Resepi Nasi Dagang Terengganu Asli Paling Sedap & Mudah

Resepi nasi dagang Terengganu

Nasi dagang Terengganu yang paling sedap dan mudah dibuat ini adalah resepi asli dari negeri yang terkenal dengan keropok lekor serta dikongsikan bersama cara untuk memasaknya iaitu tanak tanpa kukus guna beras Basmathi dan rice cooker sahaja tapi hasilnya ala istana kayangan digandingkan dengan gulai ikan tongkol.

Masakan yang popular di Pantai Timur ini selain Terengganu adalah Kelantan dan Pahang, malahan ia turut disukai oleh seluruh rakyat Malaysia kerana keenakannya yang pasti tiada di mana-mana negara lain di dunia, begitulah perumpamaannya untuk menyatakan betapa hebat rasanya.

Untuk makluman, nasi dagang berlaukkan gulai ikan tongkol adalah satu kemestian ia ibarat irama dan lagu tidak dapat dipisahkan untuk selama-lamanya kerana jika tiada salah satu daripadanya ia seperti tidak lengkap dan tiada lagi serinya.

Jika anda teringin nak makan atau nak cuba buat sendiri di rumah, kami kongsikan menu istimewa ini dengan kaedah yang mudah dan express yang dibawakan khas daripada seorang pengguna Facebook milik Muhammad Muktamin Bin Abdul Karim yang kini viral di laman sosial

Cara Masak Nasi Dagang Style Orang Terengganu


Gulai ikan tongkol

Biasanya untuk masak masakan ini, ia mempunyai beras nasi dagang khas termasuk rempah ratus untuk gulai ikan tongkol atau ayam mengikut citarasa masing-masing untuk memilih jenis lauk-pauk yang diinginkan.

Bahan-Bahan Utama

Cara memasak nasi dagang

  • Satu cawan beras Basmathi
  • Secawan beras perang
  • 1 cawan beras pulut
  • Halia perlu dihiris
  • Bawang merah dihiris nipis
  • Sedikit halba
  • Sedikit garam
  • Santan kelapa (santan kotak)

Cara masak gulai nasi dagang

Untuk santan pastikan tidak terlalu pekat dan perlu dicampurkan dengan sedikit air. Jika menggunakan santan segar pastikan ia tidak pekat dengan mengikut sukatan cawan beras atau dilebihkan sedikit.

Sekiranya nasi kelihatan kurang masak, anda boleh tambahkan sedikit lagi santan kelapa supaya ia masak dengan betul.

Perlu diingatkan, beras dari jenis perang perlu direndamkan semalaman atau beberapa jam. Saya guna steamed Basmathi dan hanya rendamkan dalam masa 10 minit sahaja. Ada juga yang campur beras pulut.

Untuk jenis beras, rasanya terpulang pada kehendak jika rasa beras Faiza terbaik, anda boleh gunakan dan sukatan cawan yang digunakan untuk resepi ini untuk dimakan beberapa orang saja bukan satu kilogram (1 kg).

Ada yang berpendapat beras siam wangi jua sesuai yang akan menyedapkan lagi masakan anda itu walaupun homemade buat sendiri, tak cuba pasti tak akan tahu hasilnya nanti kan? Try and error itu perlu.

Cara Penyediaan

Resipi gulai ikan tongkol nasi dagang

1. Basuhkan semua beras dan masukkan ke dalam periuk pilihan anda (rice cooker). Kemudian campurkan dengan sukatan air iaitu saya lebihkan sedikit kandungan airnya.

Untuk tiga cawan beras saya jadikan 4 cawan santan atau anda boleh mengikut sukatan sendiri yang bersesuaian dengan jenis beras yang anda gunakan. Mungkin beras lain berbeza sukatan cawannya.

Original tanak

2. Saya juga melebihkan santan dengan tujuan untuk ia kelihatan berminyak atau berkilat sedikit nasinya nanti. Jika guna santan kotak, boleh masukkan sesudu dua minyak masak.

3. Masukkan pula hirisan bawang merah berserta halia dan ketumbar. Masak sepertimana anda memasak nasi biasa samada di atas dapur gas atau periuk nasi elektrik. Siap dan masak.

Baca : Resepi Nasi Minyak Gulai Ayam

Bahan Gulai Ikan Tongkol

Cara buat nasi dagang

Ikan tongkol saya guna jenis air hitam. Sekiranya anda ingin buat nasi dagang untuk sarapan pagi, sebaiknya dimasak pada lewat malam sebelumnya dan biarkan semalaman serta kuah akan jadi lebih cantik dan sedap.

Kemudian, pada esok pagi, anda hanya perlu panaskan saja semua lauk dan nasi tersebut. Lebih sedap dimakan ketika ia masih panas dan kesedapan rasanya sukar untuk digambarkan.

  • Seekor ikan tongkol
  • Asam keping 1
  • Garam secukup rasa
  • 3 atau 4 sudu rempah gulai Cap Mawar
  • Sepaket kecil rempah masak Cap Mawar (15 gram)
  • Sebatang kayu manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • Dua inci belacan (optional)
  • Cili kisar (sukatan terpulang)
  • Bawang besar
  • Halia
  • Bawang putih
  • Lengkuas dihiris
  • Gula melaka secukupnya
  • Minyak masak
  • Santan kelapa
  • Cili / tomato / belimbing
  • Telur rebus (ikut kehendak sendiri)

Cara-caranya

Menu yang paling sedap

1. Ikan tongkol perlu dikerat atau dipotong kemudian direbuskan dengan asam keping serta dimasukkan sedikit garam dan air rebusan ikan jangan dibuang begitu sahaja.

Kaedah mudah untuk masak

2. Cili yang dikisar mengikut tahap kepedasan yang diinginkan dan bawang besar, halia dan bawang putih perlu dikisarkan bersama.

3. Tumiskan bahan yang telah anda blend tadi, masukkan cili kisar dan pastikan sehingga ia jadi pecah minyak. Ini sangat penting di peringkat permulaan memasak gulai ikan tongkol.

Masakan orang istana

4. Setelah itu, masukkan semua rempah kari tadi, gaulkan sehingga ia sekata dan mendidih. Kemudian masukkan pula sedikit kerisik, gula melaka, tomato, belimbing buluh dan cili.

5. Biarkan api dinyalakan dengan perlahan sehingga kuah akan kelihatan pekat atau timbul minyak di atasnya.

Tips untuk menyedapkan gulai ini adalah dengan membiarkan ia selama semalaman atau beberapa jam untuk mendapatkan kuah gulai lebih cantik warnanya dan sedap dimakan.

Gulai ayam juga sesuai atau mengikut selera sendiri dan pastinya ikan kayu adalah lauk yang paling sesuai serta mengikut tradisi istana diraja negeri Terengganu sejak dahulu kala lagi.

Begitu juga dengan rempah nasi dagang yang kini banyak dijual di pasaran serta secara online melalui Shopee dan Lazada. Pautan berikut sebagai rujukan anda yang berminat untuk mendapatkannya.


Baca : Resepi Nasi Ayam Hainan Chinese Style

Acar Sayur

Nasi dagang atas tol

  • Timun
  • Nanas
  • Lobak
  • Cili dihiris

Guna beras basmati rice cooker

Gaulkan kesemua bahan di atas dan masukkan pula sedikit cuka mengikut sukatan dan kemahuan sendiri. Seterusnya perasakan dengan garam serta gula secukupnya. Pastikan tidak terlalu masin dan manis.

Untuk masakan jadi lebih sedap dan menjadi, niatkan masakan yang dimasak oleh kita itu adalah ikhlas kerana Allah SWT dan berdoa agar orang yang makan akan mendapat keberkatan dan dipermudahkan urusan.

Kesimpulan

Sebenarnya, nasi dagang mempunyai berbagai versi serta lain orang, lain pula cara masaknya, ada yang hanya guna pressure cooker seperti Noxxa, Sharp dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing.

Selain itu, sebagai tukang masak, anda boleh olahkan bahan dan resepi ini dengan memasukkan bahan lain yang sesuai, manalaha tahu akan jadi lebih sedap boleh buat bisnes ke antarabangsa, siapa tahu kan?

Semoga perkongsian Muhamad Muktamin, resepi nasi dagang cara orang Terengganu yang amat mudah dan ringkas ini dapat membantu anda untuk menyediakan masakan ini di rumah dengan jayanya. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog