan cepat

Berikut adalah beberapa tips dan petua untuk menghilangkan sakit tekak dan batuk menggunakan cara tradisional dengan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di rumah untuk mengatasi kesakitan ini.

1. Berkumur Dengan Air Garam

Untuk mengurangkan kerengsaan pada kerongkong, anda boleh gunakan air garam untuk hilangkan sakit tekak dengan cara berkumur campuran air suam berserta satu sudu garam ke dalam gelas seterusnya kumur untuk beberapa ketika.

2. Teh, Madu & Lemon

Minuman campuran ketiga-tiga bahan ini iaitu teh o, madu dan perahan lemon mampu melegakan kesakitan dengan syarat air yang telah dicampurkan itu dalam keadaan suam atau tidak terlalu panas.

3. Hisap Lozenges

Lozenges terbukti amat berkesan membantu untuk meredakan sakit pada tekak dengan cepat selepas ada menghisap seperti gula-gula di dalam mulut.

4. Kurangkan Bercakap

Jika anda merasa kesakitan, sebaiknya anda merehatkan tekak dengan mengurangkan percakapan demi untuk kesihatan pada bahagian kerongkong.

5. Udara Yang Lembap

Apabila anda berasa dalam situasi begini, udara juga berperanan untuk menyihatkan tekak dengan cara anda berada di tempat yang mempunyai pelembab udara sama di rumah atau di tempat kerja dan sebagainya.

Anda boleh mendapatkan mesin pelembab udara atau Humidifier di mana-mana kedai yang menjual barangan elektronik atau secara online melalui laman Shopee dan Lazada, di bawah disertakan pautan untuk memudahkan anda.

Mesin pelembab udara sebenarnya sangat membantu kerana dapat memberikan keselesaan pada sesiapa yang sedang sakit tekak atau sekurangnya ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.

Jika anda bercadang untuk membeli Humidifier ini, sebaiknya belilah yang mempunyai kualiti tinggi atau jenama yang popular agar nanti berpuas hati selepas menggunakannya. Di bawah adalah antara contoh terbaik.

Senarai Humidifer yang dikongsikan berdasarkan review daripada ramai pembeli yang menyatakan kesemua brand ini sangat sesuai dan berkualiti selepas digunakan.

1. Khind Humidifier Fan HHR 3OF

Mesin pelembab udara murah


2. Deerma F600 Ulltrasonic

Tips atasi batuk gatal tekak dan telinga


3. Dodocool Car Humidifier

Tekak kering dan perit


Selain daripada mesin pelembab udara di atas, anda masih boleh dapat memilihnya dengan mencari jenis terbaik produk Humidifier melalui enjin carian terbesar di dunia iaitu Google.

6. Makan Makanan Lembut dan Elakkan Pedas

Pastikan anda mengambil makanan yang lembut dan mudah dimakan supaya ketika menelan sebarang makanan anda tidak merasa sakit. Antara makanan yang sesuai adalah seperti sup, bubur atau oat sebagai contoh.

Anda wajib menghindari memakan makanan yang akan menyebabkan batuk berpanjangan atau gatal tekak iaitu makanan yang pedas, kering serta daripada jenis yang keras seperti biskut kering atau kari ikan dan ayam.

7. Minum Jus Nenas

Minuman jus nenas adalah antara petua mujarab untuk meredakan kesakitan pada tekak selain ia dapat mengurangkan batuk dengan cepat. Kisarkan sedikit sahaja dan minum tanpa ais.

8. Limau Kasturi Campur Madu

Bancuhan tiga biji limau kasturi dan satu sudu madu bersama air panas suam, memadai untuk mengurangkan perit atau kering pada tekak. Amalkan pengambilan bahan-bahan ini sehingga hilang sepenuhnya.

9. Cengkih

Hancurkan bunga cengkih atau dapat sesudu teh serbuk cengkih kemudian dibancuhkan di dalam segelas air suam lalu dikumur dalam jangka masa tiga saat dan buang, insya Allah hilang.

10. Ais Krim Perisa Vanilla

Ais adalah musuh utama kepada sakit tekak tetapi berbeza dengan ais krim vanilla yang dapat membantu kurangkan sakit seperti yang digalakkan oleh doktor pakar dari beberapa buah klinik.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami batuk berpanjangan dalam masa yang sama, anda perlu elakkan sebarang ais atau air batu kerana dibimbangi akan lebih teruk nanti.

11. Kunyit Serbuk

Serbuk kunyit asli yang dicampurkan dengan segelas susu panas dapat meredakan rengsa sakit tekak dengan segera. Amalkan pengambilan campuran ini sekurang-kurangnya dua kali sehari.

12. Teh Halia

Hirisan halia atau yang ditumbuk sedikit serta direbus sehingga mendidih kemudian diminum dengan segelas bersama campuran minuman teh selepas ianya suam dapat mengurangi kesakitan.

13. Cuka Epal

Cuka epal terbukti mempunyai banyak kelebihan serta sering digunakan dalam perubatan tradisional sejak dahulu kala. Untuk redakan sakit, anda hanya perlukan campuran air suam, sesudu cuka epal dan madu kemudiannya diminum .

14. Bawang Putih

Bahan yang mudah dan boleh didapati di dapur ini terbukti mempunyai antibakteria dan antimikrobia yang dapat melegakan batuk dan sakit tekak. Untuk kesan yang cepat, sebaiknya dikunyah begitu sahaja.

Selain itu, anda boleh mengunyah dengan cara membakar terlebih dahulu atau direbus dengan air panas, kemudian diminum selepas ianya suam.

Punca-Punca Kesakitan


Cara menghilangkan sakit tekak

Ada beberapa punca sakit tekak yang terjadi dalam kalangan populasi kita yang mana ia mempunyai berbagai sebab yang kita sedari atau tanpa disedari sebelum ia berjangkit, antaranya seperti berikut:

1. Jangkitan Virus

Jangkitan berpunca daripada virus sering berlaku terhadap manusia sehingga menyebabkan pesakit sukar menelan makanan dan contoh yang dikongsika Dr. Zubaidi Haji Ahmad adalah virus selsema, mononucleosis dan croup.

2. Jangkitan Bakteria

Jangkitan bakteria boleh sebabkan simptom ini menjadi lebih sakit dan serius iaitu Strep Throat atau sakit akibat jangkitan Streptococcus yang menyebabkan pesakit juga sukar untuk telan sebarang makanan.

Sekiranya punca utama sakit tekak yang perit adalah kerana bakteria, pesakit memerlukan ubat antibiotik dan akibat jangkitan bakteria juga boleh terkena komplikasi sakit jantung dan buah pinggang jika tiada rawatan.

3. Alergik atau Alahan

Alahan adalah tindakbalas tubuh badan manusia yang sangat sensitif kepada alergen yang merangkumi debu-debu, debunga atau titisan hingus yang menyalurkan ke bahagian tekak manusia.

4. Udara Kering, Asap Rokok dan Bahan Kimia

Kerengsaan daripada tempat berudara kering atau mempunyai asap rokok serta adanya bahan kimia adalah punca sakit tekak. Apabila sakit pada tekak telah melebihi dari masa seminggu, kerengsaan tekak berlaku disebabkan:

A. Iritasi di bahagian anak tekak terjadi apabila anda terhidu asap rokok, persekitaran yang kering serta air selsema atau hingus yang mengalir dari hidung sehingga ke bahagian tekak.

B. Menjerit dengan kadar keterlaluan pasti akan sebabkan tekak akan mengalami keradangan dan juga iritasi.

C. Nafas yang keluar masuk daripada bahagian akan berlaku apabila seseorang itu berhadapan dengan masalah selsema dan hidung yang tersumbat.

D. Masalah GERD iaitu Gastroesophageal Reflux Disease, tekak akan mengalami keradangan yang berpunca daripada asid yang terdapat dari dalam perut seterusnya menaik ke bahagian tekak.

Baca : Petua dan Tips Menghilangkan Sakit Kepala

Cara Pencegahan Yang Betul


Ubat sakit tekak

Untuk mencegah kesakitan adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mengurangkan pendedahan kepada sebarang jangkitan yang biasanya berjangkit melalui rongga pernafasan.

Asingkan diri daripada berurusan dengan orang yang mempunyai penyakit ini seperti selsema atau yang membabitkan tekak. Jika perlu untuk berjumpa dengan pesakit tersebut, gunalah mask sebagai cara melindungi diri.

Menitikberatkan pengambilan makanan yang sihat dan sentiasa mengamalkan cuci tangan adalah cara yang terbaik untuk elakkan jangkitan. Kurangkan sentuhan pada bahagian mata atau di kawasan muka sendiri.

Tidur yang cukup, rehat yang mencukupi dengan persekitaran sihat adalah faktor yang perlu diutamakan untuk hindari daripada sakit tekak dan jangan lupa minum air kosong dengan banyak setiap hari.

Jangkitan virus sememangnya amat merbahaya kepada manusia, setiap daripada kita pasti akan mempunyai gejala batuk, selsema atau demam serta sakit tekak dalam masa yang sama berpunca daripada virus.

Rawatan Khas Untuk Kanak-Kanak


Jika pesakit adalah seorang kanak-kanak kecil atau anak anda yang sedang berhadapan dengan sakit tekak yang teruk, anda boleh mendapatkan rawatan berikut sebelum terlambat:

  • Sentiasa memantau anak untuk perbanyakkan minum air kosong
  • Pastikan anak tidak memakan sebarang jenis gula-gula
  • Tidak memberikan madu kepada kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke bawah
  • Pastikan anda berada di tempat yang mempunyai pelembab udara
  • Membuat wap air untuk supaya sakit tekak dapat dikurangkan

Perlu atau Tidak Berjumpa Doktor?


Jika anda mengalami sakit tekak berlarutan atau mempunyai salah satu gejala atau simptom seperti yang dikongsikan di bawah, anda perlu segera berjumpa doktor:

  • Sakit tekak yang teruk & lama
  • Susah untuk menelan makanan
  • Sukar bernafas
  • Demam panas dengan suhu 38 degree celcius
  • Susah membuka mulut atau mengganga
  • Sakit pada bahagian telinga
  • Terdapat darah di dalam air liur

Doa Sakit Tekak Ustaz Sharhan


Dikongsikan juga doa hilangkan sakit tekak dan batuk berkahak seumpamanya yang boleh dibaca untuk dijadikan penawar penyembuh sekurang-sekurangnya ia dapat merawat serta melegakan kesakitan yang dialami.


Di bawah pula adalah video ayat ruqyah bacaan doa untuk merawat sakit yang berkaitan tekak, batuk berkahak atau menghilangkan tonsil bengkak yang dikongsikan daripada YouTube Channel IslamicTV yang boleh anda jadikan panduan.


Baca : Petua Hilangkan Batuk dan Gatal Dalam Kerongkong

Ubat Sakit Tekak Terbaik


Selain menggunakah kaedah dan petua cara kampung untuk mengatasi sakit pada kerongkong, anda boleh juga mencuba ubat sakit tekak yang banyak dijual di farmasi atau mana-mana kedai herba perubatan cina.

Berikut adalah senarai beberapa penawar yang boleh anda cuba serta boleh didapati dengan pembelian secara online melalui laman Shopee atau Lazada tapi ini sekadar saranan dan cadangan sahaja.

Sebelum anda membeli, sebaiknya kaji dahulu tentang kebaikan ubat sakit tekak dan batuk yang dijual seperti melihat review atau testimoni serta bertanyakan kepada doktor dan sebagainya.

Rujukan


Kesimpulan

Anda dinasihatkan bertanyakan kepada mereka yang lebih arif atau orang tua sebelum mengamalkan setiap petua sakit tekak dan batuk yang dikongsikan kerana tak semua bahan yang disarankan di atas adalah bersesuaian dengan setiap orang.

Ini kerana, setiap manusia mempunyai antibodi dan daya tahan yang berbeza, oleh sila berhati-hati sebelum menggunakan tips dan petua di atas dan kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan.

Antara tips atau petua yang terbaik untuk mengurangkan sakit tekak adalah dengan menggunakan madu yang mana bahan ini sangat baik untuk kesihatan manusia seperti yang tertulis di dalam kitab suci Al-Quran.

Apa sekalipun, anda perlu tahu bahawa tidak semua petua atau tips serta bahan-bahan semulajadi bersesuaian dengan setiap orang dan jangan pula untuk menghilangkan sakit tekak anda memakan benda yang tidak boleh dimakan.

Semoga perkongsian tips dan cara hilangkan sakit tekak dengan berkesan guna petua tradisional berserta dengan mengamalkan cara hidup yang sihat ini dapat membantu anda yang mempunyai penyakit ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog