Cara Putihkan Gigi Dengan Cepat & Berkesan (Petua Terbaik)

Cara putihkan gigi

Banyak cara untuk putihkan gigi yang kuning, hitam dan berkarat dengan cepat menggunakan bahan semulajadi iaitu petua tradisional nenek moyang kita turun temurun sememangnya paling terbaik terbukti berkesan tanpa perlu beli ubat di farmasi atau pergi ke klinik.

Zaman sekarang di mana-mana sahaja pelbagai produk pemutih gigi dijual di pasaran dengan harga yang murah dan mahal boleh didapati dengan mudah tetapi kebanyakannya mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi serta belum tentu selamat digunakan.

Kesihatan mulut dan gigi sangat penting dalam kehidupan, jadi sebelum anda membeli sebarang produk untuk memutihkan gigi, sebaiknya ketahui dahulu apakah ia sesuai dengan setiap orang atau diri sendiri supaya tiada kesan sampingan selepas itu.

Untuk menjaga gigi agar ia menjadi lebih putih bersih dan sihat berbagai faktor yang perlu dititikberatkan seperti menjaga pemakanan yang betul dan seimbang disamping kurangkan pengambilan gula, makanan dan minuman yang terlalu manis berserta ambil tahu cara putihkan gigi dengan betul dan tepat.

Petua Memutihkan Gigi Secara Tradisional Semulajadi


Petua memutihkan gigi kuning dengan cepat

Bagi anda yang sedang mencari petua untuk putihkan gigi yang kuning berkarat secara alami guna bahan yang mudah didapati di rumah, kami kongsikan cara-caranya yang mampu membersihkan serta menghilangkan karat dengan berkesan dengan syarat selalu amalkan.

Sebelum mencuba semua petua berikut adalah lebih baik jika anda tahu apakah punca utama yang menyebabkan gigi mempunyai karat atau tidak sihat, sekurangnya anda boleh tinggalkan tabiat tersebut supaya kesihatan gigi lebih baik dan terjaga.

1. Kayu Sugi

Sejak dahulu kala kayu sugi atau dikenali juga sebagai siwak dapat memutihkan gigi serta membersihkan gusi dan juga mulut yang mana perbuatan bersugi adalah sunnah Nabi yang cukup berkesan untuk menguatkan dan menghilangkan segala kotoran di dalam mulut.

Baca : Cara Guna Kayu Sugi Ikut Sunnah Nabi SAW

Malahan ia selamat digunakan yang menjadikan gigi lebih putih berseri bersinar jika ia terus diamalkan pada setiap hari seterusnya menjadi satu rutin dalam kehidupan seharian samada selepas bangun dari tidur atau sebelum menunaikan solat.

2. Kayu Arang

Cara putihkan gigi yang kuning dengan petua kayu arang yang berwarna hitam dapat membuatkan gigi lebih bersih tetapi mungkin pada sesetengah orang ianya mustahil kerana warnanya gelap mana mungkin boleh memutihkan gigi, pelik bukan?

Ya, benar dan satu kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan membuktikan arang selamat digunakan untuk tujuan tersebut, walau bagaimanapun anda dinasihatkan tidak guna secara berlebihan kerana ia boleh rosakkan enamel gigi yang menyebabkan rasa sakit.

3. Lemon dan Garam

Lemon mempunyai sifat pemutih manakala garam pula adalah pembersih yang boleh hilangkan gigi yang berwarna kuning. Caranya dengan mengambil beberapa titis air hasil perahan lemon yang perlu dicampurkan dengan sedikit garam.

Kemudian digaulkan sehingga ia sebati sepenuhnya dan digosokkan pada bahagian gigi menggunakan larutan tersebut sehingga beberapa minit serta dibilaskan dengan guna air panas suam yang bersih, sebaiknya amalkan dua kali dalam seminggu.

4. Baking Soda

Kaedah memutihkan gigi dengan baking soda adalah antara petua yang terbaik kerana ia mampu menghapuskan karang atau plak gigi dengan cepat disamping membuatkan gigi lebih cantik, bersih, berkilat dan putih berseri-seri.

Cara putihkan gigi guna baking soda adalah dengan hanya ambilkan sedikit baking soda diikuti dengan sedikit ubat gigi samada Colgate, Darlie atau sebarang jenama dan beruskan gigi seperti biasa lalu bilaskan dengan air panas suam, kemudian anda akan dapat lihat hasilnya yang amat menakjubkan.

Lebih menarik lagi, kesannya dapat dilihat dalam masa 3 minit atau 1 hari saja selepas guna baking soda, kenyataan ini berpandukan kepada mereka yang telah mencubanya dan dihebohkan di laman popular YouTube serta ini membuktikan bahawa ianya adalah benar dan tepat.

5. Kulit Buah Oren

Oren mempunyai kandungan Vitamin C yang sangat tinggi dan ia juga dapat mencegah kuman atau bakteria dalam gigi dengan berkesan serta boleh menghilangkan sisa-sisa makanan yang melekat pada celah gigi dan gusi.

Gunakan beberapa kulit oren untuk digosokkan pada bahagian gigi dan lakukannya pada setiap malam sebelum anda tidur. Kemudian, lihatlah perubahan warna pada gigi dan disarankan amalkan secara teratur selama seminggu dengan konsisten.

6. Buah Strawberry

Buah strawberi mengandungi Vitamin C yang mampu membuatkan gigi lebih berseri putih sepenuhnya dan tiada lagi warna kekuningan pada gigi anda. Kisarkan buah sehingga menjadi pes dan letakkan ia pada berus gigi, gosok seperti biasa untuk mencuci.

7. Soda Bikarbonat dan Limau

Cara putihkan gigi guna soda bikarbonat atau disebut juga sebagai serbuk penaik sememangnya menjadi bahan pemutih gigi asli dan alami serta bersifat agak kasar yang perlu digunakan dengan menggosok pada bahagian gigi dengan kandungan yang tidak keterlaluan supaya tiada kesan sampingan.

Pastikan semasa menggunakannya dicampurkan dengan sedikit air dan gosok secara perlahan supaya ia tidak merosakkan enamel gigi serta dapat menghilangkan kekotoran pada gigi dengan betul dan bilaskan dengan perahan air limau pada keesokkan harinya.

8. Cuka Epal (Apple Cider Vinegar)

Larutan sedikit cuka epal dengan secawan air biasa, kemudiannya dikumur dapat mengelakkan lapisan enamel gigi daripada rosak teruk dek kerana memakan makanan yang berasid, sebaiknya diamalkan sebanyak 3 kali sahaja dalam seminggu.

Untuk memutihkan gigi dengan lebih baik lagi, campuran cuka epal dan baking soda juga dapat putihkan gigi iaitu dengan memasukkan sesudu cuka epal ke dalam secawan air dan dicampurkan dengan sedikit baking soda, larutkan seperti biasa.

Selepas itu, anda perlu mencelupkan berus gigi ke dalam larutan tersebut dan sental pada gigi sepertimana anda menggosok gigi. Lebihan air campuran tersebut boleh dikumurkan selepas telah siap mencuci gigi dan amalkan setiap pagi.

9. Pemutih Gigi di Farmasi

Cara putihkan gigi guna soda bikarbonat secara alami

Memang agak susah nak putihkan gigi yang berkarat dan ia pasti akan mengambil masa yang agak lama untuk mencapai tujuan tersebut dan yang paling mudah adalah dengan perkhidmatan Whitening gigi di klinik tetapi kos dan bayaran tentu mahal.

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu produk terbaik yang dapat memutihkan gigi tercepat dan ia amat sesuai bagi seorang perokok, penggemar minuman air kopi dan teh katanya, dalam masa dua minggu anda akan dapat lihat perbezaan ketara pada gigi.

Gigi makin putih selepas digosok guna Toothpaste tersebut yang dibeli daripada sebuah farmasi terkenal dengan harga bawah RM50 sahaja dan ia juga boleh dibeli secara online samada di Watson, Online Pharmacy, Shopee, Lazada dan lain-lain.

Pemutih gigi yang terbaik baking soda

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet dan ramai netizen yang turut mencuba serta berkongsi kesan yang pantas selepas menggunakan Dentiste Premium Toothpaste and Natural Intensive Whitening Treatment With Nano Hydroxyapatite.

Selain itu, ramai juga pengguna di media sosial tersebut turut menunjukkan beberapa produk lain yang hampir serupa dengan jenama yang berbeza tetapi sangat bagus digunakan tanpa ragu dan was-was, kami sediakan pautan untuk memudahkan anda buat pilihan.


8 Tips Asas Penjagaan Gigi Yang Sihat

Tips agar gigi sentiasa bersih, sihat dan cara menjaga daripada ia jadi rosak adalah dengan tahu bagaimana amalan penjagaan asas yang boleh diamalkan pada setiap hari seperti yang dinyatakan dalam gambar ilustrasi berikut.

Whitening gigi guna garam semulajadi

  • Makan makanan berkhasiat dan seimbang
  • Selalu dapatkan rawatan di klinik gigi
  • Sentiasa bersihkan lidah
  • Pengambilan Vitamin dan Supplements
  • Amalkan penggunaan Dental Floss
  • Tidak merokok
  • Berus dan ubat gigi yang sesuai
  • Tak minum minuman yang terlalu panas

Artikel Berkaitan

Selain itu, anda boleh dapatkan juga pelbagai produk untuk gigi jadi putih bersih di mana-mana farmasi seperti Watson yang biasanya banyak menjual barangan dan produk yang dikhaskan untuk perkara tersebut. Sila bertanya kepada pembantu farmasi yang bertugas dan pastinya ia akan memberikan cadangan yang paling terbaik. - FB

Akhir Kata

Amalan penjagaan mulut dan gigi yang betul samada bagi orang dewasa atau bayi sekalipun amatlah digalakkan kerana dapat mengelakkan daripada gigi jadi rosak atau akan menyebabkan penyakit gusi yang biasanya dialami oleh kanak-kanak.

Selain itu dengan kesihatan pergigian yang teratur akan memudahkan kita untuk menjalani aktiviti harian dengan baik serta dapat mengunyah sebarang jenis makanan dengan lebih selesa termasuk mampu berkomunikasi dengan jelas penuh yakin.

Diharap perkongsian tips, petua dan cara putihkan gigi ini dapat menambahkan ilmu serta membantu memudahkan semua urusan anda yang berkaitan, semoga bermanfaat untuk anda, keluarga dan sesiapa sahaja. - Bukit Besi Blog