Doa untuk melupakan seseorang yang sangat kita sayangi dan cintai yang mustajab boleh kita amalkan untuk terus tidak mengingati insan yang pernah kita sayang walaupun dia yang pernah menyakiti kita.
Dalam kehidupan pastinya ada waktu ketika gembira dan sedih tak kira sesiapa pun diri kita sama ada kaya atau miskin, lelaki dan perempuan, tua atau muda dan sebagainya.
Setiap daripada kita tentunya akan merasai betapa peritnya untuk menghadapi saat-saat sukar sehinggakan tertekan atau stress dek kerana perpisahan atau sebarang peristiwa yang amat menyedihkan.
Jadi, jalan terbaik dan sebaiknya kita melupakan seseorang itu walaupun kita masih merindu dan menyayanginya dengan sepenuh hati dan jiwa raga. Paling baik adalah serahkan segalanya kepada Allah SWT yang maha berkuasa.
Hubungan cinta dan kasih sayang adalah normal bagi semua manusia iaitu untuk lelaki dan perempuan sememangnya adalah lumrah alam yang diciptakan oleh Allah SWT.
Sesungguhnya perasaan sayang dan cinta adalah tulus ikhlas daripada hati dan jiwa kita kepada seseorang yang kita kasihi dan sayang tanpa berbelah bagi.
Walau bagaimanapun, kisah cinta sebelum berkahwin dan alam perkahwinan adalah situasi yang berbeza yang mana sekiranya tamat sehingga jinjang pelamin, cinta kita itu berjaya.
Jika sebaliknya tanpa perkahwinan, kita harus menghadapi saat-saat sukar kerana cinta kita hanya separuh jalan dan tiada jodoh di antara kekasih dan diri kita, jadi, bersabarlah.
Apabila putus cinta pastinya akan diiringi dengan deraian air mata dan kesedihan berserta dengan kekecewaan yang amat sangat sehingga kita perlu untuk melupakan si dia.
Maka, solat dan berdoa adalah antara cara yang amat digalakkan untuk melupakan segala kisah cinta serta diri kekasih yang amat kita sayangi itu.
Janganlah terlalu kecewa sehingga tidak mampu makan atau tidak mahu hidup lagi. Apa saja yang terjadi telah terjadi dan kehidupan ini perlu unyuk diteruskan.
Doa Untuk Melupakan Seseorang Yang Tersayang
Berikutnya adalah perkongsian tentang amalan zikir dan doa untuk kita lupakan seseorang yang kita sayang atau mereka yang pernah menyakiti diri kita atau sebagainya.
Doa ini adalah yang paling terbaik diambil daripada ayat suci Al-Quran daripada Surah Ar-Rad ayat yang ke-39 serta disertakan juga bacaan dalam rumi untuk memudahkan mereka yang tak tahu jawi atau tulisan Arab.
Walau bagaimanapun, sebelum membaca doa ini, anda dikehendaki membuat beberapa perkara terlebih dahulu sebelum mengamalkan agar ia akan mujarab dan menjadi penawar.
Cara untuk mengamalkannya adalah dengan cara-cara seperti yang dinyatakan di bawah, pastikan anda membuatnya supaya ia dapat menjadi ubat untuk melupakannya.
- Baca doa untuk lupakan seseorang ini selepas selesai menunaikan solat fardhu sebanyak 3 kali dengan tujuan serta niat dan keyakinan tinggi di dalam hati untuk melupakannya.
- Jangan lupa berniat untuk bertemu dengan seseorang yang baru agar dapat mengubati luka di hati kita itu.
- Doa ini akan lebih mustajab sekiranya ketika anda membaca disertakan dengan solat Hajat sebanyak dua rakaat pada waktu tengah malam sebanyak 7 kali sekitar 12 malam ke atas.
- Kemudian, berdoalah dengan bersungguh-sungguh guna Bahasa Melayu dengan meminta agar dapat melupakannya dalam kadar segera.
- Jangan lupa untuk memohon kepada Allah SWT agar diberikan pengganti yang jauh lebih baik serta turut membuka pintu hati kita untuk menerima jodoh yang menjadi idaman selama ini.
Baca : Doa Dimurahkan Rezeki Yang Melimpah Ruah
Selain itu, anda boleh juga memohon kepada Allah SWT agar diberikan petunjuk yang lebih baik dengan membaca doa-doa di bawah:
Doa Mohon Petunjuk
Doa ini bukan sahaja boleh digunakan untuk anda melupakan orang atau kekasih sahaja sebaliknya banyak penggunaannya samada ingin lupa terhadap sesuatu seperti berikut:
- Kisah silam
- Bekas suami atau isteri
- Terlupa letak barang
- Kesedihan dan kekecewaan
- Perkara buruk
- Terpaksa melepaskan sesuatu
- Peristiwa silam menakutkan
Baca : Doa Supaya Dipertemukan Jodoh Dengan Cepat
Cara Untuk Lupakan Si Dia Yang Tercinta
Selain membaca doa melupakan seseorang tersebut yang dijadikan sebagai usaha kebatinan, anda juga boleh berusaha dengan cara fizikal untuk terus lupa dengan mengikut beberapa tips seperti berikut:
- Terimalah kenyataan bahawa hubungan anda dengan si dia telah berakhir untuk selamanya.
- Ini adalah peluang anda untuk dapatkan seseorang yang terbaik dan lebih baik.
- Selalulah ingat tentang keburukan diri si dia itu agar anda terus lupa.
- Berikan semua pemberiannya seperti hadiah dan sebagainya kepada mereka yang lebih memerlukan.
- Bercampurlah dengan kawan-kawan atau bersosial dengan lebih kerap.
- Sentiasa membuka hati sendiri agar dapat menerima orang baru dalam hidup anda.
- Selalulah berbuat ibadat seperti solat dan sebagainya.
- Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar ditemukan jodoh dengan cepat
- Sentiasa sibukkan diri sendiri dengan sebarang kerja atau tugas yang anda suka.
- Lakukan setiap hari semua hobi-hobi yang anda minati dan jangan abaikan.
- Carilah seseorang yang rapat dengan anda untuk meluahkan isi hati dan bercerita.
Berakhirnya sesebuah hubungan itu tidak bermakna berakhirnya sebuah kehidupan malah tidak juga menjadi alasan untuk kita membenci seseorang, oleh itu redha adalah jalan terbaik.
Kita hanya mampu merancang, Allah SWT adalah segalanya yang menentukan setiap sesuatu yang paling baik untuk diri kita dan mereka yang anda sayangi.
Bersyukurlah dengan penuh keikhlasan kerana kita masih bernyawa pada hari ini serta bersyukur juga dengan apa saja yang kita ada tanpa menyusahkan sesiapa.
Zikir Untuk Tenangkan Hati
Antara usaha lain untuk lupakan seseorang yang kita cintai adalah dengan mengamalkan bacaan zikir seperti yang dikongsikan di bawah daripada video YouTube.
Baca : Doa Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri
Kesimpulan
Janganlah terus berputus asa tanpa melakukan apa-apa sehingga bersedih setiap masa tak kira siang dan malam kerana akhirnya merosakkan diri sendiri yang masih bernyawa.
Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan itu semua berlaku kerana takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT yang maha mengetahui segalanya.
Bacalah doa untuk melupakan seseorang serta ikuti semua tips untuk lupakan si dia yang anda sayang, insya Allah semuanya akan dipermudahkan.
Kami juga berdoa kepada sesiapa pun anda yang berhadapan dengan situasi ini yang cuba tidak ingat tentang seseorang itu agar terus berjaya melupakan dan mempunyai kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
Semoga perkongsian bacaan doa untuk lupakan seseorang dengan mudah dan cepat ini akan dapat membantu anda untuk terus gembira dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog