Dalam Islam pengiraan zakat emas berpandukan kepada penggunaan dan sifatnya selain perlu mengikut hukum syarak iaitu uruf seperti yang telah ditetapkan oleh setiap kerajaan negeri di mana seseorang itu tinggal.
Emas bukan hanya dijadikan perhiasan semata-mata dalam agama suci ini sebaliknya ia turut mempunyai maksud yang tersendiri melalui persepsi Islam itu sendiri yang mana ia juga adalah lambang kekayaan yang berkembang maju.
Malahan, di dalam hadis dan Al-Quran turut menyebut tentang emas iaitu menjadikan kewajipan bagi mereka yang memiliki harta kekayaan ini untuk menunaikan zakat seperti yang diterangkan dalam Surah At Taubah, Ayat 34 - 35.
Ia termasuk juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud seperti di bawah:
Zakat Emas Perhiasan Yang Dipakai
Pada dasarnya perhiasan tidaklah dikira sebagai zakat, walau bagaimanapun sekiranya perhiasan tersebut adalah emas yang ditempat yang dijadikan sebagai perhiasan, maka ia telah dikira sebagai aset yang tak bersifat subur dan terus berkembang.
Kadar Uruf Mengikut Negeri Tahun 2021/2022
Kadar uruf untuk setiap negeri di Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa pada setiap tahun dan untuk tahun 2021 dan 2022, kadarnya adalah seperti dikongsikan seterusnya:
- Terengganu : 850 gram
- Johor : 850 gram
- Kuala Lumpur : 800 gram
- Selangor : 800 gram
- Pahang : 500 gram
- Perak : 500 gram
- Negeri Sembilan : 200 gram
- Melaka : 180 gram
- Kedah : 170 gram
- Penang : 165 gram
- Sabah : 152 gram
- Sarawak : 90 gram
- Perlis : 85 gram
- Kelantan : Tiada uruf
Zakat Emas dan Perak
Zakat emas dan perak adalah zakat perhiasan wanita iaitu barang kemas yang ia perlu dikeluarkan zakat ke atas emas tersebut berpandukan kepada situasi samada emas itu dipakai atau pun disimpan yang mana setelah cukup nisab dan haul.
Kategori Emas Yang Wajib Zakat
1. Emas Yang Tidak Dipakai - Bermaksud emas yang disimpan, tidak digunakan atau dipakai hanya dalam tempoh setahun samada dalam bentuk asalnya serta sekadar dijadikan sebagai perhiasan semata-mata.
2. Emas Perhiasan Wanita - Emas dipakai sebagai satu perhiasan yang halal samada hanya tempoh tertentu sesekali atau secara berterusan dalam jangka masa setahun tidak diwajibkan keluarkan zakat ke atasnya kecuali sekiranya ia telah melebihi uruf (tidak termasuk batu permata dan sebagainya).
Uruf bermaksud tentang penerangan HAD pemakaian setempat yang dibenarkan dan uruf pula mengikut kawasan dan negeri di mana seseorang yang ingin keluarkan zakat itu tinggal atau kediamannya.
Contoh dan Kaedah Pengiraan Zakat Emas
Kiraan zakat emas yang berpandukan kepada kadar uruf bagi setiap negeri turut disertakan contoh kiraan untuk kawasan di negeri Selangor dengan nilainya adalah 800 gram dan formula pula seperti berikut:
Emas Perhiasan Wanita
Ia adalah emas yang digunakan khas untuk perhiasan di badan wanita termasuk perabot dan perkakas samada ia digunakan sesekali sahaja atau secara berterusan tanpa henti iaitu setiap masa.
Emas perhiasan untuk wanita diwajibkan keluarkan zakat setelah jumlah beratnya melebihi kadar uruf semasa di negeri Selangor iaitu sebanyak 800 gram yang dijadikan contoh pengiraan.
(Berat Emas - Uruf) X Harga Emas Semasa X 2.5%
(900 gram - 800 gram) X RM144.38 = RM14,438 X 2.5% = RM360.95
Emas Bukan Perhiasan
Ia adalah emas yang dimiliki oleh seseorang dengan niat untuk dijadikan sebagai perhiasan samada dalam bentuk mata wang, jongkong, tempa, barang kemas dan seumpamanya yang membawa maksud yang sama.
