Ringkasan Tentang Auto Loan Moratorium Supaya Ramai Lebih Faham

Auto Loan Moratorium

Ringkasan berkenaan dengan Auto Loan Moratorium yang kini semakin hangat diperkatakan di laman sosial. Ringkasan ini bertujuan supaya lebih ramai lagi akan faham dan tidak keliru dengan hebahan ini.

Mungkin masih ramai yang masih kurang jelas dan tidak faham tentang kelayakan serta bagaimana perlaksanaan moratorium ini iaitu penangguhan bayaran balik pinjaman bank. Semoga penjelasan ini akan membuatkan anda lebih jelas dan faham.

Jenis loan Moratorium

Ringkasan Tentang Auto Loan Moratorium


1. Bila bermula?

  • 1 April 2020 hingga 1 September 2020 (6 bulan).

2. Jenis loan yang dapat moratorium?

  • Pinjaman Perumahan.
  • Pinjaman Kenderaan.
  • Pinjaman Peribadi.
  • Pinjaman Perniagaan.
  • Syaratnya, pinjaman tiada tunggakan selama 90 hari.

3. Macam mana nak mohon?

  • Automatik, tak perlu pohon, tak perlu hantar borang, tak perlu telefon bank dan sebagainya.

4. Siapa yang layak?

  • Semua rakyat Malaysia tidak kira kerja Kerajaan atas Swasta.
  • Tak ada konsep gaji jalan tak boleh dapat ke atau gaji tak jalan je boleh dapat ke. Semua layak.

5. Kad Kredit pun dapat penangguhan ke?

  • Tidak.
  • Bank boleh convert baki hutang kepada pinjaman tetap.
  • Faedah maksimum akan menjadi 13% setahun berbanding 18%.

6. Jumlah pinjaman akan bertambah ke?

  • Tidak akan bertambah.
  • Cuma akan bertambah faedah sebanyak 6 bulan (kerana penangguhan 6 bulan).
  • Jangkamasa pinjaman sahaja ditambah 6 bulan.
  • Jika sebelum ini pinjaman adalah selama 7 tahun, dia akan jadi 7 tahun DAN 6 bulan.

7. Kalau pinjaman yang bukan melalui Bank contohnya AEON Kredit, pinjaman kenderaan dengan Kedai dan sebagainya?

  • Sila berurusan terus dengan pemberi pinjaman kerana mereka bukan institusi Perbankan.

8. Ada kesan tak kat rekod CCRIS dan CTOS?

  • Tiada, tidak terkesan langsung.

9. Rumah sewa dapat tangguh secara automatik tak?

  • Tidak. Tetapi boleh berbincang dengan pemilik untuk diskaun dan kelonggaran kerana secara dasarnya, pemilik pun dapat penangguhan bayaran pinjaman.

10. Bagaimana kalau tak mahu buat penangguhan dan nak bayar macam biasa?

  • Hubungi bank dan bagitau mereka.

11. Penangguhan akan kena faedah atau penalti tak?

  • Tidak. Anggap sahaja penangguhan ni satu anjakkan ke depan dan 6 bulan ini hanya satu ruang kosong yang anda tak perlu bayar dan tak memberi kesan.

12. Selepas 6 bulan moratorium macam mana?

  • Bayar pinjaman seperti biasa.

13. Insurans perubatan, insurans nyawa dapat penangguhan juga tak?

  • Tidak termasuk dalam Moratorium.
  • Kalau tak bayar, takde perlindungan.

Semoga ringkasan tentang pengangguhan bayaran balik pinjaman bank atau Auto Loan Moratorium ini akan dapat memberi pencerahan kepada anda. Kongsikan supaya orang lain tidak lagi tertanya-tanya.

Rujukan :

Petua Hilangkan Masalah Kencing Tak Lawas Lelaki & Wanita

petua hilangkan kencing tak lawas

Berasa sakit atau tidak puas membuang air kecil dan ingin pergi lagi ke tandas selepas baru saja 5 minit masuk, itu bermakna kencing tak lawas. Ia bukan perkara biasa dan wajib dirawat, sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda, penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa saja.

Tugas harian pasti akan terganggu apabila anda kerap ke tandas kerana kencing tidak lawas dan apabila membuang air kecil hanyak sikit-sikit saja keluar. Lebih teruk lagi jika berlaku pada waktu malam pasti tak boleh tidur dengan selesa.

Untuk mengurangkan, mengatasi atau meredakan masalah kencing tak lawas, anda boleh mengamalkan petua tradisional menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk mengubati dan merawat penyakit ini untuk menghilangkan rasa tidak puas membuang air kecil.

Petua Hilangkan Kencing Tak Lawas


cara hilangkan kencing tak lawas

1. Daun Sirih

Guna beberapa helai daun sirih dan rebuskan sehingga mendidih. Minum air rebusan daun sirih tersebut sebanyak dua kali sehari dan lihat hasilnya.

2. Biji Barli

Kencing tidak lawas boleh diubati dengan meminum air rebusan biji barli dan selain itu ia juga mampu memperbaiki saluran air kencing serta dapat menyejukkan badan.

3. Buah Nenas

Guna buah nenas yang tidak terlalu masak dan kupaskan kulitnya. Kisarkan menggunakan blender serta tapiskan, minum air nenas tersebut dan amalkan dua kali sehari. Insya Allah, sembuh.

4. Air Basuhan Beras Terakhir

Guna air basuhan beras yang terakhir atau yang kali ketiga. Masukkan ke dalam gelas serta amalkan minum air basuhan beras tersebut ketika selesai makan tengahari. Amalkan setiap hari sehingga masalah kencing tak lawas tiada lagi.

5. Durian Belanda

Dapatkan buah durian belanda yang tidak masak dan ambilkan isinya seterusnya didihkan dengan air. Setelah mendidih dan biarkan sehingga suam. Masukkan gula sedikit dan minum. Amalkan selalu supaya kencing tak lawas anda itu hilang.

6. Lobak Putih

Parut atau blender lobak putih dan sebaiknya diparut sebatang lobak putih sehingga menjadi segelas air. Minum air tersebut sebelum masuk tidur selama 3 hari tanpa skip. Jangan lupa bacaan selawat serta amalkan setiap minggu dan sebulan sehingga tiada lagi masalah buang air kecil tak lawas.

7. Air Masak

Air masak adalah ubat yang paling terbaik untuk menghilangkan masalah kencing tak lawas. Jadi, mulai sekarang pastikan anda sentiasa mengamalkan minum air masak dengan banyak setiap hari.

Baca : Khasiat Pokok Semambu

Cara Mencegah Kencing Tak Lawas

petua atasi masalah kencing tidak lawas

Cara mengatasi masalah tak lawas membuang air kecil boleh diamalkan seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui portal rasminya di MyHEALTH.

  • Minum air yang banyak
  • Amalkan pemakanan seimbang dan kurangkan lemak
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan buah-buahan
  • Jaga berat badan yang ideal elakkan gemuk
  • Sentiasa bersenam
  • Kurangkan tertekan atau stress
  • Amalkan hubungan suami isteri yang sihat
  • Elakkan hubungan haram
  • Jaga kebersihan diri dan persekitaran
  • Elakkan kecederaan di bahagian perineal ketika bersukan basikal atau kuda
  • Jangan menahan membuang air kecil
  • Jangan meminum air minuman haram ia merosakkan masalah kencing
  • Dapatkan rawatan doktor jika ada gejala kencing tak lawas

Gejala dan Tanda-tanda Kencing Tak Lawas

  • Rasa tak puas selepas kencing
  • Air kencing menitik selepas buang air kecil
  • Kerap rasa nak buang air kecil
  • Rasa sakit atau pedih ketika kencing
  • Saluran air kencing seperti tersekat-sekat
  • Terpaksa meneran ketika mula-mula nak buang air kecil
  • Air kencing meleleh secara tiba-tiba sedangkan tak buang

Petua Atasi Kencing Tak Lawas Dalam Solat



Jika kencing tak lawas solat pun pasti terganggu dan kena kerap ambil wuduk. Untuk elakkan masalah ini, anda boleh tengok cara elakkan masalah buang air kecil tak lawas daripada penjelasan kedua-dua ustaz di bawah yang menerangkan bagaimana untuk atasi perkara ini berkaitan solat.

Masalah kencing tak lawas bukan berlaku kepada orang tua sahaja malahan orang muda juga. Oleh itu, jagalah kesihatan diri dan amalkan petua-petua yang dikongsikan di atas agar masalah anda dapat diatasi dengan mudah dan berkesan. - Bukit Besi Blog

Pokok Semambu Penawar Mujarab 40 Jenis Penyakit (Khasiat Daun Semambu)

khasiat daun semambu untuk wajah

Pasti ramai yang kenal pokok semambu atau mambu yang banyak ditanam di kawasan kampung. Nama saintifik pokok ini adalah Azadirachta Indica iaitu sejenis tumbuhan yang berasal daripada keluarga Mahogani iaitu Meliaceae.

Pokok semambu dikatakan berasal daripada negara India, Pakistan, Sri Lanka, Myanmar dan Bangladesh ini mempunyai kelebihan dan khasiat yang sangat banyak untuk penyakit, kesihatan tubuh badan dan banyak lagi kegunaannya mengikut petua tradisional.

Pokok semambu juga dianggap sebagai pokok perubatan serta digunakan secara meluas dalam upacara keagamaan Hindu dan turut digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Homeopati oleh masyarakat India. Ia juga mempunyai berbagai nama mengikut tempat dan negara antaranya adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

  • Neem - Bengali
  • Arya Veppu - Malayalam
  • Azad Dirakht - Bahasa Parsi
  • Nimba - Sanskrit
  • DogonYaro - Dalam Sesetengah Bahasa Nigeria, Margosa
  • Neeb - Bahasa Arab
  • Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa - Bahasa Telugu
  • Kohomba - Bahasa Sinhala
  • Vempu - Bahasa Tamil
  • Tamar - Bahasa Burma
  • Indian Lilac - English

Khasiat Pokok Semambu Untuk Kesihatan


Khasiat daun semambu untuk demam campak

Kegunaan pokok yang istimewa ini bukan hanya kerana daun semambu saja tetapi hampir keseluruhan pokok boleh digunakan untuk tujuan perubatan antaranya seperti batang, buah, bunga dan pucuk daunnya yang biasa dibuat ubat-ubatan.

Kelebihan pokok dan daun semambu adalah kerana terdapat kandungan yang baik di dalamnya antaranya seperti anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus. Manakala daun semambu yang dijadikan serbuk amat berkesan untuk menghilangkan atau melegakan penyakit kulit seperti alahan kulit.

Begitu juga dengan penyakit kulit ekzema, gatal-gatal, ruam, kurap dan beberapa penyakitk kulit yang hampir sama dengannya. Walau bagaimanapun, yang paling berkesan adalah digunakan untuk merawat luka pada kulit daripada kesan terbakar.

Sememangnya terlalu banyak kebaikan dan khasiat daun semambu dengan hasil yang amat menakjubkan sama ada untuk kecantikan wajah atau mencegah keguguran rambut, uban serta mampu menghilangkan kelemumur dengan cepat dan berkesan.

kebaikan sabun semambu untuk chickenpox

Selain dijadikan serbuk kering daun semambu, ia juga boleh dibuat minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada Rheumatoid Arthritis, Osteorthritis, sakit belakang badan dan juga penyakit gout yang serius.

Pokok semambu juga dikatakan mampu melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit terbaik serta dapat memulihkan fungsi usus kita. Malahan ia dapat memperbaiki kualiti darah serta menyahkan toksik dalam darah dan meningkatkan sistem imun, kawal paras gula dan menghindari penyakit.

Disebabkan penggunaan serta manfaat daun semambu yang sehingga kini diguna secara meluas, pokok semambu telah mendapat perhatian ramai sehinggakan dalam perubatan moden turut menggunakan ekstrak tumbuhan ini untuk perubatan.

Di negara Afrika timur, kerana khasiat dan kelebihan pokok semambu yang dipanggil sebagai Mwarobaini (Swalihi) yang bermaksud pokok 40 dan ia dikatakan sangat ajaib boleh mengubati dan merawat 40 jenis penyakit.

khasiat daun mambu lengkap

Manakala, dalam masyarakat Melayu sejak dari nenek moyang kita, daun semambu biasanya akan diletakkan di bawah bantal atau di bawah tilam dengan tujuan untuk mengurangkan kegatalan akibat daripada demam campak atau chicken pox.

Selain di bawah bantal dan tilam, daun semambu juga diramas serta dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air untuk dijadikan sebagai air mandian untuk melegakan demam campak yang biasanya dihadapi oleh kanak-kanak.

Dikatakan juga dari Facebook, penyakit kencing manis boleh juga diubati dengan menggunakan daun semambu yang mana ia mampu menurunkan kadar gula dengan cepat dan berkesan. Petua dan cara untuk menggunakannya, hanya rebus beberapa daun mambu dan minum air rebusan tersebut.

Hari ini sangat banyak produk-produk berasaskan daun semambu dijual yang membuktikan daun semambu adalah penawar berbagai penyakit. Bukan saja minyak dari pokok semambu dibuat ubat tetapi berbagai lagi seperti yang boleh dibeli dengan harga murah secara online melalui Shopee dan Lazada.

Antara yang sering menjadi perhatian ramai kerana keberkesanannya adalah Sabun Daun Semambu, Sabun Neem Himalaya yang mampu merawat kegatalan kulit ruam bayi, losyen, bedak sejuk, krim wajah dan Semambu Spray Syona yang amat mujarab merawat dan menghilangkan chicken pox.

Terlalu banyak produk yang diperbuat menggunakan herba dan khasiat daun semambu jika hendak dijelaskan satu persatu. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk seperti yang dinyatakan yang mampu merawat berbagai penyakit, anda boleh lawati link yang dikongsikan di bawah.


Sebenarnya masih lagi banyak senarai penyakit yang boleh diubati dengan pokok berserta khasiat daun semambu jika hendak dituliskan. Tidak menjadi kesalahan kalau kita berikhtiar dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi, kita berusaha dan yang menyembuhkan Allah SWT. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog

Hukum Simpan Kuku Panjang Dalam Islam (Hadis & Al-Quran)

hukum simpan kuku panjang

Zaman sekarang ramai yang masih simpan kuku panjang terutamanya kaum perempuan dengan alasan untuk cantik lagi pun bukan kotor sebab kuku dijaga dikilatkan, bersih dan putih. Tapi, tahukah anda apakah hukum simpan kuku panjang dalam Islam?

Koleksi Gambar Kucing Comel Manja (Kartun & HD Wallpaper)

gambar kucing paling comel

Anda sedang cari gambar kucing paling comel dan manja? Mempunyai kucing peliharaan adalah sesuatu yang amat bermakna bagi mereka pecinta kucing yang meminati dan menyayangi haiwan yang menjadi kesayangan ramai manusia ini.

Kucing comel dan manja sentiasa menjadi perhatian ditambah pulak kitten atau anak kucing yang cute, gebu, lucu dan cerdik, lagilah disukai orang. Ada sesetengah orang yang pelihara kucing sanggup bawa gambar kucing ke mana saja jika tak boleh bawa kucing bersama.