Jika anda ada masalah dengan penglihatan kabur, katarak, pedih dan sebagainya yang berkaitan. Ada doa untuk mata rabun yang boleh anda baca daripada ayat suci surah Al-Quran.
Selain rawatan mata cara moden dan tradisional yang boleh dilakukan kepada pesakit mata, doa mata rabun ini juga sebagai ikhtiar kita meminta dari Allah agar diberikan kesembuhan.
Kepada anda yang mempunyai masalah selaput mata juga boleh mengamalkan bacaan dan amalan yang dikongsikan di sini, yang pasti dengan berdoa tiada sebarang pembedahan akan dilakukan.
Inilah cara hilangkan rabun dalam Islam yang amat digalakkan oleh ramai ustaz supaya orang yang sakit mata menjadikan doa penyembuh segala penyakit mata ini sebagai amalan.
Doa Mata Rabun Pandangan Kabur
Perkongsian daripada Ustaz Amin menerusi Facebook ini juga dikatakan amat berkesan dengan menggunakan bacaan ayat Al-Quran berserta dengan beberapa cara dan petua mujarab.
Katanya, amalan pengubatan ini melalui doa penyembuh mata yang dikongsikan dapat menguatkan pandangan selain menyembuhkan sakit mata serta menajamkan penglihatan.
Ramai pesakit yang telah mencuba doa sembuhkan mata daripada Al-Fadhil Ustaz Muhamad Abdullah ini yang didapatinya daripada kota suci Mekah.
Cara Mengamalkan Doa Penyembuh Sakit Mata
1. Pertama sekali, sila rapatkan kedua-dua ibu jari belakang tangan kanan dan kiri seperti yang dipaparkan dalam video di bawah dan teruskan dengan baca Bismillah sekali.
2. Kemudian diikuti dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak tiga kali.
3. Seterusnya bacakan doa penyembuh mata seperti dalam gambar yang ditunjukkan di bawah sebanyak tiga kali.
4. Selepas itu, tiupkan pada belakang kedua-dua ibu jari tangan kanan dan diri diikuti dengan sapukan pada kedua-dua mata anda.
5. Setelah itu, baca doa mata rabun ini yang diambil daripada Surah Qaf ayat ke 22 sebanyak tiga kali di belakang kedua-dua ibu jari tangan kiri dan kanan anda.
Kepada anda yang tidak boleh membaca doa ini dalam tulisan jawi, disertakan dengan bacaan rumi bagi memudahkan anda untuk membacanya termasuk terjemahan Bahasa Melayu.
6. Setelah selesai membacanya, tiupkan sekali lagi di belakang kedua-dua jari tangan dan kiri dan sapukan pada kedua-dua mata anda.
Sila amalkan amalan ini setiap kali setelah selesai menunaikan solat fardhu pada setiap hari tanpa henti.
Selain itu, jangan dilupakan semua ibadah wajib serta yang lain seperti sedekah, zakat dan sebagainya.
Insya Allah, sekiranya anda mengamalkan doa untuk mata rabun ini pasti dapat menyembuhkan kesakitan lain yang berkaitan dengan penglihatan selain menajamkan pandangan mata anda.
Doa yang telah dikongsi bukan saja untuk menyembuhkan pandangan kabur atau sakit mata sahaja tetapi segala yang berkaitan dengan pancaindera tersebut iaitu:
- Sakit mata bengkak
- Mata pedih
- Berair dan kering
- Mata jadi merah
- Ketumbit
- Mata bertahi
- Penyakit katarak mata
- Rabun jauh dan dekat
- Bisul di mata
Baca : Doa Dipermudahkan Segala Urusan
Doa Penawar Sakit Mata Ustaz Sharhan Shafie
Berikut dikongsikan video doa sakit mata Ustaz Sharhan Shafie yang berkongsi tentang penawar sakit mata yang dapat disembuhkan dengan amalkan beberapa doa terbaik.
Amalan doa ini boleh menyembuhkan rabun mata dan sakit mata atau surutkan mata bengkak yang dihadapi oleh sesiapa saja dengan syarat mengamalkan dengan betul.
Petua Sakit Mata Rabun
Untuk ikhtiar lain selain doa penyembuh segala penyakit mata yang dikongsikan, anda boleh juga mencuba petua tradisional untuk menerangkan mata yang kabur dengan mengikut cara di bawah.
Ambilkan sebatang lobak merah (carrot), tidak perlu dipotong atau direbus dan juga masak.
Kemudian bacakan doa di bawah sebanyak 14 kali pada carrot tersebut iaitu surah Qaf ayat yang ke 22 secara keseluruhan daripada awal sehingga akhir.
Surah Qaf Ayat 22 Rumi dan Jawi
Surah Qaf ayat yang ke 22 seperti dikongsikan di atas untuk menyembuhkan mata tersebut adalah potongan sahaja, di bawah ini adalah ayat keseluruhan.
Selepas itu, makan seperti mana anda makan makanan lain dan pastikan ia habis dan amalkan sehingga mata anda mempunyai perubahan atau sembuh sepenuhnya.
Baca : Doa Dimurahkan Rezeki Melimpah Ruah
Penawar Mata Rabun 100% Air Zam Zam
Jika anda mencari penawar untuk mengubati mata rabun yang bebas daripada sebarang bahan kimia berbahaya, Penawar Mata Aura Mustajab adalah terbaik.
Produk yang diperbuat dengan pengisian ayat-ayat Ruqyah termasuk doa-doa syifa yang khusus amat sesuai untuk mengatasi masalah mata yang rabun dan penglihatan bermasalah.
Lebih menarik tentang produk ini adalah ia mengandungi 100% air zam zam di dalamnya serta tiada kesan sampingan jika anda menggunakannya.
Penawar Mata Aura Mustajab ini membantu menyelesaikan beberapa masalah mata seperti yang dinyatakan di bawah:
- Rabun jauh
- Rabun dekat
- Mata selalu berair
- Senak mata
- Rabun silau
- Penglihatan kabur
- Gatal-gatal mata
- Mata sentiasa merah
Cara untuk menggunakannya sangat mudah sepertimana anda guna ubat sakit mata jenis Eye More, hanya titiskan di kedua-dua belah mata sebelum tidur dan pada waktu pagi.
Jika anda ingin membeli produk mata ini, kami sediakan pautan daripada laman Shopee untuk memudahkan anda membuat penilaian dan pembelian.
Kesimpulan
Menurut Ustaz Amin di Facebook, ada individu yang asalnya memakai cermin mata selama lebih dari 30 tahun lamanya tetapi telah mengamalkan doa mata Ustaz Amin setiap hari.
Akhirnya, orang tersebut telah sembuh dari penderitaan saraf mata rabun yang selama ini power matanya 600 lebih dan kini tidak lagi menggunakan spek mata untuk melihat.
Ini membuktikan bahawa doa mata yang dapat menerangkan pandangan menajamkan penglihatan ini amat berkesan dan yang penting kita harus menjadikan ayat suci Al-Quran tersebut sebagai zikir dan amalan harian.
Semoga doa mata rabun ini dapat membantu pesakit atau sesiapa sahaja yang sedang mengalami rabun mata atau pandangan kabur, semoga bermanfaat dan disembuhkan. - Bukit Besi Blog