Mengapa hidangan ini sangat sedap serta mempunyai penggemarnya yang tersendiri? Ia bukan saja diminati di negara Timur Tengah tetapi termasuk Malaysia yang terkenal dengan berbilang bangsa dan kaum.
Mungkin kerana campuran rempah ratus yang istimewa ditambah dengan sambal berserta lauk pauk yang biasanya dimasak bersama kambing dan ayam yang menjadikan makanan ini sangat lazat dan menyelerakan.
Sebenarnya, cara masak nasi Arab kabsah sangat simple, mudah dan tentunya akan menjadi jika anda mengikut step by step dengan resepi yang dikongsikan dan dijamin anda pasti akan berpuas hati makan sampai kenyang.
Lebih menarik lagi, bahannya telah tersedia di bahagian dapur rumah anda dan hanya beberapa sahaja lagi yang perlu anda dapatkan di mana-mana kedai atau pasar raya berdekatan.
Resepi Nasi Mandy Ayam & Kambing Sedap
Mungkin ada yang tertanya apakah beza antara nasi Arab Mandy dan Kabsah, sebenarnya kedua-duanya mempunyai kuinikan tersendiri dan berkemungkinan resepi dan cara penyediaan berbeza di sesetengah tempat.
Walau bagaimanapun, ia mempunyai banyak persamaan atau lebih tepat lagi ianya sama saja antara Nasi Kabsah dan Mandy tapi yang pasti ia dimasak menggunakan beras Basmathi yang berkualiti menjadikan ia sangat sedap.
Dari segi rupa dan warna, nasi mandy berwarna kekuning-kuningan dan Kabsah pula berwarna sedikit perang atau kecoklatan yang boleh didapati di mana-mana restoran Arab.
Rempah dan rasa pula, Kabsah lebih banyak menggunakan rempah ratus serta guna air rebusan daging kambing dan rasanya tentulah lebih sedikit daripada nasi mandy yang menggunakan air rebusan ayam.
Nasi Mandy Ayam
Untuk anda yang ingin mencuba resepi nasi mandy ini, sila ikuti langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan di bawah dan pastikan anda tidak skip step yang dipaparkan.
Bahan-Bahan Utama
- 2 sudu besar ketumbar
- 1 sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar lada hitam
- 1 sudu kecil bunga cengkih
- 8 biji buah pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 helai daun salam (bay leaf)
Cara Penyediaan
1. Pertama sekali semua bahan di atas perlu sangai sehingga selesai.
2. Apabila semuanya telah disangai, ia perlu dikisar dan pastikan tidak terlalu halus.
Bahan Untuk Nasi Arab
- 4 cawan beras basmathi extra long (direndam dalam 20minit, toskan)
- 5 ulas bawang putih
- 3 cili hijau besar
- 1/2biji bawang holland (potong dadu )
- 1/2 sudu besar rempah mandy
- Daun ketumbar (hiris halus)
- Garam
- Kismis hitam
- 3 sudu besar minyak sapi untuk menumis
- 6 cawan air rebusan ayam
- Pewarna kuning / safron
Cara-Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak sapi kemudian tumiskan bawang holland, bawang putih, rempah mandy dan masukkan semua cili hijau.
2. Masukkan pula 6 cawan air rebusan ayam, seterusnya masukkan beras serta perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Apabila nasi telah masak, titiskan segera dengan pewarna kuning atau boleh letakkan safron.
Baca : Resepi Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Terengganu
Stok Ayam atau Sup
Stok ayam adalah air rebusan ayam untuk nasi dan sup yang perlu dibuat dengan bahan dan langkah berikut:
Bahannya
- ¹/² biji bawang holland ( hiris nipis utk tumis )
- 1 ekor ayam
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 helai daun salam/ bay
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 sudu kecil lada hitam
- 10 cawan air
- 1 kiub ayam
- 1 sudu besar rempah mandy
Cara-Caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan daun bay, lada hitam, kayu manis, bawang holland dan tumiskan semua bahan tersebut sehingga ia naik bau wangi satu rumah.
2. Masukkan pula air, kiub pati ayam dan ayam. Rebuskan ayam sehingga ia agak masak.
Perapan Ayam
- 2 sudu besar minyak zaitun/ butter cair
- 1 sudu kecil smoked paprika / serbuk cili
- Sedikit pewarna kuning / saffron
- 1/2 sudu besar rempah mandy
- 1 sudu besar jus lemon
1. Campurkan semua bahan di atas dan kacaukan sehingga ia menjadi sebati.
2. Sapukan pada permukaan ayam dan perap ayam untuk selama 2 hingga 3 jam sekurangnya.
3. Kemudian bakarkan dengan suhu 180 - 200 Celcius selama 15 minit atau sehingga ia masak.
Sup
- Baki rebusan ayam
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk kunyit
- Serbuk lada hitam
- Serbuk lada sulah
- Hirisan daun sup
- Bawang goreng
Salad
- Bahan-bahan
- 1 biji timun ( dipotong dadu)
- 2 biji tomato ( dipotong dadu)
- 1/2 biji bawang holland, (dipotong dadu)
- Garam
- Gula
- Serbuk lada hitam
- 1 sudu besar jus lemon
- Daun ketumbar, dihiris halus
Caranya
1. Campurkan kesemua bahan tersebut kemudian digaul sehingga ia sebati.
Sambal
Bahan-bahan
- 4 biji bawang putih
- 2 biji tomato
- 10 biji cili padi
- 5biji cili merah
- Sedikit daun dan batang ketumbar
Cara penyediaannya
1. Kisarkan semua bahan di atas untuk jadikan sambal.
2. Masukkan garam, gula dan jus lemon mengikut citarasa sendiri.
Tips
Untuk mendapatkan bau atau aroma smoked nasi Arab macam yang dijual di kedai atau restoran besar, letakkan ayam panggan di atas nasi, ambilkan aluminium foil yang disapu minyak.
Seterusnya letakkan bara arang dan tutup selama 10 minit seperti yang ditunjukkan dalam gambar dari Puan Nur Masri yang berkongsi resepi nasi arab mandy ini di laman Facebook.
Baca Juga : Resepi Nasi Beriani Kambing dan Ayam Masala
Cara Buat Nasi Mandy Kambing
Berikut adalah video resepi nasi mandy daging kambing yang dikongsikan oleh channel Dapur Ayah di YouTube dikenali sebagai Irmy Ibrahim Aie yang menunjukkan secara satu persatu dari awal sehingga akhir masakan.
Kesimpulan
Sebenarnya, nasi mandy pada zaman sekarang mempunyai berbagai versi dan style yang diolahkan oleh mereka yang pakar memasak seperti Chef Ammar, Azie Kitchen, Che Nom dan ramai lagi yang sangat kreatif.
Selain ayam dan daging kambing yang dijadikan lauk, anda boleh juga menggantikan lauk tersebut kepada udang, sotong dan sebagainya mengikut kehendak dan selera anda sendiri.
Cara masak nasi Arab ini juga bersifat pelbagai di zaman moden kerana ada yang memasak guna pressure cooker, rice cooker dan bermacam lagi. Anda juga boleh olahkan mengikut kreativiti dan idea yang hebat.
Semoga perkongsian resepi nasi mandy Arab ayam dan kambing ini dapat membantu anda untuk sediakan makanan ini dengan mudah dan cepat, semoga bermanfaat dan selamat mencuba. - Bukit Besi Blog