Ia perlu dizakatkan sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada jika kadar yang dimiliki itu sama atau telah pun lebih dari nisab iaitu 85 gram. Ini berbeza dengan emas perhiasan wanita. Nisab emas tak dipakai adalah sebanyak 85 gram.
Berat Timbangan Emas X Harga Semasa 2.5% = Jumlah Zakat
100 gram X RM144.38 = RM14,4388 X 2.5% = RM360.95
Emas Bercagar
Untuk kategori ini, ia bermaksud emas yang digadai dan diwajibkan zakat selepas ditolak dengan nilai pinjaman serta upah simpanan dan contoh kiraan adalah seperti berikut:
(Berat Emas Semasa X Harga Semasa) - Nilai Pinjaman - Upah Simpan X 2.5% = Jumlah Zakat
(200 gram X RM144.38 = RM28,876) - RM10,000 - RM76 X 2.5% = RM470
Untuk lebih tepat dan betul, anda boleh rujuk kepada Kalkulator Zakat Emas yang banyak disediakan di semua laman web rasmi Pejabat Zakat di setiap negeri di Malaysia, antaranya adalah seperti di bawah:
Kalkulator Zakat Emas
- Kuala Lumpur
- Selangor
- Pahang
- Terengganu
- Perak
- Perlis
- Kedah
- Pulau Pinang
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Johor
- Kelantan
- Sabah
- Sarawak
Hukum Pelaburan Emas Tanpa Fizikal
Pelaburan emas tanpa fizikal ditafsirkan sebagai zakat simpanan dan ia juga tidak patuh syariah. Pelaburan jenis ini adalah menggunakan nilai harga emas semasa sebagai sandaran pelaburan kerana pihak terbabit tidak mempunyai emas fizikal.
Mengikut hukum pelaburan emas tanpa fizikal adalah HARAM dan tidak sah serta ia juga termasuk dalam kategori transaksi jual beli sesuatu yang langsung tidak wujud secara fizikal serta tidak dimiliki oleh mereka yang menjualnya.
Akadnya adalah batil kerana tidak cukup syarat termeterai akad dari segi kelayakan bertransaksi serta subjek yang diakadkan.
Semua keuntungan yang didapati daripada pelaburan jenis adalah haram sama sekali maka ia tidak wajib untuk dizakatkan. Namun, pokok pelaburan atau modal adalah harta yang HALAL.
Disebabkan itu, sekiranya ia telah pun melebihi kadar Nisab, jadi ia diwajibkan keluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada keseluruhan jumlah modal berkenaan.
Manakala dalam keadaan Akad Fasid kerana tak mencukupi syarat sah atau rukun jual beli tetapi diakhiri dengan berlakunya proses QABD iaitu pindah milik, ia diwajibkan zakat ke atas kerana status pemilikkannya adalah sempurna.
Jadi, WAJIB ke atas kedua-dua principal dan keuntungannya untuk transaksi yang akadnya FASID tetapi disertai QABD. - Zakat Selangor
Status Zakat Pelaburan Emas Tak Patuh Syariah
Jenis Akad | Keterangan | Status Pemilikan | Status Zakat |
---|---|---|---|
Akad Batil | Akad yang tak cukup syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek diakadkan | Tidak Sah | Tidak Wajib |
Akad Fasid tanpa Berlaku Qabd | Akad yang tak cukup syarat sah jual beli dan tak diakhiri dengan qabd | Tidak Sah | Tidak Wajib |
Akad Fasid dan Berlaku Qabd | Akad yang tak cukup syarat sah jual beli, tetapi diakhiri dengan qabd | Sah | Wajib |
Rujukan Berkaitan
Kesimpulan
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita sememangnya wajib mengeluarkan zakat malahan ia adalah Fardhu Ain ke atas setiap seorang orang Islam yang telah memenuhi semua syarat-syarat wajib mengikut hukum syarak dan bagi mereka yang ingkar kewajipannya, hukumnya adalah berdosa besar.
Jadi, tunaikanlah tanggungjawap kita seperti mana yang tertera dalam Rukun Islam yang kelima di mana terdapat banyak kebaikan dan kelebihan mengeluarkan zakat serta teramat besar ganjarannya sepertimana yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.
Semoga perkongsian cara kira zakat emas ini sedikit sebanyak dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda. Semoga bermanfaat. Sekiranya adanya salah dan kesilapan, mohon disampaikan segera melalui ruangan contact atau komen. - Bukit Besi Blog