Nasi kerabu biasanya berwarna biru dan terkenal di pantai timur samada Kelantan atau Terengganu dengan resepi menggunakan bunga telang berserta lauk pauknya ayam dan daging bakar, solok lada dan telur masin yang sedap original.
Katanya resepi nasi kerabu negeri Kelantan lebih simple sering menjadi pilihan ramai kerana dikatakan ala Thai atau siam sangat mudah dibuat dengan cara yang sama saja seperti di utara atau selatan.
Yang membezakan masakan ini adalah bahan yang digunakan serta cara untuk menyediakannya sebagai contoh ada yang lebih suka berlaukkan ikan celup tepung atau gulai daging berkuah serta ulam-ulaman dan sebagainya.
Jika nasi kerabu adalah kegemaran anda, boleh cubat buat sendiri di rumah kerana lebih puas hati makan dengan kuantiti yang banyak dan kebersihan makan lebih terjamin sepenuhnya.
Resepi Nasi Kerabu Kelantan Guna Bunga Telang
Berikut adalah resepi yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di laman Facebook yang telah menarik perhatian ramai netizen kerana penyediaan nasi kerabu bunga telang ini dikatakan agak sedikit berbeza.
Penyediaan Nasi Kerabu
- 4 pot beras
- Air secukupnya
- Segenggam bunga telang
- Serai diketuk
- Daun limau purut
Cara-caranya
Bunga telang perlu direndam selama semalaman untuk nasi dan blend untuk mendapatkan warna biru yang cantik menawan dan seronok bila melihatnya.
Masak nasi seperti biasa sebagaimana anda memasak nasi menggunakan rice cooker.
Kuah Sambal Tumis
Bahan-bahan
- 10 tangkai cili kering
- 3 ulas bawang merah
- Sebiji bawang besar
- 1/2 labu bawang putih
- 1/2 inci halia
- 200 gram santan pekat
- 3 batang serai diketuk
- 2 keping asam keping
- 1 1/2 sudu besar gula
- 2 sudu besar garam bukit halus
- 2 sudu besar budu
- Minyak masak sekadar agak saja
Baca : Resepi Gulai Kawah Daging dan Tulang Kelantan
Cara Membuatnya
1. Kisarkan cili, semua jenis bawang dan halia. Kemudian tumis bahan yang telah dikisar sehingga ia pecah minyak.
2. Masukkan 1 1/2 cawan air putih dan masukkan santan serta kacau sentiasa supaya santan tidak jadi berketul-ketul
3. Masukkan serai dan asam keping, apabila mendidih seterusnya budu dan gula. Rasa terlebih dahulu sebelum memasukkan garam supaya ia tidak terlalu masin. Kacau shingga pecah minyak dan siap.
Nota : Kuah nasi kerabu sebaiknya lebih pekat ada rasa masin dan manis sedikit.
Sambal Ikan Kelapa
Bahan-bahannya
- Sebiji kelapa parut
- 7 ekor ikan selayang
- 5 ulas bawang merah
- Gula nisan
- Garam secukup rasa
- 4 batang serai
- Satu sudu kecil lada hitam
Caranya:
1. Kelapa parut perlu digoreng di atas api yang perlahan supaya tidak keperangan lalu ditumbuk kasar. Ikan pula perlu direbus dan isinya diambil kemudian ditumbuk.
2. Gula nisan perlu dicincang sehingga menjadi halus dan lada hitam perlu perlu ditumbuk sehingga menjadi hancur sepenuhnya.
3. Tumbuk serai sampai hancur dan masukkan bawang merah kemudian tumbukkan lagi dan masukkan garam serta gula secukup rasanya.
4. Masukkan isi ikan yang telah siap ditumbuk dan kelapa goreng seterusnya digaul secara rata dan masakkan sekejap supaya ia menjadi tahan lebih lama.
Resepi Solok Lada
- 100 gram kelapa parut
- 3 ekor ikan selayang
- Cili hijau
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil lada hitam
- Garam dan gula
Baca : Resepi Nasi Ayam Thai Viral
Penyediaannya:
1. Ikan selayang juga harus direbus dan diambilkan semua isinya sebaiknya ditumbukkan kasar. Cili hijau pula perlu dibuang bijinya. Lada hitam juga perlu ditumbuk halus.
2. Blend semua bawang dan masukkan ke dalam kelapa bersama isi ikan kemudian gaulkan semuanya sehingga sebati. Lalu sumbat ke dalam cili hijau itu tadi.
3. Susunkan ke dalam pan dan masukkan santan. Anda perlu masak sehingga santan kelihatan hampir menjadi kering.
Sambal Cili
- Cili merah
- Cili hijau
- Cili besar kalau tak nak pedas
- Garam dan gula
- Sedikit cuka
1. Caranya adalah dengan kisarkan semua bahan-bahan yang telah dinyatakan di atas.
Ulam-Ulaman
- Kubis
- Kacang panjang
- Bunga kantan
- Taugeh
- Pucuk selom
- Daun serai kayu
1. Caranya dengan menghiris dengan halus seterusnya boleh dihidangkan dan digandingkan.
Bahan-Bahan Lain
Untuk menyedapkan lagi nasi kerabu anda boleh menambahkan bahan lain seperti yang disenaraikan di bawah serta anda boleh juga mencampurkan selain bahan ini mengikut citarasa sendiri:
- Solok lada
- Ikan celup tepung
- Keropok goreng
- Daging bakar
- Daun pucuk gajus
- Ayam goreng berempah
- Bawang putih jeruk
Siap. Sebenarnya nak buat nasi kerabu tak susah kan? Tapi, jika nak lebih sedap ada kelainan, anda boleh rujuk pada resepi otai masak seperti Azie Kitchen, Che Nom atau Datin Isma kerana masakan mereka sedikit berbeza.
Video Tutorial Penyediaan Nasi Kerabu
Jika anda perlukan cara memasak nasi kerabu dengan langkah demi langkah melalui video, kami kongsikan daripada YouTube Channel Khalishah Kitchen yang menunjukkan satu persatu resepi air tangan ibunya.
Kesimpulan
Semua orang yang sukakan nasi kerabu, seharusnya boleh cuba membuat sendiri di rumah dan tak susah pun cuma perlu ikut resepi step by step, pasti menjadi, tak percaya? Cubalah.
Semoga perkongsian resepi nasi kerabu bunga telang negeri Kelantan daripada Tuan Adriana Arissa ini dapat memudahkan urusan anda untuk menyajikannya. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog