Anda seorang suami yang sedang buntu memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada isteri tercinta sempena hari jadi, pertama kali mengandung, selepas bersalin berpantang melahirkan baby, sedang merajuk atau hari istimewa anniversary perkahwinan?
Tidak dinafikan membeli hadiah bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika isteri tersayang adalah seorang yang cerewet dan lebih parah apabila orang rumah tak mahu barang murah dan semuanya mesti yang mahal, branded dan berkualiti.
Jangan marah, sikap orang perempuan memang begitu dan jika ia berbuat demikian bukanlah bermakna si isteri mata duitan atau sebagainya. Ini kerana terlebih sayang dan dia juga tahu kemampuan suaminya, percayalah.
Tapi apakah hadiah untuk isteri yang istimewa sehingga dia lebih sayang selama-lamanya? Inilah perkara yang sedang berlegar-legar di fikiran seorang suami yang masih tak tahu nak belikan present untuk buah hati pengarang jantung intan payung abang.
Senarai Idea Hadiah Istimewa Untuk Isteri Tercinta
Berikut adalah senarai dan jenis-jenis hadiah yang boleh dihadiahkan untuk seorang isteri mengikut bajet suami dan dikongsikan juga barangan yang murah dan mahal yang boleh dipilih berdasarkan citarasa dan kesesuaian masing-masing.
1. Multifunction Rice Cooker
Periuk elektrik atau penanak nasi ini mempunyai berbagai fungsi menarik terkini seperti untuk memasak, memanaskan dan mengukus serta dapat menjaga suhu dengan waktu yang lebih lama dari biasa.
Mak-mak bukan saja dapat masak nasi tapi dengan periuk yang sama boleh buat sup, mee dan berbagai lagi kelebihan rice cooker jenis ini yang menjadi pilihan ramai wanita di Malaysia.
Harganya tidak melebihi daripada RM100 malahan sehingga hari ini di laman Shopee ramai kaum wanita yang memuji melalui review pembelian akan kebaikan periuk jenis ini dan anda boleh jadikan hadiah pada wifey, kan?
2. Telekung Istimewa
Idea hadiah birthday yang pasti seorang isteri suka adalah telekung yang cantik dengan jenis kain yang sedap dipakai dan ia juga adalah sebagai lambang kasih dan sayang terhadap isteri tercinta. Pasti dia akan menyukainya kerana selesa memakainya ketika ingin menunaikan solat.
Manakala, jenis telekung yang dicadangkan adalah telekung Siti Khadijah kerana ia amat popular dikenali ramai selain terbukti jenama ini sememangnya diakui sangat berbaloi-baloi jika dijadikan hadiah untuk isterimu.
3. Bunga dan Coklat
Bouquet suprise delivery pasti akan mengejutkan si penerimanya iaitu wife kita apabila terima jambangan bunga yang masih segar dengan hiasan coklat yang berbagai warna dan bentuk.
Suprise hadiah seperti pasti akan membuatkan dirinya akan tersenyum kerana hubby yang tersayang membuat kejutan tanpa disangka-sangka. Jangan tak percaya, Shopee dan Lazada pun ada menjual perkhidmatan seperti ini.
4. Set Tupperware
Jangan tak tahu ada ibu-ibu yang sangat suka dengan tupperware satu set yang mana serba serbi bentuk ada dan jenis-jenis yang berwarna warni sesuai untuk letakkan apa saja selain dari makanan dan sayur-sayuran.
Pastinya si isteri akan lebih seronok apabila memiliki tupperware murah seperti ini kerana kualiti dan jenamanya sememangnya terkenal serta boleh digunakan dalam jangka masa yang lebih lama dari jenis yang biasa.
Baca Juga : Koleksi Ayat & Kad Ucapan Birthday Untuk Wife
5. Beg Tangan Berkualiti
Beg tangan bersaiz besar dan harga pula tidak terlalu mahal tetapi berkualiti sedap dipakai pasti menjadi pilihan ramai wanita termasuk isteri-isteri yang sering keluar rumah untuk shopping atau urusan lain.
Style beg seperti ini juga sesuai untuk dipakai oleh semua perempuan tetapi warna memainkan peranan penting untuk sesuaikan dengan warna baju dan pakaian mengikut tempat dan destinasi yang ingin kita tujui.
Jika telah lama isteri anda tidak menukarkan beg tangan, ini adalah masa yang paling sesuai untuk anda membelikan khas untuknya pastinya dia akan tersenyum gembira sepanjang hari apabila diberi hadiah seperti ini.
6. Minyak Wangi
Minyak wangi atau perfume adalah antara hadiah yang paling terbaik untuk semua wanita kerana semua kaum hawa akan menyukainya kerana mungkin isteri anda telah lama tidak membelikan minyak wangi baru yang sememangnya wajib ada dalam simpanan.
Sebaiknya buat pilihan yang sesuai mengikut kesukaan perempuan atau ingat semula apakah jenis dan bau minyak wangi yang isteri pernah belikan untuk dirinya sebelum ini.
7. Cadar Patchwork Murah
Cadar juga adalah antara hadiah untuk isteri yang amat sesuai selain cantik dan romantik, pasti si dia suka kerana dapat cadar baru yang dihadiahkan oleh suaminya yang disayangi. Lebih-lebih lagi jika telah lama tidak membeli yang baru.
Cadar patchwork jenis ini mempunyai berbagai warna selain selesa digunakan serta gebu saja permukaannya. Ia mempunyai berbagai size yang boleh dipilih tetapi saiz Queen kebiasaannya menjadi pilihan ramai.
Material kain pula ada yang jenis cotton sahaja tetapi untuk seperti di atas adalah daripada 80% cotton dan 20% polyster yang sangat mudah dicuci dengan guna mesin basuh sahaja dan akan memudahkan tugas seorang suri rumah yang semakin berumur.
Selain cadar patchwork, anda boleh dapatkan berbagai jenis-jenis cadar serta warna-warna yang menarik mengikut citarasa sendiri yang boleh dipilih melalui laman Lazada dan Shopee.
8. Robotic Vacuum
Pasti si dia akan suka hadiah ini kerana robot vacuum ini mampu membersihkan lantai di rumah dengan secara tekan suis dan semuanya telah selesai tanpa perlu bersusah payah menggunakan tangan.
9. Baju Kurung Ruffles
Rasanya ramai wanita yang menyukai baju kurung jenis Ruffles ini kerana ada kain kembang payung yang berpoket serta amat selesa dipakai serta akan tampak lebih cantik dan menarik.
Jenis kain pula adalah daripada material Chiffon Crepe serta wudhu friendly, berkolar bulat, tidak melekat di badan dan mempunyai pelbagai saiz yang berbeza.
10. Ladies Purse
Purse pastinya amat disukai sang istri dan semua kaum hawa kerana benda ini biasanya adalah kegunaan harian untuk mengisi duit dan sebagainya.
11. Tudung Naelofar
Tentunya ramai yang tahu tudung Naelofar ini adalah tudung yang cantik dan harga yang berpatutan jika nak dibandingkan dengan berbagai jenama tudung yang lain.
Jangan fikir panjang, jika anda kehilangan idea, hadiah untuk isteri muslimah adalah tudung yang paling terbaik untuk dihadiahkan kepada seseorang yang anda sayang itu, pasti dia suka.
12. Air Fryer
Peralatan dapur seperti ini menjadi satu keperluan pada zaman sekarang dan ia adalah salah satu alat yang perlu ada di rumah serta akan memudahkan tugas untuk memasak.
Lebih penting, jika wanita tersebut suka memasak, pastinya dia akan menghargainya kerana alat ini sememangnya sangat berguna untuk masak berbagai jenis masakan dengan mudah.
Baca : Senarai Cadangan Hadiah Untuk Lelaki Yang Terbaik
13. Set Pisau Viral
Set pisau ini sangat menarik dan cantik bagi mereka yang menyukai alatan yang berwarna warni. Biasanya wanita amat suka dengan warna pink, apa kata beli satu untuknya?
14. Kasut
Kasut terbukti semua wanita suka dan lebih penting kasut yang berkualiti serta cantik. Tentang harga pula kebanyakkannya di bawah RM50 sahaja, belilah satu.
15. Beg Tangan Berjenama
Jenama beg tangan yang popular tapi boleh dibeli dengan harga yang sangat murah di Lazada dan Shopee. Kualiti pula hampir sama dengan original, jangan bimbang.
Sesetengah wanita tidak mementingkan harga dan jenama, yang paling penting adalah hadiah yang diberikan sebagai satu penghargaan dan tanda kasih dan sayang.
16. Set Alat Solek
Alat solek atau barang make up sesuai untuk isteri yang suka bersolek dan yang mementingkan kecantikan serta penampilan. Boleh dikatakan semua wanita zaman sekarang semua suka cantik.
Artikel Berkaitan : Senarai Hadiah Kahwin Untuk Pengantin Yang Sesuai
17. Lipstick
Gincu adalah antara aksesori wanita yang wajib ada dan kalau anda inginkan wifey yang anda sayang itu sentiasa cantik dan menawan, apa kata hadiahkan lipstik?
18. Dress Mengandung Lily
Jika wanita yang anda sayangi sedang hamil, anda boleh belikan hadiah seperti ini ia dress mengandung yang seakan-akan jubah, sesuai untuk semua ibu-ibu yang sedang mengandung.
Dress Mengandung Lily ini sangat menarik kerana mempunyai padding di bahu, poket dan zip di bahagian dada untuk memudahkan si ibu untuk menyusu nanti ketika selepas bersalin anak.
Kualiti tinggi serta mesra wuduk dan boleh dipakai oleh wanita muslimah dan ibu yang mengandung sehingga ke 9 bulan, malah jahitan yang kemas dan kain yang tidak melekat pada badan dengan pemilihan saiz yang betul.
19. Set Skin Care
Set penjagaan kulit seperti ini juga sesuai untuk menjadi hadiah untuk perempuan dan pastinya mereka akan suka kerana semua wanita amat mementingkan penjagaan kulit untuk kelihatan cantik dan menyerlah.
Harga set penjagaan kulit ini juga sangat berpatutan selain kualitinya terbukti terbaik kerana ramai wanita yang membelinya berdasarkan rating dan review pembelian.
20. Set Senduk Silicone Viral
Set senduk silicone utensil spatula atau sudip satu set untuk periuk ini adalah hadiah untuk wanita yang kini jadi trend di laman sosial dan viral dek kerana harga yang murah bawah RM50 sahaja untuk setiap set.
Anda juga boleh memilih warna yang disukai serta bersesuaian dengan minat kaum hawa, kebanyakannya berwarna lembut seperti pink, hijau muda, biru dan sebagainya.
21. Sejadah Tebal dan Gebu
Sejadah daripada jenis yang kualiti tinggi biasanya dari kain yang tebal atau baldu yang banyak selain sedap dipakai ketika ingin menunaikan solat malahan apabila duduk di atasnya terasa seperti span.
Apa kata hadiah untuk yang tersayang pada kali ini anda belikan hadiah sejadah baldu seperti ini dan tentunya si dia akan suka kerana dihadiahkan sejadah untuknya.
22. Periuk Le Creuset
Jika anda mempunyai bajet lebih, anda boleh membeli periuk Le Creuset yang mana periuk jenis ini sentiasa menjadi idaman ramai perempuan di luar sana dan termasuk semua ibu di Malaysia.
Harga pula agak tinggi tetapi tidaklah beribu ringgit dan jika dibeli secara online melalui Shopee dan Lazada harganya sekitar RM100 sehingga RM200 sahaja serta kualitinya terbukti amat baik dan boleh dipuji.
23. Mesin Pengurut Kaki
Jika ada yang sering mengadu dia selalu lenguh-lenguh kaki dan betis, mesin pengurut kaki atau Foot Therapy Massager Reflexolofy Machine ini sangat sesuai untuknya menghilangkan semua kesakitan itu.
Harga pula sangat berpatutan dan boleh dikatakan tidak terlalu mahal memandangkan mesin pengurut ini mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan tersendiri yang berharga bawah RM300 sahaja.
24. Vacuum Cleaner Khind
Vacuum cleaner jenama Khind adalah antara yang terbaik yang ada di pasaran selain Midea, Panasonic dan banyak lagi. Namun, mesin vacuum seperti ini mudah untuk mencuci segala kotoran dan habuk.
Kelebihannya adalah mempunyai batang untuk memegang yang panjang dan ini memudahkan kerja untuk menyedut segala kekotoran yang berada di bawah meja atau katil serta boleh diguna setiap hari.
Jika tugas wanita yang sentiasa vakum di rumah bermakna barang elektronik jenis ini sangat elok diberikan serta buat kejutan padanya dan dia tak perlu lagi nak menyapu sehingga menyebabkan sakit pada pinggang.
25. Pembakar Roti Multifunctional Toaster
Pembakar roti yang berkualiti tinggi adalah jenama Philips yang mana ramai orang telah memujinya kerana tahan lama dan boleh diguna dalam jangka masa yang panjang.
Namun, ada juga jenama lain yang setanding kualitinya dengan Philips iaitu Panasonic, Khind, Pensonic dan banyak lagi yang boleh anda pilih mengikut bajet dan kemampuan.
Sebenarnya, toaster jenama Philips ini tidak terlalu mahal dan harga pula di bawah RM100 sahaja dan ia kelihatan mahal serta ekslusif, hakikatnya sangat murah dan berbaloi jika membelinya untuk si dia.
26. Cabinet Organizer Storage Box
Hadiah ini yang paling sesuai untuk semua perempuan termasuk kekasih hati dan semua orang pasti suka. Selain harga sangat murah, ia didatangkan satu set lengkap dengan warna warni mengikut pilihan sendiri.
Percaya tak harganya bawah RM30. Simple dengan 5 jenis warna iaitu biru, hijau, oren, putih dan kuning amat berkualiti, bilik atau ruang dalam rumah nampak lebih kemas dan rapi, kan? Cepat sebelum masih ada stok.
27. Russell Taylor Mixer
Dengan mixer jenis yang popular ini akan memudahkan semua tugas seorang isteri di dapur untuk penyediaan biskut, kek, roti, ais krim dan sebagainya. Sekurang-kurangnya dengan adanya mixer ini kerja memasak menjadi lebih cepat dan harga sangat murah.
28. Electric Digital Rice Multi Cooker
Periuk multifunction iaitu mempunyai pelbagai fungsi untuk penyediaan semua jenis makanan sebenarnya sangat diperlukan oleh seorang isteri yang sering memasak dan ia sangat berbaloi kerana harganya pada ketika ini hanya RM115.50 sahaja.
Jadi, sebagai seorang suami yang prihatin terhadap isteri yang juga berkerja, periuk jenis adalah pilihan paling terbaik untuk dihadiahkan kepada buah hati anda itu selain dapat menjimatkan masa dan duit dari poket anda sendiri.
29. Smart Watch For Woman (Jam Kesihatan)
Jika anda amat mengambil berat tentang kesihatan isteri, tidak salah membeli jam kesihatan atau smart watch ini kerana ia mempunyai berbagai fungsi untuk kebaikan si pemakai antaranya memantau kadar degupan jantung, oksigen, darah, masalah tidur dan banyak lagi.
Anda boleh lihat sendiri apa yang terdapat di dalamnya melalui pautan yang dikongsikan berikut samada di Shopee atau Lazada, anda yang buat pilihan. Apa yang menarik boleh link dengan telefon untuk sms, wechat, app dan sebagainya.
30. Toshiba Android TV 4K UHD
Android TV brand Toshiba dengan saiz 55 inci sememangnya sangat berkualiti dan sekiranya di rumah anda masih belum ada TV seperti ini serta mempunyai bajet yang besar, tak salah jika dihadiahkan kepada isteri.
Android TV ini juga mempunyai pelbagai saiz yang berbeza dan anda boleh memilih mengikut kemampuan dan keinginan. Walau bagaimanapun, apa yang menarik adalah fungsinya yang sangat banyak seperti boleh menonton Netflix, YouTube dan banyak lagi.
Kesimpulan
Sebagai seorang suami, menghadiahkan sesuatu kepada isteri adalah amat digalakkan dalam Islam yang mana perbuatan ini umpama sebuah penghargaan kepadanya yang selama ini bertungkus lumus demi keluarga yang dibina sepanjang hidup bersama sejak dari awal perkahwinan sehingga saat sekarang. - FB
Semoga perkongsian idea dan cadangan senarai hadiah untuk isteri ini dapat membantu semua para suami untuk memberikan sesuatu untuk si dia yang dikasihi. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog