Resepi burger Malaysia yang paling sedap dan terbaik pastinya terletak pada bahan dan cara membuatnya dengan mementingkan hasil yang cantik gebu dan lembut selain inti yang kaya dengan isi sambal ikan bilis yang pekat.
Bagi anda yang masih tercari-cari bagaimana cara untuk menyediakan burger Malaysia di rumah, di sini kami kongsikan rahsianya supaya anda dapat merealisasikan niat untuk membuatnya dengan cepat serta berjaya tanpa kecewa.
Untuk makluman, makanan ini yang juga dipanggil sebagai pau sambal mempunyai pelbagai versi yang diolahkan oleh ramai pakar masak seperti Che Nom, Azlina Ina, Azie Kitchen, Khairulaming dan lain-lain.
Malah ada di antara mereka yang buat berniaga sama secara langsung atau burger Malaysia frozen yang mana ia sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi oleh pelanggan dan boleh didapati di mana-mana sahaja.
Rahsia Resepi Burger Malaysia Yang Simple
Kami kongsikan burger Malaysia resepi viral di laman sosial yang telah menarik perhatian ramai netizen kerana kejadiannya serta kecantikan dan keenakan kuih ini terbukti sangat terbaik dan tidak rugi kalau anda nak buat sendiri.
Menurut Puan Zuraida Ibrahim, beliau membuat burger Malaysia berpandukan kepada resepi dari FB Azlina Ina Fans, kuih ini jadi sedap, gebu, lembut dan puas hati makan satu keluarga serta diberi nama sebagai Pau Sambal Kayangan Viral.
Bahan-Bahan Sambal
- 10 ulas bawang merah
- 2 labu besar belah 4
- 1/2 genggam ikan bilis halus
- 4 ulas bawang putih
- 20-30 tangkai cili kering
- Sedikit gula Melaka
- Sedikit asam jawa
- Sedikit garam
- Gula
- Serbuk perisa
- Minyak masak
Cara-Cara Menyediakan Sambal Ikan Bilis
1. Bawang merah dan bawang putih perlu dikisar termasuk ikan bilis dan ketepikan dahulu. Cili kering perlu direndam dengan air panas dan toskan, kisar bersama air masak dan minyak supaya bijinya hancur.
2. Untuk buat sambal, masukkan minyak masak dalam kuali dan kuantiti lebih sedikit tak mengapa. Tumiskan bawang besar dan bawang yang telah dikisar tadi sehingga ia menjadi garing bertukar warna.
3. Masukkan cili kering yang dikisar dan kacau sehingga ia sebati dan masukkan sedikit gula berpandukan kemanisan yang diinginkan serta boleh ditambah dengan gula Melaka seketul diikuti ikan bilis.
3. Masakkan dengan api yang sederhana perlahan dan lagi lama lagi bagus dan sedap sehingga ia pecah minyak. Mak saya masak sampai 2 jam lamanya sampai sambal bertukar warna maroon dan minyak naik atas baru kaw.
4. Kemudian masukkan garam dan perisa berserta dengan air asam jawa lebih kurang satu sudu besar. Jika masak sambal lebih lama ia akan dapat tahan lama dan sesuai untu dibuat berniaga.
5. Seterusnya, tambahkan air jika terlalu pekat dan kacau sehingga sambal sebati sepenuhnya serta kelihatan cantik. Jika masak sekejap berkemungkinan boleh jadi sakit perut jika cili tidak masak dengan betul atau mentah.
Selain itu, sambal ikan bilis pau ini boleh disimpan selama seminggu atau lebih dengan penyimpanan suhu luar serta tak basi atau rosak sekiranya dimasak dengan baik.
Bahan Untuk Doh Pau Sambal
Bahan A
- Tepung High Protein 1kg
- Garam sedikit
- Gula 150 gram
- Susu tepung 40 gram
- Yis 10 gram
- Bread Improver 5 gram
Bahan B
- Air sejuk 550 gram
- Telur sebiji
Bahan C
- Marjerin 100 gram
Baca : Cara Buat Goreng Pisang Sedap Rangup Tahan Lama
Cara-Caranya
1. Masukkan kesemua bahan A dan pukul sekuat hati atau speed 1. Kemudian masukkan bahan B secara perlahan-lahan. Pukul lagi speed 1 supaya kesemua bahan bercampur dengan baik. Ubahkan kepada speed 2 apabila ia telah sebati dan masukkan bahan C dan pukul sampai elastik.
2. Roundingkan 3 gram tetapi terpulang kepada kehendak masing-masing mengikut berat yang anda mahukan. Biasanya untuk sekilo tepung gandum boleh dapat sebanyak 50 biji burger Malaysia.
3. Taburkan sedikit tepung gandum pada tray atau permukaan bekas kemudian tutup dengan wrapping serta biarkan selama 30 minit sekurangnya.
4. Gorengkan dengan minyak yang banyak menggunakan api sederhana supaya ia masak dengan cantik dan tidak hanya masak di luar sahaja. Selesai goreng toskan supaya tiada kesan minyak.
Baca : Cara Buat Cucur Ikan Bilis Lembut dan Sedap
Tips dan Petua
Tips untuk dapatkan burger Malaysia yang cantik serta warna yang sekata, ketika panaskan minyak masukkan 3 sudu besar shortening ke dalam minyak panas sehingga ia larut, barulah gorengkan burger.
Ketika nak isikan inti burger pastikan sambal itu tidak diambil di bahagian minyak, sebaiknya cedokkan sambal yang banyak minyak, ketepikan minyak tersebut.
Jika tak buat macam tu, minyak akan meresap ke dalam burger yang menjadikan burger anda tidak sedap kerana terlalu banyak minyak dan mungkin sesetengah orang tak suka kerana berminyak.
Kesimpulan
Sebenarnya, berbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan untuk membuat kuih pau goreng ini, ada sesetengah orang pakai cawan untuk sukatan tepung malahan ada pula yang suka tanpa yis yang mana bahan ini yang membantu ia jadi gebu, gemuk dan menarik. Namun, tepuk dada tanya selera ya.
Mudahkan nak buat pau sambal ni? Simple saja caranya. Diharap perkongsian resepi burger Malaysia yang sedap terbaik daripada Puan Zuraida Ibrahim ini dapat membantu serta memudahkan tugasan anda untuk menyajikan kuih ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. - Bukit Besi Blog