Senarai Cawangan LHDN Negeri Pahang (Alamat & No Tel)

Cawangan LHDN Negeri Pahang

Anda ada urusan penting di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan sedang mencari alamat lengkap, waktu operasi dan nombor telefon cawangan LHDN negeri Pahang yang berdekatan untuk pergi ke sana?

Senarai Cawangan LHDN Negeri Kelantan (Alamat & No Tel)

Cawangan LHDN Negeri Kelantan

Anda mempunyai urusan penting di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), sedang mencari alamat, waktu operasi dan nombor telefon cawangan LHDN negeri Kelantan yang berdekatan serta ingin pergi ke sana?

Senarai Cawangan LHDN Negeri Terengganu (Alamat & No Tel)

Cawangan LHDN Negeri Terengganu

Jika anda sedang mencari alamat dan nombor telefon pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) bagi negeri terengganu dan daerah-daerahnya. Di sini dikongsikan senarai tersebut berserta dengan waktu operasi LHDN cawangan Terengganu.

Resepi Jus Durian Belanda (Cara Buat Smoothie)

Cara buat jus durian belanda

Ini adalah resepi jus durian belanda terbaik dan sedap yang mungkin anda tak tahu cara nak membuat supaya sedap diminum. Ada yang buat jus ini tanpa gula dan campurkan susu, masing-masing punya selera dan kreativiti.

Sebenarnya, banyak cara buat jus durian belanda segar tetapi disarankan anda membuatnya dengan betul supaya dapat mengekalkan khasiat dan nutrisi yang terdapat di dalam buah fresh soursop ini.

Resepi jus durian belanda yang dikongsikan ini adalah hasil perkongsian daripada Ria Razali melalui laman Facebook yang mana beliau mencadangkan jika ingin membuat jus ini, anda harus mendapat buah durian belanda yang segar.

Resepi Jus Durian Belanda


resepi jus durian belanda

Cara membuat jus durian belanda ini sangat mudah dan sesiapa saja boleh buat tanpa perlu belajar. Resepi yang dikongsikan ini adalah untuk hidangan seramai 10 orang. Jika anda ingin membuat untuk seorang, anda perlu kurangkan bahan asas.

Bahan-bahan

  • Isi durian belanda 500 gram. Isi yang dibekukan juga boleh digunakan setelah ia cair.
  • 2.5 liter air
  • 250 gram gula putih
  • 1/2 biji limau nipis ata 1/ 8biji lemon

Cara-cara membuat

cara membuat jus durian belanda

1. Masukkan semua isi buah durian belanda berserta gula dan air ke dalam blender dan kisarkan semua bahan tersebut sehingga menjadi halus. Pastikan biji buah ini dibuang sebelum dikisar.

2. Tuangkan semua bahan-bahan yang telah dikisar itu tadi ke dalam bekas dan campurkan dengan lebihan air itu tadi.

3. Untuk dapatkan rasa yang lebih best dan sedap, anda boleh perah 1/2 limau nipis atau lemon. (Limau kasturi juga boleh jika tiada kedua-dua limau tersebut)

4. Kacaukan semua bahan yang telah dicampurkan sehingga menjadi sebati.

Minuman jus durian belanda akan lebih sedap diminum sekiranya ia dalam keadaan sejuk iaitu berais atau disimpan di dalam peti ais terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Baca juga : Khasiat Buah dan Daun Durian Belanda

Resepi Smoothie Durian Belanda


Selain itu, anda juga boleh olahkan resepi jus durian belanda ini dengan mencampurkan bahan-bahan lain untuk menyedapkan lagi minuman ini seperti susu cair, susu pekat, ais krim dan sebagainya.

resepi smoothie durian belanda

Selain daripada jus kami kongsikan juga resepi smoothie durian belanda asli. Cara buat smoothie ini dikongsikan oleh Puan Noraini Hamdan dan katanya smoothie sangat sedap dan sesuai dimakan ketika berbuka puasa.

Bahan-bahan

  • 500 gram isi buah durian belanda
  • 100 ML yogurt asli
  • 50 ML susu segar
  • 3 sudu besar gula

Cara-cara membuat

1. Masukkan semua isi durian belanda bersama dengan yogurt asli, susu segar dan juga gula ke dalam blender.

2. Kisarkan semua bahan-bahan tersebut sehingga menjadi halus.

3. Tuangkan ke dalam gelas setelah habis dikisar.

4. Sedia dihidangkan untuk dinikmati betapa sedapnya smoothie ini.

Menurut Puan Noraini, untuk lebih sedap, kita boleh kisarkan semua bahan-bahan dan isi buah durian belanda itu bersama dengan sedikit ais. Rasanya memang sangat sedap setelah dicampurkan dengan yogurt asli.

Anda juga boleh campurkan bahan-bahan lain juga mengikut kreativiti anda sendiri supaya resepi smoothie durian belanda ini lebih sedap. Sebagai contoh, anda boleh masukkan buah laici, strawberry, anggur dan buah-buahan lain.

Semoga perkongsian resepi jus durian belanda dan cara buat smoothie soursop ini akan memudahkan kerja anda untuk menyedia kedua-dua minuman pencuci mulut yang amat digemari ramai orang ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog

Senarai Bantuan Pinjaman Perniagaan (Modal Bisnes Usahawan 2020)

pinjaman perniagaan

Jika anda seorang usahawan yang ingin mempunyai perniagaan sendiri atau nak berniaga tetapi tak cukup modal, jangan bimbang kerana kerajaan Malaysia ada menyediakan bantuan pinjaman perniagaan khas untuk para peniaga.

Apa saja jenis perniagaan yang anda ceburi sama ada perkhidmatan, pertanian, makanan, pelancongan, produk sendiri dan sebagainya, anda boleh membuat permohonan untuk bantuan pinjaman perniagaan untuk berniaga.

Usahawan baru atau lama yang memerlukan modal serta bantuan kewangan serta inginkan pembiayaan bisnes masih boleh memohon jika anda memenuhi syarat kelayakan untuk meminta bantuan perniagaan kerajaan yang menawarkan pinjaman sehingga RM5 juta.

Senarai Bantuan Pinjaman Perniagaan 2020


Bantuan ini adalah khas untuk usahawan atau pemilik bisnes yang masih tercari-cari pinjaman perniagaan (business loan) serta tertanya bagaimana untuk mendapatkan modal perniagaan sebelum mula atau sedang berniaga tapi kekurangan wang.

bantuan perniagaan untuk peniaga

Berikut dikongsikan senarai bantuan perniagaan iaitu pinjaman kewangan daripada organisasi kerajaan Malaysia> yang boleh dipohon oleh semua usahawan yang menjalankan perniagaan atau ingin berniaga tetapi tak cukup modal.

1. Pinjaman Perniagaan TEKUN Nasional

TEKUN Nasional atau Yayasan TEKUN Nasional adalah sebuah agensi yang dikelolakan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani yang mewujudkan kemudahan pinjaman atau pembiayaan dengan cepat dan mudah untuk semua usahawan.

pinjaman perniagaan tekun

Ada 5 jenis skim pinjaman perniagaan TEKUN yang ditawarkan kepada usahawan bumiputera yang ingin memulakan perniagaan atau memajukan lagi bisnes mereka.

  • Skim Pembiayaan TEKUN Nasional
  • Skim Pembiayaan Teman TEKUN
  • Skim Pembiayaan Program TemanNita
  • Skim Pembiayaan Kontra-i
  • AR-RAHNU TEKUN

Pinjaman TEKUN yang ditawarkan dengan jumlah bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000 untuk tempoh dari 5 hingga ke 10 tahun. Untuk keterangan lanjut dan cara membuat permohonan TEKUN, layari portal TEKUN Nasional.

2. Bantuan Perniagaan PROSPER PUNB

bantuan pinjaman bisnes PUNB

PROSPER merupakan produk pembiayaan kewangan atau bantuan perniagaan yang berasaskan syariah daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Jumlah pinjaman yang disediakan sehingga RM100,000 dengan tempoh bayarab balik selama 7 tahun.

Pada masa yang sama pihak PUNB juga ada menyediakan program pembangunan korporat serta latihan pembangunan usahawan yang ditawarkan kepada calon-calon yang layak. Layari portal PUNB untuk maklumat lanjut.

3. Pinjaman Perniagaan SUPERB TERAJU

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) adalah unit paling strategik yang terdapat di Jabatan Perdana Menteri dengan bertujuan untuk menerajui, memacu serta menyelaras penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara.

skim usahawan permulaan superb teraju

Menerusi Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB), TERAJU telah menyediakan geran yang berjumlah sehingga RM500,000 bagi memberi sokongan terhadap idea-idea perniagaan yang kreatif dan inovatif.

Ia juga merupakan pembiayaan kewangan atau memberi pinjaman untuk membantu usahawan atau syarikat bagi memulakan perniagaan (start-up) dengan dana terkumpul sebanyak RM100 juta.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan cara memohon atau untuk membuat permohonan SUPERB, anda perlu layari laman rasmi www.teraju.gov.my.

4. Bantuan Perniagaan Dana TERAS TERAJU

Dana Teras diwujudkan dengan tujuan untuk memberikan kemudahan kepada usahawan atau pemilik bisnes untuk mengembangkan lagi perniagaan syarikat yang berada di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras).

teras teraju bumiputera

Pembiayaan berbentuk kewangan yang disediakan adalah di bawah Dana Teras untuk modal kerja dan juga pembelian aset. Dana ini juga disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan yang diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF dan Maybank Islamic.

Menurut laporan, sehingga Disember 2017, sebanyak 908 syarikat di Malaysia telah sertai program Teras dan sebanyak RM1.42 bilion pembiayaan kewangan yang telah pun diluluskan dan diberikan kepada usahawan terbabit.

Walau bagaimanapun, Dana Teras hanya dikhaskan atau terbuka kepada usahawan yang memiliki syarikat serta menyertai program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).

5. Pinjaman Perniagaan MARA

bantuan pinjaman perniagaan mara

Bantuan perniagaan MARA atau Majlis Amanah Rakyat ini telah mewujudkan skim pinjaman perniagaan dengan pembiayaan sebanyak RM5 juta. Pihak MARA juga menyediakan beberapa skim mengikut kesesuaian sesuatu bisnes yang dijalankan :

  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
  • Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
  • Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
  • Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  • MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)
  • Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)

Untuk memohon dan maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan perniagaan MARA serta setiap skim yang ditawarkan, sila layari laman rasmi MARA.

6. Program Peningkatan Kapasiti Dan Keupayaan PKS(BAP)

SME Corp. Malaysia menyediakan Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) yang merupakan skim bantuan bersepadu bagi meningkatkan keupayaan PKS, termasuk perusahaan mikro, menerusi khidmat nasihat perniagaan dan bantuan kewangan.

bantuan perniagaan sme corp

Program ini menyokong pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

BAP menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bersamaan dan skim pinjaman mudah bagi membantu PKS meraih peluang pertumbuhan perniagaan baharu.

SME Corp. Malaysia bekerjasama dengan SME Bank dan Bank Rakyat untuk menyediakan pinjaman mudah yang ditawarkan di bawah BAP. Manakala, geran bersamaan pula disediakan oleh SME Corp. Malaysia.

Sila layari Laman Web Rasmi SME Corp. Malaysia untuk maklumat lanjut.

Baca : Ringkasan Tentang Auto Loan Moratorium

Semoga perkongsian senarai bantuan pinjaman perniagaan kerajaan ini dapat membantu anda untuk mendapatkan modal bisnes daripada organisasi atau agensi yang terlibat untuk anda terus berniaga menjana pendapatan keluarga. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog

1001 Khasiat Daun Durian Belanda Terbukti Berkesan Cegah Penyakit

Khasiat daun durian belanda

Khasiat daun durian belanda sememangnya telah terbukti amat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia serta dapat mencegah berbagai jenis penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, sakit gout, buah pinggang, jantung, darah tinggi dan sebagainya.

Nama saintifik buah durian belanda adalah Annona Muricata dan maksud dalam English pula Soursop yang mempunyai kelebihan yang tersendiri serta menjadi perhatian ramai pakar perubatan yang membuat kajian akan kebaikkannya.

Khasiatnya bukan saja terdapat pada buah tetapi merangkumi keseluruhan pokok bermula daripada isi, kulit, batang, pucuk muda atau tua yang mempunyai keajaiban menakjubkan dijadikan ubat dan penawar penyakit.

Untuk buah pinggang, kulit, jantung, kanser, gout, kencing manis

Kandungan glukos, frukosa, vitamin C dan antioksidan yang tinggi terdapat pada buah yang boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus manakala air rebusan daun durian belanda menjadi pilihan ramai untuk mencegah sakit.

Rasa manis asli dan lemak berkrim membuatkan buah ini disukai sesiapa saja yang memakannya. Namun, ia lebih baik dimakan ketika tidak terlalu masak kerana dikhuatiri nutrisi akan hilang apabila terlalu lembik.

Daunnya juga dijadikan teh atau minuman herba mengubati serta mengurangkan keradangan selain dapat mengawal penyakit kencing manis dengan baik sekali dengan hanya meminumnya sahaja.

Khasiat Daun Durian Belanda Untuk Penyakit


Buah durian belanda

Kelebihan buah dan daun durian belanda terbukti memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian manusia yang memerlukan 60 Miligram (MG) Vitamin C bagai mencapai tahap kesihatan yang baik dan ideal sepenuhnya.

Berikut adalah antara manfaat dan khasiat daun durian belanda yang sering digunakan dalam perubatan tradisional petua nenek moyang untuk melawan penyakit kita termasuk kaedah moden dengan kajian terperinci.

  • Kencing Manis
  • Kolestrol
  • Demam
  • Darah tinggi
  • Ubat kanser
  • Buah pinggang
  • Jantung
  • Kulit
  • Sakit gout
  • Cyst

1. Merawat Penyakit Kanser

Khasiat daun durian belanda untuk kanser telah membuktikan sangat efektif melebihi daripada kimoterapi serta turut boleh membunuh sel kanser payudara dan sebagainya.

Begitu juga dengan buahnya yang dapat menghalang dengan berkesan terhadap Angiogenesis iaitu satu proses pembentukan saluran darah baharu yang merupakan titik permulaan pertumbuhan kanser tumor.

Selain itu, ia turut dapat menyekat pembiakan virus anti keradangan serta mengurangkan kesan lebam, anti mikrob dan anti parasit dengan baik sekali.

Satu hasil kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Purdue di Amerika Syarikat mendapati penggunaan daun buah durian belanda ini rebus dan minum airnya dapat merawat berbagai jenis kanser seperti:

  • Payudara
  • Prostat
  • Paru-paru
  • Kolorektral
  • Hati
  • Tiroid
  • Serviks
  • Nasofarink
  • Limfoma
  • Dan lain-lain

Walau bagaimanapun, fakta yang mengaitkan buah ini dapat mengubati kanser dikatakan ada keraguan kerana katanya tidak semestinya hanya satu kajian saja dapat menyembuhkan penyakit tersebut.

Apa yang pasti, kajian di Amerika tersebut berpendapat buah ini mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser adalah benar tetapi yang diragukan adalah hanya sekali kajian sahaja. Wallahualam.

2. Atasi Penyakit Anemia

Ia adalah salah satu antara pembekal zat besi dalam badan manusia serta melancarkan perjalanan oksigen dalam darah apabila kita mengambilnya dengan konsisten.

3. Meredakan Kencing Tak Lawas

Amalan pengambilan buah durian belanda sangat membantu pesakit kencing tak lawas kerana kandungan ferum atau iron di dalamnya mampu bersihkan buah pinggang dan memperbaiki sistem penghadaman manusia.

Malahan, ia dapat mengurangkan risiko berdepan dengan penyakit batu karang yang biasanya terbentuk daripada mendapan garam galian dalam badan.

4. Mencegah Osteoporosis

Elemen kandungan sodium yang terbaik dan amat tinggi yang terdapat di dalamnya iaitu sebanyak 14 MG/ 100gram, Phosphorus dan Potasium pula dalam kadar 278 MG / 100 gram telah menjadikan ia sangat istimewa.

Mengapa? Kerana ia sangat memberi manfaat untuk manusia yang mana ia dapat menguatkan tulang, membina semula serta turut merawat penyakit tulang Osteoporosis ini.

Walau bagaimanapun, untuk melihat hasil serta kesan yang maksimum dalam aspek kesihatan seseorang adalah berpandukan kepada setiap kuantiti yang dimakan olehnya.

5. Melegakan Migrain atau Sakit Kepala

Ya, benar ia dapat mengurangkan migrain dan melegakan sakit kepala yang sering berlaku apabila terdapat kandungan bahan kimia seperti serotonin yang boleh mengecilkan saluran darah seseorang.

Baca : Cara Buat Jus Durian Belanda (Smoothie)

Kelebihan Buah Durian Belanda


Saraf, darah tinggi, ibu hamil, demam, cyst, fibroid, gastrik

Isi yang berwarna putih dan buah berduri lembut ini mempunyai kandungan antioksidan yang amat baik berkesan untuk meningkatkan daya tahan serta turut melambatkan proses penuaan manusia.

Buah yang dipercayai berasal daripada negara Peru, Mexico dan Argentina ini serta kini banyak ditanam di seluruh dunia sangat banyak manfaat untuk kesihatan dan antaranya adalah seperti berikut:

  • Membekalkan tenaga dan badan bertambah segar
  • Merawat kekurangan air dalam badan
  • Menjadikan tidur lena dan tenang
  • Merawat ulser mulut
  • Mengawal tekanan darah dan hipertensi
  • Mencegah keracunan makanan dihadapi oleh bayi
  • Merawat buasir
  • Mengawal jangkitan ringan pada hati
  • Merawat demam
  • Menguatkan sistem imunisasi
  • Menghalang jangkitan parasit dalam badan
  • Mengawal kandungan gula dalam darah
  • Melegakan sakit belakang badan
  • Merawat masalah kulit mengelupas
  • Anti penuaan yang kuat
  • Merawat kaki bengkak
  • Atasi masalah rambut gugur dan kelemumur

Petua Tradisional Cara Kampung


Petua terbaik dengan cara merebus daun durian belanda serta meminum air rebusan boleh membantu pesakit untuk merawat dan melawan berbagai jenis penyakit seperti yang dikongsikan oleh Salimah Olie di laman Facebook.

Kebaikan dan kelebihan

1. Kanser

10 helai daun durian belanda yang tua dan rebus bersama 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga ia menjadi satu gelas air saja. Minum air rebusan itu 2 kali sehari, selama 2 minggu atau sehingga kanser sembuh.

2. Hilangkan Sakit Pinggang

Ambil 20 helai daun dan rebuskan dengan 5 gelas air. Tunggu sehingga mendidih serta jadikan sebanyak 3 gelas air saja. Seterusnya, minum ¾ gelas air rebusan setiap hari sekali.

Cara ini juga boleh digunakan untuk sakit belakang juga atau sakit urat dan sebagainya. Lihat hasilnya setelah menggunakan petua ini, walau bagaimanapun, ia berdasarkan dengan antibodi seseorang.

3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh

Khasiatnya terbukti mampu kuatkan daya ketahanan badan. Guna 5 helai daun durian belanda. Rebuskan dengan 4 gelas air. Apabila mendidih dan biarkan ia menjadi segelas dan sekali sehari.

4. Kencing Manis (Diabetes)

Daun durian belanda untuk kencing manis telah jelas terbukti dapati mengatasi penyakit ini, minum air rebusan daun ini sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil.

Ini memang benar, ia boleh menurunkan kolestrol dan telah ramai pesakit diabetis yang mengamalkan petua ini serta membuktikan bacaan kadar gula mereka semakin baik.

5. Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi atau Hipertensi antara faktor utama yang boleh terjadinya penyakit strok. Jika anda ada tanda-tanda penyakit tersebut, disarankan amalkan minum air rebusan daun ini untuk stabilkan tekanan darah.

6. Mengatasi Masalah Buasir

Air dan jus

Untuk atasi masalah buasir kronik, guna 10 helai sahaja yang tua dan rebuskan dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Apabila ia suam, minum sekali sehari sehingga sakit buasir anda sembuh.

7. Ubat Sakit Urat Saraf

Daunnya dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf. Rebus 10 helai daun yang tua tetapi warna daunnya masih hijau pekat.

Bersihkan daun-daunnya, kemudian rebuskan dengan sukatan sebanyak 2 gelas air, didihkan sehingga menjadi segelas. Minum air rebusan itu 2 kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

8. Merawat Sakit Gout

Banyak perubatan alternatif yang turut gunakan daun ini sebagai penawar dan ubat mujarab. Cara penggunaan adalah dengan dihiris halus selepas dibersihkan dan rebus bersama dua cawan air sehingga jadi secawan.

Apabila ia telah menjadi suam-suam suku boleh diminum untuk dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang sehingga sakit gout anda berkurangan dengan cepat.

9. Mengubati Ekzema

Cara guna adalah dengan tumbuk sehingga lumat daunnya yang diambil untuk beberapa helai kemudian disapukan ke bahagian yang sakit atau tempat yang terdapat punca ekzema.

Video Penerangan Kebaikan Buah Ajaib


Di bawah ini pula adalah video penerangan lengkap yang diambil daripada channel YouTube milik jutawan yang juga seorang artis terkenal dan pengusaha produk durian belanda iaitu Datuk Rosyam Nor.


Baca : Resepi Air Balang Soursop Untuk Bisnes

Kesimpulan

Sebenarnya masih banyak maklumat tentang kebaikan buah ini, walau bagaimanapun informasi yang dikongsikan di atas adalah antaranya yang sering diperkatakan oleh ramai orang di mana-mana.

Anda boleh mengambil produk atau ubat-ubatan yang dihasilkan berasaskan buah durian belanda yang dijadikan kapsul atau cecair untuk mengubati pelbagai jenis gejala, simptom dan mencegah banyak penyakit yang dihidapi.

Untuk maklumat lanjut tentang ubat yang diperbuat dari buah ini samada kering atau segar dan teh daun durian belanda, kami sediakan pautan di bawah sebagai rujukan bagi memudahkan semua orang untuk dapatkan info tepat dan lengkap.

Turut disertakan pautan pembekal buah durian belanda yang boleh anda beli secara online sekiranya anda memerlukannya di masa akan datang dan harga yang dijual agak murah dan sangat berpatutan.


Jika anda mempunyai pengalaman minum teh atau air daripada daun durian belanda yang menjadi penawar penyakit atau sebab tertentu, anda boleh kongsikannya di sini untuk kebaikan mereka yang memerlukan.

Itu saja serba sedikit tentang kelebihan buah dan khasiat daun durian belanda ini, diharap ia dapat membantu serta bermanfaat buat anda semua demi kesihatan yang lebih baik dalam kehidupan. - Bukit Besi Blog

Jadual Pembayaran Gaji 2020 (Penjawat Awam & Kakitangan Kerajaan)

jadual gaji 2020

Kami kongsikan jadual pembayaran gaji khas untuk semua penjawat awam atau pun kakitangan kerajaan Malaysia yang mungkin tertanya-tanya apakah tarikh jadual gaji 2020 yang sebenarnya.

Jadual pembayaran gaji seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM), berdasarkan kepada satu tarikh yang sama bagi semua negeri-negeri di Malaysia.

Untuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan berkaitan dengan tarikh gaji, anda boleh buat semakan secara online melalui portal rasmi ANM.

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2020


Berikut dikongsikan jadual gaji kerajaan untuk tahun 2020 untuk rujukan semua kakitangan awam. Setiap bulan bermula dari bulan Januari sehingga Disember, dinyatakan juga tarikh-tarikh cuti umum di Malaysia.

Gaji Bulan Januari
  • Tarikh : 16.01.2020
  • Hari : Khamis

Disebabkan cuti Tahun Baru Cina jatuh pada tarikh 25 dan 26 Januari 2020 bersamaan dengan hari Sabtu dan Ahad, gaji dijadualkan diawalkan lebih kurang dalam seminggu.

Gaji Bulan Februari
  • Tarikh : 24.02.2020
  • Hari : Isnin

Gaji Bulan Mac
  • Tarikh : 25.03.2020
  • Hari : Rabu

Gaji Bulan April
  • Tarikh : 23.04.2020
  • Hari : Khamis

Gaji Bulan Mei
  • Tarikh : 14.05.2020
  • Hari : Khamis

Jadual gaji diawalkan lebih kurang seminggu bersempena dengan cuti Hari Raya Puasa yang dijangkan pada tarikh 24 dan 25 Mei 2020 iaitu pada hari Ahad dan Isnin.

Manakala pada 30 dan 31 Mei 2020 adalah cuti Hari Pesta Keamatan iaitu pada Sabtu dan Ahad yang dikhaskan kepada etnik Kadazan-Dusun iaitu rakyat negeri Sabah.

Gaji Bulan Jun
  • Tarikh : 22.06.2020
  • Hari : Isnin

Pada tarikh 1 dan 2 Jun iaitu hari Isnin dan Selasa, cuti Hari Gawai yang dikhaskan kepada etnik Dayak atau dipanggil juga sebagai Gawai Dayak khususnya untuk rakyat negeri Sarawak.

Gaji Bulan Julai
  • Tarikh : 23.07.2020
  • Hari : Khamis

Cuti Hari Raya Haji iaitu Aidil Adha jatuh pada 31 Julai dan 1 Ogos iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu. Gaji pula seminggu sebelum raya haji, jadi rancang perbelanjaan anda dengan betul.

Gaji Bulan Ogos
  • Tarikh : 25.08.2020
  • Hari : Selasa

Gaji Bulan September
  • Tarikh : 24.09.2020
  • Hari : Khamis

Gaji Bulan Oktober
  • Tarikh : 26.10.2020
  • Hari : Isnin

Gaji Bulan November
  • Tarikh : 25.11.2020
  • Hari : Rabu

Cuti Hari Deepavali jatuh pada 14 November iaitu hari Sabtu dan tarikh pembayaran gaji pada bulan November jatuh pada 25 November.

Gaji Bulan Disember
  • Tarikh : 17.12.2020
  • Hari : Khamis

Sempena perayaan Hari Krismas pada 25 December 2020 iaitu hari Jumaat, bayaran gaji diawalkan lebih kurang seminggu sebelum cuti perayaan tersebut.

Artikel Berkaitan : Kalendar Cuti Sekolah 2021

Jadual Pembayaran Gaji Kerajaan 2020 PDF

jadual gaji kakitangan awam 2020

Selain tarikh-tarikh bayaran gaji yang dinyatakan di atas, anda juga boleh dapatkan jadual pembayaran gaji 2020 dalam bentuk file PDF dengan memuat turun atau klik butang download di bawah.


Selepas meneliti tarikh dan jadual pembayaran gaji bagi tahun 2020 ini, diharap anda boleh berjimat cermat serta merancang perbelanjaan anda dengan betul sementara menunggu bayaran gaji untuk bulan seterusnya. - Bukit Besi Blog

Penjadualan Semula Semua Peperiksaan Di Bawah KPM Kerana COVID-19

penjadualan semula peperiksaan kpm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat pengumuman dan hebahan berkaitan dengan Penjadualan Semula Semua Peperiksaan Bawah Kendalian KPM berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penularan jangkitan COVID-19.

KPM telah menjadualkan semula semua peperiksaan yang dikendalikan dengan membuat penelitian keadaan semasa untuk memastikan semua kurikulum mata pelajaran berkenaan dapat diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Penjadualan Semula Semua Peperiksaan KPM


Berikut dikongsikan tarikh peperiksaan seperti yang dinyatakan oleh pihak KPM yang telah dijadualkan semula untuk rujukan mereka yang terlibat :

1. Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Kolej Matrikulasi Sesi 2019/2020
  • Tarikh Asal: 30 Mac hingga 6 April 2020
  • Pindaan Tarikh: 27 April hingga 4 Mei 2020

2. Ujian Bertulis MUET Sesi 1/2020
  • Tarikh Asal: 28 Mac 2020
  • Pindaan tarikh: 5 September 2020

3. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
  • Tarikh Asal: 4 Mei hingga 11 Mei 2020
  • Pindaan Tarikh: 3 Jun hingga 12 Jun 2020

4. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)
  • Tarikh Asal: 4 April hingga 6 April 2020
  • Pindaan Tarikh: 27 April hingga 30 April 2020

5. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Tarikh Asal: 4 Mei hingga 21 Mei 2020
  • Pindaan Tarikh: 3 Jun hingga 18 Jun 2020

6. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
  • Tarikh Asal: 4 Mei hingga 21 Mei 2020
  • Pindaan Tarikh: 3 Jun hingga 18 Jun 2020

7. Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)
  • Tarikh Asal: 22 Jun 2020
  • Pindaan Tarikh: Kekal

8. Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) - Lisan
  • Tarikh Asal: 2 Jun hingga 30 Jun 2020
  • Pindaan Tarikh: Kekal

9. Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) - Bertulis
  • Tarikh Asal: 23 Jun hingga 25 Jun 2020
  • Pindaan Tarikh: Kekal

10. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
  • Tarikh Asal: 1, 2, 3, 7 dan 8 September 2020
  • Pindaan Tarikh: Kekal

11. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) - Pentaksiran Pusat
  • Tarikh Asal: 28 September hingga 6 Oktober 2020
  • Pindaan Tarikh: 28 September hingga 29 September 2020 (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

12. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) - Bertulis
  • Tarikh Asal: 21, 22, 26 hingga 28 Oktober 2020
  • Pindaan Tarikh: Kekal

13. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Bertulis
  • Tarikh Asal: Fasa 1 (5 Oktober hingga 14 Oktober 2020) Fasa 2 (2 November hingga 19 November 2020)
  • Pindaan Tarikh: 16 November hingga 7 Disember 2020

14. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) -Bahasa Melayu 1104 dan Sejarah 1251
  • Tarikh Asal: 2 November dan 3 November 2020
  • Pindaan Tarikh: 16 November dan 25 November 2020

15. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Semester 2
  • Tarikh Asal: 6,12,13 dan 14 Mei 2020
  • Pindaan Tarikh: 18,19, 23 dan 24 November 2020

16. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Ulangan 1
  • Tarikh Asal: 18,19, 23 dan 24 November 2020
  • Pindaan Tarikh: 25, 26, 30 November dan 1 Disember 2020

17. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Semester 3
  • Tarikh Asal: 3, 4, 5, 9 dan 10 November 2020
  • Pindaan Tarikh: Kekal

18. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Ulangan 2
  • Tarikh Asal: 25, 26, 30 November dan 1 Dis. 2020
  • Pindaan Tarikh: 15 hingga 18 Mac 2021

tarikh peperiksaan dijadualkan semula

jadual semula tarikh peperiksaan 2020

Info Penting

  • Untuk peperiksaan STPM Semester 2 telah dianjak dari bulan Mei hingga ke bulan November untuk memberikan peluang kepada semua pihak sekolah untuk menguruskan sukatan Semester 2 yang tertinggal.
  • Peperiksaan STPM Ulangan Semester 2 juga dianjak ke bulan Mac tahun 2021.

Sebarang pindaan jadual peperiksaan atau mempunyai perubahan di masa akan datang, ia akan dimaklumkan oleh pihak KPM dengan segera.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan dengan jadual peperiksaan atau sebagainya yang berkaitan dengan KPM, anda boleh hubungi Pusat Panggilan COVID-19 KPM di talian telefon 03-8884 9383/ 8884 9325/ 8884 9401 dan 8888 6749.

Semoga informasi berkaitan dengan Penjadualan Semula Semua Peperiksaan Bawah Kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia ini akan membantu anda yang sedang mencari maklumat terkini. - Bukit Besi Blog