Selamat Hari Malaysia Ke 51

Selamat Hari Malaysia yang ke 51 dan selamat bercuti kepada anda semua rakyat Malaysia. Setiap tahun pada tarikh 16 September, Hari Malaysia disambut bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia yang diistiharkan pada 16 September 1963.

Yang ke 51

Pemasyhuran Malaysia


Berikut adalah teks ucapan pemasyhuran Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama di Stadium Merdeka pada 16 September 1963. Sumber daripada Wikipedia:

Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.

Maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan "Malaysia".

Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu;

Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang muktmmad didalamnya;

Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen;

Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga;

Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak.

Dengan ini mengistihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pualu Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.

Dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.

Cara Semak Saman Polis Trafik Jpj Online & SMS

cara semak saman

Kini anda tidak perlu bersusah payah lagi mencari cara semak saman jalanraya di kaunter pembayaran saman kerana segalanya pada zaman teknologi canggih ini, maklumat terkini hanya di hujung jari.

Proton Iriz Model Terbaru 2014

Salam satu Malaysia. Ramai yang sudah tahu tentang keluaran terbaru Proton Iriz P2-30A. Seluruh rakyat Malaysia menantikan kemunculan kereta Nasional ini yang dikhabarkan akan dilancarkan pada 25 September 2014 nanti. Harga Proton Iriz mengikut varian serendah RM45,000 sehingga RM60,000.

Kereta Proton Terbaru

Spesifikasi Proton Iriz 2014


  • Dikuasakan dua jenis enjin terbaru teknologi VVT  1.3 dan 1.6 liter
  • Mampu menjana kuasa 110HP dan Tork 14NM
  • Mampu mencecah kelajuan lebih 180Km/J
  • Mempunyai Transmisi Manual dan Automatik
  • Mempunyai tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium
  • Skrin sesentuh atau Touch Screen
  • Bluetooth dan USB
  • Wifi Hotspot
  • Navigasi satelit tanpa internet
  • Reverse camera
  • Butang start dan stop enjin
  • Enam Airbags

Gambar Proton Iriz Terbaru


Bonet Kereta

Interior Design

Dari Sisi Depan Proton iriz

Stereng

Tempat Duduk

Dari Sisi Headlamps

Proton Iriz Spesifikasi

Enjin Proton Iriz

Proton Start Off

Touchscreen

Gambar Dari Atas

Iriz Warna kuning

Warna Hitam

Warna Biru

Sumber gambar Proton Iriz daripada: paultan.org

Infografik Sejarah Bukit Besi

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke - 57. Mari bersama kita hayati sejarah kemerdekaan negara kita. Blog Bukit Besi ingin berkongsi dengan anda tentang sejarah Bukit Besi melalui infografik seperti di bawah.

Sejarah Bukit Besi Bandar Perlombongan


Infografik Sejarah Bukit Besi

Selamat Hari Merdeka yang ke 57. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 57

Tema Hari Kemerdekaan yang ke 57 pada tahun 2014 adalah Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta manakala lirik lagu tema kemerdekaan pada tahun 2014 ini ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya manakala pengubah lagu ini adalah Sharon Paul. Penyanyi lagu patriotik Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta adalah Penyanyi Bob Yusof.

Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Logo Hari Kemerdekaan Ke - 57 2014


Logo Tema Hari Kebangsaan 2014 ini telah direka oleh Abdul Mutalib Abdul Rahman iaitu seorang Pereka Grafik yang telah memenangi Peraduan Mencipta Logo Hari Kemerdekaan 57. Beliau telah menang dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM7, 000 serta sijil penghargaan.

Video Lagu Hari Kebangsaan Ke - 57 2014




Lirik Lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya.

Acara - Acara Sambutan Hari Merdeka



Minggu Merdeka
Tarikh: 28 Ogos-1 September 2014
Tempat: Jalan Raja Laut/Jalan Tunku Abdul Rahman/Stadium Merdeka/sekitar Kuala Lumpur
Acara: Karnival pameran, seminar, jualan, pertunjukkan dan aktiviti berkaitan.

Chow Kit Road 2.0
Tarikh: 29-31 Ogos 2014
Tempat: Jalan Tunku Abdul Rahman (depan Sogo)
Acara: Mengimbau kenangan Konsert Chow Kit Road bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat menerusi lagu-lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Amanat Merdeka
Tarikh: 30 Ogos 2014
Tempat: Matic, Jalan Ampang
Acara: Amanat kemerdekaan oleh Perdana Menteri dihadapan khalayak ramai.
Sambutan Ambang Merdeka
Tarikh: 30 Ogos 2014
Tempat: Jalan Tunku Abdul Rahman (depan Sogo)
Acara: Perdana Menteri melakukan countdown untuk sambutan kemerdekaan.

Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan
Tarikh: 31 Ogos 2014
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Acara: Perbarisan dan Perarakan dengan pengisian pertunjukan tattoo Angkatan tentera Malaysia (ATM), perarakan aset, formasi pedang dan lain-lain.

Sambutan Hari Malaysia
Tarikh: 16 September 2014
Tempat: Sarawak
Acara: Perarakan sambutan Hari Malaysia

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57. Salam Merdeka.