Cara Renew Roadtax di Pejabat Pos Via Temujanji JPJ Online

Cara renew roadtax dan lesen di Pejabat Pos

Cara buat permohonan tempahan temujanji online JPJ di Pejabat Pos pilihan cawangan terdekat atas urusan untuk memperbaharui roadtax, lesen memandu dan insurans kenderaan dengan tarikh yang dikehendaki.

Pasti ramai yang nak renew roadtax di pejabat Pos tetapi terpaksa berdepan dengan masalah pandemik covid 19 dan PKP selepas pihak JPJ memaklumkan tentang tempoh moratorium perlanjutan pembaharuan lesen.

Ini termasuk lesen memandu (LMM) dan lesen kenderaan motor (LKM) serta lesen vokasional (GDL / PSV) tidak akan disambungkan semula selepas tarikh 30 September 2021.

Para pengguna jalanraya dan juga pemandu kenderaan harus perbaharui lesen kenderaan sekiranya telah tamat tempoh atau mencapai tarikh luput bagi mematuhi undang-undang jalanraya yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Tambahan pula pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan berwajib penguatkuasa daripada jabatan berkenaan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan bermula pada tarikh 1 Oktober 2021 tahun ini.

Disebabkan itu semua pemilik kenderaan wajib memperbaharui lesen yang telah expired sebelum tarikh tersebut untuk mengelakkan sebarang denda atau kompaun yang mungkin akan dikenakan nanti.

Selain itu, sebagai pengguna jalanraya di Malaysia, semua pemilik kenderaan perlulah memastikan kenderaan yang dimiliki mempunyai perlindungan insurans kerana pihak berkuasa akan meminta untuk disemak kemudian.

Cara Renew Roadtax di Pejabat Pos Online Appointment


Untuk perbaharui cukai jalan kenderaan seperti motor, kereta dan sebagainya, anda perlu renew roadtax di Pejabat Pos dan wajib melakukan beberapa perkara sebelum memperbaharuinya seperti berikut:

  • Buat semakan tarikh tamat tempoh road tax dan insurans kenderaan
  • Sila bawa dokumen geran kenderaan ketika ingin perbaharuinya
  • Buat semakan saman dan perlu bayar sebelum memperbaharui cukai jalan
  • Sila semak harga insurans kenderaan tersebut mengikut harga terkini

Syarat-Syarat Untuk Perbaharui Cukai Jalan

Syarat untuk memperbaharui roadtax di Pejabat Pos adalah seperti yang berikut dan sila telitikan satu persatu agar tidak membuat kesilapan nanti:

1. Buat pilihan untuk renew selama setahun atau 6 bulan.

2. Tempoh perlindungan insurans kenderaan biasanya 6 bulan atau 1 tahun.

3. Untuk kes pemilik kenderaan yang telah meninggal dunia boleh diperbaharui dalam tempoh 6 bulan serta tidak lebih daripada 5 tahun atau perlu mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa.

4. Manakala untuk kes kenderaan yang roadtax telah mati lebih daripada 1 tahun, setiap kenderaan diwajibkan menjalani pemeriksaan Puspakom serta dapat kelulusan.

Baca : Cara Perbaharui Lesen Memandu Online

Cara Buat Temujanji JPJ Pejabat Pos

Temujanji JPJ online Pejabat pos Malaysia

Anda perlu membuat permohonan tempahan temujanji atau online appointment jika nak renew roadtax di Pejabat Pos dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Layari portal rasmi Pos Malaysia https://www.pos.com.my atau daftar di Aplikasi Pos Malaysia.

2. Sila tekan perkataan yang tertera dalam menu website tersebut iaitu Outlet Finder / Carian Cawangan.

3. Pilihkan cawangan Pejabat Pos berdekatan dengan timpat tinggal anda, kemudian klik pada Temujanji Online atau Book Your JPJ Service Appointment tulisan berwarna biru.

4. Paparan laman pilihan cawangan Pejabat Pos akan terpapar dan anda perlu isikan segala maklumat diri serta butiran temujanji.

5. Pilih urusan atau perkhidmatan yang dikehendaki iaitu untuk renew roadtax mengikut jenis-jenisnya seperti contoh di bawah serta tarikh appointment yang bersesuaian.

  • Renewal of Driving License
  • Renewal of Road Tax (Private motor vehicle license)
  • Renewal of Driving License (L)
  • Renewal of Road Tax and Insurance (Private motor vehicle license)

6. Kemudian, sila simpan slip temujanji yang diboleh anda screenshot guna telefon untuk dijadikan sebagai bukti temu janji untuk ditunjukkan semasa pergi ke cawangan Pejabat Pos nanti.

Baca : Cara Buat Temujanji JPJ Cawangan di Malaysia

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang kemusykilan atau anda mempunyai pertanyaan serta pendapat yang berkaitan dengan pembaharuan lesen memandu dan kenderaan, anda boleh menghubungi pihak JPJ melalui informasi berikut:

Portal Rasmi JPJ
https://jpj.spab.gov.my/

Email Address
aduantrafik(at)jpj.gov.my

Laman Facebook Rasmi
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Diharapkan perkongsian cara buat temujanji JPJ online appointment untuk renew roadtax di Pejabat Pos ini akan dapat membantu memudahkan segala urusan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog