Pokok Semambu Penawar Mujarab 40 Jenis Penyakit (Khasiat Daun Semambu)

khasiat daun semambu untuk wajah

Pasti ramai yang kenal pokok semambu atau mambu yang banyak ditanam di kawasan kampung. Nama saintifik pokok ini adalah Azadirachta Indica iaitu sejenis tumbuhan yang berasal daripada keluarga Mahogani iaitu Meliaceae.

Pokok semambu dikatakan berasal daripada negara India, Pakistan, Sri Lanka, Myanmar dan Bangladesh ini mempunyai kelebihan dan khasiat yang sangat banyak untuk penyakit, kesihatan tubuh badan dan banyak lagi kegunaannya mengikut petua tradisional.

Pokok semambu juga dianggap sebagai pokok perubatan serta digunakan secara meluas dalam upacara keagamaan Hindu dan turut digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Homeopati oleh masyarakat India. Ia juga mempunyai berbagai nama mengikut tempat dan negara antaranya adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

  • Neem - Bengali
  • Arya Veppu - Malayalam
  • Azad Dirakht - Bahasa Parsi
  • Nimba - Sanskrit
  • DogonYaro - Dalam Sesetengah Bahasa Nigeria, Margosa
  • Neeb - Bahasa Arab
  • Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa - Bahasa Telugu
  • Kohomba - Bahasa Sinhala
  • Vempu - Bahasa Tamil
  • Tamar - Bahasa Burma
  • Indian Lilac - English

Khasiat Pokok Semambu Untuk Kesihatan


Khasiat daun semambu untuk demam campak

Kegunaan pokok yang istimewa ini bukan hanya kerana daun semambu saja tetapi hampir keseluruhan pokok boleh digunakan untuk tujuan perubatan antaranya seperti batang, buah, bunga dan pucuk daunnya yang biasa dibuat ubat-ubatan.

Kelebihan pokok dan daun semambu adalah kerana terdapat kandungan yang baik di dalamnya antaranya seperti anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus. Manakala daun semambu yang dijadikan serbuk amat berkesan untuk menghilangkan atau melegakan penyakit kulit seperti alahan kulit.

Begitu juga dengan penyakit kulit ekzema, gatal-gatal, ruam, kurap dan beberapa penyakitk kulit yang hampir sama dengannya. Walau bagaimanapun, yang paling berkesan adalah digunakan untuk merawat luka pada kulit daripada kesan terbakar.

Sememangnya terlalu banyak kebaikan dan khasiat daun semambu dengan hasil yang amat menakjubkan sama ada untuk kecantikan wajah atau mencegah keguguran rambut, uban serta mampu menghilangkan kelemumur dengan cepat dan berkesan.

kebaikan sabun semambu untuk chickenpox

Selain dijadikan serbuk kering daun semambu, ia juga boleh dibuat minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada Rheumatoid Arthritis, Osteorthritis, sakit belakang badan dan juga penyakit gout yang serius.

Pokok semambu juga dikatakan mampu melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit terbaik serta dapat memulihkan fungsi usus kita. Malahan ia dapat memperbaiki kualiti darah serta menyahkan toksik dalam darah dan meningkatkan sistem imun, kawal paras gula dan menghindari penyakit.

Disebabkan penggunaan serta manfaat daun semambu yang sehingga kini diguna secara meluas, pokok semambu telah mendapat perhatian ramai sehinggakan dalam perubatan moden turut menggunakan ekstrak tumbuhan ini untuk perubatan.

Di negara Afrika timur, kerana khasiat dan kelebihan pokok semambu yang dipanggil sebagai Mwarobaini (Swalihi) yang bermaksud pokok 40 dan ia dikatakan sangat ajaib boleh mengubati dan merawat 40 jenis penyakit.

khasiat daun mambu lengkap

Manakala, dalam masyarakat Melayu sejak dari nenek moyang kita, daun semambu biasanya akan diletakkan di bawah bantal atau di bawah tilam dengan tujuan untuk mengurangkan kegatalan akibat daripada demam campak atau chicken pox.

Selain di bawah bantal dan tilam, daun semambu juga diramas serta dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air untuk dijadikan sebagai air mandian untuk melegakan demam campak yang biasanya dihadapi oleh kanak-kanak.

Dikatakan juga dari Facebook, penyakit kencing manis boleh juga diubati dengan menggunakan daun semambu yang mana ia mampu menurunkan kadar gula dengan cepat dan berkesan. Petua dan cara untuk menggunakannya, hanya rebus beberapa daun mambu dan minum air rebusan tersebut.

Hari ini sangat banyak produk-produk berasaskan daun semambu dijual yang membuktikan daun semambu adalah penawar berbagai penyakit. Bukan saja minyak dari pokok semambu dibuat ubat tetapi berbagai lagi seperti yang boleh dibeli dengan harga murah secara online melalui Shopee dan Lazada.

Antara yang sering menjadi perhatian ramai kerana keberkesanannya adalah Sabun Daun Semambu, Sabun Neem Himalaya yang mampu merawat kegatalan kulit ruam bayi, losyen, bedak sejuk, krim wajah dan Semambu Spray Syona yang amat mujarab merawat dan menghilangkan chicken pox.

