Surah Ar-Rahman Rumi dan Terjemahan Maksud (PDF & Audio MP3)

Surah Ar-Rahman Rumi dan Terjemahan

Dapatkan bacaan Surah Ar-Rahman rumi dan jawi secara penuh berserta dengan terjemahan maksud dalam Bahasa Melayu melalui gambar, file PDF dan audio MP3 yang boleh anda download secara percuma.

Surah Ar-Rahman adalah surah yang sangat istimewa serta berada di tangga yang ke-55 dalam Al-Quran dan tergolong surah Makkiyah yang mempunyai kelebihan dan kebaikan tersendiri daripada ayat 1 hingga 78 keseluruhan.

Surah Ar-Rahman mempunyai banyak pengajaran serta keajaiban apabila kita membaca serta mengamalkan setiap hari banyak menerangkan tentang Yang Maha Pemurah juga kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Perkataan Ar-Rahman pula terdapat pada permulaan surah ini adalah daripada salah satu nama-nama Allah yang tercatit di dalam Asma Al-Husna yang membawa maksud tentang pemberian nikmat dan anugerah yang tidak terhingga kepada semua hamba-hambaNya.

Terjemahan Ar-Rahman yang lebih tepat adalah bermaksud bahawa Allah Maha Pemurah serta melimpahkan rahmatNya kepada hambaNya yang sangat banyak baik di dunia atau ketika di Hari Akhirat nanti.

Surah Ar-Rahman Rumi dan Terjemahan Maksud


Dikongsikan bacaan penuh Surah Ar Rahman rumi dan jawi daripada video YouTube, gambar-gambar ayat daripada surah ini bermula ayat 1 sehingga yang ke 78 serta dalam bentuk file PDF dan audio MP3


Maksud Surah Ar Rahman

Surah Ar Rahman full PDF

Pengajaran Surat al-rahman

Kelebihan Surah Ar-Rahman

Bacaan Surah Ar-Rahman

Surah Al Rahman Mp3 download

Surah Al rahman full text PDF

Surah Ar-rahman pdf download

Surah Ar-Rahman Jawi tulisan Arab

Waktu sesuai baca

Full Image

Ayat 13

Bacaan merdu video youtube

Juz ke berapa

Taddabur

Diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia

Tafsir Surah Ar-Rahman rumi Melayu

Surah Al-Rahman dan Terjemahan

Download Surah Ar Rahman PDF & Audio MP3


Jika anda perlukan bacaan Surah Ar-Rahman ini dalam bentuk file PDF untuk disimpan serta dibuat rujukan, anda boleh download secara percuma. Begitu juga dengan audio MP3, sila muat turun dengan klik butang di bawah:

Untuk semua file PDF disertakan dengan terjemahan termasuk dalam bacaan rumi serta tulisan Arab untuk memudahkan sesiapa saja yang ingin membacanya.


Keajaiban dan Kelebihan Surah Ar-Rahman


Ini adalah sedikit sebanyak tentang keistimewaan dan kelebihan Surah Ar-Rahman, namun sebenarnya ia sangat banyak untuk dihuraikan satu persatu, walau bagaimanapun, berikutnya adalah antara daripadanya.

1. Mendapat syafaat ketika di Hari Kiamat nanti.
2. Sentiasa dikasihi dan diredhai oleh Allah SWT.
3. Mengingatkan tentang sifat pelupa manusia.
4. Mengingatkan tentang betapa banyaknya makhluk Allah SWT.
5. Untuk mencari jodoh yang baik dan sesuai.
6. Dapat mengelakkan dan menghilangkan rasa cemas yang teruk.
7. Mampu untuk eratkan hubungan di antara keluarga.
8. Mati seolah-olah mati syahid.
9. Mendapat kenikmatan hidup yang tidak terhingga.
10. Mendapat ilmu pengetahuan yang tinggi.

Baca : Ayat-Ayat Ruqyah Penawar Sihir dan Gangguan Jin

Waktu Terbaik Baca Surah Ini


Sebenarnya, Al-Quran boleh dibaca di mana-mana sahaja dan tidak mengira waktu tertentu, begitu juga Surah Ar-Rahman tidak mempunyai waktu yang sesuai atau khusus untuk membacanya.

Walau bagaimanapun, kita digalakkan membaca serta mengamalkan surah ini dalam kehidupan seharian agar apa sahaja kehendak dan permohonan kita kepada Allah akan dimakbulkan.

Namun, kebiasaannya waktu untuk baca surah ini amat sesuai sekiranya dibaca selepas menunaikan solat fardhu lima waktu atau solat-solat sunat yang kita amalkan.

Membiasakan diri untuk baca surah ini setiap hari selepas solat dengan istiqamah untuk selesaikan dalam masa 7 hari kemudian kepada 40 hari.

Apabila anda terbiasa membacanya pastinya daripada seminggu menjadi sebulan seterusnya menjadi tahun sehingga terkadang tidak membaca akan merasakan seperti ibadah anda tidak lengkap.

Cara ini boleh diamalkan juga dengan semua surah-surah Al-Quran yang lain seperti Yassin, Ayat Kursi, Al-Mulk, Al-Kahfi dan sebagainya. Insya Allah akan dipermudahkan.

Kesimpulan

Jadikanlah semua bacaan surah Al-Quran termasuk surah Ar-Rahman sebagai amalan harian agar kehidupan kita seterusnya menjadi lebih baik dan terbaik berkat semua bacaan ayat-ayat suci tersebut.

Semoga perkongsian tentang Surah Ar-Rahman rumi dan jawi berserta dengan maksud terjemahan dalam Bahasa Melayu dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin membaca dan mempelajari dengan surah istimewa ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog