Kelebihan Bulan Rejab Dalam Islam

Kelebihan bulan rejab

Apakah kelebihan dan keistimewaan bulan Rejab mengikut perspektif Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah? Bulan Rejab juga adalah antara bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam selain bulan Ramadhan, kerana di bulan ini umat Islam boleh memperbanyakkan ibadah.

Pengenalan Bulan Rejab


Rejab ertinya Mulia. Bulan Rejab adalah bulan yang mulia. Ia diberi nama sebegitu kerana orang Arab pada zaman dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu:

  1. Pada 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai korban.
  2. Pada 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Kaabah siang dan malam supaya dapat beribadah dengan sepuas - puasnya.
  3. Pada 10hb Rejab mereka kembali semula menyembelih korban tetapi bukan lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya agama Islam.
  4. Bulan ini diharamkan berperang, setelah datangnya Agama Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

Pada 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Israk dan Mikraj. Terdapat khilaf di kalangan ulama mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab.

Tarikh berlakunya Israk dan Mikraj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

Kelebihan Bulan Rejab Menurut Al - Quran


Al-Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyentuhnya secara tidak langsung iaitu surah al-Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah at-Taubah (ayat 2, 36 dan 37). Di antara dalil al-Quran ialah firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati” (Al-Baqarah: 194)
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan haram..”(At-Taubah: 36)

Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dinamakan bulan haram. Pertama, dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu.

Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam pada bulan itu.

Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia adalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

Kelebihan Bulan Rejab Menurut As -Sunnah


Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub).

Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya;

"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"

Ujar Nabi SAW, "Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?"

Kata lelaki itu, "Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam"

Maka tanya Rasulullah SAW "Kenapa kamu seksa dirimu?" Lalu sabdanya "Berpuasalah pada bulan sabar – yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!"

Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu.

"Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi.

"Tambahlah lagi!" Mohon lelaki itu pula.

Maka Nabi SAW bersabda "Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).

Berpuasa dalam bulan-bulan haram iaitu empat bulan, tiga bulan berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan satu bulan berasingan (Rejab) adalah sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas Ramadan. Sebaik-baik bulan haram ialah Muharram diikuti dengan Rejab dan seterusnya. Keempat-empat Imam Mazhab sepakat mengatakan bahawa berpuasa dalam bulan haram sangat dituntut namun adalah makruh memilih bulan Rejab sahaja untuk berpuasa.

Terdapat satu hadis yang bertaraf hasan menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah berpuasa (di dalam bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Sya’aban dan bila ditanya, baginda menyatakan, kerana ia (Rejab) bulan pengampunan di antara Rejab dan Ramadan.

Ada sebahagian masyarakat berpuasa berturut-turut (Rejab, Sya’aban dan Ramadan) di ketiga-tiga bulan. Ini bukannya dari Rasulullah SAW, bukan dari sahabat dan salafussoleh. Yang terlebih baik ialah berpuasa sebahagiannya atau berpuasa selang sehari dan bukan berterusan. Inilah sunnah Rasulullah SAW.

Semoga perkongsian tentang kelebihan bulan Rejab dalam Islam yang kami kongsikan ini akan bermanfaat buat anda yang membaca artikel ini.

Rujukan Anda:

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2013

Salam satu Malaysia. Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2013 - 2018 telah diumumkan hari ini oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Di antara senarai nama menteri yang telah dilantik, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menjadi perhatian, beliau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Tahniah diucapkan kepada semua menteri - menteri yang telah dilantik. Rakyat Malaysia sememangnya inginkan perubahan. Kita baru sahaja menempuh satu proses demokrasi yang terbesar dan paling mencabar di negara kita. Di setiap kampung, pekan dan bandar, setiap rakyat telah berdebat, berkempen dan mengundi untuk masa hadapan negara.

Semoga semua menteri yang telah dilantik dan kerajaan Malaysia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menolak fahaman ekstrem dan perkauman yang tidak memanfaatkan negara kita dan juga akan meneruskan usaha untuk meningkatkan amalan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Senarai Nama Menteri Malaysia

Senarai Nama Menteri Kabinet Malaysia 2013 - 2018

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak (Umno)
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)

Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom (Umno)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)
Puan Hajah Nancy Shukri (PBB)
Datuk Joseph Entulu anak Belalun (PRS)
Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
Datuk Seri Shahidan Kassim (Umno)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Razali Ibrahim (Umno)
P Waythamoorthy (Senator)

Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)

Menteri Kewangan 2:
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)

Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan  (Umno)                          

Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri 1: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
Menteri 2: Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)
Timbalan 1: Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
Timbalan 2: P Kamalanathan (MIC)

Menteri Pertahanan:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)                                              

Menteri Dalam Negeri:
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar (PBB)

Menteri Pengangkutan:
Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)(Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Umno)

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan:
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (Umno)
Timbalan: Datuk Joseph Salang Anak Gandum (PRS)

Menteri Luar Negeri:
Datuk Seri Anifah Aman  (Umno)                                          
Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin (Umno)

Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadillah Yusof (PBB)
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno)

Menteri Kesihatan:
Datuk Seri Dr S Subramaniam (MIC)
Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)

Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Umno)                                
Timbalan: Datuk M Saravanan (MIC)

Menteri Sumber Manusia:
Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
Timbalan: Datuk Ismail Abd Muttalib (Umno)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan:
Datuk Hassan Malek (Umno)
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Mustapa Mohamad (Umno)
Timbalan: Hamim Samuri  (Umno)              

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)
Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno)
                         
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar:
Datuk Seri G Palanivel
Timbalan: Datuk Dr James Dawos Mamit (PBB)

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:
Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan: Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:
Datuk Seri Shafie Apdal (Umno)
Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi  (PBB)              

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi:
Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon (Umno)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno)
Timbalan: Datuk Halimah Sadique (Umno)

Menteri Komunikasi dan Multimedia:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)
Timbalan: Datuk Jailani Johari (Umno)

Menteri Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
Timbalan: Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun (Umno)


Resepi Pajeri Buah Peria Buat Sendiri di Rumah Memang Sedap

resepi pajeri peria

Resepi pajeri buah peria ini adalah masakan saya sendiri. Saya memasak pajeri peria ini secara kebetulan dan tidak dirancang. Semuanya bermula apabila jiran sebelah rumah memberikan beberapa biji buah peria sebagai buah tangan setelah pulang dari kampung halamannya.

Secara umumnya, ramai yang tahu tentang betapa pahitnya rasa buah ini dan juga khasiat yang terdapat pada buah peria ini. Saya beberapa kali memikirkan bagaimana untuk memasak buah ini dengan niat untuk menghilangkan rasa pahit. Akhirnya saya mendapat idea untuk memasak pajeri buah peria. Saya cuma mengekalkan bahan asas untuk memasak pajeri ini seperti pajeri terung dan pajeri nenas.

Dan hasilnya memang tak mengecewakan, sedap juga dan boleh ditelan tanpa rasa was-was. Pajeri peria rupanya sedap dan berselera kalau makan bersama nasi putih ditambah dengan ikan kering atau ikan masin dan ulam-ulaman bersama sambal belacan. Terangkat! Nak try buat pajeri peria? Di sini saya kongsikan cara buat dan resepi pajeri peria.

Resepi Pajeri Peria



resepi pajeri peria

Bahan - Bahan Resepi Pajeri


  • Buah Peria beberapa biji - 3 biji bersaiz sederhana besar
  • 3 biji bawang putih ditumbuk halus
  • 4 biji bawang merah ditumbuk halus
  • Sepotong kulit kayu manis
  • Satu sudu kecil halba campur
  • 3 sudu besar cili kering yang telah dikisar - cili boh pun boleh
  • Beberapa helai daun kari - optional
  • 3 kuntum bunga lawang dan bunga cengkih
  • Sedikit udang kering ditumbuk halus
  • Sepotong atau seinci halia ditumbuk
  • Satu paket serbuk kari daging - Baba's
  • Secawan santan kelapa - kepekatan mengikut citarasa anda sendiri
  • Satu paket kerisik kelapa - paket kecil memadai

Cara Memasak Pajeri Peria


  1. Rebuskan buah peria lebih kurang dalam masa 5 minit atau sehingga lembut dan toskan
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis seperti bawang, bunga cengkih, bunga lawang, daun kari, kulit kayu manis, halia dan juga halba campur
  3. Setelah bahan tumis kekuningan dan naik baunya, masukkan cili kering dan tunggu sehingga pecah minyak
  4. Masukkan udang kering yang telah siap ditumbuk
  5. Masukkan rempah kari yang telah siap dibancuh dan tunggu sehingga pecah minyak atau minyak berada di atas yang berwarna kemerahan
  6. Masukkan sedikit air dan mengikut kehendak anda jika mahukan kuah yang cair, kurangkan kuantiti air jika mahukan kuah yang pekat
  7. Masukkan santan, garam dan gula mengikut citarasa anda
  8. Masukkan buah peria yang telah ditoskan tadi dan tunggu sehingga mendidih
  9. Masukkan kerisik dan biarkan beberapa minit dengan kadar api yang kecil
  10. Setelah kuah menjadi pekat, siap dan boleh dihidang

Saya percaya ramai yang kurang menggemari rasa buah ini kerana rasanya yang pahit. Tetapi buah peria mempunyai bermacam khasiat untuk merawat berbagai penyakit seperti diabetes atau kencing manis, darah tinggi, penyakit leukemia, HIV, AIDS dan sebagainya. Kalau tak suka pahit cuba makan dengan cara masak pajeri peria yang dikongsikan.

Rujukan Anda:

Senarai Exco dan Portfolio Kerajaan Terengganu 2013

Salam satu Malaysia. Senarai Exco Kerajaan Terengganu telah pun diumumkan. Menteri Besar negeri Terengganu telah mengangkat sumpah untuk jawatan sebagai Menteri Besar negeri Terengganu untuk penggal yang kedua di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah pada hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum kali ke-13 (PRU13) yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri di Terengganu dan masih kekal memerintah negeri Terengganu dengan majoriti mudah.

Senarai Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu

1. YAB Dato’ Seri Hj. Ahmad Said (ADUN Kijal) Menteri Besar Terengganu
- Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan Dan Pelaburan, Tanah, Petroleum Dan Sumber Asli, Kerajaan Tempatan Dan Perumahan

2. YBM Dato’ Hj. Tengku Putera Bin Tengku Awang (ADUN KUALA BERANG)
- Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan

3. YB Dato’ Hj. Mohd. Jidin Shafee (ADUN PERMAISURI)
- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

4. YB Dato’ Hj, Razif Bin Abdul Rahman (ADUN SEBERANG TAKIR)
- Pengerusi Jawatankuasa Sains Dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Air

5. YB Hj. Rozi Bin Mamat (ADUN TELEMONG)
- Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia

6. YB Dr. A. Rahman Bin Mokhtar (ADUN KUALA BESUT)
- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

7. YB Ir. Rosli Bin Othman (ADUN KEMASIK)
- Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Dan Pengangkutan

8. YB Hj. Nawi Bin Mohamad (ADUN HULU BESUT)
- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani Dan Perusahaan Perladangan & Komoditi

9. YB A. Latiff Bin Awang (ADUN PENGKALAN BERANGAN)
-Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian & Pengurusan Prestasi Dan Teknologi Maklumat

10. YB Roslee Bin Daud (ADUN BUKIT BESI)
- Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan Dan Koperasi.

11. YB Ghazali Bin Taib Ajil (ADUN AJIL)
- Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi Dan Tugas-Tugas Khas.

Sumber : Teganu Kita

Resepi Siew Pak Choy Dengan Sos Tiram Sedap

resepi siew pak choy sos tiram

Resepi siew pak choy atau ada yang memanggil sayur siew fat choy dan siew fatt choy atau bok choy ini ingin saya kongsikan di blog ini. Resepi ini mempunyai berbagai cara dan bahan yang boleh dicampurkan bersama bahan asas.

Masakan siew pak choy ini sangat simple dan mudah untuk dipraktikkan kerana bahan-bahannya tak perlu banyak sangat untuk sedap dimakan. Rasa-rasa budak sekolah pun boleh buat.

Dan yang paling best, kalau anda suka makan ulam, anda patut cuba ulam sayu fatt choy ni, kenapa? Sedap. Cuba anda rebus dan letak sikit saja garam dalam rebusan dan pastikan jangan terlalu masin. Kemudian makan bersama nasi dan sambal belacan.

Resepi Sayur Siew Pak Choy


resepi pak choy sos tiram

Untuk resepi masakan siew fat choy ini, saya mencubanya pertama kali selepas saya makan di sebuah restoran Chinese Muslim di Kuala Lumpur. Saya bertanya pada waitress apa yang dia letak dalam masakan ni. Simple sangat sebenarnya.

Sebagai seorang lelaki, saya memasak mengikut kemahuan saya sendiri dan saya cuma tambahkan bahan lain iaitu halia untuk membuang angin di dalam badan. Ada juga pakar-pakar masakan menambah bahan-bahan lain seperti udang, sotong dan sebagainya.

Bahan - Bahan
  • Siew Pak Choy ( mengikut jumlah yang anda ingini )
  • Bawang putih 3 ulas dicincang
  • Seinci halia dipotong halus
  • Dua sudu sos tiram
  • Dua sudu kicap manis atau kicap soya
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

sayur pak choy simple

Cara - Cara Memasak Siew Pak Choy
  • Rebuskan siew pak choy dan toskan
  • Masukkan minyak
  • Tumiskan bawang putih dan halia, apabila naik bau dan kehitaman
  • Masukkan sos tiram, tambahkan sedikit air jika anda inginkan kuah
  • Masukkan kicap dan sedikit garam. Siap

Saya sangat suka masakan siew pak choy ni kerana rasa dan baunya sangat menyelerakan. Tak percaya, anda boleh cuba sendiri. Gabungan sos tiram, halia dan bawang putih memang sangat sedap. Dulu saya tak tahu apa nama sayur ni.

Yang saya tahu, ibu saya hanya panggil baby sawi dan saya ikut ibu saya dengan nama tu sehingga dah besar panjang. Rupa-rupanya nama sayur ni siew pak choy atau bok choy rupanya. - Bukit Besi Blog