Tafsir Maksud Mimpi Ular Dalam Islam (Petanda & Alamat)

Mimpi ular

Semalam anda mimpi ular hitam masuk dan ada di dalam rumah? Tapi ingin tahu tentang tafsir dan maksud daripadanya serta apa arti petanda dan alamat yang sedang bermain di fikiran, bukan?

Sebenarnya, setiap manusia di dunia ini pasti akan bermimpi ketika sedang tidur dan ia adalah perkara biasa yang tentunya akan berlaku kepada semua orang.

Kebiasaannya dalam tidur yang membabitkan mimpi ular kecil atau besar dan berada pada beberapa situasi berikut iaitu:

  • Bermimpi tentang ular kuning yang banyak
  • Bertemu dan melihat ular sawa batik besar
  • Dipatuk atau dibelit ular tedung
  • Mimpi ular hitam masuk atau di dalam rumah
  • Diganggu atau dikejar ular yang amat besar
  • Ular warna kuning membelit
  • Bermain dengan ular kecil
  • Digigit ular putih berbisa
  • Mimpi ular hijau

Dikatakan, semakin kita bertakwa kepada Allah SWT, maka semakin kerap dan benarlah semua mimpi-mimpinya serta ia umpama petunjuk daripada Allah SWT kepada hambaNya yang terpilih.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda berkaitan dengan tafsir mimpi yang mana sabda tersebut berbunyi seperti di bawah:

Tafsir mimpi dipatuk ular tedung berbisa

Walau bagaimanapun, mimpi yang baik itu adalah daripada Allah SWT manakala mimpi buruk itu adalah daripada iblis, syaitan, jin atau makhluk halus.

Maksud Mimpi Ular Dalam Islam


Kami kongsikan maksud mimpi ular seperti perkongsian dari saudara Zamdurrani menerusi Facebook miliknya yang bertujuan untuk berkongsi sahaja.

Biasanya, kata orang tua-tua dulu, jika kita mimpi ular orang kata maksudnya ada orang nak masuk meminang, tapi jika lelaki yang bermimpi ular, bagaimana?

Tafsiran maksud mimpi ular menurut Islam

Adakah orang perempuan akan masuk meminang lelaki pula? Sebenarnya, mimpi ular langsung tiada kaitan dengan orang yang mahu meminang.

Ini dinyatakan berdasarkan apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Syarhan Shafie menerusi slot Tanyalah Ustaz di TV9 DI Hatiku.

Berikut adalah kenyataan ustaz tersebut secara ringkas berkaitan dengan tafsir mimpi ular menurut perubatan Islam berserta dengan isi kandungannya.


1. Mimpi ular ditafsirkan dari segi sama ada ular itu mematuk, membelit atau kita melihat serta bermain dengan ular tersebut.

Melalui Kitab Fi Tafsirrul Ahlam oleh Ibnu Sirri ternyata ada memberikan keterangan dan penjelasan berkaitan mimipi secara lebih mendalam.

Sekiranya kita bermimpi dipatuk ular maksudnya ada sihir telah pun meresap ke dalam tubuh badan seseorang itu.

2. Jika mimpi ular yang membelit kita atau kita bermain dengan ular tersebut maksud tafsir mimpi ini adalah sihir telah memberi masalah kepada diri kita.

Secara keseluruhannya, ular adalah haiwan yang amat ditakuti oleh semua manusia di dunia ini malah ada binatang yang takut kepada ular.

Disebabkan itu jugalah Allah telah menyediakan kepada orang yang tidak solat di dalam liang lahad nanti seekor ular yang bernama Sakhar.

Ular yang bernama Sakhar ini diberikan tugas untuk melaknat sesiapa sahaja manusia iaitu orang Islam yang tidak menunaikan serta tinggalkan solat.

3. Jika anda bermimpi sebegitu iaitu berkaitan dengan ular, anda harus merawat diri dan jiwa anda dengan segera.

Cara merawat diri sendiri untuk hindari daripada sebarang gangguan sama ada jin, sihir atau syaitan dalam perubatan Islam adalah dengan mengamalkan ayat ruqyah.

Kaedah perubatan ini sememangnya amat berkesan dan anda boleh membuat rawatan ini sendiri di rumah. Anda boleh download ayat ruqyah Mp3 dalam full version di bawah:


Tafsir Mimpi Ular


Berikut kami kongsikan juga artikel berkaitan dengan tafsir mimpi menurut Islam

Mimpi berkaitan ular pasti akan membuatkan sesiapa saja yang bermimpi tentang ini akan jadi takut dan bimbang. Lebih-lebih lagi mereka yang fobia terhadap binatang ini.

Kebiasaannya mimpi yang dikaitkan dengan ular sama ada dipatuk atau digigit, kata orang dulu-dulu ada orang yang akan masuk meminang nanti.

Tapi bagaimana pula jika orang yang sudah menikah tetapi bermimpi tentang binatang berbisa ini? Adakah membawa arti yang sama? Mustahil kan?

Jika anda ingin tahu tentang tafsir mimpi ular, kami kongsikan tentang tersebut di sini. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda yang bertanya.

1. Mimpi Melihat Ular Besar

Bermimpi melihat ular besar dan hitam pasti membuatkan seseorang itu akan ketakutan. Lebih mengerikan jika dipatuk ular tersebut.

Sebenarnya, maksud disebalik mimpi melihat ular ini adalah makna yang baik iaitu bermaksud sebuah kebahagian yang akan anda kecapi.

Lebih tepat lagi, ia menandakan anda akan memperolehi keuntungan atau rezeki yang amat besar dan bernilai berganda-ganda.

2. Mimpi Membunuh Ular

Maksud mimpi ular yang ini juga menandakan petanda yang baik iaitu sekiranya anda mempunyai musuh ketat, anda mampu mengalahkan musuh tersebut dengan mudah.

Walau bagaimanapun, mimpi ini mempunyai maksud tersirat iaitu jangan sekali anda bongkak dan sambung serta berbaik-baiklah dengan sesiapa pun.

3. Mimpi Digigit Ular

Mimpi digigit ular adalah mimpi yang biasa berlaku kepada sesiapa sahaja dan pastinya ia menyebabkan kita akan rasa takut.

Sewaktu seseorang itu bermimpi digigit ular, biasanya pasti akan terus bangun dari tidur kerana penat atau ketakutan yang amat sangat.

Sebenarnya, mimpi jenis ini membawa maksud yang baik serta bukan perkara yang buruk, sebaliknya anda akan merasa lapang di masa depan.

Lebih tepat lagi, erti mimpi ini adalah bermaksud anda akan mendapat pasangan yang masih solo atau masih belum berpunya dan dia adalah jodoh anda.

Walau bagaimanapun, jika mereka yang telah berkahwin bermimpi digigit ular memberikan maksud kebahagiaan yang berpanjangan bersama pasangan.

4. Mimpi Dikejar Ular

Majsud mimpi dikejar ular kebiasaannya akan menyebabkan kita terasa penat selepas bangun dari tidur pada esoknya kerana berlari dalam mimpi.

Namun, maksud mimpi dikejar ular bermaksud yang baik iaitu sekiranya anda masih single tak berpunya anda akan merasa gembira dan bahagia.

Yang pasti, arti mimpi ini adalah anda akan mendapat pasangan yang ideal dan ada seseorang yang sedang mencintai dan merindui anda.

Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati, jangan terlalu gembira dan serta jangan teruja yang berlebihan kerana semuanya adalah urusan Allah SWT.

5. Mimpi Melihat Ular Masuk Di Dalam Rumah

Anda tidak perlu rasa takut sekiranya bermimpi tentang ular masuk atau berada di dalam rumah kerana mimpi sebegini adalah pertanda yang membawa kepada kebahagiaan.

Maksud mimpi ini adalah akan ada seseorang tetamu yang baik akan datang ke rumah anda dengan membawa perkhabaran yang gembira.

Mimpi ini juga boleh dijadikan sebagai pengajaran dan persiapan agar kita sentiasa mengemaskan diri dan rumah untuk menyambut tetamu yang akan datang.

Adat menyambut tetamu dalam Islam turut diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, salah satu daripadanya surah Yusuf ayat yang ke 59.

6. Mimpi Menangkap Ular

Maksud mimpi tangkap ular juga membawa makna yang baik. Sekiranya anda bermimpi tentang ini, ia adalah petanda anda akan mendapat harta yang banyak.

Harta juga bermaksud rezeki yang mana ia adalah satu ujian daripada Allah SWT kepada makhluk-makhlukNya yang terpilih.

Oleh itu, sila berhati-hati dengan harta serta rezeki yang anda dapat serta gunakanlah ia di jalan untuk kebaikan serta jangan terlalu kedekut.

Yang paling jangan sombong dan riak apabila anda mempunyai harta yang banyak serta bersedekah kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin dan sebagainya.

7. Mimpi Melihat Ular Hitam

Sewaktu anda sedang bermimpi melihat ular yang biasa atau berwarna hitam, jangan cepat rasa takut kerana ia bermaksud yang baik bukan sesuatu yang buruk.

Sekiranya, mimpi melihat ular tak kira warnanya bererti anda akan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka secara tiba-tiba.

Namun, ada tafsir mimpi berpendapat, mimpi melihat ular juga membawa perkhabaran yang tidak baik seperti bala bencana yang akan berlaku.

Walau bagaimanapun, perbezaan maksud dapat ditafsir dengan lebih jelas apabila diterangkan lebih lanjut tentang mimpi ular yang anda lihat itu.

Sebagai contoh, anda melihat ular yang besar dan bengis seperti ingin menerkam dan ular kecil yang hanya datang melihat anda.

Diingatkan, jangan sekali-sekali sedih atau kecewa jika bermimpi seperti ini. Anda boleh segera meminta dan berdoa kepada Allah supaya dikurniakan perkara yang baik saja.

8. Mimpi Melihat Banyak Ular

Jika anda bermimpi melihat ular yang banyak dan tak terkira jumlahnya, jangan khuatir dan takut kerana erti mimpi ini berkaitan dengan panjang umur.

Berita baik menerusi mimpi ini juga seolah berpesan supaya sesiapa yang mengalami mimpi ini agar sentiasa memanjatkan syukur kepada Allah SWT.

Kerana sehingga ke saat ini masih lagi bernafas serta dipanjangkan umur serta diberi kesempatan untuk menumpang di dunia yang sementara ini.

Adakah Tanda Sihir Jika Bermimpi Ular

Ada yang berpendapat bahawa jika mimpi seseorang itu membabitkan ular, ia adalah petanda terkena sihir buatan orang, adakah ia benar?

Menurut Ustaz Amin, tidak semestinya jika kita mimpi ular dan itu adalah tanda sihir yang melibatkan empunya badan yang bermimpi tentang haiwan ini.

Menurut hadis serta seperti yang diterangkan dalam perkongsian beliau, dalam Islam mimpi datang kepada seseorang dengan tiga sebab iaitu:

  • Mimpi yang datangnya daripada Allah iaitu petanda yang Allah ingin berikan.
  • Daripada syaitan atau iblis yang ingin menakut-nakutkan kita.
  • Daripada diri sendiri iaitu kesan psikologi manusia.



Baca : Doa Tidur dan Selepas Bangun Dari Tidur

Kesimpulan

Untuk mendapatkan mimpi yang membawa maksud yang baik, kita haruslah dekatkan diri kita dengan solat dan ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir.

Insya Allah, dengan panduan Al-Quran pastinya jiwa kita akan tenang dan bahagia serta tiada lagi mimpi-mimpi ular atau yang buruk sedemikian.

Apa yang telah dijelaskan oleh Ustaz Syarhan Shafie tersebut adalah pendapat tentang mimpi dan tafsir menerusi sudut pandangan Islam yang boleh diambil sebagai pengajaran.

Marilah bersama-sama kita berdoa serta bertakwa kepada Allah SWT supaya kita semua sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah SWT.

Semoga kita semua dijauhkan daripada perbuatan syirik dan taksub dengan ramalan-ramalan mimpi yang tidak berasas. Diharap perkongsian tentang tafsir maksud mimpi ular ini dapat membantu anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog