Untuk renew Lesen Memandu Kompeten CDL (Competent Driver's License) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kini anda boleh memperbaharuinya secara online tanpa perlu ke JPJ atau Pejabat Pos.
Jika sebelum ini cara renew lesen memandu biasanya dilakukan di UTC, mulai sekarang dicadangkan anda perbaharui driving license anda hanya melalui telefon atau komputer di rumah.
Untuk memperbaharuinya sangat mudah walaupun lesen anda telah tamat tempoh, ini termasuk dengan renew road tax dan insurans kenderaan anda seperti kereta, motor dan sebagainya.
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa usahasama antara Jabatan Pengangkutan Jalan dan laman MyEG yang memudahkan pemandu jalan raya dengan perkhidmatan renew lesen memandu atas talian.
Dengan cara ini, ia lebih pantas dan cepat tanpa perlu lagi beratur panjang atau membuang masa anda ketika sedang berkerja serta tidak perlu lagi mengambil cuti semata-mata urusan tersebut.
Cara Renew Lesen Memandu Secara Online di MyEG
Untuk memperbaharui Lesen Memandu Kenderaan Motor(LKM) motosikal berserta Lesen CDL boleh dibuat menerusi sistem MyEG sahaja.
Berikut dikongsikan beberapa maklumat berkaitan dengan pembaharuan lesen memandu berserta dengan syarat-syarat dan juga dokumen penting yang diperlukan.
Sila pastikan anda renew lesen memandu dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang tindakan samab yang akan dikenakan kepada pemandu yang gagal berbuat demikian.
Syarat-Syarat Untuk Renew Lesen
Antara syarat-syarat untuk memperbaharui lesen memandu seperti yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ adalah seperti berikut:
- Tempoh pembaharuan yang dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja.
- Tiada nama dalam senaraihitam (Blacklist)
Antara Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah senarai dokumen yang anda perlukan untuk memperbaharui lesen secara manual di kaunter JPJ, Pejabat Pos atau UTC.
- Kad Pengenalan MyKad atau fotokopi MyKad/Passport pemohon jika urusniaga dibuat oleh wakil
- Pengenalan diri asal wakil
- Lesen memandu asal/salinan
- Dokumen pengenalan diri wakil yang asal
- 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
- Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga asing)
Kadar Harga Bayaran Untuk Perbaharui Lesen Memandu
Berikut adalah kadar pembayaran yang harus dibayar oleh seorang pemandu yang ingin memperbaharui lesennya seperti yang telah ditetapkan oleh JPJ Malaysia.
Kadar bayaran pula adalah berdasarkan kepada mengikut kelas dan juga tahun, sila telitikan supaya anda tidak keliru nanti.
- RM20 / Tahun bagi Kelas B2, B & C (Kelas A/A1 RM2)
- RM30 / Tahun bagi Kelas D & ke atas untuk WARGANEGARA
- RM120 untuk semua Kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (BUKAN WARGANEGARA)
Cara Perbaharui Lesen Melalui MyEG
Jika anda ingin memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan CDL secara online, anda boleh lakukan dengan mengikut step by step yang dikongsikan di bawah.
Anda wajib mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan di laman MyEG, sila register atau create account sebelum renew lesen di MyEG.
1. Sila buka laman sesawang MyEG
2. Sila login jika telah mendaftar
3. Seterusnya klik pada butang JPJ
4. Klik pada Perbaharui Lesen Memandu (CDL)
5. Isikan semua maklumat yang dikehendaki dalam borang
6. Sila perhatikan tempoh pembaharuan dan cara untuk mengambil
Caj Penghantaran Untuk Pembaharuan Lesen
- RM6 dalam masa 2 hari berkerja bagi kawasan Lembah Klang
- RM8 dalam masa 2 hingga 3 hari berkerja bagi semenanjung Malaysia
- RM10 dalam masa 5 hari berkerja bagi negeri Sabah dan Sarawak
Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu
Untuk perbaharui lesen memandu kereta, motor dan sebarang kenderaan boleh dibuat dalam tempoh minima setahun sehingga maksima 5 tahun sahaja.
Sekiranya lesen memandu telah tamat tempoh dan mencapai tarikh luput, anda perlu perbaharui secepat mungkin agar tidak menghadapi sebarang kesukaran di masa depan.
Jika tidak lesen anda telah expired dan tidak diperbaharui dalam masa 3 tahun, anda perlu mengambil ujian semula untuk mendapatkan lesen memandu.
Untuk membuat semakan tarikh luput lesen memandu, anda boleh terus menyemak di pautan yang dikongsikan di bawah melalui portal JPJ.
Info Berkaitan
Untuk kawasan luar bandar pula jangka masa penghantaran akan mengambil masa selama lebih kurang dalam masa 5 hari berkerja.
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan berkaitan dengan lesen memandu dan sebagainya, sila layari laman JPJ atau di talian khidmat pelanggan berikut:
Nombor Telefon
+603 - 8000 8000 JPJ
+603 - 7801 8888 MyEG
Selain perbaharui lesen memandu yang boleh dibuat melalui laman MyEG dan JPJ, berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan di laman tersebut iaitu:
- Semak Saman
- Pembayaran Saman
- Perbaharui Insurans Kereta & Motor
- Memperbaharui Cukai Jalan
- Semakan Pemilik Kenderaan
- DLL
Semoga perkongsian cara renew lesen memandu motor dan kereta online serta semua kenderaan ini akan dapat membantu anda memperbaharuinya dengan cepat dan mudah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog