Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Guna JomPAY Secara Percuma

Cara transfer duit ke Tabung Haji

Mungkin masih ramai yang tak tahu bagaimana cara transfer duit ke akaun Tabung Haji dengan mudah melalui Maybank2u, Bank Islam Online, CIMB Clicks, BSN, ATM dan sebagainya tanpa sebarang caj tersembunyi iaitu via JomPAY.

Dengan menggunakan JomPAY, transaksi pindahan duit secara online daripada akaun bank pada bila-bila masa saja kini tiada lagi caj sebanyak RM1 untuk dibayar ketika proses pemindahan wang dilakukan, mudah dan jimat kan?

Dengan cara ini juga lebih selamat serta anda tidak perlu lagi daftar atau link dengan kad ATM bank termasuk akaun TH tersebut untuk buat sebarang simpanan pada waktu sekarang atau akan datang di masa depan.

Biasanya jika anda nak masuk buat simpanan duit ke akaun TH, anda pergi ke cawangan atau guna ATM, potongan gaji, transfer secara online banking atau dengan cara lain yang lebih senang?

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Guna JomPAY


Jika sebelum ini anda buat pemindahan wang ke akaun TH dari akaun Maybank, Bank Islam dan bank-bank lain, pasti akan ada charge RM1 kerana kita menggunakan perkhidmatan tersebut, sekarang tak lagi kerana percuma.

Public Bank Rakyat BSN

Berikut dikongsikan cara mudah untuk buat transaksi transfer duit ke akaun simpanan Tabung Haji anda melalui JomPAY dengan menggunakan internet perbankan online menerusi bank pilihan anda sendiri.

Anda boleh guna akaun bank apa pun asalkan mempunyai sistem perbankan atas talian serta tahu maklumat berkaitan dengan kod JomPAY biller code dan reference number Tabung Haji untuk membuat pemindahan wang.

Untuk membuat pindahan dana secara percuma, anda boleh gunakan kaedah yang ditunjukkan di bawah melalui mana-mana perbankan internet daripada bank seperti berikut:

  • Maybank2u atau Apps
  • Bank Islam Online
  • Cimb Clicks
  • Public Bank
  • MyBSN
  • Bank Rakyat
  • RHB ETC

1. Pertama sekali sila login ke akaun sistem perbankan internet pilihan anda.

2. Setiap akaun online banking pasti akan ada JomPAY, sila klik.

3. Isikan semua maklumat transaksi yang diperlukan serta buat pengesahan transaksi berkenaan iaitu seperti di bawah:

  • Biller Code : 60228
  • Biller Code Name : Tabung Haji-Deposit
  • Ref-1 : Nombor Akaun TH (15 Digit)
  • Ref-2 : Sekiranya ada
  • Amaun Simpanan : RM100.00 (Contoh)

4. Seterusnya ikut semua arahan yang dipaparkan sehingga selesai proses pemindahan tersebut.

Untuk pengetahuan anda, transfer duit melalui JomPAY ke Tabung Haji, ia tidak terus masuk ke akaun TH serta merta atau automatik tetapi ia akan mengambil masa berapa lama? Selama satu hingga ke 3 hari berkerja.

Namun, perlu diingatkan ia akan dikreditkan ke akaun TH yang aktif sahaja, jika akaun anda tidak aktif, ia secara automatik akan dikembalikan semula akaun bank anda kemudian.

Jadi, sebelum pemindahan duit dilakukan, pastikan anda periksa status akaun TH terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pindahan wang atau boleh hubungi pihak THCC di +603-6207 1919 atau via aplikasi THiJARI.

Pemindahan Wang Guna Maybank2U Ke Akaun TH


Paparan semua gambar di bawah adalah langkah-langkah untuk transfer dana dari akaun Maybank menggunakan aplikasi Maybank2u Apps untuk pindahakn duit ke TH daripada JomPAY yang mengambil masa hanya 5 minit.

Untuk akaun bank lain seperti Bank Islam Online atau akaun Cimb bank, cara-cara tersebut sama saja tetapi interface atau paparan akaun pastinya berbeza. Sememangnya sangatlah mudah semudah ABC.

Pemindahan wang melalui Maybank2u

Guna Bank Islam Online

Transfer Tabung Haji guna Jompay

Menerusi bank Cimb clicks

Dengan kaedah ini, anda bukan saja boleh buat pemindahan dana simpanan akaun sendiri saja malahan boleh buat transfer ke akaun TH milik orang lain, anak sendiri, suami atau isteri dan sebagainya.

Semoga perkongsian cara transfer duit secara online ke Tabung Haji dari mana-mana akaun bank tanpa sebarang caj tersembunyi melalui JomPAY ini akan dapat membantu mudahkan urusan anda, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog