Perabot Taman Gazebo Pergola Wakaf Kayu Bukit Besi Terengganu

Contoh pergola kayu dan gazebo murah

Bukit Besi Kayu Kraf adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kayu daripada Bukit Besi, Dungun, Terengganu yang mahir dalam pembuatan dan pemasaran perabot taman seperti Gazebo, Pergola, Wakaf Kayu dan sebagainya. BBKK telah dikenali ramai kerana pembuatan perabot taman berasaskan kayu.

BBKK juga terkenal kerana telah menjual dan memasarkan produknya di seluruh Malaysia. Antara produk yang dijual adalah seperti hiasan taman dan halaman di depan rumah yang menarik, kemas, cantik, kukuh dan berkualiti dengan senarai harga yang amat kompetitif, murah dan berpatutan mengikut kemampuan pelanggan.

Perabot taman dan laman hasil keluaran BBKK menjadi aksesori pelengkap bagi menyerlahkan nilai dan keindahan sesebuah taman dan landskap. Begitu juga dengan pembuatan wakaf kayu, gazebo, pergola dan juga pondok kayu yang dijual dengan harga murah.

Gambar gazebo kayu

Gazebo, Pergola, Pondok & Wakaf Kayu


Objektif utama BBKK adalah memasarkan produk hiasan taman dan laman seperti Wakaf Gazebo Kayu, Pergola Rumah Kayu, DIY Wakaf Kayu, Meja Taman, Ukiran Kayu, Pondok dan berbagai lagi mengikut design atau rekabentuk yang diinginkan pelanggan.

Selain itu, BBKK juga terlibat dalam merekabentuk design produk ubah suai kediaman berasaskan kayu seperti anjung, beranda, pagar kayu, pintu gerbang dan sebagainya yang berkait dengan pembuatan perabot atau barangan dari jenis kayu.

Gazebo taman depan kayu jati

Harga pergola kayu Malaysia

Harga pergola kayu Murah

Gazebo Malaysia Ukiran Tradisional Melayu

BBKK juga turut berjaya menghasilkan produk kayu seperti Chalet dan Rumah Kayu. Sememangnya menjadi keutamaan BBKK memberi sentuhan unsur-unsur keindahan seni ukir Tradisional Melayu kepada hampir semua jenis produk BBKK yang telah dijual kepada ramai pelanggan berdasarkan permintaan yang tinggi.

Dengan berbagai pengalaman di dalam bidang perabot taman seperti ini, membolehkan BBKK mengilhamkan dan menghasilkan produk hiasan taman yang unik, menarik dan berkualiti. Ini sekaligus mampu menjadikan produk BBKK amat diminati dan menjadi pilihan peminat-peminat perabot taman yang berasaskan kayu di negara kita.

Gambar meja kayu jati

Kerusi meja laman diy

jual pergola hiasan laman

Aneka Bentuk Dan Jenis Kayu

Kehebatan kayu tropika dalam pembuatan seperti Cengal, Balau, Keruing, Meranti dan lain-lain dapat memastikan produk BBKK bersedia menghadapi cabaran cuaca. Keindahan landskap yang dihiasi dengan perabot taman BBKK mampu menceriakan suasana taman dan halaman, sementara itu boleh meningkatkan kualiti ikatan kasih sayang antara setiap keluarga.

Berkemungkinan keadaan dan hubungan kekeluargaan akan terjalin lebih mesra jika sesekali boleh bersantai di atas gazebo kayu yang direka khas oleh pihak BBKK ini.

Harga Wakaf Kayu Gazebo

beli harga gazebo kayu murah di Terengganu

Kepentingan Sesebuah Landskap Taman

Sekolah-sekolah juga adalah antara agensi kerajaan yang telah membeli produk hiasan taman BBKK untuk menghias laman dan tempat-tempat rekreasi mereka. Dan juga pihak swasta seperti restoran, resort, hotel dan sebagainya turut terlibat menggunakan produk BBKK untuk mengindahkan dan menyerikan lagi taman-taman serta landskap-landskap mereka.

Kemudahan-kemudahan landskap di taman-taman seperti ini disediakan demi memastikan semua masyarakat sama ada di kalangan pekerja atau kakitangan, para pengunjung dan juga pelanggan akan dapat berehat pada masa-masa terluang di atas produk landskap tersebut.

Sementara itu, landskap yang menarik dengan kombinasi produk kejur dan lembut dapat memberi kesan yang mendalam ke dalam setiap jiwa insan yang memilikinya. Dengan itu ia dapat mengurangkan tekanan yang mungkin dirasai akibat faktor-faktor tertentu seperti persekitaran dan faktor negatif yang lain.

Pembekal Wakaf Kayu

cara buat gazebo kayu

ukiran kayu Ala Inggeris

DIY meja kayu murah

Cara Buat Gazebo Kayu

Kami juga kongsikan video tutorial cara buat gazebo kayu dan pondok rehat menerusi video YouTube yang menerangkan bagaimana cara membuatnya. Anda boleh melihat proses pembuatan gazebo dari awal sehingga akhir.



Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk-produk seperti gazebo, Pergola, Wakaf Kayu dan produk kayu yang lain atau anda ingin membeli, anda boleh menghubungi Encik Roslan Taib iaitu Pengurus syarikat Bukit Besi Kayu Kraf di talian +6019-931 0818.

Melalui talian yang disertakan anda boleh membuat pertanyaan berkaitan dengan gazebo kayu, wakaf, pergola berserta harga atau menempah pembuatan sebarang perabot yang diminati melalui Encik Roslan Taib atau anda juga boleh menghubungi beliau di ruangan Contact yang kami sediakan. Rujukan asal: Wakaf Warisan

Selamat Tahun Baru 2015

Salam satu Malaysia. Selamat menyambut tahun 2015 kepada semua pembaca blog Bukit Besi. Tahun 2015 adalah lembaran baru untuk kita semua. Semoga di tahun baru ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua.

tahun baru 2015
Mungkin ada diantara pembaca blog ini tertanya-tanya kenapa tidak dikemaskinikan seperti sebelum ini. Untuk makluman anda semua, penulis menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan dan masa untuk berblog memang tiada namun hati selalu teringat untuk update di blog ini. Antara masalah penulis adalah seperti Ayahnda tercinta pulang ke rahmatullah, kesihatan isteri penulis tidak memuaskan, urusan perniagaan dan pemindahan seperti angkut barang, tukar alamat dan banyak lagi. Ye sangat banyak.

Saya akan mengemaskinikan blog ini seperti biasa iaitu sebulan sekali atau seminggu sekali padahal sepurnama sekali sebenarnya. In sha Allah, mudah-mudahan semua akan back to normal.

Dun Bukit Besi
Oh ya, selama saya tidak online bermacam peristiwa sedih dan sebagainya berlaku di Malaysia. Berkaitan dengan musim banjir dan pesawat Air Asia yang terhempas. Saya mendoakan kebaikan untuk mereka semua. Sekiranya anda ingin membantu mangsa banjir di Terengganu. Sila rujuk gambar di atas.

Saya ada kejutan untuk anda semua. Stay tuned.

Pasar Tani Dataran Bukit Besi

Salam satu Malaysia. Pasar Tani Bukit Besi atau juga dikenali sebagai Pasar Tani Dataran Seri Bangun telah pun dibuka kepada orang ramai. Pelancaran Pasar Tani ini telah dirasmikan oleh YB Roslee Daud iaitu Wakil Rakyat bagi DUN Bukit Besi pada 30 Ogos 2014.

Lokasi Pasar Tani ini adalah di perkarangan Pejabat Adun Bukit Besi iaitu di simpang Lay Bay, Bukit Besi. Ia juga berdekatan dengan persimpangan ke Lebuhraya Pantai Timur, Bukit Besi. Pasar Tani Bukit Besi hanya di buka pada setiap hari Sabtu saja, bermula daripada pukul 8 pagi sehingga pukul 1 tengahari.

Pasar Tani Dataran Seri Bangun

Dataran Seri Bangun

Dengan adanya Pasar Tani seperti ini di Bukit Besi, ini akan lebih memudahkan kepada semua penduduk Bukit Besi dan sekitarnya untuk mendapatkan berbagai kelengkapan, makanan serta barangan basah seperti sayur-sayuran segar, ikan segar, ayam, daging dan macam-macam lagi. Di bawah ini saya sertakan beberapa gambar di sekitar Pasar Tani Bukit Besi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Roslee Daud kerana begitu prihatin dan melaksanakan tugas dengan baik malah memberikan idea-idea terkini kepada seluruh penduduk Bukit Besi.

Ikan Ketam Segar

Simpang Lay Bay

Berbagai Jenis Sayur

Pemandangan Pasar Tani

Jom kita pakat gi Pasor Tani Bukit Besi!!

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Bercili

Fenomena Jeruk Mangga Asam Boi Bercili memang banyak diperkatakan di semua media sosial di Malaysia. Malah ada yang menjual secara online untuk menambahkan pendapatan. Saya percaya ramai yang menyukai jeruk seperti ini terutamanya perempuan. Saya tahu ramai yang sudah tahu tentang resepi jeruk ini tetapi saya ingin juga berkongsinya di blog ini.

Resepi mangga asamboi ini saya perolehi daripada facebook tapi saya olahkan sedikit iaitu dengan merendamkan mangga putik ini bersama air garam terlebih dahulu selama sejam sebelum toskan serta memasukkan bahan-bahan lain dan peramkan di dalam peti ais selama beberapa jam.

Jeruk Mangga


Resepi Mangga Asam Boi Bercili


  • 3 Biji Mangga muda atau putik
  • Asam Boi beberapa peket
  • Cili padi
  • Gula
  • Garam

Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi


  • Potong buah mangga putik mengikut keselesaan anda. Buah mangga muda yang telah siap dipotong direndam bersama air garam selama sejam atau 30 minit memadai.
  • Setelah ditoskan masukkan cili padi yang telah dipotong. Lebihkan cili jika anda suka pedas
  • Masukkan asam boi mengikut kuantiti anda sendiri
  • Masukkan gula dan garam
  • Gaulkan semua bahan dan masukkan ke dalam bekas atau tupperware dan simpankan di dalam peti ais beberapa jam. Siap

Mangga Asam Boi

Memang sedap dan anda tidak perlu beli, lebih baik buat sendiri kerana cara nak buat jeruk ini tersangat mudah. Ini percubaan pertama saya dan yang paling seronok isteri saya sangat suka. Semua anak - anak buah saya makan sampai minta dibuat lagi. Jika anda tidak berkesempatan untuk membuat sendiri dan ingin membeli Jeruk Mangga Asam Boi Bercili ini secara online, anda boleh menghubungi Cik Puan Mozza Sulong melalui facebook beliau di Mozarella Cheese.

Alamat UiTM Bukit Besi Dungun Terengganu

Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kampus Bukit Besi yang berkeluasan 120 hektar ini telah lama beroperasi secara rasmi dan telah membuat pengambilan pelajar pertama sejak Jun 2013. Kampus ini juga adalah menjadi kebanggaan warga Bukit Besi dan juga seluruh rakyat Terengganu.

Alamat UiTm Bukit Besi

Alamat UiTM Kampus Bukit Besi

Jika anda sedang mencari alamat surat menyurat bagi UiTM kampus Bukit Besi, di sini saya sertakan alamat UiTM Bukit Besi yang betul mengikut sumber yang saya perolehi daripada kakitangan UiTM Bukit Besi.

Universiti Teknologi Mara
UiTM Kampus Bukit Besi
23200, Bukit Besi
Dungun, Terengganu
Darul Iman

No Telefon : 09 - 833 5001
No Tel Fax : 09 - 833 5003

Tanaman dan Penjagaan Bunga Orkid di Malaysia

Bunga orkid yang cantik

Bunga orkid adalah antara tumbuhan yang paling popular di dunia. Cantik, berbagai bau dan berbagai warna seperti ungu, merah, kuning, biru, hijau, coklat dan banyak lagi. Bermacam jenis orkid ada dijual di pasaran setiap hari, tetapi adakah anda tahu bahawa hutan di Malaysia adalah antara hutan yang mempunyai ribuan jenis dan spesies orkid.

Melalui kajian, lebih kurang 2500 spesies di Sabah dan Sarawak, dan lagi 850 spesies di Semenanjung Malaysia. Orkid biasanya membiak di kawasan hutan, tetapi hari ini, ramai peminat orkid dari seluruh dunia membela, menyemai dan menjadikan koleksi jenis-jenis orkid untuk menghiasi rumah-rumah dan taman-taman mereka malah orkid juga kini adalah salah satu perniagaan yang terbaik di Malaysia.

Teknik, petua dan cara penjagaan orkid adalah dengan memahami keperluan hidup tanaman ini mengikut jenis tertentu. Baja dan air adalah keperluan utama untuk kebanyakkan jenis orkid, walau bagaimanapun, terdapat beribu-ribu jenis orkid yang hidup dalam keadaan yang pelbagai.

Cara menanam pokok orkid adalah mengikut jenis dan anda perlu mengenali jenis orkid untuk menanamnya. Inilah yang menarik perhatian pada peminat orkid kerana mengenali dan menjaga orkid boleh menjadi satu cabaran dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

laman orkid

Cara Dan Teknik Penjagaan Orkid


  • Arang biasanya digunakan untuk orkid memanjat atau dikenali sebagai orkid epifit (Epiphytes) dan boleh juga digabungkan dengan batu-bata. Pecahan arang perlu direndam selama semalaman untuk menghilangkan garam yang biasanya diperolehi daripada kayu bakau.
  • Batu-bata juga digunakan untuk orkid epifit iaitu orkid yang menjalar. Campuran pecahan arang dan batu-bata adalah perlu kerana kebanyakkan orkid memerlukan gabungan arang dan batu-bata. Batu-bata perlu direndam selama semalaman bersama racun kulat dan perlu dikeringkan sebelum menanam orkid.
  • Serbuk kayu diperlukan oleh orkid yang ditanam di dalam pasu dan juga jenis yang memanjat. Lazimnya, gabungan pecahan arang dan batu-bata diletakkan bersama serbuk kayu. Serbuk kayu perlu direndam selama semalaman bersama racun kulat untuk menghilangkan kekotoran yang terdapat di dalamnya. Keringkan serbuk kayu sebelum digunakan.
  • Batang Paku Pakis Gajah digunakan untuk tanaman orkid yang digantung. Ia mampu menyimpan air di dalam jangka masa yang teramat lama dan membantu orkid untuk terus hidup. cara menggunakannya adalah memotong dengan potongan yang bersesuaian mengikut pasu dan pokok orkid yang ingin ditanam.

Orkid Atas Tanah

Orkid Liar

Orkid Hutan

Baja Orkid

Cara penjagaan orkid di atas adalah pandangan dan kajian saya secara peribadi. Sebenarnya masih banyak lagi cara, teknik, penanaman dan penjagaan orkid yang bersesuaian mengikut jenis yang boleh anda dapati di luar sana dan juga melalui internet.

Sekiranya anda ingin berkongsi dan mendapatkan pengetahuan berkaitan dengan bunga orkid di facebook. Anda perlu menaip di ruang SEARCH di Facebook berkaitan dengan group orkid, peminat orkid dan sebagainya. Semoga anda sukses dan berjaya dengan minat anda terhadap orkid.

Lagu Kerabu Pucuk Paku Loghat Terengganu (Mat Over)

lirik lagu kerabu pucuk paku mat over

Lagu Kerabu Pucuk Paku adalah lagu rakyat Terengganu yang mempunyai unsur - unsur nasihat melalui lirik yang dinyanyikan dalam loghat negeri Terengganu. Sebenarnya lagu ini adalah lagu lama, tetapi saya sengaja kongsikan lagu ini di blog ini.

Mungkin ada diantara kita generasi baru masih lagi tidak tahu tentang kewujudan lagu yang memang best didengar bagi saya orang Terengganu. Lagu ini dinyanyikan oleh pelakon dan pelawak daripada Terengganu yang dikenali sebagai Mat Over.


Lirik Lagu Kerabu Pucuk Paku


Kerabu pucuk paku sayur kacang
Panggang ikang puyu tumbuk sambal belacang
Celur pucuk labu buat ulam
Tanok nasi beras usang
Ikang kering anok tambang

Nok makang sedak kita pitih tak dok
Bini beranok rapat anok rama telajok
Kalau pisang sikat kite dok dang koyok
Ade lagi hok duk teriok
Hok ni kecing hok ni berok

Tamboh pulok keje buleh sikit sikit
Banyok hok duk sajer perabih duit
Lepah-lepah isyak dok dang makang nasi
Bosang anok duk jerit
Pagi-pagi mitok duit

Chorus

Kadang-kadang mari pikir dalang hati
Macang mane care nak tamboh rezeki
Mujurlah pagi ni ade saing mari
Ajok nega kecik-kecik
Rase senang dalam ati

Ambe nega buat kusi rotang
Ade warne cokelat warne itang
Nok ator dekat jabat keraftangang
Jalan Conlay Bukit Bintang
Buleh tamboh pendapatang

Begitulah care kalu mau idup
Buat ape saje yg kite sanggup
Jangang duduk saje buat bucit perut
Lame-lame buleh meletup
Anok bini buleh cabut

Ulang Chorus

Orang tue dulu ade bese pesang
Kalu-kalu kite nok wi anok jarang
Rebuh akor kayu buwi bini makang
10 tahun buleh sorang

Penyanyi : Mat Over

Macamana? Best tak lagu Kerabu Pucuk Paku loghat Terengganu? Mungkin bukan orang Terengganu akan kata tak best, tapi kalau orang Terengganu, mesti best.

Senarai Klinik 1 Malaysia

Seluruh Negeri Di Malaysia

Berikut dikongsikan senarai Klinik 1 Malaysia bagi seluruh negeri di semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh pembantu hospital (HA). Kerajaan membenarkan HA memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula.

Walau bagaimanapun, Klinik 1 Malaysia ini dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

Objektif Klinik 1Malaysia


Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat.

Skop Perkhidmatan

  • Perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain.
  • Rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti Diabetes, Darah Tinggi dan Asma.
  • Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan
  • Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti Demam Denggi.
  • Khidmat Nasihat/Pendidikan kesihatan.

Negeri Terengganu

Klinik 1Malaysia Batu 6
Lot 2987, Tingkat Bawah Jalan Taman,
Batu 6 23000
Dungun Terengganu
Tel: 09-8442722

Klinik 1Malaysia KP Perdana
Lot 1889, Rumah Kedai 2
Tingkat KP Perdana,
Kampong Kubang Parit
20050 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel: 09-6223918

Klinik 1Malaysia Kampong Nyior Tujuh
PT 1233, Tingkat Bawah
Bangunan Koperasi Guru, Depan RAKR
Kampong Nyior Tujuh
22000 Jertih
Terengganu
Tel: 09-6904193

Klinik 1Malaysia Kampung Tok Adis
PT 2586, Taman Adis Indah Fasa 1
Kampung Tok Adis, Kuala Ibai
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel: 09-6305095

Klinik 1Malaysia Wakaf Baru
Lot PT30712, Wakaf Baru
Mukim Kuala Nerus
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel: 09-6667861

Klinik 1 Malaysia Bukit Payong
PT 8216A, Tingkat Bawah
Bangunan Kedai Permit
Bukit Payong
21400 Marang
Terengganu
Tel: 09-6192193

Klinik 1Malaysia Binjai
GM562, Lot. 1190, Mukim Binjai
Kemaman
Terengganu
Tel: 09-8586081

Negeri Kelantan

Klinik 1 Malaysia Batu Melintang
PT 8646, Kg. Lakota
17600 Jeli
Kelantan
Tel: 09-9447621

Klinik 1 Malaysia Jelawat
Dean Masjid Jelawat
Bandar Jelawat
16070 Bachok
Kelantan
Tel: 09-7787010

Klinik 1 Malaysia Jalan Sri Cemerlang
Lot 348 Tingkat Bawah
Jln Sri Cemerlang
Seksyen 27
15350 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-7414834

Klinik 1 Malaysia Pengkalan Batu
Lot 633B, Kg. Pengkalan Batu
Jalan Pasir Pekan
17000 Pasir Mas
Kelantan
Tel: 09-7922211

Klinik 1Malaysia Pengkalan Kubur
Blok C 32, Perumahan JPN
Getting, Pengkalan Kubur
16200 Tumpat
Kelantan
Tel: 09-7211139/37

Klinik 1Malaysia Manal
Lot 8849, Kg. Padang Luas
Manal Jalan Ismail Petra
17500 Tanah Merah
Kelantan
Tel: 09-9580020/ 21/ 22

Klinik 1Malaysia Kg.Pulau Lima
PT 833, Kg Pulau Lima
16800 Pasir Puteh
Kelantan
Tel: 09-7520034

Klinik 1Malaysia Sg. Durian
Lot 5305, Mukim Kenor, Sg. Durian
18000 Kuala Krai
Kelantan
Tel: 09-9602060

Klinik 1Malaysia Pasir Tumbuh
PT 909, Rumah Kedai
Tmn Desa Darul Naim
Pasir Tumbuh
16150 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 019-9098445

Klinik 1Malaysia Panji
PT 792, Tkt Bawah Taman Sri Pauh
Jln. Panji
16100 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 017-9845035 /013-9338178

Negeri Pahang

Klinik 1Malaysia Kg Padang Jaya
Tingkat Bawah, B-32
Jalan Sungai Lembing
Kg Padang
25200 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5735542

Klinik 1Malaysia Taman Kempadang Makmur
No.2E, Lot 4629
Taman Kempadang Makmur
Kempadang
26060 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5513831

Klinik 1Malaysia Jalan Pak Sako
N0.12 Tingkat Bawah
Jalan Pak Sako 4
Bandar Seri Semantan
28000 Temerloh
Pahang
Tel: 09-2969630

Klinik 1Malaysia Ketari
No.73, Taman Anggerik, Ketari
28700 Bentong
Pahang
Tel: 09-222064

Klinik 1Malaysia Taman Rimba
No.11, Tingkat Bawah, Jalan Balau
Off Jalan Jelutong, Taman Rimba
28400 Mentakab
Pahang
Tel: 09-2773137

Klinik 1Malaysia Bandar Jerantut
F1, Rumah Awam Kos Rendah
Peringkat 3 & 4
Bandar Jerantut
27000 Jerantut
Pahang
Tel: 09-2662263

Klinik 1Malaysia Taman Maran Impian
No.21, Lorong Impian 1
Taman Maran Impian
26500 Maran
Pahang
Tel: 09-4771180

Klinik 1Malaysia Taman Amalina Lestari
No.30, Taman Amalina Lestari
27600 Raub
Pahang
Tel: 09-3551596

Klinik 1Malaysia Jalan Air Puteh
A-205, Jalan Air Puteh
25300 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5663406

Klinik 1Malaysia Taman Seri Inderapura
A1/3, Tingkat Bawah
Taman Seri Inderapura
25320 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5510052

Untuk mendapatkan senarai lengkap Klinik 1 Malaysia bagi negeri - negeri lain seperti Johor, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan juga Sarawak, anda boleh menyemak senarai berikut di Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Portal Kementerian Penerangan Malaysia.