Terlalu banyak produk yang diperbuat menggunakan herba dan khasiat daun semambu jika hendak dijelaskan satu persatu. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk seperti yang dinyatakan yang mampu merawat berbagai penyakit, anda boleh lawati link yang dikongsikan di bawah.


Sebenarnya masih lagi banyak senarai penyakit yang boleh diubati dengan pokok berserta khasiat daun semambu jika hendak dituliskan. Tidak menjadi kesalahan kalau kita berikhtiar dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi, kita berusaha dan yang menyembuhkan Allah SWT. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog

Apa Itu Demam Denggi, Tanda-tanda dan Cara Untuk Mencegah

Demam denggi

Mungkin masih ada yang tidak tahu apa itu demam denggi, apakah tanda-tanda, punca dan bagaimana ia boleh berlaku berserta cara untuk mencegah supaya tidak merebak membahayakan orang ramai yang berada di sekeliling kita.

Tip Dan Panduan Penjimatan Air

cara menjimatkan air

Air merupakan keperluan asas manusia yang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Penggunaan dan permintaan air yang digunakan di seluruh dunia makin meningkat setiap hari. Kepentingan air harus dijaga dan sebagai manusia kita harus menjaganya.

Masih ada negara di dunia mengalami masalah kekurangan air. Namun kita seharunys bersyukur kepada Allah kerana di Malaysia kita masih lagi mampu mengecapi kemudahan air ini dengan mudah tidak seperti sesetengah negara yang kehausan kerana ketiadaan air.

Cara dan Panduan Penjimatan Air


Permintaan dan penggunaan air bersih semakin meningkat sedangkan sumbernya kian berkurangan, oleh itu langkah pemuliharaan dan cara penjimatan air harus dilakukan disamping dapat meningkatkan tahap kesihatan.

Berikut dikongsikan  beberapa cara untuk jimatkan air yang sepatutnya dilakukan oleh setiap individu yang bertanggungjawab dengan kebaikan air terhadap manusia. Sesiapa sahaja perlu mementingkan keperluan serta tahu cara penggunaan air dengan betul.

cara jimat air

Cara Untuk Menjimatkan Air
  • Kurangkan waktu dan jumlah mandian
  • Tutup pair air semasa bersyampu atau bersabun
  • Gunakan syampu atau sabun yang kurang berbuih

Penggunaan Tandas Yang Betul
  • Gunakan air yang pernah digunakan seperti air basuh tangan atau sayuran daripada pengepam tandas
  • Gunakan peralatan dua-pam di dalam sistem pengepaman berbanding dengan sistem biasa yang menggunakan 10 liter air setiap pam, sistem dua-pam hanya menggunakan 6 liter air untuk pengepaman penuh dan 3 liter air untuk pengepaman separuh
  • Gunakan tandas yang cangkuk untuk penggunaan yang singkat

Membasuh Kenderaan Di Rumah
  • Kurangkan kadar mencuci kenderaan di rumah
  • Setiap kali membasuh gunakan baldi dan elakkan penggunaan hos

Kegunaan Air Untuk Penyiraman
  • Gunakan air basuhan tangan atau sayuran
  • Gunakan bekas atau baldi untuk menyiram
  • Letakkan bekas di bawah pasu bunga untuk menahan air keluar, cara ini dapat mengurangkan kekerapan menyiram dan penjimatan air

Penggunaan Air Mencuci Lantai
  • Tidak perlu menggunakan paip atau mencurah air ke atas lantai
  • Gunakan pengelap lantai untuk mencuci seperti mop
  • Gunakan bahan pencuci yang kurang berbuih
  • Kerap menyapu lantai untuk mengelakkan habuk dan debu terkumpul

Penggunaan Air Untuk Mencuci Pakaian
  • Mengumpul pakaian yang ingin dicuci sehingga mencukupi muatan mesin basuh
  • Gunakan bahan pencuci yang kurang berbuih dan menjimatkan air
  • Air basuhan pakaian yang menggunakan cecair yang kurang berbuih boleh digunakkan untuk mencuci lantai, kenderaan dan sebagainya, aktiviti ini juga adalah sebagai langkah untuk penjimatan air
Semoga tips dan panduan cara jimat air ini dapat membantu anda untuk menguruskan kehidupan seharian dengan lebih baik lagi.  - Bukit Besi Blog

Rotavirus Dan Langkah Mengatasinya

Apa itu Rotavirus? Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia.

Berita terkini di Malaysia, 2 mangsa telah meninggal dunia di Tapah, Perak kerana dijangkiti oleh Rotavirus yang menyebabkan kes ‘Acute Gastroenteritis’ (AGE).

Apa Itu Rotavirus?


Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras.

Malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti.  Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.

rotavirus

Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus

  • Cirit birit berlarutan
  • Muntah berterusan
  • Sakit perut
  • Demam dan selsema
  • Bau najis terlalu busuk

Komplikasi Rotavirus

Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan.

Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit

  • Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan
  • Dehidrasi Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
  • Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
  • Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah

Sumber info: simedarbyhealthcare.com
Sumber gambar: doctortipster.com