Ramai yang suka makan goreng pisang sedap dan rangup tapi mungkin ramai yang tak tahu cara nak buat dengan betul serta apakah resepi rahsia supaya ia tahan lama walaupun sejuk dan laris dijual jika berniaga hanya di tepi jalan saja.
Sebenarya, untuk buat pisang goreng yang digemari ramai bukan saja bancuhan tepung yang perlu diambil kira tetapi jenis buahnya juga perlu dipilih yang sesuai kerana ia dapat menyedapkan lagi kudap-kudapan simple ini.
Perkongsian resepi goreng pisang paling sedap dan tahan lama daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Puan Normala Kori telah jadi viral menarik perhatian netizen satu Malaysia di laman sosial.
Ini membuktikan resipinya memang power guna tepung gandum dan tepung beras berserta dengan bahan tersembunyi dicampurkan bersama yang membuatkan air tangan beliau menjadi dengan hasil yang crunchy dan crispy.
Resipi Pisang Goreng Rangup Sedap Untuk Berniaga
Katanya, kalau goreng pisang tak crunchy tak sah, bila saya masak, anak-anak akan beratur tunggu nak makan yang dicicah dengan sambal kicap digandingkan bersama kopi panas.
Dulu kala sekitar tahun 2008, ekonomi dan bisnes saya jatuh teruk, terpaksa jualkan rumah, kereta dan semua harta yang ada. Ketika itu saya jual pisang goreng di tepi jalan dan buka kedai makan masakan panas.
Gerai tersebut saya berniaga keledek goreng, pisang dan cempedak, kadar sehari-hari lebih daripada 200kg dan semestinya habis semuanya ditambah dengan nasi kukus ayam berempah sehingga 170 ke 250 ekor setiap hari.
Katanya, resepi tersebut diberikan kepadanya daripada tukang masak dari istana tanpa guna tepung segera Adabi dan lain-lain, walaupun sedap sangat tapi penatnya Allah yang tahu sebabnya sebelum ni kami belum pernah buat bisnes katanya.
Yang paling menarik, ramai pelanggan saya mengatakan goreng pisang yang saya jual sedap dan tak berminyak serta rangup, jadi saya nak kongsikan di sini kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba dan saya halalkan semuanya.
Bahan-Bahan Utama
- 1 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung gandum
- Telur jenis C 1 biji
- Serbuk kunyit 1/2 sudu teh
- 4 sudu besar air kapur makan
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu besar marjerin
Cara-Cara Membuat dan Penyediaan
1. Untuk makluman, bahan di atas semuanya digaulkan terlebih dahulu sebelum masukkan air. Telur jika jenis telur gred A perlu letak separuh saja dan tak boleh lebih kerana ia memang rangup tapi tidak bertahan lama hanya sekitar 4 atau 5 jam saja.
2. Sukatan air kapur pula jangan terlebih daripada kuantiti yang disyorkan kerana jika terlebih ia akan berbuih dan pastikan jangan sikit sangat, begitu juga dengan mentega, jangan terlebih pula.
3. Jika sekadar nak buat untuk makan sendiri dan keluarga, boleh ditambahkan dengan kelapa parut atau mesin sebanyak 3 sudu besar dan ia akan menjadi lebih berlemak dan menambahkan selera.
4. Selepas semuanya digaul dan sekata, masukkan pula air sebanyak 2 cawam yang sama, sekadar agak-agak, tak perlu pekat kerana nati kerak atau serdak akan jadi tak cantik, sebaiknya biarkan ia cair sedikit.
5. Apabila bancuhan tepung goreng pisang anda dah larut dan rata, masukkan pula buah pisang yang telah siap dibelah dua atau keledek dan lain-lain jika suka mengikut citarasa dan selera masing-masing.
6. Untuk proses menggoreng, pastikan minyak masak di dalam kuali betul-betul panas sepenuhnya dan jika anda mahukan pisang melekat berkerak dengan cantik pada setiap kepingannya, renjiskan sedikit minyak panas tersebut ke dalam adunan tepung.
Itu antara tips dan resepi yang menjadi rahsia ramai peniaga pisang goreng. Setelah minyak masak dimasukkan barulah masukkan pisang ke dalam adunan bancuhan dan goreng seperti biasa sehingga ia masak.
Menurut Puan Normala lagi, dengan membuat goreng pisang berpandukan resipi ini, kudap-kudapan anda pasti akan tahan lebih lama daripada biasa dan sedapnya memang tak terkata.
Satu lagi tips tersembunyi jika tak mahu pisang goreng atau keledek gorengan anda tidak makan minyak, jangan sekali-kali goreng guna api yang terlalu perlahan nanti minyaknya akan meresap ke dalam tepung. Siap.
Jenis Pisang Sedap Buat Goreng
Mungkin ada yang tertanya pisang apa paling sedap untuk buat goreng, cekodok, kerepek dan pengat. Sebenarnya, sangat banyak dan yang biasanya terlaris di pasaran negara kita adalah seperti dalam senarai di bawah:
- Pisang Awak
- Pisang Berangan
- Pisang Kepok
- Pisang Abu
- Pisang Tanduk
- Pisang Raja Uli
- Pisang Nangka
- Pisang Toman
- Pisang Susu
- Pisang Raja Toman
- Pisang Embun
- Pisang Emas
Baca : Resipi Kek Pisang Kukus & Bakar Sukatan Cawan
Akhir Kata
Macamana? Mudah saja kan cara-caranya dan anda boleh praktikkan di rumah dan kalau nak ia betul menjadi, anda perlu memastikan ikut step by step dan semua bahan yang diperlukan ada dan sukatan pula pastikan tepat. Satu lagi kalau nak serdak bersarang yang banyak kenalah lebihkan tepung kan?
Sebenarnya, dunia sekarang pisang goreng diolahkan dengan bermacam-macam versi seperti Kelantan, Terengganu dan perisa yang mana bahan lain dicampurkan seperti cheese, cili kering untuk pedas, dimasukkan biji bijan, coklat, rempah ratus seperti gulai dan macam-macam lagi yang membuatkan ia lebih istimewa dengan kesedapan bahan tersebut.
Anda pun boleh ubah dan olah untuk mencari kelainan, manalah tahu boleh buka perniagaan besar sehingga jadi kaya raya, siapa tahu nasib seseorang kan? Tengok saja blogger Che Nom, Azie Kitchen, Kak Ida dan ramai lagi. Mereka semua mempunyai kreativiti tinggi.
Diharap perkongsian resepi goreng pisang rangup dan sedap dari Puan Normala Kori ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda untuk menyediakan makanan ini walau di mana sahaja anda berada. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog