Surah Al-Waqiah Rumi dan Jawi Terjemahan Maksud (PDF & MP3)

Surah Al-Waqiah

Bacaan Surah Al-Waqiah Rumi dan Jawi serta terjemahan maksud dalam Bahasa Melayu yang boleh anda download secara percuma dalam bentuk file PDF, audio Mp3 dan boleh diperdengarkan melalui video YouTube.

Surah Al-Waqiah yang bermaksud Hari Kiamat adalah tergolong dalam surah Makkiyah yang mempunyai 96 ayat keseluruhan serta surah yang ke 56 dalam Al-Quran dan diturunkan selepas Surah Taahaa.

Perkataan Al-Waaqi'ah telah disebutkan pada ayat pertama iaitu permulaan surah ini yang menceritakan tentang bagaimana huru hara ketika berlakunya Hari Kiamat iaitu semasa hari perhitungan.

Surah ini amat istimewa kerana ia juga terkenal sebagai Surah Kekayaan atau rezeki yang mempunyai kelebihan dan fadhilat tersendiri untuk kebaikan semua manusia yang mengamalkan dan membacanya.

Surah Al-Waqi'ah adalah antara surah yang mempunyai khasiat dan mukjizat yang sangat besar penuh dengan berkah serta menjadi amalan harian ramai untuk meminta kepada Allah agar sentiasa dimurahkan rezeki.

Keistimewaan surah Al-Waqiah yang berada dalam juz yang ke 27 ini telah dihuraikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan tentang kelebihannya melalui beberapa hadis sahih seperti yang berikut:

Surah Al Waqiah full

Surah Al-Waaqiah untuk murah rezeki

Terjemahan Surah Al-Waqiah Rumi

Surah Al-Waqiah Rumi dan Jawi


Dikongsikan video bacaan penuh Surah Al-Waqiah rumi dan tafsir terjemahan untuk setiap ayat dalam Bahasa Malaysia berserta dengan gambar-gambar yang boleh anda muat turun jika perlu.


Surah Waqiah Ayat 1 - 96


AlWaqiah Mp3 free download

Manfaat

Kelebihan dan Fadhilat

Ayat 35-38 ringkas

Tafsir Maksud diterjemahkan

Cara mengamalkan Al-Waaqi'ah

Hadis kelebihan surat

Untuk cepat kaya jodoh dan wanita

Menceritakan tentang apa

Waktu sesuai baca

Bacaan penuh

Ayat 1-96

Gambar tulisan jawi

Surah Waqiah full image

Video YouTube

Dalam tulisan Arab dan Latin

Istimewa

Juz berapa

Doa Al Waqiah untuk rezeki

Download Surah Al Waqiah PDF & MP3


Jika anda perlukan bacaan surah ini dalam bentuk file PDF rumi dan jawi atau audio MP3 untuk sebarang rujukan serta memudahkan menyimpan dalam telefon, anda boleh download secara percuma.

Kami sediakan pautan bagi Surah Al-Waqiah Rumi dan Jawi termasuk terjemahan maksud dalam Bahasa Malaysia berserta dengan bacaan surah ini melalui audio yang boleh dimuat turun seperti di bawah:


Baca : Surah Yassin dan Terjemahan Maksud

Kelebihan Surah Al-Waaqi'ah


Berikut adalah beberapa kelebihan Surah Al Waqiah yang sering diperkatakan orang melalui media sosial serta daripada mereka-mereka yang lebih arif tentang ilmu agama dan ayat-ayat suci Al-Quran.

Surah ini sentiasa dikaitkan dengan rezeki yang mana kebanyakan orang Islam berlumba-lumba untuk membaca surah ini dengan niat agar sentiasa dimurahkan dan dipermudahkan rezeki yang melimpah ruah tanpa henti.

Sebenarnya, khasiat dan kelebihan surah ini bukan sahaja berkaitan dengan rezeki malah ianya teramat luas selain sangat banyak manfaat jika sering diamalkan setiap hari atau ketika waktu malam sebelum tidur.

Antara kebaikan yang terdapat pada surah ini sekiranya kita amalkan dalam kehidupan seharian adalah seperti berikut di bawah:

  • Sentiasa mendapat berbagai kemudahan dan kesenangan
  • Akan dijauhi dengan kefakiran dan kemiskinan
  • Dikurniakan kejayaan dan kekayaan yang melimpah
  • Ditunaikan segala hajat di dunia dan akhirat
  • Sentiasa menjadikan seseorang itu sentiasa bersyukur
  • Dapat menjauhi sifat bongkak dan riak
  • Menjadikan wajah selalu ceria dan berseri-seri
  • Segalanya dipermudahkan bagi orang sakit atau bersalin
  • Menjadi mukmin yang sejati, lebih sufi dan dekat dengan Allah SWT

Ada yang berpendapat untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat dan mujarab, seseorang itu perlu amalkan Surah Al-Waqiah sebanyak 41 kali dalam satu majlis agar semua hajatnya dimakbulkan.

Malah ada para ulama berfatwa menyatakan bahawa sesiapa yang baca Al-Waqiah pada setiap hari dan waktu malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari tanpa henti dengan bersungguh-sungguh.

Ia pastinya akan dipermudahkan rezeki dalam pelbagai bentuk serta akan ditunaikan segala hajat dan niatnya tanpa sebarang kesusahan yang datangnya tanpa disangka-sangka.

Baca Juga : Surah Al-Kahfi Rumi dan Jawi

Kesimpulan

Surah Waqiah sememangnya mempunyai banyak fadhilat dan faedah duniawi yang boleh kita dapatkan daripada mengamalkan pembacaan setiap ayat dari awal sehingga ke ayat yang terakhir iaitu yang ke 96.

Selain itu, kita amat dituntut untuk menjadikan surah ini sebahagian surah yang paling penting dalam hidup kita seharian agar ia dekat dengan diri dan hati kita untuk selamanya.

Walau bagaimanapun, jangan dilupa pada semua surah Al-Quran yang lain kerana setiap daripadanya mempunyai kebaikan dan fadhilat yang tersendiri seperti Al-Mulk, Ayat Kursi dan sebagainya.

Semoga perkongsian bacaan Surah Al-Waqiah rumi dan jawi berserta dengan terjemahan maksud yang boleh anda download ini akan dapat membantu anda yang ingin membaca serta menghafalnya. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog