Cara Tanam Kunyit Dalam Pasu Hidup Subur Dengan Betul

Cara tanam kunyit

Jika anda tahu cara tanam kunyit dengan betul samada dalam pasu, polybag atau atas tanah pasti tanaman ini akan hidup subur walau di laman rumah sekiranya cukup air, penjagaan dengan baja sesuai yang menjadi makanan pokok ini.

Kunyit hidup atau serbuk sentiasa menjadi pilihan ramai yang sering digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan selain turut dijadikan agen pewarna semulajadi serta tanah bersesuaian untuknya adalah di kawasan tropika.

Kandungan yang terdapat di dalam isi kunyit adalah seperti resin, oleoresin, kurkumin, pati minyak, lemak, protein, kalsium, zat besi, fosforus, desmetoxicurcumin dan bidesmetoksikurcumin yang mempunyai banyak kelebihan dan khasiat.

Malahan melalui beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para saintis menyatakan kurkumin yang terdapat dalam kunyit mempunyai kebaikan untuk kesihatan badan serta turut bertindak sebagai anti bakteria, anti malaria dan anti radang.

Disebabkan itulah, sejak dahulu kala zaman nenek moyang kita, kunyit menjadi pilihan mereka yang dijadikan sebagai ubat dalam perubatan tradisional yang ternyata amat mujarab untuk penyakit tertentu.

Bukan itu saja, ia turut digunakan untuk merangsang tubuh, mencegah kulat, rawatan terseliuh, cacing pita, kudis buta, sakit saraf di bahagian kepala dan muka serta banyak lagi jika nak dihuraikan satu persatu.

Cara Menanam Pokok Kunyit Dengan Betul


Nama Saintifik : Curcuma Domestica Loir
Nama Biasa in English : Turmeric
Nama Tempatan : Kunyit
Family : Zingiberaceae

Cara keluarkan tunas kunyit

Kunyit boleh hidup subur dengan hanya menggunakan rizom atau dari anak benih samada yang dibeli dari kedai atau pun anak pokok induk. Ia akan mudah hidup dalam media tanaman seperti tanah gembur dengan air yang mencukupi.

Berikut dikongsikan cara mudah untuk menanam kunyit di rumah dalam pasu atau bekas yang menjadi pilihan anda dan jangan khuatir ia sangat senang dijaga malahan tidak cerewet untuk menjaganya asalkan teduh.

Penyemaian Anak Benih

Cara menanam pokok kunyit dari umbi

Usia kunyit yang sesuai untuk dijadikan benih adalah sekitar 8 bulan dan sebaiknya diambil kunyit yang tua agar lebih cepat tumbuh selepas ditanam dan cara menyemai pula berbagai kaedah yang boleh anda lakukan.

Walau bagaimanapun, kaedah dengan meletakkan benih kunyit di dalam bekas yang tertutup bersama tisu basah adalah yang paling mudah dan cepat untuk menghasilkan anak pokok kunyit sebelum dipindahkan ke dalam pasu atau tanah.

  • Letakkan benih kunyit di atas tanah yang lembab
  • Pastikan benih langsung tidak terkena cahaya matahari
  • Apabila benih telah mempunyai anak tunas, ia siap dipindahkan

Penyediaan Tanah

Semai anak benih

Jika pilihan anda adalah polybag, jangan bimbang ia tetap hidup jika tanah sesuai ada bersama dan yang paling penting adalah media tanaman tanah gembur atau campuran baja kompos atau organik.

Campurkan tanah gembur dengan baja tahi kambing atau tahi ayam dengan cara perbandingan 2:1:1 kemudian diaduk dengan sekata. Setelah itu boleh diisi di dalam pasu atau sebarang bekas pilihan anda.

Ukuran pasu yang sesuai adalah dengan diameter antara 20 CM dan tinggi 40 CM, walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan bekas apa pun yang bersesuaian untuk menanam.

Sebelum memasukkan tanah, sebaiknya diletakkan pecahan batu bata di bahagian bawah pasu dengan tujuan untuk memudahkan penyerapan air, kemudian barulah masukkan tanah yang telah siap dicampurkan dengan baja-baja.

Jaram Tanaman Kunyit

Jarak sesuai untuk menanam kunyit adalah saiz berukuran 50 CM x 40 CM dalam penggunaan sistem monokultur. Namun, jika tanaman ini ingin ditanam dengan cara campuran penanaman, ia perlu dengan jarak yang luas iaitu 75 CM x 50 CM.

Penanaman Benih

Pokok kunyit besar dalam pasu

Benih kunyit yang sesuai untuk ditanam dalam pasu adalah benih yang telah mempunyai anak tunas dan berikut beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum anda mula menanam:

  • Buat lubang dengan kedalaman tanah 8 CM
  • Masukkan anak benih yang bertunas ke dalam lubang yang telah siap
  • Setiap lubang dengan satu tunas sahaja
  • Tutupkan semula setiap lubang dengan tanah campuran dan baja
  • Jangan lupa untuk siram selepas ditanam

Pembajaan Pokok

Media tanam dalam polybag

Untuk pembajaan pula sebaiknya digalakkan menggunakan baja kompos atau baja organik dan sebolehnya elakkan sebarang baja kimia, tetapi ini semua terpulang kepada penanam itu sendiri.

Untuk pembajaan secara berkala adalah cukup dengan hanya sekali dalam sebulan dengan kombinasi tanah yang telah dicampurkan dengan bahan kompos, pupuk kandang atau baja tahi ayam dengan permbandinga 1:1:1.

Penyiraman

Anda harus siram pokok kunyit sebanyak 2 atau 3 kali sehari berpandukan kepada kelembaban tanah dan cuaca pada setiap hari. Penyiraman yang betul bermula pada waktu pagi atau di waktu petang.

Pastikan air tidak bertakung dan tidak terlebih siram kerana jika air yang terlalu banyak akan menjadi isi atau ubi kunyit akan membusuk atau berkulat serta tidak sihat yang akan menyebabkan ia mati.

Penuaian Hasil Tanaman

Kunyit hitam putih hidup subur

Masa yang sesuai untuk menuai kunyit yang sudah tua adalah dalam jangka masa 8 bulan selepas ia ditanam atau sekiranya daun kunyit yang hijau telah bertukar dengan warna kecoklatan atau menjadi kering.

Kunyit yang sihat biasanya akan mempunyai daun yang amat hijau , besar dan lebar. Itu juga menandakan ubinya agak besar dan sihat. Jadi, anda perlu sentiasa memantau keadaan pokok kunyit agar ia terus hidup subur sehingga masa dituai.

Baca : Sotong Goreng Kunyit Tersedap

Tutorial Cara Semai Kunyit

Berikut adalah perkongsian dari Abang Jago, video tutorial bagaimana cara menyemai kunyit supaya cepat bercambah anak tunas dengan cepat hanya guna tisu dan bekas tupperware, anda boleh cuba cara ini.


Rujukan Info & Gambar


Kesimpulan

Sebenarnya, sangat mudahkan nak tanam kunyit? Rasanya semua orang boleh buat, cuma samada sihat dan subur atau tidak sahaja bezanya, jadi wajib untuk anda memberikan air dan baja yang cukup untuk pokok terus hidup.

Semoga perkongsian cara menanam kunyit ini akan dapat memudahkan kerja anda untuk penjagaan dan pembajaan pokok ini yang harus ada di setiap rumah di Malaysia. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog