Jika anda nak makan sambal tumis udang petai yang paling sedap, anda boleh buat sendiri di rumah dengan cara masak simple dan gunakan resepi rahsia untuk menyedapkan lagi rasa dan keenakannya.
Udang dan petai sememangnya tidak dapat dipisahkan sering digandingkan bersama nasi lemak panas atau nasi putih serta aroma baunya cukup untuk membuka selera sesiapa sahaja yang menggemarinya.
Resipi sambal udang petai ini sangat istimewa dikongsikan oleh beberapa pengguna Facebook yang membongkarkan bahan tersembunyi daripada seorang peniaga yang membuka bisnes kedai makan.
Resipi Sambal Udang Petai Simple & Sedap
Cara untuk membuat sambal tumis ini sangat mudah dan sesiapa saja boleh cuba asalkan semua bahannya ada dan memerlukan sedikit kerajinan untuk berada di dapur serta perlu luangkan sedikit masa.
Bahan-Bahan
- Udang
- Petai
- Cili kering
- Bawang putih
- Bawang merah
- Bawang besar
- Sos tiram / Asam jawa
- Sos cili
- Gula, garam & perasa
- Secubit belacan (optional)
- Gula merah (optional)
- Halia (jika perlu)
Cara Penyediaan
1. Cili kering perlu dikisarkan terlebih dahulu dan kuantiti pula berpandukan kepada berapa banyak udang yang anda ingin masak. Sebaiknya jangan terlalu banyak jika tak suka pedas. Ada juga cili kering yang kurang pedas.
Selain cili kering, anda boleh gunakan cili boh kalau suka tapi pastinya rasanya tak power dan tak sama macam makan di restoran atau kedai, kan? Kalau suka lagi pedas manis semua cukup, boleh masukkan cili padi.
2. Kemudian, sila blender semua bawang termasuk bawang besar dan pastikan semuanya hancur, kuantiti pula sekadar agak-agak.
3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak lalu gorengkan udang yang telah disiang pada awalnya dalam jangka masa sekejap saja dan tak perlu lama dan ketepikan. Anda boleh lumurkan kunyit dan garam jika mahu.
4. Selepas itu, dengan minyak udang yang sama, masukkan bawang yang telah dikisar sehingga ia sedikit kering dan masukkan pula cili kering, pastikan ia pecah minyak dan masak.
Anda boleh masukkan sedikit belacan yang telah dihancurkan dengan air panas serta sedikit gula merah supaya sambal tumis udang petai anda kelihatan merah dan cantik.
5. Masukkan sos tiram satu sudu besar atau lebih jika udang sangat banyak, diikuti dengan sos cili dan sedikit gula, garam dan bahan perasa seperti Maggi atau Ajinomoto, terpulang pada citarasa anda.
6. Step seterusnya, masukkan udang dan petai sehingga ia mendidik dan petai telah bertukar warnanya dalam masa lebih kurang 5 atau 10 minit. Siap.
Tips dan Rahsia Sedap
Tips supaya sambal nampak cantik, pastikan cili kering anda pecah minyak dan masukkan gula terlebih dahulu daripada garam dan perasa serta goreng lama sedikit supaya ia betul-betul masak sepenuhnya.
Untuk makluman, resepi ini adalah style orang utara dan Melaka yang mana bahannya adalah belacan dan halia tapi rasanya semua negeri pun caranya lebih kurang dan rasanya mungkin sedikit berbeza. Jika nak kuah basah atau kering, anda yang tentukan dengan memasukkan sedikit air dan tanpa air.
Baca : Resipi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis
Video Tutorial
Mungkin ada di antara kita yang susah nak belajar cara nak masak dengan kaedah membaca dan lebih suka kepada video tutorial kerana lengkap dan mudah faham, kami sediakan video daripada YouTube Channel illyza Kitchen yang kongsikan bagaimana beliau memasak sambal udang petai ini dari mula sehingga siap.
Rujukan dan Gambar
Baca : Resepi Sos Cili Thai Homemade
Akhir Kata
Sebenarnya, setiap orang mempunyai cara yang berbeza malahan ada pakar masak seperti Blogger Azie Kitchen, Che Nom, Shiela Rusly, Yatie Kitchen, Azlita, Khairulaming dan ramai lagi mempunyai idea tersendiri untuk masakan ini. Ada juga yang campurkan dengan tempoyak, ikan bilis dan juga santan kelapa.
Pada anda yang baru pertama kali nak cuba buat, jangan takut tak jadi, try and error, pasti jadi dan sedap tak terkata. Yang penting berani mencuba dan ikut semua langkah demi langkah, confirm jadi sampai rasa nak buat lagi.
Diharap perkongsian resepi sambal tumis udang petai yang ringkas ini dapat membantu serta memudahk tugasan anda untuk sediakan menu ini di rumah atau di mana sahaja anda berada. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog