Kuih tradisional yang dipanggil sebagai lopes sangat menarik dan sedap menggunakan beras pulut, daun pandan dan santan berserta manisan gula merah menjadikan ianya sangat unik ditambah dengan kelapa parut.
Jika anda suka makan kuih lopes, anda boleh buat sendiri di rumah kerana cara nak buat sangat mudah dengan mengikut resepi sukatan cawan dari mereka yang pakar serta samada nak kukus atau tak terpulang pada citarasa.
Walau bagaimanapun, sesetengah resepi guna daun pisang serta dimodenkan dengan memasaknya guna rice cooker sahaja tanpa kukus dan juga tanpa memasukkan santan kelapa.
Cara Buat Kuih Lopes Pandan Sukatan Cawan
Perkongsian daripada Puan Jaja Noriza mengatakan kuih orang lama sememangnya sangat sedap dan resepi ini adalah warisan turun temurun dengan menggunakan daun pandan tanpa pewarna makanan yang berwarna hijau.
- Dua cawan beras pulut
- 1 1/2 cawan santan cair
- 3 helai daun pandan
- Sesudu kecil garam
- 1 sudu besar gula
- Kelapa parut putih
Cara Membuatnya
1. Rendamkan berat pulut dalam masa satu atau sehingga dua jam. Anda boleh juga merendamkannya dengan air daun pandan jika mahu atau memasukkan sedikit pewarna hijau.
2. Setelah siap direndam, toskan beras pulut di dalam penapis atau loyang.
3. Kisarkan kesemua daun pandan yang telah siap dipotong ke dalam blender atau pengisar.
4. Masukkan santan jika menggunakan santan kelapa parut atau jika guna santan kotak pastikan ia sedikit cair dan jangan terlalu pekat.
Masukkan garam dan gula serta kacaukan ia sehingga sebati sepenuhnya dan pastikan paras pulut dan santan sama rata seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.
Sekiranya santan tak cukup, tambahkan sedikit lagi dan sekiranya santan telah terlebih daripada paras pulut pastikan ia rata kerana jika terlebih pulut akan menjadi lembik susah nak bentuk.
5. Kukuskan semua pulut tersebut dalam bekas pengukus selama 20 sehingga 25 minit dan apabila nampak masak, cedukkan sedikit masukkan ke dalam acuan sebagai percubaan, jika ok boleh teruskan.
Baca : Resepi Kuih Tepung Pelita Yang Simple
Pastikan anda menekan pulut sehingga padat supaya ia terbentuk cantik. Bekas acuan pula, anda boleh gunakan cawan dan sebagainya. Bentuk pula terpulang kepada kreativiti masing-masing.
6. Untuk kelapa parut yang berwarna putih, anda perlu mengukusnya sekejap sahaja dengan memasukkan sedikit garam dan sejukkan. Seterusnya gaulkan kesemuanya dan boleh mula larutkan dengan pulut yang telah siap itu tadi.
Manisan Air Gula Melaka
- Air
- Gula pasir
- Gula merah
- Gula Melaka
Cara-caranya
1.Untuk sukatan pula boleh agak-agak sahaja dengan kuantiti pulut yang telah dibuat. Jika beras pulut dua cawan maka air gula juga dua cawan.
2. Masakkan air gula kesemuanya dengan seikat daun pandan agar ia berbau harum dan aromanya lebih menyelerakan. Namun, sukatan manisan ini anda yang tentukan banyak mana yang anda mahukan. Siap.
Baca : Resepi Onde-Onde Bunga Telang
Kuih Lopes Tradisional Tanpa Daun Pisang
Berikut adalah perkongsian daripada channel YouTube Riuh Dapoq Cik Piah yang meunjukkan cara-cara untuk membuat kuih lopes versi moden tanpa menggunakan daun pisang yang biasanya digunakan secara tradisional.
Rujukan
Kesimpulan
Untuk makluman, lain orang lain caranya, begitu juga dengan kreativiti daripada blogger terkenal seperti Azie Kitchen, Azlina Ina, Che Nom dan ramai lagi yang mengolahkan kuih lopes menjadi paling sedap dan sangat menarik.
Diharap perkongsian resepi kuih lopes mudah dan cepat ini dapat membantu serta memudahkan tugas anda untuk menyediakannya di rumah atau di mana saja anda berada. Semga bermanfaat. - Bukit Besi Blog