30 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa (Minuman Sejuk)

Resepi air sedap untuk buka puasa

Di Malaysia berbagai jenis minuman yang sedap boleh didapati terutamanya ketika bulan Ramadhan yang banyak dijual khas untuk berbuka puasa. Sebenarnya, anda boleh buat sendiri di rumah menu air tersebut dengan mengikut senarai resepi yang dikongsikan.

Sebanyak 30 koleksi resepi air untuk buka puasa yang viral di laman sosial boleh dijadikan rujukan untuk menghilangkan dahaga nanti selepas seharian berpenat lelah berpuasa.

Senarai Resepi Air Yang Sedap Untuk Buka Puasa


1. Cha Bang Ang


Cha Bang Ang

Cara untuk menyediakan air minuman ini sangat simple iaitu dengan memanaskan setengah cawan gula merah berserta secawan air seterusnya kacau sehingga ia mendidih sepenuhnya.

Kemudian, masukkan satu tin susu cair Fresh Milk dan tiga sudu susu pekat manis, masukkan ais dan tuangkan sirap gula merah, cincau dan biji selasih dan siap. Boleh minum sekeluarga.

2. Longan Limau Gula Melaka


Resepi air penyejuk badan

Panaskan gula melaka dengan beberapa helai daun pandan, kemudian sejukkan seketika. Keluarkan longan daripada tin, sediakan sebuah jug khas untuk minuman ini. Masukkan ais, letakkan sirap gula melaka itu tadi dan tambahkan air kosong.

Masukkan buah longan dengan jus yang terdapat dalam tin, perahkan limau sebagai penambah rasa lebih sedap dan power. Kuantiti limau sebaiknya jangan terlalu banyak, namun ia mengikut citarasa sendiri.

3. Sirap Bandung Float


Air bandung sedap aiskrim

Letakkan ais di dalam cawan, tuangkan sirap Rose antara dua sehingga tiga sudu di atas ais untuk menyedapkan lagi rasa airnya. Masukkan setengah botol besar aiskrim soda dan 1 scoop aiskrim vanilla.

Kuantiti ais terpulang kepada anda dan masukkan setengah tin susu cair kemudian kacau kesemuanya sehingga sebati. Siap dan boleh diminum untuk menghilangkan haus.

4. Mangga Susu


Minuman untuk sejukkan badan

Dapatkan buah mangga yang betul-betul masak dan potongkan menjadi saiz yang kecil seterusnya blender bersama dengan ketulan ais. Masukkan tiga sudu susu pekat manis dan tambahkan secawan air, kisarkan sehingga ia nampak berseri dan cantik.

Letakkan ais di dalam gelas atau cawan, masukkan sedikit susu cair di bahagian bawah untuk nampak lebih menarik dan juga kelihatan creamy, tuangkan mangga yang telah siap diblend itu tadi dan letakkan potongan mangga di atasnya.

5. Tembikai Susu


Air jus tembikai

  • Tembikai - Separuh dan dipotong dadu
  • 400 ML susu rendah lemak
  • 2 hingga 3 sudu susu pekat manis
  • Ais

Cara Membuatnya

Masukkan tembikai, susu pekat manis, ais dan susu rendah lemak dan kisar sehingga ia menjadi sehalus-halusnya. Setelah itu, tuangkan ke dalam jug dan boleh dihidangkan dengan segera.

6. Jagung Susu


Jagung susu power

Masukkan secawan air ke dalam blender dan masukkan satu sudu cordial jagung, tiga sudu jagung dalam tin, setengah cawan susu cair dan masukkan sedikit garam dan sedikit sirap untuk memekatkan warnanya berserta satu scoop aiskrim vanilla jika perlu.

Baca : 30 Resepi Masakan Menu IFTAR Ramadhan

7. Sirap Bandung Campur


Air terbaik untuk berbuka puasa

Tuangkan ais di dalam jug dan sirap sebanyak 2 hingga 3 sudu, tuangkan air sehingga air sampai ke paras jug, campurkan cendol, cincau, biji selasih dan setengah tin susu cair, susu pekat dua tiga sudu bergantung kepada kemanisan yang anda mahukan, selesai.

Baca : 30 Resepi Juadah IFTAR Paling Laris

8. Minuman Lychee Lemonade


Buah laici dan lemon sedap bulan puasa

Satu tin laici dan airnya, perahkan lemon dan masukkan kepingan lemon ke dalam bekas minuman, masukkan campuran madu, daun pudina dan masukkan air kosong berserta ketulan ais.

9. Soya Cincau


Soya cincau

  • 500ML air soya
  • Cincau dipotong dadu
  • Beberapa ketul ais kiub

Cincau yang telah siap dipotongkan dadu dimasukkan ke dalam jug dan masukkan air soya. Sekiranya nak lebih manis boleh ditambahkan dengan air gula atau susu pekat manis. Sejukkan dan boleh diminum ketika berbuka puasa nanti.

10. Manggo Juice


Jenis air lemon untuk buka puasa

  • 1 biji mangga masak
  • Secawan ais
  • 3 sudu besar susu pekat

Kisarkan buah mangga bersama air dan susu pekat manis sehingga sebati sehati dan sejiwa. Tuangkan ke dalam gelas atau bekas tambahkan topping kiub mangga mengikut kreativiti sendiri.

11. Sirap Selasih


Sirap selasih untuk haus

Pertama sekali rendam biji selasih dengan menggunakan air panas. Bancuhkan air sirap seperti biasa yang anda buat diikuti dengan ais ke dalam jug serta selasih, kacau sehingga sebati. Minuman ini adalah antara air yang terbaik untuk berbuka puasa kerana ia mampu menghilangkan dahaga dan menyihatkan badan.

12. Dragon Fruit Cocktail


Koktel Buah Naga

  • 1 biji buah naga
  • 1 biji mangga
  • 1 tin laici

Koktel buah naga ini sememangnya sangat sedap dan nampak menarik. Letakkan dua atau tiga sudu susu pekat manis dan campurkan sehingga larut, masukkan laici atau tambahkan biji selasih jika mahu seterusnya masukkan ais dan setin susu cair.

13. Orange Mint Ice Tea


Minuman untuk berbuka puasa

Potongkan 3 biji buah oren dan perahkan sehingga ia menjadi jus dan masukkan daun pudina yang telah siap ditumbukkan hancur, masukkan ais di dalam jug dan tuangkan air teh 'o' seterusnya perahan jus oren kacau sehingga melarut.

14. Laici Aiskrim Soda


Resepi air sedap

Masukkan tiga tangkai daun pudina dan hancurkan sedikit daunnya, masukkan 6 biji buah laici serta sedikit air. Masukkan 3 kepingan lemon, sebatang serai yang diketuk dan ais secukupnya berserta air soda. Sedap sangat.

15. Thai Green Tea Cincau


Resepi minuman menggunakan susu cair

4 sudu Thai Green Tea dan secawan air panas serta biarkan ia sehingga menjadi kembang selama beberapa minit. Kemudian tapiskan teh, masukkan satu sudu coffee creamer dan 5 sudu susu pekat manis dan tuangkan ais dalam cawan.

Diikuti dengan adunan green tea dan susu cair. Anda boleh tambahkan potongan cincau jika mahu serta mengikut idea dan selera sendiri atau anda boleh juga menggunakan jenis teh lain-lain.

Baca : Resepi Air Balang Durian Belanda Lariskan Bisnes

16. Jus Tembikai Laici


Air laici campur tembikai

  • 1/2 biji tembikai sederhana besar
  • 1 tin laici
  • Beberapa sudu besar gula
  • Beberapa ketul ais

Cara Penyediaan

Potongkan buah tembikai dan kisarkan bersama dengan gula dan air laici sehingga ia sebati. masukkan jus tersebut ke dalam jug dan masukkan buah laici, seterusnya boleh diminum.

17. Honey Lemonade Asam Boi


Limau dan asam boi

Masukkan setengah sudu madu dan perahkan sebiji lemon, seterusnya masukkan daun pudina yang dihancurkan dengan gunakan sudu, letakkan ais dan tuangkan air kosong diikuti dengan hirisan lemon, asam boi dan kacau sehingga selesai.

18. Teh Ais Cincau Kaw Kaw


Minuman hilangkan dahaga

  • Teh jenis serbuk
  • Susu Full Cream
  • Gula
  • Buah pelaga
  • Kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Cincau

Panaskan air di dalam sebuah periuk, masukkan semua bahan-bahan di atas dan gula pula mengikut tahap kemanisan yang anda mahukan. Diingatkan api jangan terlalu besar dan kuat untuk elakkan air teh akan melimpah ruah.

Sukatan susu pula juga mengikut tahap yang anda nak kaw setara mana. Apabila warna teh nampak cantik dan rasanya pula macam sedap, boleh tutupkan api. Hidangkan dengan ketulan ais pasti lagi terangkat.

19. Iced Chocolate Mocha


Air balang teh ais

  • 1 sudu serbuk kopi
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu serbuk koko
  • 1/3 cawan air panas
  • 1 cawan susu segar
  • 1 scoop ais krim
  • Fresh milk

Campurkan serbuk kopi, koko, gula dan masukkan air panas untuk mencairkannya dan di dalam blender masukkan secawan fresh milk, satu scoop ais krim La Cremeria Hazelnut Chocolate Fantasy dan ditambah dengan adunan kopi itu tadi.

Masukkan sukatan air di dalam jug serta tuangkan adunan tersebut ditambahkan dengan 1 scoop aiskrim di atasnya sebagai topping sekiranya anda suka dan perlu nampak cantik atau menarik.

20. Limau Kasturi Asam Boi


Limau kasturi yang berais

Minuman yang amat popular dan disukai ramai terutamanya wanita ini sememangnya sangat mudah untuk dibuat. Sediakan 6 biji limau kasturi yang dibelah dua dan dibuang bijinya ditambahkan dengan dua sudu gula, setengah cawan air.

Kemudian blend bahan tersebut tetapi jangan terlalu lama mengisar kerana kulit limau akan menjadi hancur yang akan menyebabkan rasa air menjadi pahit. Jangan lupa tapis dan hidangkan bersama air batu serta beberapa biji asam boi.

21. Cocounut Shake Gula Melaka


Resepi coconut shake viral

  • Segelas air kelapa muda
  • Segelas ais
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 2 scoop ais krim
  • Caramel syrup

Blend air kelapa, ais, susu dan ais krim gula melaka Nestle sehingga ia hancur. Hidangkan dengan satu scoop aiskrim tersebut bersama syrup caramel di atas sebagai topping hiasan.

22. Milo Tabur Kaw


Cara buat milo tabur kaw

  • 5 sudu besar Milo
  • 2 sudu teh susu pekat manis
  • 100 ML susu segar
  • 100 ML air masak
  • Ketulan ais secukupnya

Larutkan susu pekat bersama air masak dan 4 sudu milo serta masaukkan susu segar dan kacau kesemuanya. Tuangkan air bancuhan ke dalam gelas yang sesuai serta masukkan ais dan taburkan sesudu milo sebagai topping.

23. Soya Cincau Gula Melaka


Cara buat minuman sedap

  • Air soya
  • Cincau
  • Gula melaka

Parutkan gula melaka dan panaskan ia di dalam periuk kecil. campurkan air yang menididh dan kacau sehingga tersebut menjadi cair. Hiriskan cincau menjadi kepingan yang nipis atau potong dadu, tuang semuanya ke dalam jug.

24. Mixed Berry Smoothie


Smoothie bulan puasa

  • 1 1/2 cawan jus epal
  • Sebiji pisang
  • Secawan campuran buah berry beku
  • 2 scoop aiskrim
  • Yogurt
  • Secawan ais

Campurkan jus epal, buah pisang, campuran buah berry yang beku dan dua scoop aiskrim La Cremeria Summer Berries dan blend kesemuanya sehingga larut lalu tuangkan ke dalam juga serta letakkan satu scoop aiskrim jika mahu.

25. Dalgona Chocolate Milk Shake


Menu air buka puasa

  • Dalgona Chocolate
  • 3 sudu serbuk koko
  • 3 sudu gula
  • 3 sudu air
  • 3 sudu whipping cream
  • Segelas susu segar*
  • 2 scoop ais krim*

Masukkan serbuk koko, air, gula dan whipping cream, kacaukan sehingga ia rata atau boleh gunakan mesin atau mixer supaya menjadi gebu dan kembang. Kemudian blend susu segar dengan ice cream (*) untuk jadikan milkshake.

Seterusnya tuangkan ke dalam jug tambahkan sedikit ais untuk jadikan ia sejuk dan segar. Kemudian letakkan coklat Dalgona dan tambahkan satu scoop aiskrim La Cremeria Peanut Butter.

26. Korean Banana Milk


Resepi air viral

  • 2 biji pisang saiz sederhana
  • 3/4 cawan Nestle Milk Full Crean
  • Sesudu madu
  • 1/2 sudu kecil Esen Vanilla
  • Ais

Lenyekkan pisang, campurkan dengan susu serta satu penutup esen vanilla dan juga sesudu kecil madu. Letakkan ais di dalam jug dan masukkan pisang yang telah siap dilenyek itu tadi dan masukkan pula susu Nestle tersebut.

27. Ribena Laici


Senarai menu air minuman

  • Kordial Ribena
  • Laici satu tin

Tuangkan kordial Ribena ke dalam sebuah jug yang telah siap diisikan dengan ketulan ais dan masukkan setin laici itu tadi. Siap dan selesai minuman paling sedap untuk hari ini.

28. Orange Carrot Juice


Minuman sedap untuk berbuka puasa

Blend dua batang lobak merah (carrot) berserta dua biji buah oren, masukkan gula mengikut tahap manis yang dikehendakki dan masukkan air. Tapiskan serdak atau keledak dan tuangkan air ke dalam bekas yang telah siap dengan air batu.

Baca : Resepi Minuman Sihat Soda Herbs

29. Manggo Float


Jus mangga sedap

Kisarkan buah mangga yang fresh dan campurkan dengan satu scoop aiskrim perisa vanilla, dua atau tiga sudu susu pekat manis dan segelas air kosong. Masukkan ais ke dalam jug dan masukan mangga yang telah siap diblend itu tadi. Siap.

30. Kelapa Gula Melaka


Air paling sedap di Malaysia

Cairkan sekeping gula melaka direbuskan dengan sehelai daun panda sehingga ia menjadi sedikit pekat. Masukkan ais ke dalam gelas dan tuangkan sirap gula melaka itu tadi barulah masukkan air kelapa yang segar tanpa sebarang gula.

Menurut pemilik resepi air sedap minuman khas untuk berbuka puasa ini iaitu Puan NormaisAra Abdul Wahab, air Kelapa Gula Melaka ini paling best dan dapat menyegarkan tekak sesiapa sahaja yang meminumnya. Walau bagaimanapun, mungkin sesetengah tekak orang dan citarasa masing-masing berbeza.

Baca : Resepi Jus Durian Belanda & Cara Buat Smoothie

Tips Buat Air Bulan Ramadhan

Biasanya apabila bulan puasa, perkara yang pertama merungsingkan kepala adalah rasa masakan dan minuman yang dibuat adakah cukup citarasa yang kita nak. Disebabkan itu, di sini dikongsikan beberapa cara-cara untuk melaksanakannya tanpa rasa was-wasa adakah puasa terbatal apabila merasainya.

Berikut adalah perkongsian daripada laman Mufti Wilayah Persekutuan yang menjelaskan tentang hukum merasa makanan ketika sedang menjalani ibadah puasa, katanya:

Merasa makanan adalah dibolehkan dengan mengecap di hujung lidah serta perbuatan ini tidak membatalkan puasa mengikut beberapa pendapat alim ulama. Contohnya tukang masak yang sedang masak di dapur seperti dikatakan oleh Ibn Abbas R.Anhuma:

Hukum rasa minuman bulan ramadhan

Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan merasai minuman atau masakan dengan kuantiti yang paling sedikit sahaja serta tidak langsung boleh menelannya, jika tertelan, maka batallah puasa tersebut serta-merta.

Baca : Air Soda Herbs Penghilang Dahaga di Bulan Ramadhan

Kesimpulan

Diingatkan juga, untuk penyediaan sebarang minuman air yang mempunyai ais, sebaiknya dibuat semasa 10 minit lebih kurang untuk masuk waktu berbuka kerana jika terlalu awal ais akan mencair begitu sahaja dan tidak sejuk sepenuhnya.

Semoga perkongsian senarai minuman air yang sedap berserta resepi cara untuk menyediakannya ini akan dapat membantu serta memudahkan tugasan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog