Hasbunallah Wanikmal Wakil Dalam Jawi & Rumi Terjemahan Maksud

Hasbunallah Wanikmal Wakil

Bacaan Hasbunallah Wanikmal Wakil adalah kalimah suci bagi semua umat Islam. Ia dibaca samada dalam jawi atau rumi serta menjadi hafalan ramai bagi mereka yang mengetahui kelebihan dan kebaikannya untuk segala hajat seperti jodoh dan sebagainya.

Biasanya kalimah ini dibaca ketika sedang wirid atau selepas selesai berdoa dan solat. Zikir pula dari segi definisi seperti maksud ibadah yang mana kita lakukan agar kita dekatkan dengan Allah SWT.

Salah satu kelebihan zikir adalah dapat menjadikan diri kita sebagai hamba yang senantiasa ingat pada Allah dan keistimewaan lain adalah kita juga pasti akan diingat oleh Allah SWT.

Ia jelas terbukti sepertimana yang telah tercatat dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 152 yang menerangkan tentang bagaimana kita mengingat pada Allah tentunya Allah ingat pada diri kita:

Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakeel Wa Ni'mal Maula Wa Ni'mal Naseer

Walau bagaimanapun, zikir yang sering dibaca oleh orang-orang Islam zaman sekarang kebiasaannya adalah Subhanallah Wal Hamdulillah Wa Laa Ilaha Ilallah Wallahu Akbar.

Zikir tersebut sering diamalkan kerana menurut sebuah hadis menyatakan Rasulullah SAW bersabda bacaan tersebut adalah zikir yang sangat dicintai oleh Allah SWT.

Namun, mengikut beberapa pendapat alim ulama, bacaan Hasbunallah Wanik Mal Wakil Maula Wanikman Nasir kita boleh melafazkan dengan niat untuk memohon atau meminta pertolongan daripada Allah.

Ini bertepatan dengan contoh yang didapati oleh orang Islam ketika di zaman Rasullulah sewaktu berhadapan dengan kaum Quraisy dan kisah tersebut dinyatakan dalam Surah Ali Imran ayat 173.

Hasbunallah Wanikmal Wakil Wanikman Nasir

Hasbunallah Wanikmal Wakil Maula Wanikman Nasir


Berikut adalah zikir Hasbunallah Wanikmal Wakil yang boleh anda baca dalam jawi dan rumi untuk memudahkan pembacaan mereka yang tidak tahu baca tulisan Arab berserta dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu.

Hasbunallah Wanikmal Wakil Ni'mal Maula Wani'mal Nasir Jawi Arab

Kehebatan dan kekuatan zikir Hasbunallah Wanikmal Wakil Maula Wanikman Nasir adalah melebihi segala kekuatan lain yang ada di dunia ini dan ia turut menegaskan tentang semangat tauhid pada setiap orang mukmin.

Maksudnya, iaitu hanyalah kepada Allah sahaja tempat kita berserahkan diri dan tiada apa yang lebih berkuasa selain Dia segalanya-galanya serta semua makhluk ciptanNya sangat lemah dan tiada kekal abadi.

Zikir ini adalah zikir yang kelihatan ringkas dan pendek, namun ia mempunyai makna yang amat luar biasa dan mempunyai kelebihan yang amat baik untuk semua manusia di dunia ini.

Seperti yang telah dihuraikan dalam kitab suci Al-Quran bahawa setiap seorang manusia itu pasti akan merasakan suka dan duka yang bertukar ganti, sedih, gelisah atau tertekan pasti akan datang.

Dengan taat kepada Allah SWT pasti semua itu akan dapat diatasi tanpa sebarang masalah hanya dengan zikir dan doa pendek yang perlu dibaca berulangkali dengan penuh keyakinan dan kesabaran.

Jika sering membaca dan mengamalkan zikir ini pasti hati akan selalu dekat dengan Allah Yang Maha Berkuasa dan perasaan tentunya terus peka dengan keadaan sekeliling.

Seterusnya, apabila jadikan ia amalan harian, tentunya diri kita akan terhindar daripada sebarang kemungkinan yang buruk akan berlaku atau menghindari segala kejahatan serta kemungkaran yang dilarang Allah SWT.

Menurut sebuah hadis Sahabat Abdullah Bin 'Abbas pernah menyatakan bahawasanya:

"Hasbunallah Wanikmal Wakil adalah satu doa yang dipanjatkan oleh Nabi Ibrahim AS sewaktu beliau akan dilemparkan ke dalam satu unggun api yang panas dan membara."

Begitu juga dengan Nabi Muhammad SAW mengatakan kalimah tersebut dalam ayat sedemikian:

Ayat suci Al-Quran rumi dan zikir jawi

Manakala melalui sejarah turut menyatakan bahawa zikir ini adalah salah satu daripada bacaan zikir yang kerapkali diamalkan oleh para Nabi dan ulama-ulama dalam apa keadaan sekalipun samada ketika senang, menghadapi cubaan atau sebarang fitnah yang teruk.

Baca : Ayat Seribu Dinar dan Kelebihannya

Kelebihan Zikir Hasbunallah Wani'mal Wakeel


1. Membaca zikir ini adalah salah satu daripada bentuk ketakwaan diri kita kepada Allah SWT dengan sepenuh hati seluruh jiwa dan nyawa serta tawakal dapat mendekatkan diri kita sendiri dengan Allah SWT.

Dengan kalimah zikir ini kita serahkan semuanya termasuk segala urusan, bebanan dan setiap masalah kita kepada Allah iaitu mengadu sesungguh-sungguhnya kerana Allah adalah sebaik-baiknya Wakil iaitu Pelindung.

2. Ketika waktu kita berdepan dengan masalah atau kesulitan hidup di dunia yang amat menyesakkan, dirundung kesedihan, fikiran keliru dan buntu atau seumpamanya, hendaklah kita baca Hasbunallah Wanikmal Wakil Maula Wanikman Nasir.

3. Makna Hasbunallah Wanikmal Wakil secara tersirat (Implisit) telah menegaskan tentang keEsaan Allah SWT iaitu sebagai satu-satunya Zat yang WAJIB kita serahkan semuanya termasuk urusan meminta bantuan, perlindungan dari sebarang gangguan.

Kerana Dia yang wajib kita sembah dan tempat kita merayu, meminta pertolongan, memohon dilindungi serta apa saja berkaitan dengan keselamatan dan bantuan yang kita perlukan di dunia ini.

Kehebatan zikir ini mempunyai maksud yang amat mendalam atas sebab pendekatan dan rasa tawakal diri kita kepada Allah iaitu Tuhan Yang Mencipta Yang Maha Berkuasa atas segala setiap sesuatu.

Sejarah & Kisah Keajaiban Zikir Ini



Kehebatan zikir ini telah terbukti kesahihannya serta ia turut mempunyai keistimewaan yang sangat luar biasa yang diceritakan sejak dahulu kala sehingga zaman sekarang.

Berikut beberapa kisah ringkas dan kelebihan disebalik zikir Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir seperti yang disampaikan oleh para ustaz di Malaysia.

1. Kisah Nabi Ibrahim AS

Ia jelas diceritakan melalui satu riwayat menyatakan bahawa sewaktu Nabi Ibrahim diletakkan ke atas tungku api, Malaikat Jibril bertanya kepada Baginda iaitu:

"Apakah engkau perlukan satu pertolongan dari aku?" Lantas Nabi Ibrahim segera menjawab, "Aku tak memerlukan sebarang pertolongan daripadamu, aku perlukan pertolongan hanya dari Allah SWT."

"Hasbunallah Wanikmal Wakil," itulah kalimah yang sentiasa diucapkan oleh Nabi Ibrahim semasa orang-orang Quraisy ingin melemparkan diri Baginda ke dalam api yang sedang marak membara menyala.

Nabi Ibrahim menyerahkan semua tentang dirinya sepenuh jiwa raga kepada Allah Yang Maha Berkuasa dan seterusnya Allah berfirman seperti berikut:

"Hai api dinginlah dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim". Allah telah menjadikan api yang amat panas itu menjadi dingin untuk sementara dan Nabi Ibrahim langsung tidak terbakar oleh api.

Begitu juga dengan kisah Nabi Muhammad SAW bersama dengan para sahabatnya sewaktu menerima ancaman daripada orang-orang kafir, mereka juga mengucapkan zikir ini berulang kali hanya Allah penolong dan pendinding sebaik-baiknya.

2. Perang Badar

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan turut mengamalkan dan membaca zikir ini sewaktu berada dalam pertempuran Perang Badar sehinggakan Allah menjadikan kemenangan telah berpihak kepada Baginda dan semua para sahabatnya.

3. Perang Uhud

Sebenarnya kisah tentang zikir Hasbunallah Wanikmal Wakil turut disebutkan dalam Al-Quran sewaktu berlakunya Perang Uhud antara orang Islam dan juga orang kafir laknatullah iaitu kaum Quraisy.

Perang Uhud berlaku ketika tahun 3 Hijriah yang merupakan adalah perang kedua yang paling besar dalam sejarah Islam selepas Perang Badar iaitu perang yang terbesar.

Perang Uhud yang disebutkan dalam sejarah Islam ini adalah bersempena dengan nama sebuah bukit yang tidak setinggi gunung serta ia berdekatan dengan Masjid Nabawi di Madinah.

Ketika peperangan tersebut berlaku, sebahagian orang-orang Munafik dikatakan sangat gerun apabila berdepan dengan tentera-tentera orang Quraisy yang dikatakan sangat kuat dan gagah.

Mereka menjadi sangat takut serta turut meminta tentera orang-orang Islam agar menyerah atau mengaku kalah disebabkan kekuatan orang Quraisy itu.

Walau bagaimanapun, permintaan itu sia-sia belaka kerana orang Islam ketika itu sangat beriman dan semakin teguh iman mereka apabila tahu tentang ketakutan orang Munafik tersebut.

Orang Mukmin semasa itu telah mengamalkan bacaan zikir Hasbunallah Wanikmal Wakil iaitu umpama satu bentuk keyakinan dan keteguhan dengan permintaan bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT.

Kisah nyata ini dapat diketahui secara lebih terang dan jelas melalui beberapa ayat-ayat Al-Quran yang membawa maksud terjemahan seperti berikut:

Maksud terjemahan seperti dalam kitab

Khasiat dan kebaikan zikir

Baca : Surah Al-Mulk Rumi dan Jawi Terjemahan Maksud

Kesimpulan

Antara khasiat dan manfaat berserta kelebihan zikir yang ringkas tetapi padat dengan terjemahan maksud yang amat mendalam ini adalah seperti yang dikongsikan berikut:

1. Dapat tenangkan hati yang kesedihan dan kesusahan
2. Mampu meningkatkan tahap keimanan seseorang
3. Ketakwaan kepada Allah pasti akan terus tinggi
4. Akan menjadikan seseorang itu rendah hati dan diri
5. Semakin terus bertakwa kepada Allah SWT selamanya

Seperti yang kita tahu zikir Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir adalah untaian daripada isi ayat Al-Quran yang membawa makna yang cukup dalam berserta hikmah agung yang terdapat di dalamnya.

Oleh itu, apabila kita mempelajari tentangnya pasti kita akan tahu semua maksud, makna, manfaat, hikmah, keistimewaan dan kelebihannya yang akan membuatkan kita sentiasa dekat dengan Allah SWT untuk memohon perlindungan.

Adalah HARAM bagi kita sebagai manusia sekiranya menyerahkan diri, segala masalah atau sebarang perlindungan daripada mereka selain daripada Allah kerana Allah adalah satu-satunya tempat yang perlu kita sembah dan memohon pertolongan.

Itulah serba sedikit perkongsian tentang kedahsyatan dan kekuatan zikir Hasbunallah Wanikmal Wakil seperti yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Facebook.

Semoga perkongsian tentang zikir Hasbunallah Wa ni'mal Wakil ini dapat memberikan pengetahuan kepada anda yang membacanya. Semoga bermanfaat. Maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan. Anda boleh ceritakan pengalaman anda berpandukan zikir ini. - Bukit Besi Blog