Koleksi Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Ayah Tercinta

Ucapan Selamat Hari Lahir Ayah

Sambutan sempena ulang tahun hari lahir, selamat hari jadi atau Happy Birthday untuk ayah yang tersayang semestinya tak lengkap jika tiada kad ucapan daripada seorang anak, sekurang-kurangnya Sanah Helwah sebagai penghargaan tanda ingatan buat insan yang teristimewa dalam hidup ini.

Ucapan selamat hari lahir untuk abah tercinta akan menjadi lebih bermakna jika anak, emak atau seluruh ahli keluarga menghadiahkan sesuatu yang special khas untuk ketua keluarga, pemimpin, hero dan raja di hati kita semua.

Adalah penting bagi seorang anak untuk menghargai, menyanjungi dan menyayangi kedua ibu bapa malah dalam Islam serta ayat Al-Quran turut menegaskan bahawa darjat seorang ayah dan juga ibu di dunia ini adalah lebih dari segala-galanya dan ia termasuk mertua.

Seorang bapa amat berhak untuk mendapat yang paling terbaik kerana sejak kecil kita ditimang dengan penuh manja, dibelai dan diberikan kasih sayang secukupnya tanpa mengeluh dek kerana panas dan hujan, penat dan lelah hanya semata-mata untuk anak yang disayangi.

Ingatkah lagi sewaktu kecil ayah mendukung, mendakap dan mengucup dahi serta pipi dengan penuh keikhlasan, bila anak merajuk lalu dipujuk dengan berikan apa saja supaya kita tidak terus menangis bahkan sejak lahir nyamuk dan semut takut nak mendekat.

Begitu hebat rasa cinta ayah pada seorang anak yang kini telah dewasa menjadi seorang insan yang berguna untuk bangsa, agama dan negara, itulah impian seorang bapa yang inginkan zuriat keturunannya berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat.

Jadi, sampaikanlah beberapa ayat walaupun sekadar kata-kata yang simple bersempena ulangtahun kelahiran seorang ayahanda yang mendidik dan membesarkan kita semua tanpa mengharapkan sebarang balasan sehingga kita besar hidup gembira dan bahagia bersama kawan-kawan, tunang, suami atau isteri dan sebagainya.

Untuk itu, dikongsikan beberapa ucapan ringkas yang dikhaskan untuk hari jadi seorang bapa, abah, daddy, walid, papa, abi atau seumpamanya termasuk bapa saudara dalam Bahasa Melayu dan juga kad birthday in English yang boleh anda edit jika perlu serta download gambar secara percuma tanpa perlu minta kebenaran.

Ucapan Selamat Hari Jadi Buat Ayah Tersayang


Ucapan Hari Lahir

Semua ucapan kata-kata berikut, anda boleh gunakan dengan copy and paste atau edit mengikut idea serta kreativiti sendiri. Anda juga boleh letakkan di dalam mana-mana gambar dengan menggunakan aplikasi khas untuk mengedit gambar yang disertakan bersama apps yang terbaik untuk menyunting.
Selamat hari jadi abah, hari ini makin bertambah umur abah dengan angka yang baru tapi bagi saya, abah sentiasa ceria tetap muda walaupun hari esok usia abah lagi bertambah.

Buat ayah yang dikasihi, terima kasih tak terhingga kerana telah menjadi hero dan bapa yang paling terbaik di dunia ini, yang membentuk anak ayah sehingga menjadi insan yang berkerjaya. Semuanya hanya kerana ayahlah yang menjadikan anak ayah berjaya.

Sampai bila-bila saya sentiasa akan berterima kasih pada ayah kerana telah mendewasakan anakmu, menyayangi dan mengasihi sepenuh hati. Selamat ulangtahun kelahiran ayah. Saya sayang ayah sangat-sangat.

Selamat hari lahir bapak, semoga di hari yang indah ini dan hari-hari yang seterusnya Allah senantiasa memberikan taufik, rahmat, barakah dan melindungi kehidupan ayah dan kita semua.

Abah adalah seperti sebuah kompas yang memberikan petunjuk dan jalan untuk sampai ke destinasi yang dituju dengan tepat tanpa sebarang masalah sehingga ke hari ini. Selamat hari jadi abah.

Selamat ulang tahun walid, tiada sebuah kerinduan yang teramat berat daripada rindukan seseorang yang telah pergi buat selamatnya. Happy Birthday walid walaupun engkau telah tiada. Akan ku simpan semua memory indah sewaktu kita bersama.

Setiap titik peluhmu, setiap penat lelahmu diiringi dengan kasih sayang yang yang tiada bandingan. Terima kasih ayah kerana menjaga dan membesarkan anakmu tanpa mengharapkan sebarang balasan. Selamat hari jadi wahai pahlawanku.

Sanah helwah abah, semoga abah sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah, diberikan keberkatan dalam kiraan umur yang semakin meningkat, diluaskan rezeki tanpa henti dan dipermudahkan segala urusan hajat dunia dan akhirat.

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran bapak, seorang lelaki yang sanggup berkorban apa sahaja demi seorang anaknya, sesungguhnya saya beruntung kerana mempunyai seorang bapak seperti bapak di dunia ini. Terima kasih bapak.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi setiap langkahmu, dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta dianugerahkan kebahagiaan dunia dan akhirat dan menjadi insan yang paling terbaik untuk diri sendiri dan keluarga tercinta.

Selamat hari jadi walid ku sayang, insan yang terhebat, pahlawan terbilang, engkaulah inspirasi kami semua yang mengajarkan kami tentang impian dan harapan supaya menjadi manusia berguna untuk semua.

Barakallah Fii Umrik abah, kesusahan kini jadi kenangan kita sekeluarga, kebahagiaan hidup sedang berada di hadapan mata kita. Jadi, semoga kita sekeluarga bahagia dan gembira dengan kehadiran abah sampai bila-bila. Sayang abah sangat.

Happy birthday ABAH, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala susah payah dan kerja kerasmu yang sentiasa berjuang dengan niat murni demi kesenangan dan kebahagiaan ibu dan anak-anak. Tiada apa pun yang senilai dengan pengorbanan abah.

Barakallah Fii Umrik BAPA! Semoga bertambah usia bapa pada hari ini semakin bahagialah bapa hendak-Nya. Tiada kata yang lebih indah daripada kata-kata sayang untuk bapa, tiada hadiah yang paling berharga dari memiliki seorang bapa seperti bapa.

Terima kasih ABI kerana sentiasa ada dengan saya walau dalam apa jua keadaan susah dan senang. Terima kasih kerana selalu berikan sokongan, segala bimbingan dan kasih sayang yang ABI berikan kepada anak ABI ini. I love you ABI.

Siapa sahaja di dunia ini boleh mempunyai zuriat dan keturunan tetapi yang boleh menjadi seorang bapa terbaik adalah ayah saja seorang yang teristimewa dalam hidup kami anak ayah yang amat menyayangi ayah. Terima kasih ayahku.

Happy birthday abah. Semoga setiap titis peluh yang mengalir kerana untuk membesarkan anak abah ini dibalas dengan ganjaran pahala yang tiada henti oleh Allah SWT. Thank you abah kerana menjadi abah saya yang tersangat terbaik.

Saya bersyukur kerana mempunyai seorang papa yang amat tegas dalam didikan, bertolak ansur dengan ajaran dan asuhan. Tiada insan yang paling teristimewa dalam hidup saya, tanpa papa tiadalah kami anak papa. Sayang papa.

Kebaikan daddy menjadi contoh pada anak-anak, kesabaran daddy menjadi inspirasi kami semua, kebijakan daddy akan terus diwarisi anak daddy sampai ke akhir nafas kami. Thank you daddy, I love you till the end of my life.

Seorang abah adalah insan hebat yang tak pernah menunjukkan rasa sayang pada anaknya tapi jauh di sudut hati sentiasa menyayangi anaknya dan sanggup lakukan apa sahaja hanya kerana cinta pada anak yang dikasihi.

Cinta seorang bapa kepada anak adalah cinta yang sejati dan kekal abadi di hati sanubbari. Tiada apa yang dapat memisahkan rasa cinta dan sayang itu. Terima kasih ayah kerana sentiasa menjadi kesayangan anak abah. Selamat hari lahir abah.

Baca Juga : Contoh Birthday Card Untuk Ibu

Kad Happy Birthday Wishes Untuk Abah


Berikut dikongsikan juga gambar kad birthday wishes in English khas untuk ayah yang tersayang berserta beberapa ayat yang mungkin akan menyentuh hati dan perasaan seorang lelaki yang bergelar bapa kepada sesiapa sahaja. Sila pilih ucapan selamat hari jadi yang bersesuaian dan berkenan.

Selamat hari jadi ayah

Kad ucapan selamat hari jadi bapa

Happy birthday abah wishes Islamik

Selamat hari ulangtahun daddy

Daddy's birthday muslim

Kad birthday in English

Ucapan hari jadi untuk ayah tersayang

Kata-kata hari jadi Malaysia

Ucapan harijadi buat ayah

Ayah tercinta

Ucapan untuk ayah

Ucapan selamat hari lahir untuk ayah dalam Islam

Happy birthday

Doa ulang tahun untuk ayah dalam Islam Bahasa Arab

Special birthday seorang bapa

Lagu untuk hari jadi abah

Ayat ringkas birthday abah

Ucapan hari jadi untuk ayah Bahasa Melayu

Ucapan simple untuk ayah mertua

Dari anak perempuan

Ucapan ulang tahun untuk ayah yang menyentuh hati

Selain berikan kad ucapan hari jadi kepada bapa, anda boleh juga download lagu secara percuma di YouTube seperti Happy Birthday to Daddy, lagu Allah Selamatkan Kamu dan sebagainya. Kemudian, boleh hantarkan kepadanya melalui aplikasi Whatsapp, Facebook dan lain-lain sekiranya perlu.

Doa Sempena Hari Jadi Ulang Tahun Ayah

Ucapan selamat hari jadi akan lebih bermakna sekiranya diiringi dengan doa hari lahir yang baik dikhaskan untuk seorang bapa. Sebagai anak, Islam amat menggalakkan seorang anak sentiasa mendoakan untuk kebaikan kedua-dua orang tua kita dan doa tersebut seperti berikut:

Doa untuk ayah

Maksud Bacaan Doa Dalam Rumi

Hari jadi papa

Hadiah Istimewa Untuk Abah

Lebih menarik dan happening sekiranya dibelikan sebuah hadiah yang paling teristimewa untuk bapa sempena menyambut ulangtahun kelahirannya seperti cadangan hadiah yang disediakan pada pautan idea contoh senarai hadiah yang paling terbaik untuk seorang bapa.

Kesimpulan

Semoga pada tarikh kelahiran ulang tahun ayah tersayang akan lebih bahagia dan menciptakan moment dan memory yang indah sewaktu bersama dengan kehadiran anak-anak dan isteri tercinta yang sentiasa ada ketika susah dan senang sekeluarga dalam kehidupan.

Majlis kesyukuran atau kenduri bacaan doa selamat diadakan dikatakan lebih afdal pada hari jadi ayah, namun bukanlah satu kemestian tetapi lebih baik ada sekiranya berkemampuan serta mungkin ayahanda akan lebih merasa dihargai dan dicintai.

Semoga perkongsian koleksi ucapan selamat hari lahir untuk seorang ayah yang tersayang ini akan dapat membantu anda untuk mengucapkan kepada insan yang teramat hebat di mata kita di dunia dan akhirat ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog