Senarai Makanan Dalam Pantang Yang Boleh Makan dan Tak Boleh

Makanan dalam pantang yang boleh dan tak boleh makan

Sebagai seorang ibu yang berpantang 44 hari kerana baru sahaja melahirkan anak adalah wajib untuk menjaga pemakanan serta diet yang betul agar tidak dapat sakit, meroyan atau jadi letih dan sebagainya sehingga tamatnya proses menjaga badan untuk wanita yang bersalin.

Peraturan dan jadual makan dalam pantang sangat penting untuk kesihatan si ibu dan juga bayi kerana jika tersalah makan makanan yang tidak sesuai pasti akan datanglah segala macam masalah dan penyakit yang biasanya seperti berikut:

  • Masalah sembelit
  • Luka gatal dan lambat sembuh
  • Bentan urat
  • Hilang tenaga
  • Hormon tak seimbang
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Sakit dada dan susah bernafas
  • Dan banyak lagi

Jadi, sepanjang tempoh berpantang semua wanita yang baharu saja selesai bersalin normal, pembedahan atau keguguran wajib elakkan daripada mengambil beberapa jenis makanan yang tertentu serta perlu tahu akibatnya seperti sejuk, panas, berangin dan tajam sekiranya dimakan.

Lebih parah lagi sekiranya wanita tersebut bersalin dengan kaedah pembedahan iaitu czer yang mana ia tentunya mengakibatkan luka dalaman berserta dengan kesihatan yang tidak bagus ketika berpantang.

Senarai Makanan Berpantang Yang Tidak Boleh Dimakan & Boleh


Makanan berpantang ibu bersalin

Zaman moden sekarang ramai yang menganggap berpantang untuk wanita bersalin adalah seperti ketinggalan zaman dan petua atau amalan tersebut tak perlu dilakukan memandangkan semakin banyak ubat-ubatan moden dan hospital yang boleh menangani setiap permasalahan.

Walau bagaimanapun, sebenarnya apabila mengikut pantang larang selepas melahirkan anak banyak sangat kebaikan, kelebihan dan manfaat daripada berpantang cara orang dulu-dulu turun temurun dari nenek moyang kita.

Berpantang dengan tidak mengambil makanan tertentu serta memakan makanan yang digalakkan dapat memastikan kesihatan ibu bersalin sihat sepenuhnya luar dan dalaman badan.

Tujuan berpantang yang paling utama adalah menyembuhkan sebarang kesakitan yang dialami serta dapat memulihkan tenaga seorang ibu yang bersusah payah mengerah keringat ketika dalam proses kelahiran bayi.

Oh ya, jangan tak tahu, orang yang lepas bersalin pun boleh makan pencuci mulut tau, hanya sediakan mengikut resepi dan bahan-bahan yang terbaik pastinya ibu bersalin tidak lagi rasa jemu dengan makanan yang biasanya tanpa gula, garam dan sebagainya.

Untuk itu, berikut adalah senarai makanan khas dalam pantang yang berkhasiat dan sesuai boleh diambil oleh seorang ibu yang telah bersalin yang dipaparkan berpandukan kepada setiap jenis-jenis dan kategori:

Ayam dan Daging Yang Boleh Makan

Makanan dilarang untuk orang pembedahan keguguran

  • Ayam biasa
  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • Ayam hitam
  • Ayam didik
  • Ayam selasih
  • Ayam kampung
  • Daging batang pinang
  • Daging kurang lemak)
  • Daging kambing

Ikan Yang Dibolehkan Makan

  • Ikan Haruan
  • Ikan Yu
  • Ikan Selar
  • Ikan Gelama
  • Ikan Jenahak
  • Ikan Merah
  • Ikan Tenggiri
  • Ikan Kurau
  • Ikan Bawal Putih
  • Ikan Senangin
  • Ikan Bilis
  • Ikan Salmon

Ulam-Ulaman Yang Bagus Dimakan

  • Jantung pisang
  • Ulam kunyit
  • Halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • Pegaga
  • Mengkudu
  • Ulam raja
  • Lempuyang
  • Jantung pisang
  • Daun ubi cekur
  • Bunga kantan
  • Kunyit hidup
  • Daun lemuni hitam
  • Daun kaduk
  • Daun sekentut
  • Daun kesum
  • Daun cemumar
  • Daun pudina
  • Daun kari
  • Daun bebuas
  • Daun ruku

Buah-Buahan Yang Boleh Makan

  • Anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberry
  • Peach
  • Prune
  • Longan cina
  • Blueberry
  • Walnut

Sayur-Sayuran Yang Boleh Dimakan

Selepas berpantang 44 hari

  • Lobak putih
  • Peria
  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih
  • Brokoli
  • Bayam

Air Minuman Yang Boleh Diminum

  • Air suam
  • Air pati kunyit
  • Jus pegaga
  • Air halia
  • Air kopi
  • Air manjakani
  • Jus halia kurma
  • Air madu
  • Air coklat
  • Milo
  • Horlick
  • Vico

Makanan Lain Yang Boleh

  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Rebus
  • Kukus
  • Bakar

Baca : Idea Cadangan Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir

Rempah Ratus Yang Terbaik

Selain makanan yang sesuai, rempah ratus adalah herba yang sangat baik diambil dengan jumlah yang banyak dan semestinya senarai di bawah adalah antara yang sering digunakan dalam masakan masyarakat Melayu di Malaysia.

