Anda peminat chocolate chip cookies Famos Amos? Cara nak buat biskut coklat ini mudah sangat dan simple saja resepi dan bahan-bahannya. Lebih baik cuba dulu di rumah puas hati makan satu keluarga.
Sememangnya biskut ini agak mahal yang dijual di mana-mana cawangan Famous Amos di Malaysia, bagi saya ia berbaloi memandangkan kualiti dan rasanya sangat sedap dan premium.
Zaman sekarang ramai yang telah mengolahkan resepi choc chip cookies ini dan hasilnya boleh dikatakan hampir sama rangup, lembut dan pasti anak-anak anda akan suka.
Resepi Chocolate Chip Cookies Ala Famous Amous
Perkongsian biskut coklat chip Famous Amos ini adalah daripada Puan Fad Alya yang mengatakan resepi ini sangat mudah nak buat dan cair di mulut semuanya hanya gaul sahaja serta tanpa perlu guna mixer.
Dan hasilnya pasti anda akan memuaskan hati kerana teksturnya sangat lembut manis dan yang paling penting semua cukup serta rasa coklat chip tersebut pahit-pahit yang lazat tak terkata.
Bahan A
1. Semua bahan dalam senarai di bawah perlu dikacau sehingga ia sebati sepenuhnya, kemudian barulah masukkan pula bahan B seperti yang dinyatakan.
- 250 gram butter
- 1 1/4 cawan brown sugar
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur
Bahan B
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 6 sudu besar minyak
- 2 cawan chip coklat (last part)
2. Masukkan bahan B satu persatu dan gaulkan lagi sehingga ia sekata terkecuali chocolate chip. Apabila telah sebati barulah tambahkan pula dua cawan chip tersebut.
3. Kemudian sejukkan adunan dalam jangka masa lebih kurang 30 minit. Tapi saya sentiasa letak dalam peti ais adunan tersebut selepas membakar. Nak bakar barulah keluarkan dari peti sejuk.
Selepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk dibakar dan adunan akan agak lembik sedikit.
Ketika nak meyusun biskut di atas loyang, sila jarakkan sedikit antara satu sama lain untuk memberi ruang kepada cookies untuk terus menggembang dengan jayanya.
4. Bakar dengan menggunakan suhu 180°c 10 minit, namun berkemungkinan oven masing-masing tak sama, jadi anda perlu bijak memerhatikan cookies ini sewaktu membakarnya.
Untuk makluman, apa sahaja jenis oven boleh saja membakar biskut ini begitu juga dengan Air Fryer, walau bagaimanapun, suhu dan masa pastinya berbeza.
Baca : Cara Buat Kek Batik Premium Yang Lembut
Biskut Coklat Chip Cara Puan Faz Liyana
Berikut adalah style Puan Faz Liyana yang membuat choc chip cookies Famous Amos ini dengan kaedah yang berbeza tapi hampir sama dengan menambahkan Almod Flakes atau Nips.
Bahan-Bahan
- 250 gram Butter (Brand Natura)
- Secawan Brown Sugar
- 1 sudu kecil Esen Vanilla
- Sebiji telur
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- Sesudu kecil Baking Powder
- 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
- 6 sudu besar minyak masak
- 2 cawan coklat cip
- Almod Flakes / Almond Nips
Penyediaan:
1. Kacaukan sebati butter, esen vanila, gula dan telur guna senduk sahaja tanpa sebarang alat lain yang automatic.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah siap diayak itu tadi diikuti dengan 6 sudu minyak masak.
3. Gaulkan semua bahan sehingga sekata dan masukkan chocolate chip dan sebagai tambahan, saya memasukkan Almond Nips yang telah siap dibakar dan juga coklat coin. Jika tak ada, tak perlu ia optional.
4. Apabila telah siap digaul, perlu sejukkan adunan samada di dalam peti sejuk atau chiller dalam tempoh setengah jam atau lebih supaya adunan lebih baik kerana ia terlalu lembik.
5. Selepas itu cuba cubitkan sedikit adunan dan letakkan di dalam loyang dengan suhu bakar 150 darjah celcius selama 20-25 minit atau mengikut kesesuaian jenis oven anda.
6. Chocolate chip cookies ini apabila ia telah sejuk sepenuhnya barulah ia menjadi rangup dan jangan terus makan apabila dikeluarkan daripada sebab rasanya nantik tak rangup dan tak best. Siap.
Rujukan
Video Tutorial
Jika dengan pembacaan untuk membuat biskut ini agak susah nak faham, anda boleh ikuti tutorial yang dikongsikan daripada video YouTube Channel Naz Aj Kitchen dan Farra Musa yang mungkin pemahaman anda lebih cepat dan tepat.
Kesimpulan
Macamana senang tak nak biskut coklat cip ni? Sebenarnya, ramai pakar masak dan pembuat kek berserta cookies mengolahkan resepi mengikut kreativiti masing-masing seperti Puan Azie Kitchen, Che Nom, Azlina Ina dan ramai lagi yang menambahkan bahan seperti Cadbury, kacang badam, Macadamia dan lain-lain.
Jadi, jika anda mempunyai idea sendiri untuk olahkan dengan cara tersendiri, anda boleh cuba try and error, manalah tahu nati silap hari bulan, resepi rahsia anda boleh buat bisnes sehingga menjadikan anda seorang jutawan dalam industri pembuatan biskut, siapa tahu kan? Tuah ayam nampak di kaki.
Diharap perkongsian daripada pengguna Facebook yang telah mencuba resepi biskut coklat chip yang mudah dan sedap ala-ala Famous Amos ini dapat memudahkan tugas anda di dapur. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog