9 Cara Eratkan Hubungan Dengan Kucing (Bonding Si Meowy)

Cara bonding dengan kucing

Sebagai seorang yang membela dan meminati kucing, salah satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah hubungan keakraban antara pemilik (cat bonding) dan Si Meowy yang dibela. Keakraban perhubungan itu menjadi simbol kasih sayang anda kepada mereka. Kalau dah kata sayang, takkanlah sekadar nak beri makan dan minum saja kan?


Dengan memelihara dan memberi Si Meowy dengan perkara asas sahaja, sebenarnya masih tidak mencukupi. Pembinaan 'Chemistry' yang lebih kukuh antara Si Meowy dan pemilik kucing adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan.


Teknik Eratkan Hubungan Dengan Si Meowy


Teknik marah bergurau gembirakan kucing

Masih ramai lagi pecinta kucing yang memandang remeh tentang perkara ini malahan ada juga yang menganggap ianya tidak penting. Tetapi, tahukah anda yang sebuah kebahagiaan Si Bulus sangat berkait rapat dengan kesihatan tubuh badan mereka. Antara kepentingan bonding bersama Si Meowy adalah seperti berikut:


1. Memupuk Rasa Percaya Kucing Dengan Pemiliknya


'Chemistry' yang tinggi pastinya memupuk rasa percaya yang penuh Si Meowy terhadap pemiliknya dan seterusnya barulah proses interaksi antara kucing dan tuannya akan lebih berjalan lancar dan keseronokan akan terasa untuk kedua-duanya.


2. Sokongan Emosi Kepada Pemilik


Hubungan yang akrab antara pecinta kucing dan Si Meowy tentunya lebih selesa untuk berkongsi cerita, segala masalah, stress dan juga kegembiraan, secara tak langsung emosi akan boleh menjadi lebih stabil dan sempurna.


3. Mengeratkan Hubungan Antara Keluarga


Biasanya Si Meowy pastinya menjadi tumpuan dalam sesebuah keluarga yang membela kucing. Aktiviti meluangkan masa yang bersesuaian dengan Si Meowy bersama keluarga juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.


4. Hidup Lebih Aktif dan Bermakna


Meluangkan masa bersama Si Meowy terkadang memerlukan pelbagai aktiviti fizikal seperti berlari anak, merangkak dan melompat. Sebenarnya, bermain dengan kucing boleh dianggap sebagai satu jenis senaman ringan bukan?


Baca Juga : Makanan Kucing Jenama Me-O Terbaik Untuk Bulu & Gemuk


Cara Bonding Dengan Kucing


Cara bercakap dengan kucing dan mengajar dengar cakap

Nak bonding dengan kucing juga sangat memerlukan teknik dan trik yang tepat dan betul, barulah perhubungan itu akan menjadi lebih rapat dan akrab. Di bawah adalah antara cara-cara yang betul sekiranya anda nak bonding dengan Si Meowy.


1. Sentiasa Dekat Dengan Si Meowy


Carilah peluang untuk duduk serapat mungkin dengan Si Meowy. Perkara ini perlu dilakukan supaya mereka dapat mengenali bau pemiliknya dan akan berasa selamat apabila berada berdekatan dengan kita.


Aktiviti ini juga boleh menjadikan masa terluang dan waktu rehat anda lebih enjoy dan seronok. Sebagai contoh, anda sedang menonton TV sambil meriba Si Meowy yang sedang manja dan malu-malu, pasti lebih seronok kan?


2. Teknik Memandang Kucing


Luangkan sedikit masa untuk merenung dan menatap mata Si Meowy dengan penuh rasa kasih sayang. Walaupun ianya kedengaran agak pelik tetapi hasilnya telah jelas terbukti. Sesekali kelipkan mata anda untuk memberikan isyarat rasa sayang yang ikhlas kepada kucing anda.


3. Berkomunikasi Dengan Kucing


Pernahkah anda terdengar Si Meowy mengeow secara tiba-tiba? Jika pernah, jangan sekali-kali mengabaikannya. Anggaplah Si Meowy sedang memanggil anda dan sambutlah panggilan tersebut seolah-olah anda sedang bercakap dengan mereka. Anda boleh luahkan segala perasaan anda kepada Si Meowy kerana melihat gelagat mereka semestinya membuatkan kita lebih relax dan tenang, setenang-tenangnya.


4. Bermain Dengan Si Meowy


Ini adalah antara aktiviti yang ramai pemilik kucing sentiasa lakukan. Pada setiap hari carilah ruang dan sedikit masa terluang untuk memberikan perhatian yang penuh kepada Si Meowy yang sentiasa memerlukan perhatian anda.


Lakukan aktiviti fizikal serta bermain dengan kucing. Anda boleh guna berbagai jenis permainan dan contohnya seperti Cat Teaser bagi menarik perhatian Si Meowy secara serta merta.


5. Makan Bersama Dengan Si Meowy




Ketika waktu makan, anda boleh duduk bersama Si Meowy seperti berkongsi waktu makan. Untuk teknik ini mungkin ramai yang masih tidak tahu atau pun kurang gemar untuk berkongsi makanan dengan Si Meowy. Anda boleh berikan mereka makanan basah atau snek.


Kalau nak lagi mudah, anda boleh beli makanan basah atau snek yang berkualiti tinggi daripada jenama Me-O. Berbagai jenis makanan basah yang mempunyai pelbagai perisa dijual dengan harga yang berpatutan.


Kesemuanya lengkap dengan nutrisi yang seimbang untuk menjaminkan kesihatan Si Meowy. Ada juga makanan basah daripada jenis lick yang turut didatangkan dengan berbagai perisa seperti Tuna, Salmon, Ayam dan banyak lagi.


Semua jenis makanan ini padat dengan Taurina yang dapat membantu menguatkan mata atau penglihatan Si Meowy serta Omega 6 dan Zink. Jika anda berminat, anda boleh beli secara online daripada laman rasmi di Shopee atau boleh terus klik pautan Offical Me-O Store.


Baca : Kenapa Produk Me-O Sentiasa Jadi Pilihan Si Comel?


Peraduan Hadiah Mewah Meowy Ku Rumah Ku


Peraduan Hadiah Mewah Meowy Ku Rumah Ku Me-O

Untuk makluman, ada satu aktiviti yang menarik untuk anda dan Si Meowy bagi mengeratkan lagi hubungan anda bersamanya iaitu bermula sekarang sehingga 28 Februari 2023 ini, Me-O ada menganjurkan Peraduan Hadiah Mewah Meowy Ku Rumah Ku.


Melalui peraduan ini bukan sahaja anda dapat bonding dengan Si Meowy malahan dapat juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah yang bernilai RM30,000.00 secara keseluruhannya. Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan seperti berikut:


Me-o Cat Contest

1. Hadiah Utama Set Perabot Mewah & Makanan Kucing Bernilai RM15,000.00


2. Hadiah Kedua Set Perabot Mewah & Makanan Kucing Bernilai RM10,000.00


3. Hadiah Ketiga Set Perabot Mewah & Makanan Kucing Bernilai RM5,000.00


4. Hadiah Saguhati X10 Makanan Kucing Bernilai Lebih RM100


Cara untuk menyertai peraduan ini dengan langkah mudah yang perlu anda lakukan seperti berikut:


1. Beli sebarang produk Me-O minimum RM30 setiap transaksi

2. Ambil gambar resit pembelian

3. Imbas code QR dan hantar gambar resit pembelian berserta maklumat


Untuk keterangan lebih lanjut berkaitan dengan peraduan ini, anda boleh terus klik di pautan ini. Sememangnya sangat mudah untuk menyertainya. Sambil kita bonding dengan Si Meowy, apa kata kita cuba nasib. Siapa tahu rezeki Si Meowy dan anda?


Anda boleh kongsikan kepada semua pecinta kucing yang lain termasuk semua rakan dan ahli keluarga untuk sertai peraduan ini. Jom sama-sama kita meriahkan peraduan yang menawarkan hadiah mewah dan lumayan ini. - Bukit Besi Blog