  • Lada hitam
  • Lada putih
  • Jintan manis
  • Jintan Putih
  • Biji sawi
  • Biji halba
  • Biji ketumbar
  • Bunga cengkih
  • Kayu manis
  • Bunga lawang

Makanan Yang Bagus Dimakan

Berikut adalah antara makanan yang sebaiknya diamalkan oleh semua ibu yang sedang dalam proses pantang, dikatakan senarai di bawah sangat bagus jika diambil pada setiap hari:

  • Biskut kering
  • Roti
  • Bijirin
  • Oat
  • Masakan salai
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan panggang

Apabila serba sedikit anda tahu tentang jenis makanan dan minuman yang tak boleh diambli selepas bersalin, sebaiknya amalkan pengambilan makanan, minuman dan resepi masakan yang amat disyorkan seperti berikut, iaitu:

  • Sup ikan
  • Ikan bakar berempah
  • Masak stim
  • Haruan masak lada hitam
  • Ayam bakar berempah
  • Kerabu pegaga
  • Jus pegaga dan madu
  • Sup sawi bertauhu
  • Lempeng oat tanpa gula
  • Kari ikan tanpa santan
  • Ikan masak asam
  • Ikan singgang
  • Ikan kukus dengan halia
  • Ikan tumis bawang
  • Daging rebus
  • Serunding halia
  • Cencaru bakar
  • Air halia madu panas
  • Ikan, ayam dan daging berkunyit

Senarai Makanan Yang Tak Boleh Dimakan


Berikut pula adalah senarai makanan yang TIDAK BOLEH dimakan dan ada di antaranya boleh tetapi sebaiknya dikurangkan atau dielakkan demi kesihatan atau sebagai cara untuk mencegah sebarang kesakitan dan kesulitan.

Ayam, Daging dan Ikan Yang Tak Boleh

  • Ayam dan daging
  • Ikan masin dan kering
  • Bawal hitam
  • Ikan keli
  • Ikan duri
  • Terubuk
  • Ikan pari
  • Sembilang
  • Parang
  • Kembung
  • Cencaru
  • Tamban
  • Ikan tongkol
  • Udang
  • Kerang
  • Ketam

Jenis Sayur-Sayuran Yang Tak Boleh Dimakan

  • Kangkung
  • Petola
  • Ubi kayu
  • Tomato
  • Timun
  • Terung
  • Kobis
  • Asam keping
  • Sayur keladi
  • Saderi
  • Kacang panjang
  • Labu
  • Kacang botol
  • Pucuk ubi
  • Cili padi
  • Petai
  • Jering
  • Kerdas

Jenis Buah-Buahan Yang Tak Boleh Makan

  • Tembikai
  • Nenas
  • Buah limau
  • Lai
  • Kiwi
  • Epal hijau
  • Mangga
  • Durian
  • Pisang
  • Pir
  • Belimbing
  • Betik
  • Ciku
  • Langsat
  • Nangka
  • Cempedak
  • Sengkuang
  • Manggis
  • Macang
  • Kuinin

Air Minuman Yang Tak Boleh Diminum

  • Air batu / ais
  • Air yang sejuk
  • Minuman berkarbodinat
  • Air cincau
  • Kelapa muda
  • Air tebu
  • Jus buah
  • Cuka makan

Makanan Lain Yang Tidak Boleh Dimakan

  • Berasas daging proses
  • Makanan berminyak
  • Laksa
  • Mee
  • Mihun
  • Koay teow
  • Tempe
  • Nugget
  • Sosej
  • Seafood

Baca: Senarai Keperluan Ibu dan Baby Yang Perlu Dibeli

Rujukan Maklumat & Gambar

Kesimpulan

Sepanjang dalam tempoh berpantang, semua ibu diwajibkan mengamalkan pemakanan yang seimbang, berkhasiat dan cukup gizi agar badan akan terus sihat tanpa mengalami sebarang masalah yang berterusan akibat daripada makanan yang dimakan.

Diharap jika ada jenis makanan yang tidak disenaraikan di atas, sudilah kiranya anda yang lebih tahu dan berpengalaman dengan menu berpantang berkongsi dengan mereka yang baru atau pertama kali bersalin di sini di ruangan komen.

Semoga perkongsian senarai makanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan ketika dalam pantang untuk wanita yang bersalin ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog