Cara Tebus Hadiah Melalui Aplikasi SmartHeart MY

Cara Tebus Hadiah Melalui Aplikasi SmartHeart MY

Bagi anda yang telah menggunakan aplikasi mobil SmartHeart MY untuk Si Comel tetapi masih lagi belum tahu bagaimana untuk redeem hadiah apabila mempunyai mata ganjaran yang banyak, jangan risau kami cuba terangkan caranya yang sangat mudah.

Sebelum menebus sebarang jenis hadiah pastikan mata ganjaran anda mencukupi berpandukan kepada mata ganjaran yang dimiliki berserta hadiah yang bersesuaian dengan jumlah mata ganjaran tersebut.

Cara Menebus Hadiah Melalui Aplikasi Mobile SmartHeart MY


SmartHeart untuk kucing kesayangan

1. Sebelum anda tebus pastikan juga anda telah berada di bahagian Home dalam aplikasi SmartHeart, seterusnya klik pada bahagian sidebar seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah untuk buat semakan mata ganjaran yang terkumpul berserta tarikh tamat (Expired Date).

Loyalty point via pets app

2. Jika mata anda mencukupi, sila tekan back untuk ke menu utama dan klik pada menu Redemption untuk menebus hadiah seterusnya senarai hadiah akan terpapar dan pilihkan produk berdasarkan kepada baki mata ganjaran (Loyalty Point).

Redeem hadiah smartheart

3. Selepas itu, klik pada produk yang dikehendaki seperti gambar di bawah, kuantiti kemudian klik pada Add to Cart dan buat transaksi seterusnya berpandukan kepada arahan aplikasi mobil SmartHeart MY. Ianya sangat mudah kan?

Senarai hadiah istimewa

Rujukan

Kesimpulan


Yang penting sebelum nak tebus anda kenalah kumpul mata ganjaran dulu. Ada macam-cara anda boleh lakukan untuk mendapatkan mata ganjaran dan antaranya seperti di bawah, pasti anda dapat Loyalty Point dengan mudah apabila melakukan perkara-pekara dalam senarai berikut:

1. Jawab Kuiz
2. Beli produk menerusi Aplikasi Mobil SmartHeart MY
3. Bonus Pendaftaran (1000 pts)
4. Pet Profile
5. Referral Program

Jadi, jom kumpul mata ganjaran banyak-banyak dan tebus cenderamata eksklusif daripada SmartHeart yang tiada di tempat lain. Sila download aplikasi istimewa ini hari ini melalui pautan berikut yang dikhaskan kepada pengguna Android di Google Play Store dan iPhone, iOS, iPad dan sebagainya di Apple Store.

Semoga perkongsian bagaimana cara untuk menebus hadiah dengan menggunakan aplikasi SmartHeart MY ini dapat membantu serta memudahkan anda mendapatkan hadidah istimewa yang dikhaskan untuk semua pelanggan dan pengguna aplikasi khas untu si comel ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog