Anda berminat untuk menyertai anggota RELA iaitu Sukarelawan Malaysia tapi tak tahu cara nak memohon buat pendaftaran secara online melalui sistem pengurusan maklumat MyRELA atau portal rasmi serta tertanya-tanya bagaimana nak semak permohonan yang telah dihantar?
Jangan khuatir, kami kongsikan panduan untuk mengisi borang menerusi website, semestinya sangat mudah untuk mohon serta pastikan semua maklumat yang diperlukan tersedia selain semuanya lengkap, tepat dan betul supaya proses untuk pemilihan lebih cepat dijalankan.
Sebelum mendaftar, anda disarankan tahu serba sedikit tentang syarat-syarat untuk permohonan menjadi anggota RELA, faedah atau kelebihan apabila menganggotai sukarelawan ini serta tugas-tugas penting dan sebagainya.
Cara Mohon RELA & Semakan Status Permohonan
Berikut adalah panduan ringkas untuk permohonan anggota RELA yang ditunjukkan dari awal sehingga tamat buat pendaftaran berserta dengan toturial bergambar melalui sistem rasmi MyRELA.
Syarat-Syarat Permohonan
1. Semua rakyat Malaysia dan warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas berkelayakan untuk memohon menjadi sebagai salah seorang anggota RELA.
2. Seseorang yang sihat tubuh badan dari segi mental dan fizikal layak untuk menganggotai pasukan ini.
3. Calon yang ingin memohon BUKAN seorang anggota Angkatan Tentera.
4. Calon juga BUKAN seorang daripada mana-mana pasukan atau telah menyertai mana-mana skim sukarelawan yang telah ditubuhkan di bawah undang-undang yang bertulis.
5. Ketinggian untuk pengambilan anggota Rela bagi Lelaki adalah 5 kaki 2 inci dan Wanita pula 5 kaki sekurang-kurangnya.
6. Kelulusan akademik sekurangnya lulus peperiksaan PMR, SRP, SPM atau telah tamat tingkatan 3.
7. Lulus pemeriksaan kesihatan dan lulus ujian saringan awal air kencing
8. Melepasi tapisan keselamatan dan rekod jenayah.
Panduan Permohonan Menjadi Anggota RELA
1. Sila layari laman Sistem Pengurusan Maklumat MyRELA online di pautan berikut https://myrela.moha.gov.my/myrela/index.php/online/permohonan_online
2. Apabila sistem memaparkan halaman MyRELA, anda perlu klik pada menu yang tertera Permohonan Online untuk memasukkan semua maklumat diri yang diperlukan untuk pendaftaran.
3. Perkara yang paling penting adalah memastikan anda telah mengisi maklumat dengan betul serta ruangan yang bertanda asterisk * berwarna merah telah pun diisi.
4. Setelah selesai memasukkan data pengenalan diri berserta dengan semua informasi yang diminta, anda digalakkan membuat semakan sebelum menekan butang hantar seterusnya.
5. Apabila selesai menghantar, satu mesej notifikasi akan dipaparkan samada pendaftaran anda telah berjaya atau tidak. Jika tidak berjaya, sistem akan menyatakan anda perlu memohon semula.
Semakan Status Permohonan RELA
1. Untuk semakan status permohonan ahli RELA, anda perlu klik atau layari portal berikut https://myrela.moha.gov.my/myrelamobile/rela/semak
2. Masukkan maklumat MyKad iaitu nombor kad pengenalan, kemudian terus tekan butang SEMAK.
3. Keputusan permohonan anda akan dipaparkan dengan mesej yang tertera perkataan samada berjaya atau tidak berjaya.
Tugas-Tugas Anggota RELA Terkini
- Melaksanakan jaringan kerjasama dengan semua pasukan keselamatan seperti PDRM, Tentera, Bomba dan lain-lain agensi penguatkuasaan yang terdapat di Malaysia.
- Menjalankan semua aktiviti yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan juga sosio-ekonomi setempat.
- Membangunkan modal insan menerusi semua latihan yang ditetapkan serta bersesuaian kepada semua anggota.
Faedah Keahlian Anggota RELA
- Keahlian RELA adalah percuma
- Akan dibayar khas untuk semua anggota dengan elaun latihan dan ketika bertugas
- Diberikan pakaian seragam (Uniform) untuk operasi secara percuma tanpa sebarang bayaran dikenakan.
- Peluang untuk mengikuti latihan dan kursus yang diadakan dengan percuma serta dibayarkan elaun selain turut disediakan tempat untuk penginapan dan juga makanan percuma.
- Berpeluang untuk mendapatkan kerjaya yang lebih baik bersama dengan agensi-agensi dan juga syarikat keselamatan.
- Diberikan perlindungan insurans diri jika terlibat dalam sebarang kemalangan sewaktu menjalankan tugas.
Baca : Daftar Permohonan Sukarelawan APM Online
Info Tambahan dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan untuk memohon menjadi ahli RELA atau ingin mendapat keterangan lanjut selepas surat dihantar kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia, anda boleh hubungi pihak terbabit mengikut cawangan daerah atau negeri yang terdekat serta Ibu Pejabat seperti berikut:
- Kuala Lumpur
- Selangor
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Johor
- Pahang
- Kelantan
- Terengganu
- Perak
- Kedah
- Pulau Pinang
- Perlis
- Sabah
- Sarawak
Ibu Pejabat RELA Malaysia
Aras 7, 8, & 9, Blok D9,
Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan.
Contact Number
03 8870 3760 / 3770
Fax Number
03-8890 5540
Emel
pro_rela(@)moha.gov.my
Portal Rasmi
https://www.rela.gov.my/
Media Sosial
Diharap perkongsian cara buat permohonan dan pendaftaran untuk menganggotai pasukan sukarelawan RELA Malaysia ini dapat membantu serta memudahkan urusan anda. Semoga berjaya dan bermanfaat. - Bukit Besi Blog