Doa Aqiqah Untuk Anak Lelaki & Perempuan (Hukum & Syarat)

Doa aqiqah anak lelaki dan perempuan

Maksud Aqiqah dalam bahasa Arab adalah penyembelihan haiwan iaitu An'am yang dilakukan untuk menyambut anak yang baru saja lahir sebagai tanda kesyukuran terhadap Allah SWT.

Dalam masyarakat hari ini di Malaysia, kenduri aqiqah sememangnya amat sinonim dan selalunya ia dilaksanakan dengan majlis potong jambul atau pun bercukur rambut bayi yang baru dilahirkan.

Walau bagaimanapun, majlis aqiqah pasti tidak sempurna sekiranya tiada sebarang niat dan doa aqiqah yang harus dibacakan sewaktu menyembelih haiwan sehinggalah ketika mencukur rambut bayi.

Hukum Aqiqah

Hukum membuat aqiqah adalah sunat muakkad bagi ibu bapa kepada bayi berkenaan. Sekiranya aqiqah anak lelaki, disunatkan menyembelih 2 ekor kambing.

Dan sebaliknya, aqiqah anak perempuan disunatkan untuk seekor kambing. Haiwan seperti kerbau, lembu atau unta boleh dibahagikan kepada 7 bahagian.

Doa majlis kesyukuran aqiqah

Syarat-Syarat Sah Aqiqah

1. Disertakan dengan niat aqiqah sewaktu menyembelih haiwan.

2. Binatang tersebut tidak mengalami kecacatan yang boleh mengurangkan dagingnya dan telah cukup umur.

Waktu yang sesuai untuk mengadakan aqiqah, bermula dari hari kelahiran bayi itu sehinggalah ia akil baligh. Waktu yang paling afdhal untuk membuat aqiqah adalah pada hari yang ketujuh selepas kelahiran.

Ucapan cara niat aqiqah online

Perkara Sunat Sewaktu Buat Aqiqah

  • Berdoa semasa hendak sembelihkan haiwan.
  • Menyembelih binatang sewaktu matahari sedang naik.
  • Tidak patahkan tulang-tulang dan menceraikan tulang-tulang binatang tersebut.
  • Sedekahkan sembelihan iaitu daging kepada fakir miskin.

Doa Aqiqah Anak Lelaki & Perempuan


Doa adalah senjata bagi orang Mukmin malahan ia juga merupakan sebagai satu permohonan atau permintaan yang ditujukan terhadap Allah SWT. Kerana itulah dalam setiap ibadah orang Islam ada berbagai doa yang harus diamalkan.

Di sini kami kongsikan beberapa bacaan doa aqiqah untuk anda yang mencari doa ini dengan niat agar majlis cukur jambul ini dilakukan dengan sempurna atau lebih afdal.

Disertakan juga bacaan dalam rumi berserta terjemahan dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, mementingkan kesederhanaan semasa membuat kenduri cukur jambul bayi adalah lebih baik.

Melaksanakan majlis aqiqah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW tanpa berlebih-lebihan amat digalakkan dalam Islam yang seharus diamalkan oleh semua orang.

Ucapan Doa Aqiqah Ketika Menyembelih Haiwan

Tata cara niat sembelihan aqiqah

Bacaan Akad Lafaz Niat Aqiqah

Hukum aqiqah anak

Doa Ketika Mencukur Rambut Bayi

Ucapan tasyakuran doa untuk anak aqiqah potong rambut

Bacaan Doa Di Ubun Bayi Selepas Bercukur

Cara aqiqah yang betul

Bacaan Doa Walimah Aqiqah

Doa walimah aqiqah anak lelaki sesuai sunnah

Bacaan Dalam Rumi

Doa cukur rambut aqiqah untuk orang tua dewasa dan bayi

Maksudnya

Syarat sah binatang dengan cara lafaz akad niat

Apa gunanya sekiranya majlis aqiqah atau berendoi ini dibuat secara besar-besaran tetapi sunnah Nabi ditinggalkan malahan bacaan doa yang sepatutnya dibacakan dalam majlis tersebut diabaikan?

Lebih baik mementingkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW serta tidak terlalu berhabis duit hanya semata-mata kenduri majlis cukur jambul dengan niat untuk disebut-sebut sahabat hanKetahui hukum syarat Aqiqah. Majlis ini tak lengkap jika tiada niat, doa, kambing dan lembu berserta kenduri cukur jambul anak laki-laki atau perempuan, jiran dan orang ramai.

Amalan Sunnah Ketika Majlis Kesyukuran

Antara amalan-amalan penting yang boleh diamalkan ketika mengadakan majlis aqiqah adalah mengikut sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW seperti yang dikongsikan di bawah.

1. TAHNIQ

Tahniq seperti yang digalakkan oleh Nabi adalah dengan adanya buah kurma. Kita digalakkan tahniq sendiri kerana dengan berbuat demikian insya Allah ada keberkatan dalam diri ibu bapa ke dalam tubuh bayi berkenaan.

Untuk melakukan tahniq anak sangat disarankan menggunakan kurma atau madu sekiranya tiada kurma. Seterusnya boleh dibacakan doa berikut terhadap bayi kita itu.

2. MENCUKUR / POTONG JAMBUL BAYI

Sekiranya anda ingin mengikut sunnah dengan tiada halangan, bercukurlah rambut bayi itu tepat pada hari ketujuh dia dilahirkan. Jika keluarga kita ingin mengadakan marhaban atau pun apa saja ritual potong rambut sehelai dua serta akan diletakkan ke dalam air, sebaiknya cukurkan rambut anak kita sehingga botak pada hari ketujuh tersebut.

Dengan tindakan tersebut, sekurang-kurangnya mereka tidak sempat untuk membuat ritual seperti yang dinyatakan di atas. Apa yang penting kita telah dapat meminimakan dan juga silaturahim kekeluargaan tidak akan terputus.

3. MAJLIS BERENDOI

Sesetengah daripada kita ada yang mengatakan, jika orang yang mempunyai duit banyak, tidak salah berlebihan kerana itu duitnya. Ya betul memang duit dia tetapi jangan sesekali mengaitkan perbuatan berendoi sambil marhaban itu adalah amalan orang Islam.

Sama ada anda kaya atau miskin, sekiranya ingin mengikut sunnah Nabi, sebaiknya tinggalkan semua amalan yang tiada kaitan dengan agama Islam iaitu seperti berendoi, lenggang perut dan sebagainya.

4. TAZKIRAH

Antara perkara atau pengisian yang paling terbaik dalam sesebuah majlis aqiqah adalah jika kita mengundang seseorang penceramah atau ustaz yang amat baik ilmu agamanya untuk dikongsikan serba sedikit tentang pengisian agama Islam.

Daripada anda berhabis duit untuk membuat pelamin khas majlis cukur jambul lebih baik ia digunakan untuk memberikan cenderahati kepada penceramah atau ustaz tersebut.

Manakala, tetamu yang dijemput pula tidak perlu membaca tahlil dan dapat mendengar tazkirah seterusnya menjamah selera dengan sajian yang dihidangkan.

Pahala yang kita dapat sangat banyak iaitu pahala membuat ta'lim, memberi orang makan, merapatkan tali persaudaraan atau silaturrahim dan terjalinnya ukhuwah sesama Islam. Inilah sunnah Nabi yang sebenarnya yang harus diamalkan oleh semua orang Islam. - JAKIM

Baca : Senarai Nama Anak Perempuan Islam

Amalkanlah serba sederhana dalam majlis aqiqah atau cukur jambul bayi ini serta mementingkan doa dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, itulah yang terbaik untuk melaksanakan ajaran Nabi Muhammad SAW. Insya Allah.

Perkara Yang Baik Perlu Dibuat Semasa Sambut Kelahiran Bayi

1. Bapa perlu azan di telinga bayi yang baru lahir di sebelah kanan.

2. Membaca iqamah di sebelah kiri telinga anak.

3. Baca doa atau bacaan Surah Al-Ikhlas di kedua-dua belah telinga.

4. Sapukan pada lelangit anak tersebut dengan benda manis seperti buah kurma dan seumpamanya.

5. Berikan nama pada anak dengan nama-nama yang indah dan baik pada hari ketujuh selepas dilahirkan.

6. Buat jamuan atau majlis kesyukuran berserta doa bersempena kelahiran anak itu.

7. Cukur rambut anak berkenaan selepas membuat aqiqah untuk anak tersebut.

8. Bersedekah perak atau emas yang sama berat dengan rambut bayi yang telah dicukur itu atau bersamaan dengan duit yang sama dengan nilai perak dan emas berkenaan.

9. Sedekahkan daging sempena aqiqah tersebut kepada fakir miskin.

Video Bacaan Doa Aqiqah

Zaman sekarang jika anda ingin adakan majlis yang baik ini, ia bukan lagi satu masalah kerana anda boleh buat tempahan secara atas talian. Ia juga dikenali sebagai Aqiqah Online seperti yang dibuat oleh laman aqiqahberkah.com.

Berikut dikongsikan juga video doa aqiqah daripada channel YouTube aqiqahberkah.com. Anda boleh dengarkan setiap satu persatu bacaan tersebut dengan teliti agar anda memahami semuanya.


Semoga perkongsian berkaitan dengan doa aqiqah, majlis cukur jambul diikuti dengan hukum dan syarat sah ibadah ini akan dapat membantu anda yang bercadang untuk mengadakannya di masa depan. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog