Cara Semak Saman Polis Trafik Jpj Online & SMS

cara semak saman

Kini anda tidak perlu bersusah payah lagi mencari cara semak saman jalanraya di kaunter pembayaran saman kerana segalanya pada zaman teknologi canggih ini, maklumat terkini hanya di hujung jari.

Proton Iriz Model Terbaru 2014

Salam satu Malaysia. Ramai yang sudah tahu tentang keluaran terbaru Proton Iriz P2-30A. Seluruh rakyat Malaysia menantikan kemunculan kereta Nasional ini yang dikhabarkan akan dilancarkan pada 25 September 2014 nanti. Harga Proton Iriz mengikut varian serendah RM45,000 sehingga RM60,000.

Kereta Proton Terbaru

Spesifikasi Proton Iriz 2014


  • Dikuasakan dua jenis enjin terbaru teknologi VVT  1.3 dan 1.6 liter
  • Mampu menjana kuasa 110HP dan Tork 14NM
  • Mampu mencecah kelajuan lebih 180Km/J
  • Mempunyai Transmisi Manual dan Automatik
  • Mempunyai tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium
  • Skrin sesentuh atau Touch Screen
  • Bluetooth dan USB
  • Wifi Hotspot
  • Navigasi satelit tanpa internet
  • Reverse camera
  • Butang start dan stop enjin
  • Enam Airbags

Gambar Proton Iriz Terbaru


Bonet Kereta

Interior Design

Dari Sisi Depan Proton iriz

Stereng

Tempat Duduk

Dari Sisi Headlamps

Proton Iriz Spesifikasi

Enjin Proton Iriz

Proton Start Off

Touchscreen

Gambar Dari Atas

Iriz Warna kuning

Warna Hitam

Warna Biru

Sumber gambar Proton Iriz daripada: paultan.org

Infografik Sejarah Bukit Besi

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke - 57. Mari bersama kita hayati sejarah kemerdekaan negara kita. Blog Bukit Besi ingin berkongsi dengan anda tentang sejarah Bukit Besi melalui infografik seperti di bawah.

Sejarah Bukit Besi Bandar Perlombongan


Infografik Sejarah Bukit Besi

Selamat Hari Merdeka yang ke 57. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 57

Tema Hari Kemerdekaan yang ke 57 pada tahun 2014 adalah Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta manakala lirik lagu tema kemerdekaan pada tahun 2014 ini ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya manakala pengubah lagu ini adalah Sharon Paul. Penyanyi lagu patriotik Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta adalah Penyanyi Bob Yusof.

Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Logo Hari Kemerdekaan Ke - 57 2014


Logo Tema Hari Kebangsaan 2014 ini telah direka oleh Abdul Mutalib Abdul Rahman iaitu seorang Pereka Grafik yang telah memenangi Peraduan Mencipta Logo Hari Kemerdekaan 57. Beliau telah menang dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM7, 000 serta sijil penghargaan.

Video Lagu Hari Kebangsaan Ke - 57 2014




Lirik Lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya.

Acara - Acara Sambutan Hari Merdeka



Minggu Merdeka
Tarikh: 28 Ogos-1 September 2014
Tempat: Jalan Raja Laut/Jalan Tunku Abdul Rahman/Stadium Merdeka/sekitar Kuala Lumpur
Acara: Karnival pameran, seminar, jualan, pertunjukkan dan aktiviti berkaitan.

Chow Kit Road 2.0
Tarikh: 29-31 Ogos 2014
Tempat: Jalan Tunku Abdul Rahman (depan Sogo)
Acara: Mengimbau kenangan Konsert Chow Kit Road bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat menerusi lagu-lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Amanat Merdeka
Tarikh: 30 Ogos 2014
Tempat: Matic, Jalan Ampang
Acara: Amanat kemerdekaan oleh Perdana Menteri dihadapan khalayak ramai.
Sambutan Ambang Merdeka
Tarikh: 30 Ogos 2014
Tempat: Jalan Tunku Abdul Rahman (depan Sogo)
Acara: Perdana Menteri melakukan countdown untuk sambutan kemerdekaan.

Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan
Tarikh: 31 Ogos 2014
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Acara: Perbarisan dan Perarakan dengan pengisian pertunjukan tattoo Angkatan tentera Malaysia (ATM), perarakan aset, formasi pedang dan lain-lain.

Sambutan Hari Malaysia
Tarikh: 16 September 2014
Tempat: Sarawak
Acara: Perarakan sambutan Hari Malaysia

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57. Salam Merdeka.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014

Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 2014 / 1435 Hijrah telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Pada tahun ini iaitu 2014 kadar bayaran zakat bagi setiap negeri - negeri di Malaysia mempunyai beberapa perubahan berbanding kadar bayaran zakat 2013 manakala bagi beberapa negeri masih lagi dikekalkan.

Anda perlu memastikan membayar zakat fitrah ini kepada pegawai atau amil yang bertauliah serta mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Sila rujuk jadual bayaran zakat bagi tahun 2014 seperti di bawah:

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014M/1435H


Zakat Fitrah 2014

Jadual kadar zakat bagi setiap negeri adalah berbeza seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur), Putrajaya dan juga Labuan.

Cara Membayar Zakat Fitrah


Cara membuat pembayaran zakat fitrah pada masa ini adalah seperti melalui website e-zakat atau melalui bank - bank utama di Malaysia yang menerima pembayaran zakat online. Berikut adalah beberapa cara untuk membuat pembayaran zakat:

  • Mesin ATM
  • Kad Kredit
  • Perbankan Telefon
  • Kaunter Bank
  • e-Zakat Pay
  • SMS
  • Pejabat Pos
  • Perbankan Internet
  • Kaunter Pusat Zakat
  • Skim Berkat (Skim Potongan)
  • Di kompleks membeli belah terpilih

Rujukan Anda:

Semoga Bermanfaat.