Resepi Kerabu Perut Lembu Simple Sedap Style Kelantan

Resepi kerabu perut lembu

Bila tiba bulan Ramadan di Terengganu dan negeri Kelantan, antara menu yang sentiasa menjadi pilihan untuk berbuka puasa adalah kerabu perut lembu yang resepi dan cara membuatnya digandingkan dengan taugeh, kerisik, kacang panjang, tomato dan bermacam lagi.

Jika anda suka makan perut lembu yang dibuat kerabu, apa kata anda buat sendiri di rumah dan ikut resepi rahsia yang dikongsikan oleh personaliti terkenal di Facebook ini iaitu Ben Safwan.

Walau bagaimanapun, tidak semua bahan makanan ini sama dan selalunya style utara dan pantai timur agak berbeza begitu juga dengan ala Thai yang mempunyai sedikit kelainan dari segi rasa dan rupa tetapi sangat sedap.

Cara Buat Kerabu Perut Lembu Resipi Terengganu


Kerabu perut Kelantan

Menurut Ben Safwan, cara nak buat kerabu perut Kelantan yang paling sedap rasa macam beli di kedai mempunyai tips dan rahsia tersendiri iaitu guna santan segar dan bukannya santan kotak.

Manakala untuk isi perut pula, perlulah perut lembu yang tebal serta fresh daripada pasar bukannya yang telah siap diimport dan yang telah siap dicelur, jika tidak rasanya tidak asli dan tak sedap.

Untuk santan, sila guna kelapa yang sederhana muda dan jika terpaksa menggunakan kelapa tua, pastikan anda mengambil lapisan kelapa parut tersebut pada bahagian yang putih sahaja.

Sekiranya anda inginkan kerabu perut lembu anda sedap dan berselera makan untuk dijamu kepada sesiapa atau keluarga sendiri, sila ikut semua cara-caranya dan jangan memandai skip dan tak ikut.

Berkat mengikuti satu persatu kata Ben, insya Allah anda akan menikmati rasa the best kerabu perut lembu Kelantan style yang tiada di tempat lain, mungkin dan anda pasti bangga kerana telah berjaya.

Oh ya, resepi ini juga dapat banyak kerabu kerana perutnya lebih kurang berat 3 kg dan proses untuk membuatnya perlu dengan ketelitian dan tak boleh buat salam sehari sahaja.

Jika anda nak buat dengan sukatan yang sedikit, perlu kurang semua bahan-bahan yang telah dikongsikan. Jangan terlalu banyak, nanti membazir pula pada bulan puasa ni.

Hari Pertama

Resipi kerabu perut Terengganu

1. Sangai dahulu 600 - 700 gram isi kelapa sederhana muda yang telah siap diparut dan sebaiknya jangan gunakan kelapa yang tua kerana rasanya kurang best. Sila guna api yang kecil sahaja sehingga ia bertukar keperangan.

2. Kemudian, rebuskan ikan selayang atau dipanggil juga ikan sardin hitam sebanyak 6-7 ekor. Sila rebus tanpa air dan letakkan sedikit gula Melaka, lengkuas dan sedikit garam.

Apabila ikan telah siap direbus, leraikan isi dan semua tulang-tulangnya. Kemudian, tumbukkan isi guna lesung batu dan jangan tumbuk sehingga lumat sebaiknya kasar sahaja bersama dengan keapa goreng itu tadi.

3. Tumbukkan sedikit demi sedikit sehingga habis kesemuanya. Seterusnya, masukkan pula gula Melaka dan tumbukkan ia sekali bersama-sama dan sangai semua untuk hilangkan hanyir ikan. Ketepikan bahan ini seketika.

Baca : Resepi Kerabu Sotong Ala Thai

Hari Kedua

Kerabu perut santan kelapa

1. Rebuskan perut lembu tempatan iaitu yang segar dan diulangi jangan gunakan yang import atau yang telah siap dicelur kerana ia jadikan kerabu perut tak sedap.

Rebuskan perut lembu bersama dengan air, serai, asam keping dan garam. Sila guna api yang sederhana kecil dan ia akan mengambil masa selama sejam sehingga 1 jam 30 minit.

2. Pada masa yang sama, siapkan bahan lain untuk digandingkan bersamanya iaitu seperti mangga epal yang perlu diparut dan kuantiti sebiji sahaja memadai dan mengikut kesukaan anda.

Potongkan kacang panjang sebanyak 500 gram, potongkan juga ulam raja, hiriskan 2 biji bawang besar atau Holland, 4-5 biji cili padi atau merah Thai.

3. Apabila perut telah siap direbus, panaskan pula satu kilogram santan pekat yang fresh dan apabila santan telah mendidih terus tutupkan api. Jangan sekali-kali menggunakan santan kotak.

4. Siapkan perencah untuk dijadikan kerabu iaitu dengan menumbuk 4-5 biji bawang merah dengan 1/2 sudu makan lada hitam.

Cara buat kerabu guna perut lembu

Perut yang tebal itu tadi telah empuk, potongkan ia mengikut size dan ukuran seperti yang ditunjukkan di dalam gambar dan ambilkan perut sahaja manakala air rebusan perlu dibuang.

5. Satukan semua bahan hirisan itu tadi dalam sebuah bekas yang besar dan masukkan semua perencahnya, tambahkan isi campuran ikan dengan kelapa goreng dan juga hirisan perut lembu.

Diikuti dengan santan segar yang telah disejukkan itu tadi, kemudian terus kacaukan kesemuanya sehingga ia sebati sepenuhnya. Perlu diingatkan, jangan masukan sedikit air pun.

Apabila semua ok, perasakan dengan garam dan perahan lemon sikit sahaja dan cuba rasa adakah ia memenuhi citarasa dan selera anda, jika kurang masin, tambahkan garam dan begitu juga gula.

Jika semua rasa ada seperti lada hitam, lemak santan, masam masin manis, pedas dan sebagainya, ini bermakna kerabu perut lembu Kelantan style anda telah menjadi.

Terakhir sekali, masukkan kerabu tersebut di dalam peti sejuk, biarkan ia masak secara semulajadi untuk jangka masa lebih dari dua hingga tiga jam lamanya, barulah sedap dimakan, kata Ben Safwan di Facebook.

Baca : Resepi Nasi Kerabu Bunga Telang Yang Sedap

Kerabu Perut Lembu Ala Thai

Kami kongsikan juga rakaman video daripada Facebook Rizal Tomyam yang turut menunjukkan cara untuk menyediakan kerabu perut ini dengan style orang Thailand yang dikatakan sangat power sedapnya.



Kesimpulan

Walau apa kaedah sekalipun yang anda buat samada cara Terengganu, Johor, utara dan lain-lain, rasanya mungkin sedikit berlainan. Untuk ulaman pula, ada yang masukkan pucuk paku yang menyedapkan lagi rasa kerabu.

Diharap perkongsian resepi kerabu perut lembu ini dapat membantu serta memudahkan urusan anda untuk menyediakan menu ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog