Sambutan sempena ulang tahun hari lahir, selamat hari jadi atau Happy Birthday untuk isteri tersayang pasti tak lengkap jika tiada kad ucapan daripada suami, sekurang-kurangnya sanah helwah seperti yang digalakkan dalam Islam.
Ucapan selamat hari lahir untuk isteri tercinta akan lebih bermakna jika suami menghadiahkan sesuatu kepadanya dan tanggungjawab seorang lelaki adalah menyampaikan hadiah birthday tersebut dengan kasih sayang.
Satu perkara lagi yang amat penting untuk suami adalah wajib ingat tarikh penting hari jadi istri kerana jika terlupa pasti si isteri akan berkecil hati kerana tidak mengambil berat tentang perkara ini.
Untuk ucapan sempena hari lahir seorang isteri pula, dikongsikan beberapa ayat-ayat romantis, yang lawak dan kelakar dalam Bahasa Melayu serta English bagi memudahkan anda memberikan kepada orang yang anda sayang itu.
Ucapan Selamat Hari Jadi Buat Isteri Tercinta
Berikut adalah koleksi ucapan selamat hari lahir buat istri tersayang yang boleh anda pilih samada gambar kata-kata dalam Bahasa Inggeris atau ayat-ayat romantis dalam Bahasa Melayu, semuanya berkaitan selamat hari jadi.
Selamat hari lahir buat isteriku yang tersayang, engkau adalah sebahagian nyawa dan hidupku, bahagian paling terindah dan akan ku jalani hidup ini dengan penuh kasih sayang dan menyerahkan segala hidupku untukmu yang ku sayang. Sesungguhnya aku amat menyayangi dan mencintaimu sepenuh hatiku.
Semoga dirimu dipanjangkan umur dan sentiasa berbahagi dengan diri ku walau di kala susah dan senang, sedih dan gembira bersama keluarga kecil kita. Aku berjanji akan terus menjagamu dan keluarga kita sehingga ke akhir hayat selagi nyawa di badan. Aku sayang padamu.
Terima kasih sayang kerana berada denganku di saat suka duka kehidupan kita. Kaulah pencetus semangatku dan kaulah yang membuatkan kekuatan cintaku semakin membara yang pasti akan ku jaga sehingga ke akhir nyawa.
Kau adalah hadiah daripada Allah SWT yang paling sempurna yang ku terima di dunia ini. Terima kasih sayang kerana ikhlas menyayangiku dan syukur pada Allah kerana kurniakan isteriku yang cantik menawan indah dipandang.
Selamat ulangtahun buat isteriku tercinta, sekian lama kita hidup bersama menyelusuri segala liku-liku kehidupan dengan diiringi susah dan senang, kau masih setia berdiri bersama dengan penuh rasa cinta dan sayang.
Selamat hari jadi untukmu wahai isteri yang ku sayang, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempatmu dan tiada wanita yang secantik budi pekertimu dan tiada yang lain seindah mata ku memandang keindahan ini. Aku teramat sayang pada dirimu sehinggakan aku sanggup hidup dan mati bersamamu sayang.
Happy birthday untuk orang yang tersayang, kebahagiaan dan segala kedukaan telah aku nikmati ketika kita hidup bersama dan sehingga kini kasih dan cintaku tetap sama masih membara. Syukurlah aku diberikan permata hati yang sentiasa menyinari kegelapanku. Terima kasih sayang
Buatmu isteriku yang tercinta, semoga kehidupan kita pada setiap tahun yang mendatang akan lebih bermakna dan menggembirakan dan semoga hari yang mendatang akan lebih membuatkan kau bahagia bersama aku suamimu.
Ayat sweet khas untuk isteri yang amat cantik di mata abang, ikhlas abang katakan, setiap saat dan minit jika tanpa sayang di sisi seperti bertahun menunggu tanpa sabar dan hidup ini amat membosankan jika tiadanya sayang dalam hidup abang.
Salam sayang daripada suamimu, abang hadiahkan ....... untuk sayang. Terimalah kek ini yang semanis wajahmu dan seindah senyum mu yang sentiasa membuatkan abang merana jika tiadanya senyuman sayang.
Semoga setiap niat dan hajatmu demi sebuah kebahagiaan akan dimakbulkan Allah dan semoga kita bahagia sehingga ke akhir nafas dengan ikhlas mencintai dan menyayangimu. Selamat Hari Lahir Sayang.
Kaulah wanita yang telah mengubah hidupku yang dulunya gelap, kini terang benderang. Kau umpama mentari yang menyinari hidupku siang dan malam. Tanpamu siapalah diriku sayang.
Ucapat selamat hari jadi ini ditujukan kepada isteri tercinta yang selalu berada di hati abang yang paling istimewa.
Sanah helwah buat mu sayang, semoga dalam kehidupan ini kau dikurniakan rezeki tanpa henti, umur yang berpanjangan, kesihatan yang baik, dimudahkan segala urusan dan hajat, dilapangkan segala kesulitan serta diberikan kebahagiaan untuk selamanya.
Terima kasih sayang kerana selalu ada di sisi suamimu yang terkadang berbuat kesilapan tanpa sengaja. Terima kasih kerana menjadi kekuatan hidup suami mu sehingga ke hari ini tanpa rungutan dan kesangsian.
Sanah helwah untuk sayang daripada suami mu. Semoga sayang akan sentiasa menjadi sri kandi hidup suami mu dan menjadi bidadariku yang selalu menemani abang walau di mana sahaja kita berada. I Love You.
Waktu yang paling terindah dalam hidup ini adalah ketika setiap saat bersamamu yang telah kau berikan dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Semoga kita berbahagia sehingga ke akhirnya sayang.
Cinta dan sayang ku padamu sentiasa utuh seperti utuhnya langit ditongkat bumi, rinduku pada selalu manis, semanis senyummu yang sering ada dalam siang dan malamku. Selamat hari ulang tahun sayang.
Tidak dapat ku bayangkan sekiranya hidupku tanpa dirimu di sisiku, tidak dapat ku fikirkan jika senyummu hilang dari pandanganku, semuanya punah tanpa semua itu. Selamat hari jadi kekasih hatiku.
Selamat hari lahir buat mu isteriku tercinta yang telah berjaya mencuri hatiku, yang telah mengubah perjalanan hidupku yang semakin indah dan berseri dengan kehadiranmu. I love you sayang.
Happy Birthday Wife in English
Ucapan selamat hari jadi akan lebih bermakna sekiranya diiringi dengan doa yang baik untuk seorang isteri. Sebagai suami, diwajibkan mendoakan kebaikan untuk sang isteri dengan doa hari lahir seperti berikut:
Doa Sempena Hari Lahir Isteri
Maksud Bacaan Doa Dalam Rumi
Hadiah Istimewa Untuk Isteri
Lebih menarik dan bermakna sekiranya dibelikan satu hadiah yang paling istimewa untuk seorang isteri sempena menyambut ulangtahun kelahirannya dengan senarai cenderahati atau cendermata berikut:
Kesimpulan
Semoga pada tarikh kelahiran atau hari ulang tahun isteri yang dicintai itu akan lebih bermakna dengan kehadiran suami tercinta yang sentiasa ada di sisi ketika susah dan senang dalam kehidupan.
Hari jadi pasti lebih baik sekiranya diadakan kenduri bacaan doa selamat atau majlis kesyukuran bersempena dengan sambutan hari jadi untuk isteri yang dikasihi itu.
Semoga perkongsian koleksi ucapan selamat hari lahir untuk isteri ini akan dapat membantu anda untuk mengucapkan kepada wanita yang amat disayangi itu. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog