Surah 3 Qul Rumi & Jawi Terjemahan dan Ayat Kursi Sebelum Tidur

Surah 3 Qul dan Ayat Kursi Terjemahan

Orang Islam tentunya sejak kecil ada yang belajar atau diajar membaca Al-Quran seperti Surah 3 Qul dan Ayat Kursi sebelum tidur walaupun bacaan disebut dalam Bahasa Melayu iaitu rumi dan jawi berserta terjemahan maksud.

Bacaan ayat 3 Qul menjadi surah yang terpenting dalam kehidupan hari ini kerana ia sebahagian daripada ayat-ayat lazim yang sering dibaca ketika solat atau selepas, mungkin kerana ia ringkas dan pendek serta mudah dihafal.

Surah 3 Qul keseluruhannya terdiri daripada Surah An-Naas, Surah Al-Falaq dan Surah Ikhlas yang mempunyai kebaikan, kelebihan dan manfaat yang tersendiri apabila dibaca berulang-ulang dalam rutin harian.

Kita amat digalakkan untuk membaca ketiga-tiga surah hebat ini sebanyak tiga kali ketika sebelum tidur kerana ia dapat membantu serta menghindarkan diri kita daripada pelbagai perkara dan gangguan.

Surah 3 Qul Rumi dan Jawi & Ayat Kursi



Betapa ruginya seseorang itu jika tidak tahu tentang Surah 3 Qul ini tetapi belum terlambat jika anda ingin mempelajari dan menghafalnya bermula pada hari ini iaitu sekarang.

Dikongsikan bacaan ayat Surah 3 Qul rumi dan jawi berserta Ayat Kursi termasuk terjemahan maksud setiap satu surah dalam Bahasa Melayu dan tulisan Arab untuk memudahkan sesiapa sahaja yang ingin belajar.

Surah An-Naas


3 Qul dan Ayat Kursi Rumi

3 Qul

Surah Al-Falaq


Ayat Tiga Qul dan Terjemahan Maksud

Bacaan Surah 3 Kul

Surah Al-Ikhlas


Surah 3 Qul MP3 Download PDF

Ayatul Kursi


Untuk bacaan ayat Kursi dalam tulisan jawi, anda boleh rujuk ke artikel Ayatul Kursi Rumi atau Latin dan Jawi kerana hanya bacaan dalam rumi sahaja disertakan di bawah ini.

Kelebihan 3 Qul Sebelum Tidur

Disertakan juga Surah Tiga Qul dan Ayat Kursi dalam bentuk file PDF dan audio MP3 selain gambar-gambar di atas setiap ayat yang boleh anda download secara percuma tanpa perlu meminta kebenaran.




Kelebihan 3 Qul


Kelebihan bacaan 3 Qul jika anda jadikan amalan sebelum tidur dapat dilihat melalui beberapa kebaikan yang amat diperlukan oleh semua orang-orang Islam iaitu seperti berikut:

1. Dapat mengelakkan gangguan jin, syaitan dan iblis
2. Menghindari diri daripada terkena ilmu hitam atau sihir
3. Mengatasi masalah penyakit ragu-ragu atau was-was
4. Menghindari daripada semua jenis kejahatan
5. Mengelakkan dari berlakunya perkara yang buruk

Cara Amalkan Bacaan Surah 3 Qul Sebelum Tidur


1. Sebaiknya ketika nak tidur digalakkan berwuduk dan baca doa sebelum tidur dalam keadaan duduk di tempat pembaringan.

2. Seterusnya bacalah Surah 3 Qul dimulai dengan Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas sehingga habis dengan mengangkat atau menadah tangan iaitu berdoa.

3. Apabila selesai membaca kesemuanya, sila hembuskan di tapak tangan, kemudian sapukan di muka serta ke seluruh anggota badan termasuk kedua-dua belah tangan dan kaki.

4. Setelah itu, baringlah seperti biasa sambil membaca doa-doa lain untuk tidur dan surah-surah yang sesuai seperti Ayat Kursi, Al-Fatihah dan sebagainya yang sangat baik kita amalkan.

Menurut sebuah hadis sahih daripada HR Bukhari mengatakan membaca ayat 3 Qul sebelum tidur adalah sunnah Nabi dan perkara ini turut diakui serta dikongsikan oleh Dr Ustaz Rozaimi melalui akaun Facebook miliknya:

Ayat 3 Qul sebelum tidur

Setiap kali Nabi Muhammad SAW masuk ke tempat berbaring untuk tidur ketika waktu malam, Baginda SAW pasti akan menadahkan kedua-dua tangan serta menghembuskan ke tapak tangan selepas selesai membaca Surah 3 Qul.

Seterusnya Baginda akan menyapukan kedua-dua tapak tangan ke seluruh anggota badan bermula daripada kepala, muka dan bahagian hadapan badan sebanyak tiga kali berturut-turut sehingga selesai kesemuanya.


Bacaan Untuk Orang Dewasa atau Bayi


Ayat 3 Qul ini juga boleh dibacakan untuk orang dewasa yang sakit atau bayi yang masih kecil dengan bantuan daripada diri kita dengan membaca untuk mereka.

Walau bagaimanapun, kita harus membaca sebanyak tiga kali juga untuk kesemua surah tersebut dengan menghembuskan ke tapak tangan kita, kemudian disapukan kepada seluruh badan anak atau orang dewasa berkenaan.

Insya Allah mustajab, berkat doa dan bacaan Surah 3 Qul ini, orang yang sakit boleh sihat semula dan anak yang menangis akan terdiam seolah mengerti apa yang telah dibacakan untuknya serta banyak lagi kebaikannya.

Sebenarnya, bacaan ayat 3 qul mempunyai kelebihan yang sangat luar biasa dan amat baik diamalkan dalam kehidupan kita samada sebelum tidur atau ketika di siang hari untuk melakukan sesuatu dan jangan lupa surah berikut:


Semoga perkongsian Surah 3 Qul dan Ayat Kursi berserta terjemahan makna setiap ayat-ayat yang dikongsikan akan dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin belajar dengan lebih baik lagi. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog